Asalamualaikum wbt
Semalam 28hb Januari 2013, Habib Ali Zaenal Abidin telah sudi datang ke Masjid Bandar Bukit Puchong untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk " Rasulullah Pembawa Pendamaian" sebagaimana seperti yang saya maklumkan sebelum ini di dalam posting saya yang terdahulu.
Pada malam tersebut saya sempat mengambil video ceramah beliau dan insyallah sekiranya ada rezeki saya akan upload di dalam blog ini untuk perkongsian bersama. Alhamdulillah ceramah beliau telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para jemaah, sehinggakan ruang solat utama masjid dipenuhi oleh para jemaah untuk mendengar ceramah beliau.
Bagi para pembaca yang ingin mengetahui perkembangan program-program yang di adakan oleh Masjid Bandar Bukit Puchong, anda bolehlah lawati fanpage masjid di http://www.facebook.com/MASJIDBBP/
Di sini saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat di rakamkan pada malam tersebut untuk tatapan para pembaca yang saya kasihi sekelian ;
Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu-lah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan qalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (manusia). Surah Al-Alaq ; 1-5 Warkah Nizam
Selasa, 29 Januari 2013
Kamis, 24 Januari 2013
Salam Maulidur Rasul
Asalamualaikum wbt.
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan dibulan maulid ini., kita perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi Muhammad saw dan bersyukur kepada Allah swt kerana telah dipilih untuk menjadi umat Nabi Muhammad. Saya menyeru kepada diri saya, keluarga dan anda semua para pembaca sekelian supaya dapat kita sama-sama menghayati perjalanan hidup seorang manusia mulia yang bernama Muhammad serta mencontohi Baginda Nabi. Sesungguhnya Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik maka sama-samalah kita berusaha untuk mencontohi baginda.
Pada kali ini saya bawakan kepada anda biografi ringkas Nabi Muhammad saw untuk tatapan para pembaca yang saya kasihi sekelian.
Nabi
Muhammad dilahirkan pada hari Isnin di tahun Gajah. Nama penuh baginda adalah Muhammad bin
Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin
Murra bin Kaab bin Luay bin Ghaleb bin Fihr bin Malik bin Nadhir bin Kinanah
bin Khuzaimah bin Mudrika bin Ilyas bin Mudor bin Nizar bin Maad bin Adnan bin
Ismail bin Ibrahim. Nama baginda telah
diberikan oleh datuk baginda iaitu Abdul Mutalib yang bermaksud “yang terpuji”
Bapa
baginda Abdullah telah meninggal dunia semasa beliau masih lagi berada di dalam
kandungan ibu baginda iaitu Aminah.
Tidak berapa lama kemudian ibu baginda pula telah meninggal dunia semasa
berada di satu tempat bernama “Abwa”.
Setelah kematian ibu, baginda telah dipelihara pula oleh datuknya Abdul
Mutalib dan setelah itu oleh bapa saudaranya Abu Talib pada usia baginda 8
tahun.
Sebelum
baginda diangkat menjadi Rasul, baginda cukup terkenal di kalangan orang-orang
Quraisy sebagai seorang yang jujur dah telah digelar dengan gelaran Al-Amin
yang membawa maksud “yang dipercayai”.
Pada usia 25 tahun baginda telah berkahwin dengan Khadijah binti
Khuwailid.
Semasa
baginda berumur 40 tahun, baginda telah memencilkan diri di Gua Hira dan telah
didatangi oleh malaikat Jibrail dengan membawa wahyu yang pertama dan dengan
peristiwa ini maka baginda telah di angkat oleh Allah swt menjadi rasul dan
bermulalah kerja dakwah baginda.
Baginda
telah ditentang oleh Arab Quraisy dan setelah 13 tahun berdakwah di Mekah Allah
swt telah memerintahkan baginda dan umat Islam untuk berhijrah ke Madinah. Peristiwa Hijrah ini telah memberi laluan
kepada penubuhan Negara Islam yang pertama dan Islam telah berkembang selepas
itu.
Tidak
lama selepas peristiwa Hijrah telah berlaku peperangan yang pertama di antara
tentera Islam dengan tentera kafir Quraisy dan peperangan ini telah dimenangi
oleh umat Islam dan diikuti dengan beberapa siri peperangan dan akhirnya pada
tahun ke lapan hijrah umat Islam telah berjaya membuka kota Mekah dan selepas
itu agama Islam telah berkembang dengan lebih pesat lagi dan kisah ini telah
membuka mata negara-negara asing akan kemunculan kuasa baru.
Nabi
Muhammad saw wafat pada tanggal 12
Rabiul Awal tahun ke sebelas hijrah pada usia 63 tahun.
Wallahualam
Warkah Nizam
Minggu, 20 Januari 2013
Ceramah Maulidur Rasul - Masjid Bandar Bukit Puchong
Asalamualaikum wbt.
Masjid Bandar Bukit Puchong akan menganjurkan Ceramah Perdana yang bertajuk " Rasulullah Pembawa Pendamaian" pada 28hb Januari 2013 selepas solat Maghrib. Semua muslimin & muslimat di jemput hadir dan mohon dihebahkan kepada yang lain.
Tajuk ini memang kena pada masanya dan dikupas pula oleh Habib Ali iaitu seorang penceramah yang tidak asing lagi kepada kita jadi jangan lepaskan peluang ini jemput hadir beramai-ramai.
Jom kita ngaji...
Warkah Nizam
Sabtu, 15 Desember 2012
Apa Yang Berlaku Di Syria Sebenarnya ...
Asalamualaikum wbt
Sidang pembaca yang saya kasihi sekelian, pada kali ini saya ingin berkongsikan kisah penderitaan rakyat Syria dengan para pembaca sekelian. Tidak ramai yang tahu apa yang sebenarnya yang berlaku di bumi Syria, malah ada yang mengatakan ianya adalah kerja musuh-musuh Islam yang ingin menjatuhkan negara Islam. Mungkin betul dan mungkin tidak. Sebenarnya Syria diperintah oleh golongan Syiah yang membenci Ahli Sunnah Wal Jammah (ASWJ). Selama ini rakyat Syria hidup dalam keadaan yang amat berhati-hati terutamanya mengenai hak mereka sebagai rakyat dan mereka juga telah ditindas sudah begitu lama tetapi seolah-olah dunia tidak mengetahui akan perkara ini. Baru-baru ini kita telah menerima kunjungan Syeikh Dr Khalid Hassan Al Hindawi yang menceritakan keadaan sebenar mengenai apa yang berlaku di Syria dan saya muatkan petikan tersebut di dalam blog Warkah Nizam ini untuk pengetahuan kita bersama.
Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan
pembantu khas kepada Dr Yusuf al-Qardhawi dan beliau telah diamanahkan oleh Ketua
Ikatan Ulama Islam Antarabangsa untuk memberitahu berita dan hal sebenar yang sedang
berlaku di Syria.
Menurut beliau, revolusi rakyat Syria bermula di
Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti di Dar’aa, Hauran, Halab
bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria yang menentang pemerintahan
kejam Basyar Al-Assad.
Dr Khalid melihat kerajaan Syria pimpinan Basyar
Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana
yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri
harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat
sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan
mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada
memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan
kanak-kanak.
Beliau turut menceritakan latar belakang sejarah
Syria, yang merdeka daripada penjajahan Perancis pada 1945, dan telah
diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang
telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya, Basyar Al-Assad yang
kini memerintah selama 11 tahun.
Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh
diktator. Syeikh Khalid menceritakan tentang konflik berdarah di Hama pada
tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari, mengorbankan hampir 46,000 ribu
penduduk Hama yang merupakan penganut Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) tetapi
kisah ini seperti di beritakan kepada penduduk dunia.
Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah
Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ walaubagaimanapun pemegang
tampuk pemerintahan adalah daripada golongan Syiah Alawiyah. Iran telah mempertahankan
tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu
juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah
Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci
ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga
hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong
rejim Basyar di Syria.
“Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita
untuk membela darah pemuda, pemudi dan huffaz. Kita kena sokong revolusi di
Syria, kena tunjukkan keberanian kita menentang rejim zalim ini.
“Mereka membenci ASWJ, dan Hizbullah di Lubnan
juga menyokong mereka. Jadi kita perlu menyokong saudara kita di Syria.
Sekiranya Hizbullah berani menyokong Basyar ini, kenapa kita tidak berani
menyokong golongan yang mempelopori revolusi ini?” tegasnya.
Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di
Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000
orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di
Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang
darinya mati dalam tahanan.
Dalam tempoh lapan bulan, telah berlaku revolusi
siang dan malam, rakyat menghadapi senjata berat dan kereta kebal hingga rumah
dan masjid dirobohkankan, wanita dibawa ke tempat yang tidak diketahui, malah
ada wanita yang diperkosa di hadapan suami mereka sambil diikat.
Menurut Syeikh Khalid lagi, seorang remaja
perempuan di Homs, bernama Zainab Al-Husni, 23 tahun, ditangkap dan ingin
diperkosa tetapi beliau melawan. Akhirnya beliau dipotong empat dan dihantar
kepada keluarganya. Ratusan kanak-kanak turut dibunuh hingga ada yang
dipotong-potong.
Beliau menegaskan, ”Apakah kita perlu berdiam
diri? Bagaimana kita harus bersabar di atas taghut yang kejam ini!“
Rejim Basyar juga telah memaksa kakitangan
kerajaan untuk keluar berdemonstrasi menyokong kerajaan untuk mengaburkan fakta
dan memberitahu dunia bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kakitangan yang
tidak menyokong kerajaan akan hilang pekerjaan mereka.
Revolusi ini masih berlanjutan hingga ke saat ini di
sebabkan Regim Basyar ini menerima bantuan daripada negara luar seperti Iran,
Lubnan, Rusia, China dan lain-lain yang memusuhi Islam.
Saya menyeru kepada semua umat Islam, marilah kita
semua bersatu di atas nama Islam untuk membantu saudara mara kita yang ditindas
di negara mereka sendiri tak kira dimana sahaja mereka berada seperti di
Palestin, Syria, Afghanistan, Myanmmar dan lain-lain tanpa mengira fahaman
politik, warna kulit atau bangsa.
Wallahualam.
Jumat, 16 November 2012
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434 H
Asalamualaikum wbt
Selamat menyambut Maal Hijrah 1434 Hijriah, saya ucapkan kepada sidang pembaca yang saya kasihi sekelian. Mudah-mudahan dengan kedatangan tahun baru ini, kita akan sentiasa berazam untuk menjadi hamba Allah yang lebih beriman dan bertaqwa.
Untuk makluman kepada pembaca sekelian, tahun hijriah telah diperkenalkan pada zaman Khulafa Ar-Rashideen iaitu di zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khatab. Pada peringkat awal perbincangan bagi menetapkan tarikh tahun hijriah ini memang terdapat banyak cadangan daripada para sahabat seperti tarikh kelahiran Nabi s.a.w, Ramadhan dan lain-lain sehinggalah para sahabat bersetuju untuk menggunakan peristiwa penghijrahan Nabi s.a.w pada tahun 622 masihi dari Mekah ke Madinah sejauh lebih kurang 500km sebagai tarikh bagi tahun hijriah. Begitulah serba sedikit sejarah asas mengenai kalendar umat Islam.
Di Malaysia sambutan Maal Hijrah di adakan pada setiap tahun dengan pelbagai tema dan juga diberikan anugerah kepada tokoh-tokoh yang telah banyak menabur jasa didalam pelbagai bidang, pun begitu masih ramai juga umat Islam yang tidak tahu apa itu Maal Hijrah bahkan hanya sekadar bergembira kerana hari tersebut merupakan hari cuti umum di negara kita. Malah tidak memberi apa-apa makna kepada sesetengah mereka.
Ingin saya mengajak para pembaca sekelian untuk mengimbau sejarah silam di waktu Nabi s.a.w bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq berhijrah, dimana pada permulaan perjalanan mereka, Baginda Nabi saw dan Abu Bakar telah dikejar oleh kafir Quraisy bagi menghalang mereka daripada pergi ke Madinah sehingga Nabi Muhammad saw dan Saidina Abu Bakar terpaksa bersembunyi di dalam Gua Thur selama 3 hari dan di sepanjang mereka berada disitu telah berlaku banyak peristiwa yang boleh dijadikan teladan dan iktibar kepada mereka yang mahu berfikir.
Antara peristiwa yang berlaku semasa Nabi dan Saidina Abu Bakar di dalam Gua Thur ialah Allah swt telah memelihara mereka berdua dimana para pemuda Quraisy lalu di hadapan pintu gua tersebut tetapi Allah telah memalingkan wajah dan hati mereka daripada memasuki gua tersebut, sehinggakan Nabi dan Abu Bakar boleh melihat kaki-kaki mereka dan seandainya mereka menjengah ke dalam gua sudah pasti mereka akan ternampak Nabi dan Abu Bakar.
Kisah bagaimana Abu Bakar yang menggunakan kakinya sendiri untuk menutup lubang ular bisa juga menunjukkan betapa kasihnya para sahabat kepada Rasulullah saw. Dimana ketika itu Rasulullah sedang tidur di atas riba Abu Bakar, tetapi oleh kerana terlalu kasihkan kepada Nabi yang terlalu keletihan dan tidak mahu menggangu lena Nabi. Saidina Abu Bakar rela menggunakan kakinya sendiri untuk menghalang ular berbisa tersebut daripada keluar daripada lubangnya dan akhirnya tapak kaki Saidina Abu Bakar telah dipatuk oleh ular tersebut. Namun Saidina Abu Bakar tetap menahan kesakitan patukkan ular tersebut di samping menahan kesakitan kesan bisa ular yang tidak terperi sehingga air mata beliau mengalir lalu jatuh di atas wajah mulia Rasulullah dan menyebabkan Rasulullah terjaga dan bertanyakan apa yang telah berlaku, lalu Rasulullah telah melihat luka patukkan ular pada kaki Saidina Abu Bakar dan meludahnya, dan dengan izin Allah luka tersebut sembuh.
Di samping itu terdapat beberapa orang lagi yang tahu mengenai tempat persinggahan Nabi ini antaranya ialah Abdullah Bin Abu Bakar As-Siddiq yang mendengar berita-berita yang di bincangkan oleh para pembesar Quraisy dan menyampaikan kepada Rasulullah serta ayahnya. Asma' Binti Abu Bakar As-Siddiq atau dikenali dengan gelaran "Zatun Nitakaini" iaitu wanita yang mempunyai dua selendang dan gelaran ini berikan oleh Baginda Rasulullah semasa Asma' menghantar makanan kepada Baginda dan ayahnya, dimana dia telah menggunakan selendangnya untuk menutup kepala dan satu lagi untuk menyembunyikan makanan yang dibawanya kepada Rasulullah dan ayahnya. Manakala Amir bin Fuhairah pula membawa kambing-kambing yang digembalanya ke kaki bukit Thur bagi menghilangkan jejak-jejak kaki yang ditinggalkan oleh Nabi dan juga Saidina Abu Bakar serta beberapa orang lagi yang mengetahui tempat persinggahan Nabi & Abu Bakar.
Malah kisah Hijrah Nabi saw bermula apabila lebih kurang 100 orang pemuda Quraisy dari semua suku kaum berkumpul bagi membunuh Nabi saw dan Allah swt telah menghancurkan rancangan mereka apabila kesemua mereka tertidur dan di kala itulah Nabi saw telah keluar dari rumahnya untuk berhijrah bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar dan Saidina Ali telah tidur ditempat tidur Nabi saw. Begitulah serba sedikit sirah mengenai hijrah Rasulullah saw bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar.
Apa yang penting Maal Hijrah bukan sekadar disambut dengan membaca doa akhir dan awal tahun semata-mata malah lebih dari itu lagi. Saya menyeru kepada diri saya, keluarga dan para pembaca sekelian untuk berhijrah menjadi orang yang lebih berilmu, yang mana untuk mendapatkan ilmu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan juga wang ringgit. Sama-samalah kita menghayati dan menyelami sirah Rasulullah saw pada peristiwa hijrah ini. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi bekal kepada kita dan ahli keluarga kita di dalam mengharungi hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini. Jasa Rasulullah saw dan para sahabat di dalam mengembangkan agama Islam ini terlalu besar maka marilah kita mengenali serta mencontohi akhlak serta amalan mereka.Wallahualam.
Seandainya ada salah dan silap saya mohon maaf. Selamat Menyambut 1434 H
Warkah Nizam
nizamblog@gmail.com

Selasa, 06 November 2012
Doa Mohon Keselamatan - Akar Seni Enterprise
Akar Seni Enterprise - Pembekal Peralatan Keselamatan Untuk Kediaman, Pejabat & Industri.
Sila lawati http://www.facebook.com/safetysolutions4U?ref=hl untuk maklumat lanjut.
Sabtu, 03 November 2012
Selamat Kembali Jemaah Haji
Asalamualaikum wbt.
Sidang pembaca yang saya kasihi sekelian. Sebagai makluman kepada anda semua, kumpulan pertama jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di KLIA semalam. Alhamdulliah, syukur kerana anda telah dapat menjadi tetamu Allah dan mudah-mudahan mendapat haji yang mabrur.
Kepulangan para jemaah haji semua sudah tentunya disambut gembira oleh kaum keluarga dan sahabat handai dengan penuh rasa kesyukuran. Sekiranya kita mempunyai saudara atau kenalan yang baru pulang dari mengerjakan haji atau umrah, maka ziarahlah mereka jika anda berpeluang, dan bertanyakanlah khabar Kota Makkah dan Madinah disamping bertanyakan pengalaman mereka selama berada di tanah suci. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu meningkatkan lagi azam kita untuk sama-sama mengerjakan haji atau umrah.
Pastinya setiap orang mempunyai 1001 macam cerita dan pengalaman semasa mereka berada di sana, baik yang gembira, duka dan sebagainya, yang pastinya tidak dapat dilupakan oleh mereka yang telah melaluinya. Walaubagaimanapun di sebalik kegembiraan untuk pulang ke tanahair, pastinya hati menjadi sayu dan sedih kerana terpaksa meninggalkan bumi Makkah dan Madinah dan tidak tahu samada kita berpeluang untuk menjejakkan lagi kaki kesana ataupun ini merupakan yang terakhir buat kita. Pada saya inilah saat yang cukup sukar digambarkan kerana terpaksa berpisah dengan Baitullah dan makam Rasulullah saw. Apa pun marilah kita sama-sama berazam dan berdoa untuk menjejakkan lagi kaki kita ke sana dan melaksanakan segala ibadah dengan lebih sempurna.
Apa pun kepada para jemaah haji yang telah pulang, marilah sama-sama kita menabur bakti kepada masyarakat dengan berdakwah iaitu mengajak manusia kepada kebaikan dan menjauhkan kemungkaran. Terdapat banyak medium untuk kita semua berdakwah baik melalui Masjid/surau, NGO-NGO Islam, Internet seperti blog atau facebook dan banyak lagi yang boleh kita gunakan sebagai medium dakwah dan yang penting setiap kita mempunyai tanggungjawab untuk berdakwah.
Wallahualam.
Warkah Nizam
Langganan:
Postingan (Atom)