Rabu, 29 Juni 2011

Majlis Isra' Dan Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong































Majlis Isra' Dan Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong

Gambar yang dihantar dari seorang sahabat

































Sekitar Majlis Isra' & Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong

Lagi gambar suasana semalam.




Para jemaah sedang mengaminkan doa yang dibacakan oleh Tuan Guru


















Menghantar Tuan Guru ke kereta, terpaksa ikut jalan belakang kerana terlalu ramai jemaah yang menanti beliau. Apapun Jazakallah di atas pesanan yang penuh dengan isi yang disampaikan beliau. Mudah-mudahan beliau sudi lagi datang ke masjid kami.











Sekitar Majlis Isra' & Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong

Asalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, semalam Masjid Bukit Puchong penuh sesak dengan para jemaah yang datang untuk mendengar ceramah Isra' & Mikraj yang disampaikan oleh TG Dato' Dr. Haron Din.

Berikut adalah sebahagian rakaman suasana Majlis Isra' & Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong yang di adakan pada 28hb Jun 2011



Tuan Guru Bersama-sama dengan AJK dan para Pegawai Masjid





Antara jemaah yang hadir semalam. (belum penuh lagi)








Selasa, 28 Juni 2011

16.Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

16.4 Kata-kata Wa Fi Riwayati…..Ziyadatun atau Wa zada

Seringkali kita temui didalam kitab ini atau kitab hadis yang lain kata-kata ‘Wafi riwayati Muslimin atau Wa fi riwayati Bukhari atau Wa zada Abu Dawud, yang ertinya ‘Dalam riwayat Imam Muslim ada tambahan’ atau ‘Dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan’ atau ‘Dan Imam Abu Dawud menambahkan’ atau kata-kata lain yang sebangsa dengan itu.

Maksudnya ialah bahawa sesuatu hadis yang pengertian atau tujuannya sama, kemudian diterima dan ditadwinkan oleh dua imam Mudawwin atau lebih, adakalanya antara yang diterima oleh Mudawwin A dengan Mudawwin B atau C itu ada yang berbeza tentang panjang pendeknya, Misalnya pada hadis nombor 250. Jelaslah bahawa hadis itu adalah Muttafaq’alaihi yakni disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim perihak keshahihannya, tetapi yang diterima oleh Imam Bukhari dari orang yang diatasnya hanya sampai ke ayat Aw yaquulu khairan. Jadi rawi yang menyampaikan kepada Imam Bukhari berhenti setakat itu sahaja. Tetapi yang diterima oleh Imam Muslim dari rawi yang diatasnya terdapat tambahan, iaitu ucapannya Ummu Kalsom yang berbunyi ‘Walam asma’hu sampai ke perkataan zawjaha.

Oleh kerana itu kalau ada kata-kata yang merupakan ziyadatun atau zada sebagaimana diatas, janglah dikira bahawa kata-kata itu dibuat-buat oleh Imam Muslim, Imam Bukhari ataupun Abu Dawud dan lain-lain, tetapi ianya adalah kerana hadis yang diterima itu dari rawi yang diatasnya berlainan.

Majlis Isra' Dan Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong

Asalamualaikum wbt.

Semua Muslimin dan Muslimat yang berada disekitar Puchong dijemput ke Majlis Isra' & Mikraj anjuran Masjid Bandar Bukit Puchong pada malam ini.

Sebagaimana seperti yang telah sedia maklum, penceramah undangan adalah Ybhg Dato' Dr Ustaz Haron Din. Majlis akan bermula dengan solat maghrib dan dijangka tamat pada jam 10.30 malam. Mohon dihebahkan.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Nizam Hashim

Senin, 27 Juni 2011

Kisah Masyarakat - Ayahku

Gambar Hiasan


Sebagai permulaan kepada topik Kisah Masyarakat, saya akan memuatkan kisah benar dari seorang sahabat yang saya kenali, beliau memohon supaya tidak diletakkan namanya.

Beginilah kisahnya.

- ayah aku memang alim orangnya. ke mana2 sembhyag pun org akan minta dia jadi imam walau pun imam biasa ada bersama.

- aku pulak sebalik nya. keje keje keje mcm org gila (tanya h....m)

- masa apup reunion di PD ayah aku mula sakit2. thats why aku singgah PD kejap je walaupun ayah aku kata okay kalau aku nak bermalam kat sana.

- masa treatment kimo kat HUKM aku tak pernah ikut. aku bz keje.

- masa 2 mggu akhir hayat nya pun aku tetap pergi keje walaupun bos aku suruh aku cuti

- anak buah berkata ada 2 tetamu di pintu datang melawat sedang kan kami semua tak nampak apa2 pun

- pastu arwah tanya pada ku bila 22hb (kalendar islam)? tiada siapa ambil pot kerana kanser telah merebak ke seluruh tubuh arwah. tapi aku jawab juga dan katanya lama lagi ya.. rupa2 nya 22hb itu lah arwah pergi setelah mungkin di beritahu oleh 2 tetamu tadi

- masa meninggal dunia pun aku tak sedih kerana aku berasakan lebih baik utk arwah pergi kerana kanser nya memang amat menyakitkan.

- selepas beberapa lama baru aku perasan aku hanya sempat rapat dgn arwah sejak aku lahir sehingga lah aku darjah 6. Semasa sekolah menengah aku dok hostel, pastu uum, pastu keje.

- sampai sekarang bila aku rasa gembira aku teringat nak telefon arwah tapi tiba2 aku berkata "eh, apa no aku nak dail ni" Allahuakbar, baru ku tersedar ayah ku tiada lagi (dulu2 aku selalu call arwah bila aku nak share apa2)

- sebulan selepas arwah pergi, pernah sekali arwah datang ke mimpi aku dikelilingi jutaan hamba Allah berjubah putih sambil tersenyum tidak berkata apa2. tapi aku sempat kata aku minta maaf atas apa yg aku buat semasa hayat nya di dunia. dan seakan aku terdengar arwah berkata "tak apa, ayah maafkan"

- aku kesal kerana tak dapat spent lebih masa untuk arwah kerana kesibukan duniawi
dan perasaan sesal itu, yg aku tanggung akan berterusan di dalam fikiran aku sampai bila2.

sekadar renungan

Nizam;
Mudah-mudahan dengan apa yang dipaparkan ini, akan mengingatkan kita dan lebih menghargai jasa-jasa dan pengorbanan ibubapa kita yang tidak ternilai ini.

Topik Baru - Kisah Masyarakat

Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, Insyallah topik baru yang akan diperkenalkan di dalam blog ini adalah "KISAH MASYARAKAT". Topik ini akan memuatkan cerita tentang kisah-kisah benar yang berlaku di dalam masyarakat kita. Sehubungan dengan itu, saya dengan ini memberikan peluang kepada semua pembaca untuk membuat posting mengenai pengalaman mereka samada berkongsi kejayaan, kisah suka duka dan sebagainya di bawah topik ini.

Cuma saya pohon, kisah yang akan dipaparkan itu mestilah kisah yang benar-benar berlaku dan ianya mestilah mengandungi pengajaran atau boleh dijadikan panduan untuk para pembaca semua di dalam mendekatkan diri kepada Allah dan sudah semestinya ianya bukannya medan untuk menghentam mana-mana individu ataupun entiti.

Walaubagaimanapun saya berhak untuk tidak mengeluarkan mana-mana cerita atau membuat suntingan pada cerita-cerita yang difikirkan perlu.

Kepada para pembaca yang ingin menyumbang kisah benar anda bolehlah berbuat demikian dengan menghantar e-mail anda ke alamat e-mail saya di nizamblog@gmail.com

Mudah-mudahan cerita yang dihantar itu, kita niatkan untuk kebaikan dan kerana Allah. Maka dengan itu, dengan lafaz "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih", saya dengan ini melancarkan topik "KISAH MASYARAKAT".

Wasalam.

Ahmad Nizam Hashim

Jumat, 24 Juni 2011

Ilmuan Islam - ABDUL KADIR AUDAH

ABDUL KADIR AUDAH

Abdul Kadir Audah dilahirkan pada tahun 1906. Selepas menamatkan pengajian tinggi, beliau dilantik menjadi hakim di Jabatan Kehakiman Mesir. Beliau merupakan seorang hakim yang meletakkan hukum Islam di atas hukum-hukum yang lain. Beliau merupakan seorang yang berani menegakkan kebenaran dan menyuarakan kezaliman pemerintah walaupun menghadapi fitnah dan tohmahan.

Abdul Kadir juga seorang yang pakar di dalam perundangan Islam. Buku beliau, At-Tasyri’ al-Jina’I fil Islam Muqarrinan bil Qanun al-Wadhi memberikan impak yang besar kepada masyarakat dalam pemahaman pada syariat Islam dan kelebihannya di atas undang-undang ciptaan manusia. Buku tersebut telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Indonesia dan lain-lain bahasa utama dunia. Buku ini telah menjadi rujukan dan kajian para sarjana Islam serta para ulama.

Abdul Kadir juga merupakan diantara orang kanan imam Hasan al-Banna dan kemudiannya Ustaz Hasan al-Hudaibi, yang menggantikan imam Hasan al-Banna sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir. Beliau turut terlibat di dalam perancangan strategi Ikhwanul Muslimin semasa perang meletus di Terusan Suez.

Beliau juga seorang tokoh utama gerakan Ikhwanul Muslimin dan berpengaruh dikalangan rakyat Mesir. Buktinya, pada 28hb Februari 1954, satu perhimpunan besar-besaran telah diadakan bagi menuntut Presiden Muhammad Najib membebaskan para tahanan dan menegakkan hukum Islam di Mesir. Bagi menenangkan keadaan, Presiden Muhammad Najib telah meminta bantuan Abdul Kadir selepas cara lain gagal menyuraikan himpunan. Dari atas balkoni Istana Abidin, beliau dengan tenang telah meminta para rakyat yang berhimpun bersurai, serta merta mereka yang berhimpun mematuhi seruan beliau dan bersurai dengan aman.

Peristiwa ini telah menyebabkan rasa tidak senang serta hasad pada Jeneral Jamal Abdul Naseer yang merancang supaya beliau ditangkap pada petang itu juga. Abdul Kadir dimasukkan ke dalam penjara dan diseksa sebelum dihadapkan ke mahkamah. Beliau dan beberapa pendokong Ikhwan yang lain telah dituduh dan didapati bersalah oleh sebuah mahkamah khas. Tuduhan tersebut bertujuan bagi melenyapkan pengaruhnya dalam masyarakat Mesir pada ketika itu.

Beliau telah dihukum gantungbersama-sama lima lagi pejuang Ikhwanul Muslimin pada tanggal 7hb Disember 1954. Hukuman tersebut telah mendapat bantahan daripada para ulama dan para pemimpin negara-negara Islam.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Kamis, 23 Juni 2011

16. Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

16.3 Kata r.a dan sebangsanya

a) Rumusan r.a adalah singkatan dari ucapan Radhiallahu-anhu, ertinya ‘Semoga Allah meredhainya’. Nya disini dimaksudkan untuk seorang lelaki. Jika ‘anha, maka Nya disitu untuk seorang perempuan, ‘anhumma, untuk dua orang samada lelaki atau perempuan semua atau seorang lelaki dan yang lainnya semua perempuan, sedangkan ‘anhum adalah untuk orang yang jumlahnya lebih daripada dua orang, yakni tiga atau lebih dan diantara keseluruhannya itu biasanya ada lelaki.

b) Jika dituliskan ‘An ibni Umar Radhiallahu’anhuma yang memberi erti “Dari ibnu atau putera Umar, semoga Allah meredhai keduannya, maka yang dimaksudkan keduanya itu adalah putera Umar yang bernama Abdullah serta ayahnya Abdullah iaitu Umar bin Al Khattab.

Rabu, 22 Juni 2011

Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj



Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, disini saya ingin menjemput muslimin dan muslimat yang berada di sekitar Puchong atau dimana saja, untuk sama-sama menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj yang di anjurkan oleh Masjid Bandar Bukit Puchong.

Butiran majlis sambutan Isra' Mi'raj yang akan diadakan adalah seperti berikut :

Tarikh : 28 Jun 2011 (Selasa)

Penceramah Undangan : YBhg Dato Dr Haron Din

Agenda :
6.30 petang Ketibaan tetamu
7.28 petang Azan dan solat maghrib
8.00 malam Ceramah perdana Isra' & Mi'raj
Oleh : YBhg Dato Dr Haron Din
8.44 malam Azan Isya'
8.50 malam Sambungan ceramah
9.30 malam Solat Isya'
9.45 malam Jamuan makan malam
10.30 malam Bersurai

Mohon disampaikan kepada keluarga dan sahabat handai.

Sekian, wasalam.

Selasa, 21 Juni 2011

Tamadun Dunia



Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Saya ingin bertanya ada tak sesiapa yang mengikuti blog ini ataupun tidak, yang mempunyai pengetahuan mengenai sejarah tamadun dunia dan ingin berkongsi ilmu tersebut. Saya berhajat untuk membuat sedikit penyelidikan mengenai Tamadun Dunia tetapi tidak pasti buku apa yang patut digunakan sebagai sumber rujukan tetapi jika ada sesiapa yang dapat membantu harap hubungi saya di email nizamblog@gmail.com

Insyallah jika ada yang sudi membantu mungkin pada masa hadapan tidak mustahil blog ini akan memuatkan artikel atau rencana mengenai tamadun dunia sebagai renungan dan panduan kita.

Sekian, wasalam.

Ahmad Nizam Hashim

16. Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

16.2 Wa’anhu serta Wa’anha dipermulaan

Kata Wa’anhu, ertinya ialah “Daripadanya” untuk orang lelaki, sedangkan Wa’anha adalah untuk orang perempuan. Maksudnya bahawa hadis yang ada dibelakang itu rawinya adalah sama dengan hadis yang sebelumnya. Misalnya hadis nombor 296, disitu tercantum ‘An Abi Hurairah, jadi rawi hadisnya adalah Abu Hurairah, lalu dalam hadis nombor 297, dicantumkan Wa’anhu, maka ertinya ialah “dan daripadanya”. “Nya” disini tentulah Abu Hurairah. Demikian juga seperti hadis no 631, disitu tercantum Wa’an Aisyah lalu dalam hadis dibawahnya yakni no 632 dan 633 dicantumkan Wa’anha, maka ertinya ialah “Dan daripadanya”. Nya disini tentu sahaja Aisyah.

Namun demikian dalam terjemahan kitab ini tidak dituliskan “Dan daripadanya”, tetapi dilengkapkan saja untuk lebih memudahkan pengertian, maka dalam terjemahannya dituliskan “Dari Abu Hurairah pula” atau “Dari Aisyah juga”

Senin, 20 Juni 2011

16.Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

16.Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

Di dalam kitab-kitab hadis, misalnya Riyadhus Shalihin seringkali dijumpai kata-kata sebagaimana dibawah ini, maka adalah perlu untuk dijelaskan maksudnya agar dapat menambah kefahaman didalam memahami isinya.

Kata-kata yang dimaksudkan adalah seperti berikut ;-


16.1 Kata (‘An)

a. Kata ‘An Abi Hurairah r.a, ertinya “Dari Abu Hurairah r.a” Maksudnya ialah bahawa hadis yang ada di belakang kata-kata tersebut adalah diriwayatkan oleh sahabat Rasulullah yang bernama Abu Hurairah r.a

b. ‘An Abi Abdirrahman Abdillahibni Mas’ud, ertinya : “ Dari Abu Abdurrahman iaitu Abdullah bin Mas’ud”. Maksudnya ialah bahawa hadis yang ada dibelakangnya itu diriwayatkan oleh seseorang yang bernama Abdullah dan beliau mempunyai anak yang bernama Abdurrahman, maka dikatakan Abu Abdirrahman atau bapanya Abdurrahman, sedangkan Abdullah adalah anaknya seorang yang bernama Mas’ud. Jadi Mas’ud itu adalah ayahnya Abdullah dan datuknya Abdurrahman.

Mungkin ada diantara kita yang bertanya kenapa tidak dikatakan ‘An Abdillah sahaja bukankah lagi mudah daripada perlu diletakkan nama ayah atau datuk. Ini adalah kerana pada zaman tersebut terdapat ramai sahabat yang bernama Abdullah, seperti Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan lain-lain lagi. Jadi untuk membezakan diantara mereka perlu diletakkan nama anak dengan bapanya bagi mengetahui siapa yang meriwayatkan hadis tersebut.

c. ‘An ‘Amribni Syu’aibin ‘An Abihi ‘An Jaddihi, ertinya “Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya”. Maksudnya ialah hadis yang ada dibelakangnya itu di riwayatkan oleh “Amr bin Syu’aib, ia menerimanya dari ayahnya yakni Syu’aib dan Syu’aib pula menerimanya dari ayahnya yang bernama Abdullah. Jadi penerima yang pertama ialah datuk ‘Amr dari Nabi s.a.w dan bukan pula ‘Amr atay ayahnya yakni Syu’aib.

Dengan meneliti huraian di atas, dapatlah kita fahami bahawa belum tentu nama yang tertera di belakang lafaz ‘An itu pasti penerima pertama dari hadis yang disabdakan, dikerjakan atau ditaqrirkan oleh Nabi Muhammad s.a.w atau dengan kata lain bahawa nama yang dibelakang ‘An itu merupakan sanad yang terakhir, tetapi dapat juga penerima kedua, ketiga dan selanjutnya, misalnya Abu Hurairah (a) atau Abu Abdirrahman (b) yang namanya sendiri Abdullah itu memang penerima langsung atau rawi pertama, tetapi ‘Amr (c) bukan penerima langsung atau rawi pertama, seba rawi yang pertama adalah datuknya iaitu Abdullah, Syu’aib yakni ayah ‘Amr adalah rawi kedua dan ‘Amr sendiri adalah rawi yang ketiga.

Solat Jumaat

Asalamualaikum wbt.

Sebenarnya dah lama dah saya nak highlightkan isu ini tapi terlupa cuma bila diingatkan oleh seorang sahabat baru-baru ini, baru saya teringat semula tentang perkara ini. Kisahnya mengenai solat Jumaat, dimana semasa solat Jumaat pada minggu lepas dan sebelum-sebelum ini, kerap kali saya lihat terdapat jemaah yang memakai T-shirt yang mempunyai gambar pada bahagian depan dan ada juga gambar pada bahagian belakang. Kadang-kadang gambar tu pulak dari jenis gambar yang tak senonoh seperti gambar rasaksa, hantu dan lain-lain. Jadi saya ambil kesempatan disini untuk mengingatkan diri sendiri, keluarga dan tuan/puan supaya memastikan anak-anak kita tidak memakai pakaian yang mempunyai gambar yang bukan-bukan terutamanya apabila ke masjid kerana ia boleh menganggu jemaah yang lain. Lebih elok lagi jika semasa kita nak membeli baju pastikan baju tersebut tiada bergambar, itu lebih baik sebenarnya. Wallahualam.

Rabu, 15 Juni 2011

15.Cara Mengenal Sifat Rawi

15.Cara Mengenal Sifat Rawi

Sebagaimana seperti yang kita sedia maklum, bahawa rawi-rawi yang hadisnya mempunyai nilai yang tinggi, wajib memenuhi syarat-syarat begini atau begitu atau dengan kata lain wajiblah setiap rawi yang sejumlahnya itu merupakan sanad yang mempunyai sifat begini atau begitu. Persoalannya, bagaimanakah kita ingin mengetahui atau mengenali sifat-sifat yang wajib ada pada diri seseorang rawi ?

Jawabnya, para alim ulama ahli hadis pada zaman perawi itu sama-sama mencatat beberapa orang yang pernah merawikan hadis. Jadi setiap rawi hadis sejak masa Nabi Muhammad s.a.w sampai dicatat atau dikumpulkan hadis-hadis itu oleh para mudawwin atau mukharrij, sudah pasti disebut-sebut keadaan peribadi setiap rawi, baik rawi itu samada termasuk golongan sahabat, tabi’i dan orang-orang sesudah tabi’in. Terdapat banyak kitab-kitab yang khusus menjelaskan persoalan ini, yakni mengenai sifat-sifat rawi sejak saat kelahirannya sampai akhir hayatnya. Maka boleh dikatakan peribadi atau biografi setiap rawi hadis dicatat oleh para penulis sejarah.

Namun demikian terdapat juga rawi yang tidak diketahui keadaan atau sifatnya, atau memang tiada catatannya dalam kitab-kitab beliau itu. Maka rawi yang sedemikian dianggap sebagai rawi majhul, yakni tidak dimaklumi atau dikenali. Rawi yang sedemikian ini tentu saja tidak boleh diterima hadis yang diriwayatkan olehnya.

Dalam kitab-kitab yang mencatat keadaan para rawi itu maka setiap seorang rawi wajiblah dikenali oleh dua orang ahli hadis pada zamannya yang benar-benar mengetahui hal-ehwal rawi yang berkaitan. Jadi sudah tentu sifat setiap rawi diterangkan oleh alim ulama ahli hadis di zamannya tadi.

Doa Bulan Rejab

Antara doa yang baik untuk diamalkan di dalam bulan Rejab.





Ertinya:

" Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"

Minggu, 12 Juni 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak




Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, semoga anda dan keluarga sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah sentiasa. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana tanpa kita sedar,kita masih boleh bernafas sehingga ke hari ini dan insyallah mudah-mudahan, diberikan Allah peluang kepada kita untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada kali ini.

Seperti yang telah kita sedia maklum, kita telah pun berada di dalam bulan Rejab dan insyallah tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Tetapi pada kali ini saya tidak berhasrat untuk mengulas tentang bulan Rejab, Syaaban atau Ramadhan, cuma ingin mengingatkan diri sendiri dan para pembaca sekalian terutamanya yang telah pun menjadi suami atau bapa. Sudahkan kita bertanya pada anak-anak kita terutamanya yang perempuan atau kepada isteri-isteri kita tentang puasa yang mereka terlepas pada tahun lepas, sudahkah diganti kesemuanya ataupun belum? jika masih belum maka inilah masa yang sesuai untuk mengantikannya.

Perkara ini nampaknya seperti remeh, tetapi tahukah kita bahawa terdapat didalam masyarakat kita pada hari ini, ramai yang terpaksa membayar fidyah kerana sudah lama tidak menggantikan puasa yang tertinggal baik lelaki ataupun perempuan. Semoga dengan penekanan ataupun peringatan kepada ahli keluarga kita mengenai perkara ini akan menjadikan keluarga kita lebih peka kepada isu ini dan mudah-mudahan apabila berakhir Ramadhan mereka akan cepat-cepat menggantikan puasa yang terlepas daripada menunggu ke saat-saat akhir. Bukanlah apa, orang kita selalu beranggapan lagi 5 bulan atau 6 bulan sebelum Ramadhan baru nak mula ganti puasa, pernahkan terlintas dihati kita, bagaimana jika kita dijemput Allah sebelum daripada itu.Wallahualam.

Mudah-mudahan kita dimasukkan Allah ke dalam golongan mereka yang beriman dan bertaqwa..Amin.

Sabtu, 11 Juni 2011

Ramalan Cuaca Selangor

Sumber ; Jabatan Meteorologi Malaysia

Ramalan Cuaca untuk 7 Hari bagi Selangor

Sabtu, 11/06/2011
Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang : Hujan curah di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan


Ahad, 12/06/2011
Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang : Ribut petir di beberapa tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat

Isnin, 13/06/2011Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang : Ribut petir di beberapa tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat

Selasa, 14/06/2011
Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Hujan di satu dua tempat

Rabu, 15/06/2011
Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan

Khamis, 16/06/2011
Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan

Jumaat, 17/06/2011
Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
Petang : Ribut petir di satu dua tempat
Malam : Tiada Hujan

Jumat, 10 Juni 2011

14. Syarat-Syarat Yang Wajib Di Miliki Oleh Rawi

14. Syarat-Syarat Yang Wajib Di Miliki Oleh Rawi

Tidak sebarang rawi boleh dianggap benar, sekiranya ianya tidak memiliki sifat-sifat sebagaimana seperti yang digariskan di bawah ini. Manakala bagi rawi yang memiliki sifat-sifat ini maka hadis yang diriwayatkan sudah tentu dianggap shahih, jika rawi-rawi yang lainnya yang merupakan rangkaian sanad itu mepunyai sifat sedemikian. Maka dengan meneliti adanya rangkaian rawi-rawi itulah dapat ditentukan tingkat atau darjat hadis yang diriwayatkan.

Ciri-ciri rawi yang dapat mengeluarkan hadis bermutu tinggi dan dapat dianggap shahih hadisnya mempunyai cir-ciri seperti berikut;

a. Bulugh
Yakni sudah baligh menurut ketentuan agama. Maksudnya sudah baligh ketika meriwayatkan hadis yang berkaitan, sekalipun waktu menerimanya masih kecil atau belum mencapai usia baligh.

b. Islam
Inipun dipandang diwaktu menyampaikan hadis, yakni sudak memeluk Islam, sekalipun waktu menerimanya belum beragama Islam.

c. ‘Adalah
Yakni orang Islam dan akil baligh (berakal) dan tidak mempunyai penyakit gila, lagipula sudah baligh dan juga tidak pernah mengerjakan dosa-dosa besar serta tidak sentiasa mengerjakan dosa-dosa yang kecil.

d. Dhabath
Yakni dapat menangkap apa yang diterima atau yang didengar, juga baik hafalannya dan bukan pula seorang yang pelupa, sehingga dimanapun saat atau tempatnya, jikalau diperlukan, maka ia dapat mengulang kembali dan menyebutkan hadis yang diterima olehnya itu dengan baik dan lancar.

e. Ittishal
Yakni bersambung, ertinya rawi yang menerima hadis itu bertemu sendiri dengan rawi yang diatasnya, jadi seperti rawi G bertemu rawi F, rawi F bertemu dengan rawi E dan demikianlah seterusnya hingga ke rawi A yang bertemu sendiri dengan Nabi Muhammad s.a.w

f. Ghair syadz
Yakni tidak ganjil, maksudnya Hadis yang diriwayatkan olehnya itu tidak tidak berlawanan dengan hadis yang lebih kuat daripadanya dan tidak pula berlawanan dengan ayat-ayat Al-Quran.

Demikianlah beberapa syarat yang perlu dimiliki oleh setiap rawi hadis.

Selain syarat-syarat seperti yang yang dijelaskan dipermulaan, untuk memberi nilai bahawa hadis itu nyata-nyata hadis shahih, masih diperlukan syarat-syarat yang lain dan ini akan dihuraikan didalam bab yang menceritakan tentang hadis shahih itu selepas ini. Insyallah.

Balik Kampung

Asalamualaikum wbt.

Sebagai makluman kepada para pembaca semua baru-baru ini saya telah pulang ke kampung untuk menziarahi ibu serta mertua saya , juga bagi menghadiri beberapa majlis kahwin serta majlis pertunangan anak saudara saya. Oleh kerana itu saya ,mohon maaf kerana tidak sempat untuk upload artikel-artikel yang baru di dalam blog ini. Insyallah selepas ini saya akan upload artikel seperti biasa.

Buat pengetahuan semua saya telah pulang ke kampung pada hari sabtu (04/06/2011)yang lepas. Bertolak keluar dari rumah pada jam 10.00 pagi dan hanya tiba di Ipoh pada jam 3.00 petang. Lebih kurang 5 jam tempoh perjalanan untuk tiba di Ipoh dan itu memang memenatkan dengan keadaan trafik yang bergerak terlalu perlahan. Sempat juga saya berbual dengan anggota PLUS Ronda, katanya pada hari jumaat sebelum itu kenderaan penuh sesak sehingga jam 2.00 pagi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah saya dan keluarga selamat tiba di kampung saya pada jam 7.30 malam selepas berhenti rehat dan solat di Ipoh.

Sekian, wasalam.

Kamis, 02 Juni 2011

Gimik Hari Belia.MOD

Antara video yang sempat saya rakam pada hari belia tempoh hari. Tumpukan perhatian anda pada kanak-kanak yang berbaju putih serta patung tentera dihadapannya.



Hari Belia 2011 (3)

Sebahagian daripada senjata-senjata berat yang dipamerkan pada hari tersebut ;



Anak saya yang kecil sekali tidak melepaskan peluang menaiki motorsikal MP (dia memang suka naik motor )








Senjata anti pesawat yang dipamerkan


Ini pula pelancar roket buatan Brazil

Hari Belia 2011 (2)

Sebahagian daripada peralatan dan senjata Parti Komunis Malaya yang dipamerkan ;





Rabu, 01 Juni 2011

Hari Belia 2011

Asalamualaikum wbt

Pada hari ahad yang lepas, saya bersama-sama dengan keluarga telah pergi ke Sambutan Hari Belia 2011 di Putrajaya. Tempat utama yang menjadi tumpuan saya dan keluarga adalah di khemah pameran tentera. Di sana anak-anak dan isteri saya mendapat pengalaman baru apabila mereka berpeluang memegang dan mencuba senjata yang dipamerkan. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasa mengangkat senjata dan melihat peralatan ketenteraan di samping berpeluang menaiki kereta perisai dan banyak lagi.

Pujian juga harus diberikan kepada para anggota tentera yang bertugas dikhemah masing-masing yang dilihat cukup mesra melayan kerenah para pengunjung. Bagi saya pengalaman sebegini dapat mendedahkan keluarga saya tentang kehidupan dan tugas para anggota keselamatan di samping cabang-cabang perkhidmatan yang terdapat di dalam angkatan tentera kita dengan lebih dekat lagi. Setidak-tidaknya kita perlu berterimakasih kepada mereka yang telah berkorban untuk kita. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka dan Mudah-mudahan negara kita sentiasa berada dibawah perlindungan Allah.

Dibawah saya sertakan beberapa gambar suasana pada hari tersebut ;


Saya sedang mencuba senjata yang digunakan oleh anggota sniper. Berat senjata ini adalah 30kg dan jarak berkesan sejauh 6,000m.



Memberi penerangan kepada anak-anak saya tentang cara-cara pengendalian senjata.







Kegembiraan jelas terpampang pada wajah anak-anak saya dengan pengalaman baru mereka.
Insyallah akan saya uploadkan lagi gambar untuk tatapan para pembaca.

Sekian.