Asalamualaikum wbt
Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak membuat sebarang posting artikel di dalam dua - tiga hari yang lepas, ini di sebabkan oleh keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Saya diserang demam, batuk serta selsema hinggakan tidak boleh hendak buat apa-apa. Jadi semasa tempoh tersebut saya gunakan sebaik-baiknya untuk mendapatkan rehat yang secukupnya, teringat saya pada kejadian tahun lepas dimana saya terlibat dalam kemalangan akibat memandu semasa saya sedang demam.
Rasanya dengan faktor umur saya sekarang, saya sudah tidak lagi boleh hendak agresif seperti dahulu, jika tidak dulu selagi saya masih boleh berjalan saya akan tetap ke tempat kerja walaupun sedang sakit, tetapi setelah kejadian pada tahun lepas saya lebih berhati-hati. Apa pun, Alhamdulillah saya bersyukur kerana keadaan kesihatan saya telah semakin pulih walaupun tidak sepenuhnya.
Apapun sekali lagi saya mohon maaf diatas kelemahan saya.
Sekian,
Ahmad Nizam Hashim
Tidak ada komentar:
Posting Komentar