Rabu, 13 Juli 2011

Protokol 1 - Agenda Yahudi Menakluk Dunia







Protokol 1

1.1 Jangan hanya bercakap dengan mengatur ungkapan yang menarik. Kita perlu memberi penekanan tentang kepentingan setiap buah fikiran dengan membuat perbandingan dan kesimpulan. Kita boleh menafikan semua fakta disekeliling kita. Apa yang dikemukakan adalah sistem kita daripada dua sudut pandangan iaitu daripada pandangan yahudi dan orang bukan yahudi.

1.2 Ramai manusia yang mempunyai cetusan perasaan yang lemah berbanding yang mempunyai cetusan perasaan yang hebat. Jadi, cara terbaik bagi menguruskan mereka adalah melalui keganasan atau kekacauan, bukannya melalui perbincangan akademik. Semua manusia bercita-cita mahu berkuasa. Semua orang mahu jadi diktator jika mereka berpeluang dan jarang sekali manusia yang bersedia berkorban segalanya demi kebajikan mereka sendiri melainkan dengan memerlukan orang lain berkorban bagi mereka

1.3 Pada peringkat awal, struktur masyarakat hanya bergantung kepada kekuatan, kekejaman dan kekuasaan. Selepas itu, muncul undang-undang yang hanya berselindung disebalik nama tetapi masih mengekalkan ciri-ciri yang sama. Kesimpulannya, nafsu manusia secara semulajadi mengukur kebenaran berasaskan kepada penguatkuasaan dan paksaan. Tanpa keduanya, kebenaran tidak dapt dibukti atau dipertahan.

1.4 Kebebasan politik hanyalah satu idea, bukan kebenaran. Idea ini perlu digunakan oleh seseorang apabila perlu bagi menarik orang ramai menyertai parti mereka bagi tujuan menghancurkan pihak yang sedang memegang tampuk kuasa. Tugas ini akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan apabila pihak yang berkuasa diserap dengan idea kebebasan yang dipanggil liberalisasi. Disebabkan dengan keberkesanan idea itu, mereka menyerahkan sebahagian daripada kuasa mereka. Lalu kejayaan yang dibawa oleh teori ini mula terserlah. Kelemahan kepimpinan kerajaan secara semulajadi mula didedahkan oleh kuasa baru. Pada masa itu, kerajaan yang ada pasti hilang arah dan menjadi seperti orang buta yang tidak dapat berjalan tanpa bimbingan. Ketika itu, peluang tersedia untuk menguasai kerajaan lama yang sudah dilemahkan oleh fahaman liberalisme.

1.5 Pada zaman ini, kuasa yang dipegang oleh pemerintah yang liberal digantikan dengan emas. Mustahil bagi seseorang itu untuk merealisasi idea kebebasan yang diperjuangkan kerana tidak ada seorang pun didunia ini yang tahu menggunakannya secara sederhana. Cuba berikan kuasa kepada sekumpulan manusia supaya mereka menjalankan pemerintahan sendiri bagi suatu jangkamasa tertentu. Mereka pasti menjadi pelaksana undang-undang yang tidak terkawal. Pada masa ini (1900-an), kita hanya perlu terlibat didalam pertelingkahan puak yang kemudiannya menjadi peperangan di antara kasta dan kelas. Dalam proses itu, ia tidak menguntungkan sesiapa pun.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar