Senin, 04 Juli 2011

Hari Terbuka MTD - Jun 2011

Asalamualaikum wbt.


Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya ke Hari Terbuka, Maktab Tentera DiRaja yang diadakan di Kem Sungai Besi pada 26hb Jun 2011 (ahad) yang lepas.


Saya dan sahabat saya telah mendapat jemputan daripada seorang kawan yang merupakan seorang bekas pelajar MTD yang mengajak kami ke Hari Terbuka MTD, jadi apalagi kami pun terus setuju kerana di sana ada acara menembak dengan menggunakan M-16, untuk pengetahuan semua, hampir 15 tahun saya tidak menembak dengan M-16, jadi peluang yang ada ini, amat dinanti-nantikan saya. Jika para pembaca masih ingat pada sambutan Hari Belia yang lepas saya telah membawa keluarga saya ke pameran tentera yang di adakan pada hari tersebut di samping memberikan sedikit penerangan kepada anak-anak dan isteri saya tentang pengendalian senjata, tetapi pada kali ini saya pula telah berpeluang untuk menembak dengan senjata M-16, dengan menggunakan peluru hidup.






Pada awal-awal pagi lagi kami telah bertolak ke Kem Sungai Besi, tujuannya satu sahaja, supaya dapat mendaftar awal untuk menembak, sebab jika lewat nanti lambat pula balik sebab kena tunggu giliran. Alhamdulillah, kami adalah antara orang yang terawal tiba ke lapang sasar dan dapat mendaftar awal. Setiap kali menembak, kami dibekalkan dengan 10 butir peluru, jadi bagi saya yang dah lama tak menembak ni, apalagi terus "booking" 4 kali menembak bermakna 40 butir, itupun sebab seorang daripada kawan saya ada urusan kenduri jadi kena balik awal, kalau tidak mahunya sampai ke petang saya di sana.





Walaupun pada permulaannya, tembakan saya tidak memuaskan, tetapi pada kali ke dua dan seterusnya, Alhamdulillah saya telah mendapat semula rentak dan mengenai sasaran. Untuk makluman sasaran yang digunakan ada dua jenis iaitu yang pertama gambar pengganas (lebih kurang 4-5 kaki tinggi dan 2-3 kaki lebar) dan yang keduanya "plate" besi ( lebih kurang 1 kaki setengah tinggi dari paras tanah dan lebar pun lebih kurang 1-2 kaki - kalau tak silap saya lah) , manakala jarak sasaran adalah sejauh 200 meter dari tapak tembakan. Jadi saya memilih untuk menembak plate besi kerana kita dapat lihat ia terbalik apabila terkena peluru, jadi kita boleh nampak samada tembakan kita tepat atau pun tidak dan ianya juga lebih mencabar kerana dedahan target yang lebih kecil berbanding target gambar pengganas. Itulah serba sedikit pengalaman yang hendak saya kongsikan dengan para pembaca sekalian.

Bila dah sampai ke rumah baru saya perasan yang siku saya berdarah dan bahu pun berbekas, tapi tadi semasa dilapang sasar semua benda ni langsung tak perasan (dah lama sangat tak menembak la tu) , Apa pun, saya cukup berpuas hati dengan hasil tembakan saya.




Walaubagaimanapun saya juga ingin berkongsi sedikit maklumat dengan para pembaca, seandainya suatu hari nanti anda pula berpeluang pergi ke lapang sasar "INGAT" pesanan saya, lapang sasar adalah tempat yang sangat merbahaya. Jadi di sana tiada senda gurau atau dengan lain perkataan tempat nak melawak, kerana peluru yang digunakan adalah peluru hidup, kesilapan sedikit boleh mengundang padah...jadi disiplin amat "DI TITIK BERATKAN".




Berikut saya sertakan gambar pada hari tersebut dan insyallah jika ada rezeki saya akan uploakan video yang saya ambil di lapang sasar, sekurang-kurangnya bagi yang tidak mempunyai pengalaman menembak boleh melihat dan mendengar kuasa tembakan M-16.






Sasaran berada dihadapan sejauh 200 meter.





Para petugas sedang mengisi peluru ke dalam kelopak(peluru hidup)


Detail ke tapak tembak gerak..., Dalam kedudukan baring, satu kelopak 10 butir isi peluru...Sasaran dihadapan, Dalam masa sendiri....siap Tembak.
(Dalam hati saya berkata ; Alahai 10 butir jer....)





Awat laa...rasa target ni jauh sangat, dulu-dulu rasanya dekat lagi, ke mata aku yang rabun.(untuk makluman, pada masa ni, saya sedang menembak target orang sebelah, sebab peluru dia dah habis, tapi target tak jatuh-jatuh juga...he..he..he..)





Cuba tengok sikit...Haa, kena...kena...














Jumat, 01 Juli 2011

Sibuk Sikit Minggu Ini

Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, mudah-mudahan anda dan keluarga semuanya berada di dalam keadaan sihat walafiat.

Untuk pengetahuan semua, minggu ini adalah antara minggu yang agak sibuk bagi saya. Bermula dengan hari ahad yang lepas dimana pada sebelah pagi saya telah berpeluang pergi ke hari terbuka MTD dan sempat merasa menembak dengan senjata M-16 setelah hampir 15 tahun tidak menembak dengan M-16 kemudian pada sebelah malamnya pula ada majlis khatam surah Yassin dan keesokkannya pula sibuk dengan persiapan Majlis Isra & Mikraj. Insyallah nanti jika ada rezeki saya akan uploadkan di sini gambar semasa di hari terbuka MTD serta majlis khatam surah yassin.

Jadi saya memohon maaf kepada para pembaca yang mengikuti blog saya kerana didalam sehari dua ini tiada catatan yang baru. Insyallah selepas ini saya akan cuba upload artikel seperti biasa sebelum tibanya Ramadhan. Sebab bila masuk saja bulan Ramadhan, saya khuatir tidak sempat lagi untuk menulis kerana pada kebiasaannya, saya gemar menulis pada sebelah malam jadi agak sukar untuk "tune up" dengan solat terawih dan program tadarrus al-quran nanti.

Apa-apa pun saya mohon maaf sekali lagi diatas kelemahan saya.

Wasalam.

Ahmad Nizam Hashim

16.Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

9.1 Kata-kata Wa Hadza Lafzhu Riwayati


Seperti yang telah sedia maklum, bahawa rawi sesuatu hadis itu adakalanya menggunakan kata-katanya sendiri, jadi tidak tepat sebagaimana seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan perbuatan atau taqrir Nabi s.a.w. sebab perbuatan atau taqrir memang bukan berupa sabda dan ini amat banyak perbezaannya antara seorang perawi dengan seorang perawi yang lain. Namun demikian isi dan maknanya adalah sama. Oleh sebab itulah maka timbul perkataan Wa hadza lafzhu riwayati Muslimin atau Wa hadza lafzhu Bukhari atau Wallafzhu Littirmidzi, yang ertinya “Ini adalah lafaz menurut riwayat Imam Muslim” atau “Ini adalah lafaznya Imam Bukhari” atau “Lafaz sebagaimana di atas adalah menurut Imam Tirmidzi” atau yang serupa dengan itu dan ini adalah dibenarkan sebab tidak mengubah makna atau tujuan sesuatu hadis.

Rabu, 29 Juni 2011

Majlis Isra' Dan Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong































Majlis Isra' Dan Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong

Gambar yang dihantar dari seorang sahabat

































Sekitar Majlis Isra' & Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong

Lagi gambar suasana semalam.




Para jemaah sedang mengaminkan doa yang dibacakan oleh Tuan Guru


















Menghantar Tuan Guru ke kereta, terpaksa ikut jalan belakang kerana terlalu ramai jemaah yang menanti beliau. Apapun Jazakallah di atas pesanan yang penuh dengan isi yang disampaikan beliau. Mudah-mudahan beliau sudi lagi datang ke masjid kami.











Sekitar Majlis Isra' & Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong

Asalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, semalam Masjid Bukit Puchong penuh sesak dengan para jemaah yang datang untuk mendengar ceramah Isra' & Mikraj yang disampaikan oleh TG Dato' Dr. Haron Din.

Berikut adalah sebahagian rakaman suasana Majlis Isra' & Mikraj, Masjid Bandar Bukit Puchong yang di adakan pada 28hb Jun 2011



Tuan Guru Bersama-sama dengan AJK dan para Pegawai Masjid





Antara jemaah yang hadir semalam. (belum penuh lagi)