Minggu, 21 Februari 2010

Hadis 20 - Malu Adalah Sebahagian Daripada Iman

Daripada Abu Mas'ud, Uqbah Bin AMru Al-Ansoori Al-Badriy r.a beliau berkata : " Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya di antara ajaran yang di dapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) nubuwah yang pertama ialah :" Apabila kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka."


Kepentingan Hadis

Malu bererti menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan tercela, enggan melakukan sesuatu atau enggan meninggalkannya kerana takut mendapat celaan. Jika inilah pengertian malu, maka seruan kepada berakhlak dan beriltizam dengannya merupakan seruan kepada mencegah daripada semua bentuk maksiat dan keburukan. Di samping itu, sifat malu adalah di antara sifat terpuji yang sangat diperlukan oleh manusia. Mereka melihat bahawa ketiadaan sifat ini menyebabkan manusia berada dalam kekurangan dan keaiban. Tambahan sifat malu adalah sebahagian daripada kesempurnaan iman.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar