Sumber : Berita Harian Online
160 sebatan pegang tangan wanita
2012/03/27
RIYADH: Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan.Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.
Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf.
“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz.
Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis. – Agensi
Ulasan ;
Sekiranya di negara kita ini mempunyai undang-undang yang sebegini maka banyak masalah sosial akan dapat di atasi. Mudah-mudahan satu hari nanti negara kita juga dapat mengamalkan undang-undang Islam. Kaum wanita telah diangkat martabat mereka oleh Islam selepas berakhirnya zaman jahiliyyah. Tetapi kini, kaum wantita bukan sahaja tidak dilindungi malah di zalimi dan yang lebih teruk lagi, ada pula wanita yang secara bangga menzalimi diri mereka sendiri seolah-olah mereka sendiri ingin kembali ke zaman jahiliyyah, dimana pada masa tersebut wanita tidak ada nilai langsung. Adakah anda para wanita ingin kembali ke zaman tersebut? Jika tidak, kita semua perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Saya doakan agar kita semua termasuk isteri-isteri dan anak-anak kita serta seluruh keturunan kita daripada termasuk ke dalam golongan mereka-mereka yang menzalimi diri sendiri. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang beriman dan yang bertaqwa. Amin.
Warkah Nizam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar