Kerajaan diminta terus bantah resolusi PBB mengenai gay
2012/03/01
KUALA LUMPUR: Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menggesa kerajaan supaya meneruskan bantahan terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) berkenaan pengiktirafan kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT).
Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahya, berkata resolusi yang diluluskan tahun lalu itu meletakkan golongan LGBT di tempat yang salah, dengan memberikan pengiktirafan yang mengelirukan kepada mereka tanpa menyelesaikan permasalahan sebenar mengikut lunas agama dan nilai sebenar kemanusiaan. "Sebarang usaha untuk mengetengahkan nilai yang menyalahi fitrah kemanusiaan seperti mana yang cuba dibawa menerusi resolusi itu harus ditentang sehabis-habisnya bagi mengelak kekeliruan serta gangguan terhadap masyarakat secara umum," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. Pada 17 Jun 2011, PBB meluluskan resolusi mengiktiraf kedudukan lesbian, gay, bisexual dan transgender dalam konteks orientasi seksual, kesamarataan gender dan perkahwinan sejenis.
Malaysia adalah antara 19 negara yang menentang resolusi itu berbanding 23 negara yang menyokong.
Aminuddin berkata, masyarakat Malaysia perlu menzahirkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap resolusi itu dan sebarang usaha untuk mengetengahkan orientasi songsang LGBT sebagai suatu cara hidup masyarakat di sini. - BERNAMA
Ulasan ;
Sekiranya tidak silap saya, pada hari ini (05/03/2012) para perwakilan daripada PBB akan berbincang dengan Kerajaan Malaysia mengenai isu ini. Mudah-mudahan pihak kerajaan akan tetap dengan pendiriannya menolak resolusi songsang ini. Saya secara peribadi menolak resolusi songsang ini dan menyeru semua umat Islam menolak resolusi ini.
Manusia diciptakan berpasang-pasang merujuk kepada lelaki dan perempuan, bukannya lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan malah binatang pun tahu cara hidup berpasangan. Sekiranya ada manusia yang tidak tahu dengan apa yang dimaksudkan hidup berpasangan maka ianya adalah lebih teruk daripada binatang malah melanggar fitrah yang telah Allah jadikan. Pesan saya kepada mereka yang terlanjur, kembalilah kepada Islam kerana Islam itu agama fitrah, pintu-pintu taubat sentiasa terbuka luas maka segerakanlah bertaubat sebelum terlambat.
Mudah-mudahan Allah memerlihara kita dan juga keluarga kita serta kaum kerabat kita daripada terjerumus kelembah kehinaan. Lindungilah kami ya Allah, Rahmatilah kami dan negara kami. Amin.
Ahmad Nizam Hashim
Warkah Nizam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar