Asalamualaikum wbt
Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 Hijriah, saya ucapkan kepada sidang pembaca yang saya kasihi sekelian. Mudah-mudahan dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan sentiasa berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih beriman dan bertaqwa.
Untuk makluman kepada pembaca sekelian, tahun hijriah telah diperkenalkan pada zaman Khulafa Ar-Rashideen iaitu di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab. Pada peringkat awal perbincangan bagi menetapkan tarikh tahun hijriah ini memang terdapat banyak cadangan daripada para sahabat seperti tarikh kelahiran Nabi s.a.w, Ramadhan dan lain-lain sehinggalah para sahabat bersetuju untuk menggunakan peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w pada tahun 622 masihi dari Mekah ke Madinah sejauh lebih kurang 500km sebagai tarikh bagi tahun hijriah. Begitulah serba sedikit sejarah asas mengenai kalendar umat Islam.
Di Malaysia sambutan Maal Hijrah di adakan pada setiap tahun dengan pelbagai tema dan juga diberikan anugerah kepada tokoh-tokoh yang telah banyak menabur jasa didalam pelbagai bidang, pun begitu masih ramai juga umat Islam yang tidak tahu apa itu Maal Hijrah bahkan hanya sekadar bergembira kerana hari tersebut merupakan hari cuti umum di negara kita. Malah tidak memberi apa-apa makna kepada sesetengah mereka.
Ingin saya mengajak para pembaca sekelian untuk mengimbau sejarah silam di waktu Nabi s.a.w bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq berhijrah, dimana pada permulaan perjalanan mereka, Baginda Nabi saw dan Abu Bakar telah dikejar oleh kafir Quraisy bagi menghalang mereka daripada pergi ke Madinah sehingga Nabi Muhammad saw dan Saidina Abu Bakar terpaksa bersembunyi di dalam Gua Thur selama 3 hari dan di sepanjang mereka berada disitu telah berlaku banyak peristiwa yang boleh dijadikan teladan dan iktibar kepada mereka yang mahu berfikir.
Antara peristiwa yang berlaku semasa Nabi dan Saidina Abu Bakar di dalam Gua Thur ialah Allah swt telah memelihara mereka berdua dimana para pemuda Quraisy lalu di hadapan pintu gua tersebut tetapi Allah telah memalingkan wajah dan hati mereka daripada memasuki gua tersebut, sehinggakan Nabi dan Abu Bakar boleh melihat kaki-kaki mereka dan seandainya mereka menjengah ke dalam gua sudah pasti mereka akan ternampak Nabi dan Abu Bakar.
Kisah bagaimana Abu Bakar yang menggunakan kakinya sendiri untuk menutup lubang ular bisa juga menunjukkan betapa kasihnya para sahabat kepada Rasulullah saw. Dimana ketika itu Rasulullah sedang tidur di atas riba Abu Bakar, tetapi oleh kerana terlalu kasihkan kepada Nabi yang terlalu keletihan dan tidak mahu menggangu lena Nabi. Saidina Abu Bakar rela menggunakan kakinya sendiri untuk menghalang ular berbisa tersebut daripada keluar daripada lubangnya dan akhirnya tapak kaki Saidina Abu Bakar telah dipatuk oleh ular tersebut. Namun Saidina Abu Bakar tetap menahan kesakitan patukkan ular tersebut di samping menahan kesakitan kesan bisa ular yang tidak terperi sehingga air mata beliau mengalir lalu jatuh di atas wajah mulia Rasulullah dan menyebabkan Rasulullah terjaga dan bertanyakan apa yang telah berlaku, lalu Rasulullah telah melihat luka patukkan ular pada kaki Saidina Abu Bakar dan meludahnya, dan dengan izin Allah luka tersebut sembuh.
Di samping itu terdapat beberapa orang lagi yang tahu mengenai tempat persinggahan Nabi ini antaranya ialah Abdullah Bin Abu Bakar As-Siddiq yang mendengar berita-berita yang di bincangkan oleh para pembesar Quraisy dan menyampaikan kepada Rasulullah serta ayahnya. Asma' Binti Abu Bakar As-Siddiq atau dikenali dengan gelaran "Zatun Nitakaini" iaitu wanita yang mempunyai dua selendang dan gelaran ini berikan oleh Baginda Rasulullah semasa Asma' menghantar makanan kepada Baginda dan ayahnya, dimana dia telah menggunakan selendangnya untuk menutup kepala dan satu lagi untuk menyembunyikan makanan yang dibawanya kepada Rasulullah dan ayahnya. Manakala Amir bin Fuhairah pula membawa kambing-kambing yang digembalanya ke kaki bukit Thur bagi menghilangkan jejak-jejak kaki yang ditinggalkan oleh Nabi dan juga Saidina Abu Bakar serta beberapa orang lagi yang mengetahui tempat persinggahan Nabi & Abu Bakar.
Malah kisah Hijrah Nabi saw bermula apabila lebih kurang 100 orang pemuda Quraisy dari semua suku kaum berkumpul bagi membunuh Nabi saw dan Allah swt telah menghancurkan rancangan mereka apabila kesemua mereka tertidur dan di kala itulah Nabi saw telah keluar dari rumahnya untuk berhijrah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali telah tidur ditempat tidur Nabi saw. Begitulah serba sedikit sirah mengenai hijrah Rasulullah saw bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar.
Apa yang penting Maal Hijrah bukan sekadar disambut dengan membaca doa akhir dan awal tahun semata-mata malah lebih dari itu lagi. Saya menyeru kepada diri saya, keluarga dan para pembaca sekelian untuk berhijrah menjadi orang yang lebih berilmu, yang mana untuk mendapatkan ilmu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan juga wang ringgit. Sama-samalah kita menghayati dan menyelami sirah Rasulullah saw pada peristiwa hijrah ini. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi bekal kepada kita dan ahli keluarga kita di dalam mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini. Jasa Rasulullah saw dan para sahabat di dalam mengembangkan agama Islam ini terlalu besar maka marilah kita mengenali serta mencontohi akhlak serta amalan mereka.Wallahualam.
Seandainya ada salah dan silap saya mohon maaf. Selamat Menyambut 1434 H
Warkah Nizam
nizamblog@gmail.com

Tidak ada komentar:
Posting Komentar