Terlebih dahulu saya memohon maaf kepada para pembaca sekelian kerana sudah agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1433 hijrah walaupun sudah agak terlambat.
Sememangnya beban kerja semakin bertambah bukan sahaja di pejabat malah dirumah juga. Insyallah, saya akan cuba juga untuk membuat posting artikel ke dalam blog ini dari masa ke semasa. Kadang-kadang kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan, apapun merancang adalah salah satu daripada ikhtiar dan usaha kita sebagai hamba Allah dan kita tidak boleh membiarkan hidup kita tanpa perancangan. Orang yang hidup tanpa membuat perancangan ibarat orang yang putus asa. Islam melarang kita dari menjadi orang yang suka berputus asa. Mudah-mudahan apa yang anda rancang untuk tahun ini akan terlaksana tetapi pada masa yang sama kita juga perlu menanam azam untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Insyallah.
Sekian, wasalam
Ahmad Nizam Hashim
Warkah Nizam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar