Selasa, 26 April 2011

ILMUAN ISLAM - IMAM NAWAWI

IMAM NAWAWI

Beliau bernama Al-Imam Abu Zakariya Yahya Bin Syaraf Annawawi. Dilahirkan di Nawa, sebuah desa dari wilayah Damaskus (Syam/Palestin) pada tahun 618H.

Pada usia 18 tahun, beliau telah menjadi kebangaan kawan-kawannya kerana memiliki kecerdasan otak yang luar biasa yang dikurniakan Allah s.w.t.

Beliau mendalami ilmu fekah dalam mazhab Syafie dan inilah merupakan sebab utama beliau menjadi imam dari semua imam dalam mazhab Syafie dan sebagai pencatatnya yang terpenting, bahkan orang-orang yang muncul selepas beliau juga selalu mensepakati huraiannya.

Di dalam bidang fekah, beliau telah menyusun beberapa kitab seperti Syarah Muhadzdzab tetapi beliau telah meninggal dunia sebelum dapat menamatkannya. Arraudhah dan Alminhaj. Manakala di dalam bidang hadis antara kitab hasil karangan beliau adalah seperti Syarah Muslim, Al-Adzkar Annawawiyah serta syarah sebahagian dari Sahih Imam al-Bukhari (kitab ini juga tidak sempat ditamatkan). Di dalam bidang Lughah pula beliau telah menyusun kitab Tahdzibul Asma’wal Lughah.

Beliau memiliki keperibadian yang sangat mulia dan merupakan seorang yang sangat zuhud dan sangat kecil perhatiannya kepada dunia. Beliau sentiasa menempuh jalan yang dirintis oleh para salaf shalih. Sementara itu beliau juga telah dilantik sebagai Pengasuh Darul Hadis Ashshalihiyah di Damaskus.

Al-Imam Annawawi radhiallahu’anhu sebelum wafatnya telah berpindah dari Damaskus ke desa kelahirannya di Nawa dan wafat disitu pada tahun 667 H iaitu di dalam usia 48 tahun. Sayangnya beliau tidak meninggalkan seorang putera pun kerana beliau tidak pernah berkahwin sepanjang hayatnya.

Semoga Allah memberikan kerahmatan kepada beliau. Al-Fatihah.

SUDAIS in malaysia masjid wilayah mosque




Video di ambil dari Youtube
Antara suasana di Masjid Wilayah selepas solat Jumaat

Senin, 25 April 2011

9. Permulaan Dan Akhir Sanad

9.Permulaan Dan Akhir Sanad

Sanad sudah pun dijelaskan pengertiannya sebelum ini dan sanad itu ada awal ataupun permulaannya dan ada akhirnya atau yang penghabisan.

Yang disebut awal sanad ialah rawi yang terakhir sekali seperti contoh sebelum ini iaitu Imam Bukhari dan orang yang sebelumnya iaitu G.

Adapun yang disebut akhir sanad itu adalah orang yang pertama yang menerima secara langsung atau yang meriwayatkan sesuatu hadis terus dari Rasulullah s.a.w.

Sabtu, 23 April 2011

Solat Jumaat di Masjid Wilayah Bersama-sama Sheikh Abdul Rahman Sudais

Asalamualaikum wbt

Semalam saya sempat solat Jumaat di Masjid Wilayah dan "kebetulan" khatib dan imam bagi Solat Jumaat semalam adalah Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais. Semasa menghampiri Masjid Wilayah jalanraya telah sesak teruk, kelihatan beberapa anggota polis trafik menjaga lalulintas di sana sini. Kawasan perkarangan Masjid langsung tidak boleh dimasuki pada waktu tersebut (1.00 pm) malah jalanraya disekitar masjid turut dijadikan tempat parking kereta oleh para jemaah.

Semasa mendengar khutbah dan solat Jumaat saya rasakan seolah-olah sedang berada di Masjidil Haram ditambah pula dengan suasana jemaah yang ramai dan berbilang bangsa. Di dalam hati saya bersyukur kerana dapat solat berjemaah bersama-sama dengan beliau.

Insyallah, akan saya muatkan gambar yang sempat saya rakam semalam.

Jumat, 22 April 2011

Lawatan Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais ke Malaysia







Utusan Malaysia Online

Malaysia layak berdakwah
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 20 April - Seorang ulama besar Arab Saudi berpandangan Malaysia boleh berperanan menyampaikan mesej dakwah dalam usaha mendekatkan masyarakat antarabangsa dengan Islam.
Ketua Imam Masjidil Haram, Sheikh Dr. Abdul Rahman Abdul Aziz as-Sudais berkata, keyakinannya itu berdasarkan kepada kejayaan Malaysia menunjukkan imej Islam yang baik di mata dunia dalam pelbagai bidang.

Sehubungan itu, beliau yakin Malaysia dan Arab Saudi boleh menjalinkan kerjasama dalam memberi kefahaman kepada masyarakat antarabangsa bahawa Islam bukan agama yang menganjurkan keganasan sebaliknya amat menuntut keamanan dan perasaan kasih sayang.
"Ia berbalik kepada soal kesederhanaan dan keseimbangan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah sebenarnya amat indah dan keindahan itu tidak harus dicemari dengan perlakuan-perlakuan yang langsung tidak mencerminkan Islam.
"Islam menolak keganasan dan ekstremis kerana perlakuan itu hanya menjauhkan masyarakat dengan agama suci ini. Oleh itu menjadi tanggungjawab Malaysia dan negara saya, Arab Saudi untuk memulihkan semula imej Islam yang selama ini dipandang serong oleh sesetengah pihak," katanya selepas menyampaikan ceramah umum bertajuk Masa Depan Peradaban Islam Pada Abad Ke-21 di sini, hari ini.
Abdul Rahman yang hadir sebagai Tetamu Negara di sini berkata, Islam di Malaysia bukan sekadar mendirikan solat lima waktu, tetapi lebih daripada itu dan beliau juga mahu negara-negara Islam lain mencontohi Malaysia dalam menguruskan jemaah haji.
Beliau berkata, pengurusan haji di Malaysia amat bersistematik, selain jemaah amat memahami mengenai hukum yang terdapat dalam ibadat itu.
"Jemaah Malaysia adalah antara yang begitu menjaga adab, disiplin serta tatatertib semasa mengerjakan haji. Apa yang dilakukan oleh para jemaah ini harus dicontohi kerana ini adalah tuntutan Islam," ujarnya.

Terdahulu, dalam ceramahnya, beliau menyeru umat Islam supaya sentiasa bersatu walaupun berlainan mazhab, kerana perbezaan hanya dalam soal cabang (furu'), tetapi di dalam soal pokok adalah sama.

Senin, 11 April 2011

Paderi anti-Islam bakar al-Quran

Berita Harian Online

Paderi anti-Islam bakar al-Quran


2011/03/22

GAINESVILLE: Paderi Amerika Syarikat yang anti-Islam, Terry Jones, memutuskan bahawa al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ tertentu dan mengatur sesi pembakaran kitab suci itu di gerejanya, kelmarin.

Pembakaran itu dilakukan paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11). Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum. Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.

Jones dikutuk hebat banyak pihak termasuk Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates berhubung rancangannya membakar kitab suci Islam, September lalu.

Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.

Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk mempertahankan kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.
Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang menyertainya.

Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.

“Penganut agama itu pada saya seperti raksasa. Saya benci mereka.
“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup,” katanya.
Jones menganggap majlis itu berjaya. – AFP


Ulasan ;

Sememangnya tindakan tidak bertanggungjawab oleh kumpulan ini dengan membakar Al-Quran telah menyebabkan banyak pihak marah terutamanya dari negara-negara Islam dan begitu juga dengan orang-orang Islam di negara kita.

Namun begitu saya melihat dari satu sudut yang lain bahawa Al-Quran ini telah saban hari dibakar bukan oleh orang lain tetapi dari mereka yang mengaku dirinya Islam. Apa yang saya maksudkan di sini ialah kita lihat saja pada hari ini berapa ramai yang tidak solat, puasa, menutup aurat dan berapa ramai pula yang melakukan zina, berjudi, minum arak malah ada juga yang melakukan perkara-perkara khurafat dan syirik, bukankah tindakan seperti ini juga seolah-olah membakar Al-Quran.

Mudah-mudahan Allah sentiasa memelihara kita semua daripada terjerumus kelembah kehinaan.