Asalamualaikum wbt
Masa begitu pantas berlalu, sedar tak sedar bakal-bakal haji kita akan mula berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji bermula esok. Sememangnya saat inilah yang dinanti-nantikan oleh setiap orang Islam yang beriman untuk mengerjakan haji.
Sememangnya untuk mengerjakan ibadah haji ini memerlukan keimanan, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. Ini adalah kerana ibadah haji merupakan kemuncak kepada pengabdian diri seorang hamba kepada Penciptanya. Mereka yang terpilih untuk ke sana, baik untuk mengerjakan umrah atau haji merupakan para tetamu Allah yang terpilih. Insyallah. Berapa ramai orang yang kita lihat secara zahirnya mampu untuk ke sana samada untuk mengerjakan umrah atau haji, tetapi hingga ke saat ini masih belum sampai lagi. Justeru itu kepada yang telah sampai atau yang bakal ke sana, bersyukurlah kepada Allah dengan mengerjakan secara besungguh-sungguh ibadah semasa anda di sana. Bukanlah pangkat haji atau hajjah yang penting, tetapi yang lebih penting ialah ibadah umrah atau haji kita diterima Allah swt. Berbahagialah kepada mereka yang dijemput Allah untuk menunaikan ibadah haji pada kali ini.
Kepada bakal-bakal haji, saya doakan anda semua selamat pergi dan kembali, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan dengan kesihatan yang baik, sentiasa berada dibawah perlindungan Allah swt dan yang lebih penting mudah-mudahan anda semua akan dikurniakan dengan haji yang mabrur. Amin.
Lazimnya di Malaysia, setiap bakal haji akan mengadakan majlis bacaan Yaasin, doa selamat, solat hajat dan kenduri sebelum mereka berangkat menunaikan ibadah haji. Oleh yang demikian, masjid ditempat saya (Masjid Bandar Bukit Puchong) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis tersebut bagi meraikan bakal-bakal haji dengan harapan dapat mengurangkan perbelanjaan para bakal haji untuk mengadakan kenduri kendara dan supaya tumpuan mereka kepada persiapan ke Tanah Suci tidak terganggu. Mudah-mudahan ianya akan dapat diteruskan lagi dimasa-masa hadapan dan diperkembangkan pula kepada masjid-masjid dan surau-surau yang lain pula.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar Majlis Meraikan Bakal Haji dan Jamuan Eidul Fitri Masjid Bandar Bukit Puchong baru-baru ini, dimana saya merupakan pengarah kepada program pada kali ini. ;
Majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat
Saya sedang menyampaikan ucapan alu-aluan
Majlis penyampaian cenderahati kepada bakal-bakal haji
Antara bakal-bakal haji yang bergambar kenangan dengan Ketua Kampung & Nazir MBBP
Suasana di sekitar jamuan sebagai acara penutup
Sekian,
Warkah Nizam
nizamblog@gmail.com
p/s- dah dua hari saya diserang demam panas.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar