Sabtu, 23 Juni 2012

Forum Isra' & Mikraj MBBP

Asalamualaikum wbt

Berikut adalah suasana forum Isra' & Mikraj yang telah diadakan di Masjid Bandar Bukit Puchong baru-baru ini.  Bersama-sama ini saya sertakan beberapa keping gambar forum ehsan daripada sahabat saya kerana saya berada dikampung pada waktu tersebut bagi membantu menguruskan perkahwinan anak saudara saya.




Sekian, wasalam.

Warkah Nizam.

Minggu, 10 Juni 2012

Forum Isra' Dan Mikraj Anjuran MBBP



Asalamualaikum wbt

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Masjid Bandar Bukit Puchong akan mengadakan satu lagi Forum seperti berikut ;

Ahli panel terdiri daripada  ;
1. Ustaz Abdul Halim Din
2. Ustaz Riduan Mohd Nor

Tajuk Forum : Israk & Mikraj
Tarikh : 16hb Jun 2012
Hari : Sabtu
Masa ; Selepas solat Maghrib
Tempat ; Masjid Bandar Bukit Puchong

Semua muslimin & muslimat di jemput hadir ke forum ini dan mohon di sampaikan kepada yang lain.

Sekian, harap maklum.

Warkah Nizam


Senin, 04 Juni 2012

Gambar Ceramah Oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus

Asalamualaikum wbt

Bersama-sama ini saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa ceramah oleh Ustaz Ismail Kamus pada 03hb Jun 2012 di Masjid Bandar Bukit Puchong.

Ustaz Ismail Kamus bersama-sama dengan Penghulu Bt 14, Tn Hj Shariff


 Ustaz sedang menyampaikan ceramah




Antara jemaah yang hadir mendengar ceramah

Para jemaah tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Ustaz Ismail Kamus 

Saya juga tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Ustaz Ismail Kamus


Warkah Nizam

Kamis, 31 Mei 2012

Ceramah Ustaz Dato' Ismail Kamus Di MBBP


Asalamualaikum wbt

Di jemput semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri ceramah umum yang akan di adakan seperti berikut ;

Tarikh  : 3hb Jun 2012
Hari      : Ahad
Masa     : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Bukit Puchong

Penceramah Undangan : Ustaz Dato' Ismail Kamus

Mohon disebarkan.

Terima kasih.

Warkah Nizam

Jumat, 25 Mei 2012

Gambar Forum Bermadu Kasih MBBP

Asalamualaikum wbt

Bersama-sama ini saya sertakan gambar yang sempat saya dan sahabat saya rakamkan semasa Forum Bermadu Kasih baru-baru ini di Masjid Bandar Bukit Puchong


Dari kanan Ustaz Ahmad Dasuki, Pn Marlina Amir Hamzah (moderator), Ustazah Roslina Jantan & Puan Suzana

Antara muslimat yang hadir


Muslimin juga ramai yang hadir bagi mendengar kupasan daripada ahli panel


Gerai jualan amal untuk menambah dana masjid

Pihak Masjid turut menyediakan jamuan kepada para ahli panel selepas forum

Nazir MBBP turut menemani Ustaz Ahmad Dasuki 

Sekian, wasalam.

Warkah Nizam

Kamis, 24 Mei 2012

Berhati- Hati Semasa Di Bank


Asalamualaikum wbt

Berhati-hati semasa anda mengeluarkan wang di bank, kerana mungkin anda sedang diperhatikan.  Di atas adalah maklumat mengenai salah satu taktik yang digunakan oleh para perompak.

Saya doakan agar kita dan keluarga kita semuanya sentiasa berada dibawah perlindungan Allah. Amin

Warkah Nizam

Selasa, 22 Mei 2012

Video Forum Bermadu Kasih - Ditelan Pahit Dibuang Sayang



Asalamualaikum wbt

Di atas adalah video yang di rakamkan oleh salah seorang jemaah (mohon kongsi) yang hadir pada forum tersebut.  Pada mulanya saya ingat hendak menulis ringkasan forum tetapi apabila dah ada video ini, adalah lebih baik kerana para pembaca sekalian dapat mendengar sendiri topik tersebut dikupas sendiri oleh para ahli panel.

Mudah-mudahan video ini akan memberi manfaat kepada kita semua dan insyallah jika ada rezeki saya akan memuatkan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan pada malam tersebut.

Sekian, wasalam.

Warkah Nizam