Jumat, 08 Juli 2011

Ijazah Kaedah Bacaan Yasin Thariq Jazariy

Saya bersama guru saya Ustaz Dahim



Asalamualaikum wbt


Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti yang dijalankan dimasjid saya, dimana pada 26hb Jun 2011 yang lepas telah berlangsung Majlis Pengijazahan kaedah membaca Surah Yasin secara berjemaah menurut Riwayat Hafsh Qiraat 'Ashim Thariq Al-Jazariy di masjid saya.



Dimana pada malam tersebut saya dan lebih kurang 20 orang rakan jemaah yang lain telah diijazahkan kaedah bacaan Yasin Thariq Jazariy oleh guru kami Ustaz Dahim Jalal Al-Jawiy. Alhamdulillah, dapat juga saya menamatkan pengajian tersebut di bawah pimpinan Ustaz. Kumpulan kami adalah generasi yang ke 45, dimana sanadnya melalui Saiyidina Ali dan terus ke Rasulullah s.a.w. Antara pesan guru saya pada malam tersebut ialah, "niat hendak belajar bukan kerana sanad, tetapi kerana ilmu, walaubagaimanapun ilmu yang benar itu adalah yang bersanad", ujar beliau lagi, dan bukanlah niat saya menceritakan kisah ini disini untuk bermegah-megah dengan ijazah yang diterima tetapi sebagai pendorong kepada diri saya dan juga kepada para pembaca semua untuk sentiasa mencari ilmu di dalam mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Mudah-mudahan Allah sentiasa meletakkan kita semua di atas jalanNya.



Jazakallah kepada semua guru-guru saya, semoga Allah merahmati dan memberkati anda.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar