Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu-lah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan qalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (manusia). Surah Al-Alaq ; 1-5 Warkah Nizam
Kamis, 31 Mei 2012
Ceramah Ustaz Dato' Ismail Kamus Di MBBP
Asalamualaikum wbt
Di jemput semua muslimin dan muslimat untuk menghadiri ceramah umum yang akan di adakan seperti berikut ;
Tarikh : 3hb Jun 2012
Hari : Ahad
Masa : Selepas solat Maghrib
Tempat : Masjid Bandar Bukit Puchong
Penceramah Undangan : Ustaz Dato' Ismail Kamus
Mohon disebarkan.
Terima kasih.
Warkah Nizam
Jumat, 25 Mei 2012
Gambar Forum Bermadu Kasih MBBP
Asalamualaikum wbt
Bersama-sama ini saya sertakan gambar yang sempat saya dan sahabat saya rakamkan semasa Forum Bermadu Kasih baru-baru ini di Masjid Bandar Bukit Puchong
Dari kanan Ustaz Ahmad Dasuki, Pn Marlina Amir Hamzah (moderator), Ustazah Roslina Jantan & Puan Suzana
Antara muslimat yang hadir
Muslimin juga ramai yang hadir bagi mendengar kupasan daripada ahli panel
Gerai jualan amal untuk menambah dana masjid
Pihak Masjid turut menyediakan jamuan kepada para ahli panel selepas forum
Nazir MBBP turut menemani Ustaz Ahmad Dasuki
Sekian, wasalam.
Warkah Nizam
Kamis, 24 Mei 2012
Berhati- Hati Semasa Di Bank
Asalamualaikum wbt
Berhati-hati semasa anda mengeluarkan wang di bank, kerana mungkin anda sedang diperhatikan. Di atas adalah maklumat mengenai salah satu taktik yang digunakan oleh para perompak.
Saya doakan agar kita dan keluarga kita semuanya sentiasa berada dibawah perlindungan Allah. Amin
Warkah Nizam
Selasa, 22 Mei 2012
Video Forum Bermadu Kasih - Ditelan Pahit Dibuang Sayang
Asalamualaikum wbt
Di atas adalah video yang di rakamkan oleh salah seorang jemaah (mohon kongsi) yang hadir pada forum tersebut. Pada mulanya saya ingat hendak menulis ringkasan forum tetapi apabila dah ada video ini, adalah lebih baik kerana para pembaca sekalian dapat mendengar sendiri topik tersebut dikupas sendiri oleh para ahli panel.
Mudah-mudahan video ini akan memberi manfaat kepada kita semua dan insyallah jika ada rezeki saya akan memuatkan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan pada malam tersebut.
Sekian, wasalam.
Warkah Nizam
Senin, 21 Mei 2012
Peluang Semak Arah Qiblat
Asalamualaikum wbt
Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian. Ingin saya maklumkan di sini bahawa Fenomena Istiwa Matahari pada tahun ini akan berlaku pada 27hb Mei 2012 ( Ahad ) pada jam 5.16 minit petang dan juga pada 15hb Julai 2012 ( Ahad ) pada jam 5.28 minit petang.
Fenomena Istiwa Matahari ialah suatu keadaan dimana matahari berada tegak 90 darjah di atas Kaabah pada jam 12.00 tengahari waktu Mekah. Di dalam setahun hanya dua kali sahaja fenomena ini berlaku sebagaimana seperti yang saya maklumkan tadi.
Fenomena ini juga adalah salah satu kaedah yang digunakan bagi menentukan arah Qiblat kita. Adalah wajar bagi kita untuk mengambil peluang ini untuk menyemak arah qiblat, rumah, pejabat, surau dan lain-lain bagi memastikan arah qiblat kita betul.
Caranya mudah sahaja, ambil sebatang kayu yang lurus (pastikan 90 darjah tegak) dan letakkan diatas permukaan tanah yang rata dan tunggu sehingga waktu istiwa matahari berlaku, contoh yang terdekat adalah pada 27hb Mei 2012 adalah pada jam 5.16 minit petang. Maka tandakan bayang yang terhasil daripada kayu tegak tadi pada jam 5.16 minit petang dan itu adalah arah qiblat kita.
Selamat mencuba....
Warkah Nizam
Rabu, 09 Mei 2012
Forum MBBP : BERMADU KASIH
Asalamualaikum wbt
Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Masjid Bandar Bukit Puchong (MBBP) akan mengadakan Forum yang bertajuk Bermadu Kasih seperti berikut ;
Panel Penceramah ; 1. Ustaz Ahmad Dasuki
2. Dr. Robiah K Hamzah
Tarikh ; 19hb Mei 2012
Hari ; Sabtu
Masa ; Selepas Solat Maghrib
Tempat ; Masjid Bandar Bukit Puchong
Kedua-dua ahli panel jemputan ini merupakan tokoh-tokoh yang tidak asing lagi bagi kita dan dengan tajuk yang begitu sensasi ini akan menjadi lebih menarik apabila dikupas oleh kedua-dua tokoh ini, insyallah.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke forum ini dan mohon disebarkan.
Sekian, Wasalam.
Warkah Nizam
Selasa, 08 Mei 2012
Program Lepak Remaja MBBP
Asalamualaikum wbt
Bersama-sama ini saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan pada hari tersebut.
Sekian,
Warkah Nizam
Sebagaimana seperti yang telah saya maklumkan di dalam posting saya yang terdahulu, pihak Masjid Bandar Bukit Puchong telah mengadakan suatu program kepada para remaja di dalam qariah Masjid Bandar Bukit Puchong dan ini merupakan program pertama yang di adakan oleh pihak Masjid kepada para remaja pada tahun ini.
Program ini lebih kepada sessi ramah mesra di antara para remaja dengan jawatankuasa Masjid di mana para remaja yang hadir telah mendaftar untuk menjadi rakan masjid. Disamping itu, jawatankuasa Masjid juga mendengar pendapat mengenai aktiviti-aktiviti yang diminati oleh para remaja dan insyallah akan bermesyuarat bagi memilih salah satu aktiviti yang telah disenaraikan sendiri oleh para remaja untuk dilaksanakan,
Sessi motivasi ringkas secara santai juga turut diadakan bertujuan supaya para remaja ini menjadi seorang insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.
Bersama-sama ini saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan pada hari tersebut.
Sekian,
Warkah Nizam
Langganan:
Postingan (Atom)