Asalamualaikum wbt
Sidang pembaca yang saya kasihi sekelian. Pada kali ini saya akan berkongsi sedikit ilmu mengenai ibadah qurban. Mudah-mudahan ianya dapat menambahkan ilmu yang ada pada diri kita.
QURBAN
Qurban
bermaksud hampir. Dari segi istilah syarak pula, qurban adalah menyembelih
binatang qurban pada Hari Raya Eidul Adha atau pada hari-hari Tasyrik iaitu
pada 11, 12 & 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat atau menghampirkan diri
kepada Allah swt.
Dalil yang
menerangkan mengenai ibadah qurban ini ialah dari surah Al-Kausar ayat 2 iaitu
;
“Maka
dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah”
Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud;
“Nabi
saw telah berqurban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan
bertanduk. Baginda sendiri yang
menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut nama Allah, bertakbir
sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut”
Hadis
Riwayat Al-Bukhari (5245)
Hukum
mengerjakan ibadah qurban bagi Mazhab Syafie adalah sunat muakkad iaitu sesuatu
yang sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan tetapi jatuh hukum
tersebut kepada wajib apabila seseorang itu bernazar.
Tuntutan
sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya seperti Islam,
sempurna akal dan baligh. Orang yang
berqurban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau sekurang-kurangnya
melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.
Binatang
yang disyariatkan untuk Ibadah Qurban mestilah mempunyai ciri-ciri seperti tidak
cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak kurus manakala jenis
binatang yang sah untuk diqurbankan adalah seperti berikut ;
1. Kambing biri-biri yang berusia satu tahun
keatas.
2. Kambing biasa yang berusia dua tahun dan ke
atas.
3. Unta yang berusia lima tahun keatas.
4. Lembu atau kerbau yang berusia dua
tahun dan ke atas.
Antara
syarat-syarat orang yang ingin melakukan qurban adalah Islam, baligh dan
berakal serta berkemampuan untuk mengerjakan nya.
Manakala
antara hikmah Ibadah Qurban ini adalah seperti berikut ;
1. Menghidupkan sambil menghayati erti
pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi
Ismail as.
2. Sebagai tanda pengabdian diri serta tunduk
patuh kepada segala perintah Allah swt.
3. Menambahkan lagi rasa kasih sayang
dan ikatan persaudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging qurban
tersebut kepada insan yang memerlukan seperti fakir miskin dan lain-lain.
4. Menanam semangat saling membantu dan
berkerjasama sesama Islam .
Wallahualam.
Pengumuman kepada peserta dan para sukarelawan untuk bersedia
Bacaan Doa sebelum ibadah qurban dijalankan.
Peserta mewakilkan kepada penyembelih sebelum penyembelihan dijalankan
Baru nak melapah dah kena panggil la pulak.....
Kerja-kerja melapah binatang qurban
Para petugas sedang sibuk memotong dan menimbang daging lembu
Antara daging lembu yang dikumpulkan pada hari tersebut.
Pengagihan daging kepada fakir miskin
Mengagihkan daging kepada para petugas dan pengunjung
Muslimat sibuk menyediakan kenduri 1 ekor lembu di masjid.
Semangat gotong royong
Masjid Chef in action
Warkah Nizam
nizamblog@gmail.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar