Sabtu, 03 Maret 2012

Kempen Kesihatan, Hari Keluarga MBBP

Asalamualaikum wbt.

Bagi yang baru mengikuti blog ini mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa blog Warkah Nizam tiba-tiba di penuhi dengan gambar.  Sebagai makluman kepada yang baru mengikuti blog ini, saya telah ditugaskan untuk menjadi jurugambar di sepanjang Majlis Hari Keluarga dan Kempen Kesihatan Masjid Bandar Bukit Puchong, jadi pihak masjid telah memohon untuk mendapatkan gambar-gambar yang telah diambil untuk kegunaan dan simpanan mereka, jadi sebab itulah saya kena posting banyak gambar pada majlis kali ini.

Baiklah, pada kali ini saya akan berkongsi gambar semasa Kempen Kesihatan yang telah diadakan pada Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong.  Antara agensi yang terlibat semasa Kempen Kesihatan tersebut adalah Pusat Darah Negara, Klinik Kesihatan Puchong dan beberapa klinik swasta dan untuk makluman semua perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang diadakan adalah secara percuma.  Bagi kempen derma darah , Pusat Darah Negara telah meletakkan sasaran untuk mengutip sebanyak 40 pain darah dan diakhir program, Masjid Bandar Bukit Puchong telah berjaya mengutip lebih 70 pain darah, Alhamdulillah   Begitu juga dengan pemeriksaan kesihatan yang diadakan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat.  


 Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang telah diadakan.




 Tuan Nazir MBBP juga tidak melepaskan peluang untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.


Satu-satunya penderma darah dari bangsa cina 





Suasana di kaunter pendaftaran pemeriksaan kesihatan 



 Pemeriksaan gigi turut disediakan


 Para petugas Pusat Darah Negara




 AJK juga turut serta di dalam menderma darah






Sekian,

Warkah Nizam

Jumat, 02 Maret 2012

Gambar Gerai Jualan Hari Keluarga MBBP

Asalamualaikum wbt.

Pada kali ini saya akan memuatkan beberapa gambar suasana gerai-gerai jualan yang terdapat semasa berlangsungnya Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong.


















Warkah Nizam

Selasa, 28 Februari 2012

Gambar Indoor Games & Penyampaian Hadiah Hari Keluarga MBBP

Asalamualaikum wbt

Pada kali ini, saya akan memaparkan suasana indoor games pada Hari Keluarga dan Kempen Kesihatan Masjid Bandar Bukit Puchong yang telah diadakan dan juga majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.  Gambar untuk acara ini agak banyak jika hendak dibandingkan dengan acara-acara yang lain sebab pada masa ini kamera masjid telah kehabisan bateri dan hanya menggunakan kamera saya sahaja sebagai back up.  Jadi kena post banyak gambar untuk kegunaan pihak Masjid.













Hadiah tempat kedua disandang oleh Surau At-Taqwa, Bdr. Bukit Puchong


 Johan Keseluruhan dimenangi oleh Masjid Bandar Bukit Puchong


Hadiah tempat ketiga dimenangi oleh Masjid Putra Perdana

Warkah Nizam

Gambar Majlis Perasmian Hari Keluarga MBBP

Berikut pula adalah gambar disekitar Majlis Perasmian yang sempat saya rakamkan.


Tuan Nazir MBBP sedang mengiringi YB Dr Abd Rani Othman melawat gerai jualan




YB Dr. Abd Rani ditemani YB Gobind Singh melawat kempen kesihatan




Orang kuat sedang bertugas


Antara tetamu VIP yang hadir pada Majlis Perasmian 



YB Dr. Abd Rani (ADUN Meru) mewakili MB Selangor bagi acara perasmian




Nazir MBBP Tuan Haji Saadon sedang menyampaikan ucapan.



Tuan Haji Zakaria selaku pengacara majlis bagi Majlis Perasmian 




Pengarah Pusat Darah Negara Dr Roshida Hassan turut hadir



Pengarah Hari Keluarga MBBP Sdr Haizal (bersongkok) sedang berbincang dengan sahabat AJK



Imam MBBP (Imam Ghani) sedang membacakan doa bagi memohon keberkatan majlis.

Senin, 27 Februari 2012

Gambar UPIN & IPIN di Hari Keluarga MBBP

Asalamualaikum wbt

Sebagaimana yang saya maklumkan di dalam posting saya yang lepas dimana saya akan upload gambar-gambar suasana di Majlis Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong.  Posting gambar pertama adalah mengenai kemunculan Upin & Ipin di Masjid Bandar Bukit Puchong.

Sememangnya anak-anak amat suka dengan watak ini, malah semasa sesi soalan yang diadakan oleh krew Upin&Ipin bukan sahaja budak-budak yang berebut angkat tangan nak jawab soalan malah ada juga bapak budak dan mak budak pun sama-sama angkat tangan.







Hari Keluarga & Kempen Kesihatan Masjid Bandar Bukit Puchong

Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang saya kasihi sekelian.  Hari Keluarga & Kempen Kesihatan anjuran Masjid Bandar Bukit Puchong buat kali pertama baru sahaja tamat pada hari sabtu yang lepas dengan Forum Rawatan Jiwa menjadi majlis penutup.

Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan walaupun hujan sekejap-sekejap pada kedua-dua hari tersebut namun ia tidak menjejaskan perjalanan aturcara, semuanya berjalan lancar.

Untuk makluman pembaca, saya telah ditugaskan untuk menjadi jurugambar bagi merakamkan semua acara yang telah diadakan pada hari tersebut dan juga membantu MC yang bertugas. Insyallah di dalam posting yang akan datang saya akan memuatkan gambar-gambar yang saya rakamkan dan mungkin banyak gambar-gambar yang akan saya post di dalam blog ini kerana pihak Masjid juga akan menggunakan gambar-gambar ini untuk simpanan dan rujukan mereka. Kemungkinan saya akan membuat beberapa siri posting gambar mengikut acara bagi memudahkan pihak masjid memilih gambar-gambar yang mereka kehendaki. dan insyallah saya akan membuat posting artikel seperti biasa selepas itu.

Sedikit kisah yang ingin saya kongsikan bersama dengan para pembaca sewaktu saya bertugas menjadi MC dimana saya akan sulami majlis pada hari tersebut dengan bacaan himpunan hadis-hadis daripada kitab Riyadhus Solihin karangan Imam An-Nawawi dan juga petikan ayat-ayat Al-Quran untuk pengunjung dan tetamu yang hadir malah ada ketikanya semasa saya membacakan Hadis dan petikan ayat-ayat Al-Quran hati saya turut tersentuh dengan kisah yang berlaku di sebaliknya serta nasihat yang terkandung didalamnya dan ditengah-tengah kesibukkan majlis itu, ada juga pengunjung yang datang kepada saya dan berkata " Abang, bacalah lagi hadis-hadis tu, kami nak dengar dan kalau boleh buatlah tazkirah", tergaman saya sebentar, rupa-rupanya pengunjung yang hadir juga turut memberikan tumpuan dengan hadis-hadis dan petikan ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan disebalik kesibukan mereka berjual beli.  Alhamdulillah, syukur kepada Allah mudah-mudahan kita semua dahagakan nasihat-nasihat agama dan mudah-mudahan majlis-majlis lain yang diadakan juga boleh mengguna pakai konsep ini bagi menggantikan muzik-muzik yang melalaikan yang selalu dikumandangkan dikebanyakan acara. Itulah sedikit pengalaman saya semasa menjadi MC Hari Keluarga & Kempen Kesihatan Masjid Bandar Bukit Puchong.

Insyallah selepas ini saya akan memuatkan pula gambar-gambar yang saya rakamkan untuk tatapan para pembaca sekelian.

Wasalam.

Ahmad Nizam Hashim
Warkah Nizam

Senin, 20 Februari 2012

Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong (Semua Dijemput Hadir)


Assalamualaikum wbt.


Makluman ; Masjid Bandar Bukit Puchong akan mengadakan hari keluarga dan kempen kesihatan seperti dibutiran berikut ;


Hari Keluarga dan Kempen Kesihatan bersama PKD Puchong di Masjid Bandar Bukit Puchong


Aturcara Majlis

24 Feb 2012 (Jumaat)

petang

15:00 : Gerai mula dibuka

malam

20:00 : Ceramah oleh Y.Bhg Dr Jamnul Azhar

21:00 : Solat Isyak



25 Feb 2012 (Sabtu)

pagi

08:00 : Pendaftaran & pemeriksaan kesihatan bermula

09:30 : Perasmian Hari Keluarga dan Kempen Kesihatan

10:00 : Upin & Ipin (Lobby)

10:30 : start Indoor games antara masjid/surau

petang

13:00 : Berhenti untuk solat Zohor

14:00 : Indoor games antara masjid/surau

15:30 : Upin & Ipin

16:30 : Berhenti untuk solat Asar

17:15 : Penyampaian hadiah Indoor Games

malam

20:00 : Forum: Rawatan Jiwa

Ahli Panel: -Y.Bhg Tuan Guru Dr Hj Jahid bin Hj Sidek Al-Khalidi

(mantan Prof Madya Akademi Pengajian Islam UM)

-Y.Bhg Dato Dr Saat Baki (P.P.Pantai, Bangsar)

Moderator: -Dr Azlan Darus (PPUM)

21:30 : Solat Isyak

23:00 : Gerai ditutup


Semua dijemput hadir.

Sekian, harap maklum.

Ahmad Nizam Hashim
Warkah Nizam