Minggu, 21 Februari 2010

Hadis 20 - Malu Adalah Sebahagian Daripada Iman

Daripada Abu Mas'ud, Uqbah Bin AMru Al-Ansoori Al-Badriy r.a beliau berkata : " Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya di antara ajaran yang di dapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwah yang pertama ialah :" Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka."


Kepentingan Hadis

Malu bererti menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan tercela, enggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkannya kerana takut mendapat celaan. Jika inilah pengertian malu, maka seruan kepada berakhlak dan beriltizam dengannya merupakan seruan kepada mencegah daripada semua bentuk maksiat dan keburukan. Di samping itu, sifat malu adalah di antara sifat terpuji yang sangat diperlukan oleh manusia. Mereka melihat bahawa ketiadaan sifat ini menyebabkan manusia berada dalam kekurangan dan keaiban. Tambahan sifat malu adalah sebahagian daripada kesempurnaan iman.

Jumat, 12 Februari 2010

Lagi Penerangan Mengenai Valentine

Asalamualaikum wbt.

Berikut adalah artikel daripada seorang panel penulis JAKIM mengenai padangan Islam tentang sambutan hari valentine / hari kekasih.

Sila lihat link dibawah;-

http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?jakim=3796

Sambutan Hari Valentine

Asalamualikum wbt.

Berikut adalah pautan daripada JAKIM mengenai sambutan hari valentine yang menjadi ikutan muda mudi Islam pada masa kini. Mudah-mudahan dengan link dibawah dapat menjelaskan apa itu valentine dan mudah-mudahan kita semua berada di atas jalan yang diredhai Allah.


http://www.islam.gov.my/ajaransesat/pdf/ELAK%20SAMBUT%20VALENTINE.pdf

Rabu, 10 Februari 2010

Hadis 19 - Pertolongan Dan Penjagaan Allah s.w.t

Daripada Abu Al-Abbas Abdullah Bin Abbas r.a, beliau berkata: "Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasullah s.a.w, lalu baginda bersabda : "Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah ! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atas kamu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah ke atasmu. Telah diangkat qalam dan telah keringlah lembaran.

Kepentingan Hadis

Adalah amat baik bagi seorang guru untuk menarik perhatian muridnya dengan memberitahu bahawa dia ingin mengajarnya sebelum dia mula mengajar.

Sesiapa yang berada diatas jalan kebenaran dan menyeru orang lain kepadanya atau menyuruh kepada yang maaruf dan mencecgah kemungkaran dia tidak sekali-kali dimudaratkan oleh tipu daya orang-orang yang zalim dan musuh-musuh Allah yang batil

Wajib keatas seorang muslim melaksanakan tanggungjawabnya iaitu melakukan ketaatan, meninggalkan kemungkaran, menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada mungkar tanpa tunduk kepada sesiapa yang menakut-nakutkannya dengan seksaan dari kalangan orang yang lemah iman dan keyakinannya. Ini adalah kerana sesuatu telah ditetapkan oleh Allah pasti akan mengenainya. Wallahualam