Jumat, 21 Oktober 2011

Sibuk Sedikit


Asalamualaikum wbt.

Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana sudah agak lama saya tidak update blog ini kerana agak sibuk dengan persiapan ibadah qurban. Untuk makluman sidang pembaca sekalian, rupa-rupanya bukan senang hendak mengendalikan program Qurban ni. Pertamanya kita kena survey sendiri ladang-ladang lembu atau kambing serta harga yang ditawarkan. Saya lebih suka untuk melihat sendiri binatang-binatang qurban tersebut kerana dengan cara tersebut kita dapat memastikan saiz serta keadaan fizikal binatang qurban yang akan dipilih dan setiap kali apabila saya keladang lembu/kambing, pasti anak-anak saya akan merungut, badan saya berbau kambing bila balik kerumah, mana tidaknya saya memang suka dengan binatang dan setiap kali kesana pasti saya akan menggosok kepala lembu/kambing jadi lekatlah baunya pada pakaian saya.

Seterusnya pada masa yang sama, jawatankuasa ibadah qurban juga perlu ditubuhkan bagi memastikan kelancaran program ibadah qurban ini nanti dan sudah pastilah perlu mengadakan beberapa siri mesyuarat dan apabila semakin hampir dengan hari raya qurban ini maka semakin banyaklah mesyuarat jawatankuasa disamping mengadakan pertemuan dengan para perserta. Tapak tempat ibadah qurban juga perlu disiapkan supaya tidaklah nanti dipenuhi lalang atau semak samun begitu juga dengan peralatan yang akan digunakan juga perlu diperiksa supaya berada didalam keadaan yang baik.

Walaubagaimana pun perkara yang lebih penting sekali didalam ibadah qurban ini ialah mendapatkan senarai asnaf untuk diagihkan daging-daging qurban ini kelak. Insyallah jika ada rezeki saya akan upload dalam blog ini suasana Hari Raya Qurban di tempat saya. Rasanya setakat ini dahulu kerana saya amat keletihan dan baru sahaja pulang daripada mesyuarat jawatankuasa dan insyallah pada hari ahad ini ada gotong royong ditapak qurban, kemudian nak kena tempah khemah, banner dan lain-lain persiapan.

Sekian, wasalam.

Ahmad Nizam Hashim
Warkah Nizam



Selasa, 18 Oktober 2011

Selamat Menunaikan Ibadah Haji


Asalamualikum wbt

Musim Haji bakal menjelang tiba, berbahagialah wahai tetamu Allah sekalian. Saya doakan agar anda semua selamat pergi dan selamat pulang, dah mudah-mudahan dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan semasa disana dan yang lebih penting mudah-mudahan anda semua mendapat haji yang mabrur. Amin.

Salam Ukhuwah,

Ahmad Nizam Hashim
Warkah Nizam