17.2 Hadis Hasan
Hasan, ertinya bagus atau baik. Yang dimaksudkan hadis hasan ialah hadis yang sebenarnya sama dengan hadis shahih perihal persyaratannya, hanya ada diantara para rawi itu yang kurang kuat hafalannya atau dianggap sebagai pelupa, atau ada keraguan atau ada yang menyalahi rawi yang dianggap lebih kuat dari rawi itu sendiri.
Sebagaimana hadis shahih, maka hadis hasan itu juga ada dua bahagian, iaitu ;
a. Hasan Lidzatih, jika dengan dirinya sendiri sudah dapat dianggap sebagai hadis hasan.
b. Hasan Lighairih, jika darjat hasannya itu dengan sebab ada bantuan daripada hadis-hadis yang lain.
Catatan ;
a. Didalam kitab Riyadhush Shalihin ini, seringkali kita akan bertemu dengan kata-kata ; Hadis Hasan Shahih, maksudnya ialah sekiranya dengan meneliti sanadnya, maka hadis itu adalah hasan, sedangkan sekiranya dengan memerhatikan maksud dan isi hadis itu sendiri, maka hadis itu adalah Shahih.
b. Hadis Hasan juga dapat digunakan sebagai dalil penetapan sesuatu hukum, selama mana tidak ada hadis shahih yang menyalahinya. Jadi sekiranya ada hadis shahih yang isinya berlawanan dengan hadis hasan tersebut, maka hadis shahihlah yang wajib diambil sebagai ketetapan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar