Senin, 04 Juli 2011

Hari Terbuka MTD - Jun 2011

Asalamualaikum wbt.


Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya ke Hari Terbuka, Maktab Tentera DiRaja yang diadakan di Kem Sungai Besi pada 26hb Jun 2011 (ahad) yang lepas.


Saya dan sahabat saya telah mendapat jemputan daripada seorang kawan yang merupakan seorang bekas pelajar MTD yang mengajak kami ke Hari Terbuka MTD, jadi apalagi kami pun terus setuju kerana di sana ada acara menembak dengan menggunakan M-16, untuk pengetahuan semua, hampir 15 tahun saya tidak menembak dengan M-16, jadi peluang yang ada ini, amat dinanti-nantikan saya. Jika para pembaca masih ingat pada sambutan Hari Belia yang lepas saya telah membawa keluarga saya ke pameran tentera yang di adakan pada hari tersebut di samping memberikan sedikit penerangan kepada anak-anak dan isteri saya tentang pengendalian senjata, tetapi pada kali ini saya pula telah berpeluang untuk menembak dengan senjata M-16, dengan menggunakan peluru hidup.






Pada awal-awal pagi lagi kami telah bertolak ke Kem Sungai Besi, tujuannya satu sahaja, supaya dapat mendaftar awal untuk menembak, sebab jika lewat nanti lambat pula balik sebab kena tunggu giliran. Alhamdulillah, kami adalah antara orang yang terawal tiba ke lapang sasar dan dapat mendaftar awal. Setiap kali menembak, kami dibekalkan dengan 10 butir peluru, jadi bagi saya yang dah lama tak menembak ni, apalagi terus "booking" 4 kali menembak bermakna 40 butir, itupun sebab seorang daripada kawan saya ada urusan kenduri jadi kena balik awal, kalau tidak mahunya sampai ke petang saya di sana.





Walaupun pada permulaannya, tembakan saya tidak memuaskan, tetapi pada kali ke dua dan seterusnya, Alhamdulillah saya telah mendapat semula rentak dan mengenai sasaran. Untuk makluman sasaran yang digunakan ada dua jenis iaitu yang pertama gambar pengganas (lebih kurang 4-5 kaki tinggi dan 2-3 kaki lebar) dan yang keduanya "plate" besi ( lebih kurang 1 kaki setengah tinggi dari paras tanah dan lebar pun lebih kurang 1-2 kaki - kalau tak silap saya lah) , manakala jarak sasaran adalah sejauh 200 meter dari tapak tembakan. Jadi saya memilih untuk menembak plate besi kerana kita dapat lihat ia terbalik apabila terkena peluru, jadi kita boleh nampak samada tembakan kita tepat atau pun tidak dan ianya juga lebih mencabar kerana dedahan target yang lebih kecil berbanding target gambar pengganas. Itulah serba sedikit pengalaman yang hendak saya kongsikan dengan para pembaca sekalian.

Bila dah sampai ke rumah baru saya perasan yang siku saya berdarah dan bahu pun berbekas, tapi tadi semasa dilapang sasar semua benda ni langsung tak perasan (dah lama sangat tak menembak la tu) , Apa pun, saya cukup berpuas hati dengan hasil tembakan saya.




Walaubagaimanapun saya juga ingin berkongsi sedikit maklumat dengan para pembaca, seandainya suatu hari nanti anda pula berpeluang pergi ke lapang sasar "INGAT" pesanan saya, lapang sasar adalah tempat yang sangat merbahaya. Jadi di sana tiada senda gurau atau dengan lain perkataan tempat nak melawak, kerana peluru yang digunakan adalah peluru hidup, kesilapan sedikit boleh mengundang padah...jadi disiplin amat "DI TITIK BERATKAN".




Berikut saya sertakan gambar pada hari tersebut dan insyallah jika ada rezeki saya akan uploakan video yang saya ambil di lapang sasar, sekurang-kurangnya bagi yang tidak mempunyai pengalaman menembak boleh melihat dan mendengar kuasa tembakan M-16.






Sasaran berada dihadapan sejauh 200 meter.





Para petugas sedang mengisi peluru ke dalam kelopak(peluru hidup)


Detail ke tapak tembak gerak..., Dalam kedudukan baring, satu kelopak 10 butir isi peluru...Sasaran dihadapan, Dalam masa sendiri....siap Tembak.
(Dalam hati saya berkata ; Alahai 10 butir jer....)





Awat laa...rasa target ni jauh sangat, dulu-dulu rasanya dekat lagi, ke mata aku yang rabun.(untuk makluman, pada masa ni, saya sedang menembak target orang sebelah, sebab peluru dia dah habis, tapi target tak jatuh-jatuh juga...he..he..he..)





Cuba tengok sikit...Haa, kena...kena...














Tidak ada komentar:

Posting Komentar