Senin, 18 Juli 2011

Kes Anak Hilang - Dalam Harian Metro

Hilang dua hari kerana merajuk
Oleh Georgie Josephgeorgie@hmetro.com.my

SUBANG JAYA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dua hari lalu di hadapan sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, di sini akhirnya terjawab selepas dia ditemui guru besar sekolahnya, kelmarin.

Najmi Haqiemi Ahmad Salleh atau Haqiemi, dikatakan bersembunyi di rumah seorang rakan sekelasnya sebelum rakannya itu melaporkan kepada pihak sekolah Haqiemi berada di rumahnya berikutan penyebaran risalah mengenai kehilangannya.

Sebaik mendapat maklumat itu, guru besar sekolahnya pergi mengambil kanak-kanak itu dan membawanya balik ke sekolah sebelum menghubungi ibu bapanya.
Ibu kanak-kanak itu, Zetty, 34, berkata, anaknya berada dalam keadaan baik cuma terkejut kerana tidak menyangka tindakannya menghilangkan diri menimbulkan kerisauan.
“Rupa-rupanya pada malam kehilangannya, anak saya itu menumpang tidur di rumah rakan sekelasnya dengan memberi alasan ibu bapanya bekerja di luar daerah.

“Mungkin dia berkecil hati dan merajuk selepas suami saya memarahinya pada hari kejadian,” katanya. Kehilangan Haqiemi dilaporkan selepas bapanya gagal menemuinya di kawasan sekolah ketika datang menjemputnya selepas waktu persekolahan tamat malah kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam.

Bapanya kemudian membuat laporan di balai polis berhampiran dan usaha mencari cuba dijalankan pada malam itu tetapi gagal disebabkan tiada siapa yang mendakwa pernah ternampak Haqiemi.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar