Asalamualaikum wbt.
Sidang pembaca yang saya kasihi sekelian, semoga anda semuanya sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut 'Eidul Adha 1433H kepada semua pembaca yang saya kasihi sekelian tidak kira dimana jua anda berada.
Seperti biasa kepada anda yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing, berhati-hatilah semasa memandu dan saya doakan anda semuanya selamat tiba ke destinasi masing-masing dengan selamat. Amin. Kepada yang berada di perantauan sudah tentu pengalaman menyambut Eidul Adha di negara orang akan menjadi kenangan buat diri anda dan sudah pasti rakan-rakan dan saudara se-Islam anda di sana akan menjadi pengubat rindu kerana berjauhan dengan kaum keluarga. Apa pun, itulah namanya pengorbanan samada di dalam mencari ilmu atau mencari rezeki di negara orang.
Saya pula seperti tahun-tahun sebelum ini akan menyambut 'Eidul Adha di Puchong kerana terlibat di dalam Jawatankuasa Qurban di masjid tempat saya. Sememangnya semakin hampir dengan hari raya maka kami akan menjadi semakin sibuk dengan segala macam persiapan termasuklah menunggu lembu yang ditempah. Debaran makin dirasai terutamanya pada pagi hari ibadah qurban akan dilaksanakan kerana khuatir tidak cukup orang untuk menguruskan lembu dan juga cuaca yang tidak menentu sekarang ini. Mudah-mudahan semuanya dapat berjalan dengan lancar nanti.
Hajat dihati ingin berkongsi cerita lagi tentang ibadah qurban dan juga 'Eidul Adha disini bersama anda semua tetapi terpaksa berhenti setakat ini dahulu sebab Lori Lembu dan nak sampai, jadi nak kena uruskan lembu-lembu tersebut.
Apapun Selamat Menyambut Eidul Adha dan Maaf Zahir dan Batin dari saya dan keluarga.
Sekian, wasalam.
Warkah Nizam
nizamblog@gmail.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar