Jumat, 22 Juli 2011

17. Pembahagian Hadis

17.4 Hadis Mutawatir

Sekiranya sesuatu hadis itu diriwayatkan oleh ramai orang dan di sampaikan kepada orang yang ramai pula, kemudia orangorang yang menerima itu menyampaikan pula kepada banyak orang juga dan demikian seterusnya sehingga sampai kepada para mudawwin, maka hadis yang sedemikian itu disebut hadis mutawatir. Jadi secara ringkasnya hadis mutawatir itu tentu mempunyai sanad yang banyak sekali dan mustahil sekali andaikata rawi-rawinya sama-sama bersepakat untuk berdusta atas sabda atau apa-apa yang dikerjakan oleh Baginda saw.

Hadis Mutawatir itu ada dua jenis

a. Mutawatir Lafzhi, sekiranya berupa sabda Nabi saw.
b. Mutawatir ‘Amali, sekiranya berupa perbuatan Nabi saw seperti bagaimana cara Nabi saw mengerjakan solat, haji dan sebagainya.

Hadis Mutawatir itu dengan sendirinya lebih dapat diyakini dan lebih kuat untuk dijadikan alasan penentuan hukum berbanding Hadis Shahih, bahkan tidak memerlukan syarat-syarat lazim yang di tetapkan untuk menentukan Hadis Shahih itu.



17.5 Hadis Masyhur

Hadis Masyhur atau Hadis Mustafidh ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih dan disampaikan pula kepada tiga orang atau lebih dan seterusnya sehingga sampai kepada para mudawwin. Jadi hadis tersebut wajib memiliki 3 macam sanad yang berlainan.



17.6 Hadis Shalih

Hadis Shalih mempunyai nilai yang kurang daripada hadis Hasan, akan tetapi tidak terlampau lemah.



17.7 Hadis Mudha’af

Hadis Mudha’af ialah hadis yang mempunyai matan atau sanad yang lemah, akan tetapi setengah sanadnya menguatkan pada sanad yang setengah lagi.



17.8 Hadis Musnad

Hadis Musnad ialah hadis yang bersambung sanadnya sampai kepada Nabi saw atau sampai kepada sahabat. Mengenai rawi-rawi yang ada didalam hadis Musnad itu, adakalanya memenuhi persyaratan untuk menjadi hadis shahih dan adakalanya tidak, oleh sebab itu hadis Musnad itu kadang-kadang dapat digolongkan sebagai hadis Shahih, Hasan, Dhaif atau Hadis Marfu’.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar