Kamis, 29 Maret 2012

Perubahan Pada Blog Warkah Nizam

Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, untuk makluman saya sedang di dalam proses mengubah suai wajah Blog Warkah Nizam supaya nampak lebih menarik.  Oleh yang demikian kemungkinan wajah blog ini akan berubah dari masa kesemasa sehingga saya menjumpai bentuk atau wajah yang difikirkan sesuai.

Sebarang kesulitan amat dikesali.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Nizam Hashim
Warkah Nizam

Selasa, 27 Maret 2012

160 sebatan pegang tangan wanita

Sumber : Berita Harian Online

 

160 sebatan pegang tangan wanita


2012/03/27

RIYADH: Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan.

Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.
Mangsa memberitahu polis bahawa lelaki berkenaan menyentuh tangannya dan mengundang beliau ke rumahnya, sambil menambah bahawa dia turut menawarkan sejumlah wang dan berkata mahu mengahwininya.
Pekerja yang tidak dinamakan itu pada mulanya menafikan dakwaan wanita itu dengan mengatakan bahawa laporan itu dibuat kerana marahkan tindakannya menangguhkan tempoh untuk menyiapkan pakaiannya.

Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf.

“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz.

Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis. – Agensi


Ulasan ;

Sekiranya di negara kita ini mempunyai undang-undang yang sebegini maka banyak masalah sosial akan dapat di atasi. Mudah-mudahan satu hari nanti negara kita juga dapat mengamalkan undang-undang Islam. Kaum wanita telah diangkat martabat mereka oleh Islam selepas berakhirnya zaman jahiliyyah.  Tetapi kini, kaum wantita bukan sahaja tidak dilindungi malah di zalimi dan yang lebih teruk lagi, ada pula wanita yang secara bangga menzalimi diri mereka sendiri seolah-olah mereka sendiri ingin kembali ke zaman jahiliyyah, dimana pada masa tersebut wanita tidak ada nilai langsung.  Adakah anda para wanita ingin kembali ke zaman tersebut? Jika tidak, kita semua perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.  Saya doakan agar kita semua termasuk isteri-isteri dan anak-anak kita serta seluruh keturunan kita daripada termasuk ke dalam golongan mereka-mereka yang menzalimi diri sendiri.  Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang beriman dan yang bertaqwa. Amin.

Warkah Nizam

Selasa, 06 Maret 2012

Gambar Ceramah Sempena Hari Keluarga MBBP

Asalamualaikum wbt

Sebagai penutup kepada gambar Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong, saya paparkan kepada para pembaca sekelian suasana ceramah dan forum yang diadakan pada sebelah malam.  Untuk makluman para pembaca sekelian pada malam pertama, ceramah telah disampaikan Ustaz Dr. Jamnul Azhar Mulkan dengan tajuk "Keluarga Bahagia" dan pada malam kedua telah diadakan forum dengan tajuk "Rawatan Jiwa" yang dikupas oleh dua orang ahli panel iaitu Dato' Dr. Mat Saad Bin Baki (pakar psikologi di salah sebuah hospital swasta di Lembah Kelang) dan Tuan Guru Dr. Haji Jahid Bin Haji Sidek (Pusat Rawatan Islam Manarah, Rawang).

Insyallah sekiranya ada rezeki saya akan kongsikan disini serba sedikit mengenai kedua-dua majlis ilmu yang telah diadakan ini sempena dengan Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakam untuk tatapan para pembaca sekelian.


Ustaz Dr Jamlul Azhar Mulkan



Dato' Dr. Mat Saad Bin Baki



Tuan Guru Dr. Haji Jahid Bin Haji Sidek 



Antara Muslimat yang hadir




Imam Masjid Bandar Bukit Puchong (Ustaz Huzaifah) sedang membaca doa




Sekian.

Warkah Nizam

Erti Laungan Muazzin




Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada video ini.

Warkah Nizam

Senin, 05 Maret 2012

NGO Islam bantah seks bebas

Kerajaan diminta terus bantah resolusi PBB mengenai gay

Sumber ; Berita Harian Online

Kerajaan diminta terus bantah resolusi PBB mengenai gay


2012/03/01

KUALA LUMPUR: Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa kerajaan supaya meneruskan bantahan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan pengiktirafan kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).

Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahya, berkata resolusi yang diluluskan tahun lalu itu meletakkan golongan LGBT di tempat yang salah, dengan memberikan pengiktirafan yang mengelirukan kepada mereka tanpa menyelesaikan permasalahan sebenar mengikut lunas agama dan nilai sebenar kemanusiaan. "Sebarang usaha untuk mengetengahkan nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan seperti mana yang cuba dibawa menerusi resolusi itu harus ditentang sehabis-habisnya bagi mengelak kekeliruan serta gangguan terhadap masyarakat secara umum," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Pada 17 Jun 2011, PBB meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.


Malaysia adalah antara 19 negara yang menentang resolusi itu berbanding 23 negara yang menyokong.


Aminuddin berkata, masyarakat Malaysia perlu menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap resolusi itu dan sebarang usaha untuk mengetengahkan orientasi songsang LGBT sebagai suatu cara hidup masyarakat di sini. - BERNAMA
 
Ulasan ;
 
Sekiranya tidak silap saya, pada hari ini (05/03/2012) para perwakilan daripada PBB akan berbincang dengan Kerajaan Malaysia mengenai isu ini.  Mudah-mudahan pihak kerajaan akan tetap dengan pendiriannya menolak resolusi songsang ini.  Saya secara peribadi menolak resolusi songsang ini dan menyeru semua umat Islam menolak resolusi ini.
 
Manusia diciptakan berpasang-pasang merujuk kepada lelaki dan perempuan, bukannya lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan malah binatang pun tahu cara hidup berpasangan.  Sekiranya ada manusia yang tidak tahu dengan apa yang dimaksudkan hidup berpasangan maka ianya adalah lebih teruk daripada binatang malah melanggar fitrah yang telah Allah jadikan.  Pesan saya kepada mereka yang terlanjur, kembalilah kepada Islam kerana Islam itu agama fitrah, pintu-pintu taubat sentiasa terbuka luas maka segerakanlah bertaubat sebelum terlambat.
 
Mudah-mudahan Allah memerlihara kita dan juga keluarga kita serta kaum kerabat kita daripada terjerumus kelembah kehinaan. Lindungilah kami ya Allah, Rahmatilah kami dan negara kami. Amin.
 
Ahmad Nizam Hashim
Warkah Nizam

Sabtu, 03 Maret 2012

Gambar Candid Hari Keluarga MBBP

Asalamualaikum wbt

Pada kali ini saya akan memaparkan gambar-gambar dibelakang tabir semasa Hari Keluarga MBBP.

Hujan di hari pertama  


 Petugas sedang membuat persiapan sempena Majlis Perasmian



MC pada hari itu Sdr Zaidi sedang mencuba mic.




Petugas-petugas Masjid Flora sedang membersihkan kawasan masjid

Kempen Kesihatan, Hari Keluarga MBBP

Asalamualaikum wbt.

Bagi yang baru mengikuti blog ini mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa blog Warkah Nizam tiba-tiba di penuhi dengan gambar.  Sebagai makluman kepada yang baru mengikuti blog ini, saya telah ditugaskan untuk menjadi jurugambar di sepanjang Majlis Hari Keluarga dan Kempen Kesihatan Masjid Bandar Bukit Puchong, jadi pihak masjid telah memohon untuk mendapatkan gambar-gambar yang telah diambil untuk kegunaan dan simpanan mereka, jadi sebab itulah saya kena posting banyak gambar pada majlis kali ini.

Baiklah, pada kali ini saya akan berkongsi gambar semasa Kempen Kesihatan yang telah diadakan pada Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong.  Antara agensi yang terlibat semasa Kempen Kesihatan tersebut adalah Pusat Darah Negara, Klinik Kesihatan Puchong dan beberapa klinik swasta dan untuk makluman semua perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang diadakan adalah secara percuma.  Bagi kempen derma darah , Pusat Darah Negara telah meletakkan sasaran untuk mengutip sebanyak 40 pain darah dan diakhir program, Masjid Bandar Bukit Puchong telah berjaya mengutip lebih 70 pain darah, Alhamdulillah   Begitu juga dengan pemeriksaan kesihatan yang diadakan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat.  


 Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang telah diadakan.




 Tuan Nazir MBBP juga tidak melepaskan peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Satu-satunya penderma darah dari bangsa cina 





Suasana di kaunter pendaftaran pemeriksaan kesihatan 



 Pemeriksaan gigi turut disediakan


 Para petugas Pusat Darah Negara




 AJK juga turut serta di dalam menderma darah






Sekian,

Warkah Nizam

Jumat, 02 Maret 2012

Gambar Gerai Jualan Hari Keluarga MBBP

Asalamualaikum wbt.

Pada kali ini saya akan memuatkan beberapa gambar suasana gerai-gerai jualan yang terdapat semasa berlangsungnya Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong.


















Warkah Nizam