Rabu, 10 Februari 2010

Hadis 19 - Pertolongan Dan Penjagaan Allah s.w.t

Daripada Abu Al-Abbas Abdullah Bin Abbas r.a, beliau berkata: "Pada suatu hari aku berada dibelakang Rasullah s.a.w, lalu baginda bersabda : "Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah : Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapatiNya bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah ! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu, kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atas kamu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan Allah ke atasmu. Telah diangkat qalam dan telah keringlah lembaran.

Kepentingan Hadis

Adalah amat baik bagi seorang guru untuk menarik perhatian muridnya dengan memberitahu bahawa dia ingin mengajarnya sebelum dia mula mengajar.

Sesiapa yang berada diatas jalan kebenaran dan menyeru orang lain kepadanya atau menyuruh kepada yang maaruf dan mencecgah kemungkaran dia tidak sekali-kali dimudaratkan oleh tipu daya orang-orang yang zalim dan musuh-musuh Allah yang batil

Wajib keatas seorang muslim melaksanakan tanggungjawabnya iaitu melakukan ketaatan, meninggalkan kemungkaran, menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada mungkar tanpa tunduk kepada sesiapa yang menakut-nakutkannya dengan seksaan dari kalangan orang yang lemah iman dan keyakinannya. Ini adalah kerana sesuatu telah ditetapkan oleh Allah pasti akan mengenainya. Wallahualam

Tidak ada komentar:

Posting Komentar