Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu-lah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan qalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (manusia). Surah Al-Alaq ; 1-5 Warkah Nizam
Senin, 31 Mei 2010
Demam
Dah dua hari dah saya terbaring sebab demam, batuk, selsema, sakit tekak dll. Hajat nak buat ulangkaji bagi tajuk yang seterusnya tak kesampaian begitu juga dengan nak ambil gambar buku bagi di uploadkan kedalam blog ini juga tak kesampaian. Kepada mereka yang berhajat tu saya mohon maaf dan harap bersabar, insyallah saya akan uploadkan gambar-gambar buku serta sedikit ulasan mengenai buku-buku tersebut. Kasihan pada anak saya yang kecil sekali yang baru berusia 1 tahun 5 bulan, sememangnya dia cukup manja dengan saya, apabila terdengar saya terbatuk dia akan menjerit-jerit memanggil ayah..ayah.. tapi buat sementara waktu saya terpaksa menjauhkan diri daripadanya sebab takut berjangkit.
Alhamdulillah, malam ni saya terasa sedikit segar dan bolehlah saya uploadkan satu dua artikel yang ada dalam simpanan saya. Insyallah bila sembuh sepenuhnya nanti saya akan teruskan usaha-usaha untuk berkongsi ilmu ini bersama-sama dengan para blogger yang lain.
Kadang-kadang bila Allah beri kita sakit barulah kita terasa ada banyak benda lagi yang kita tak sempat nak buat. Cumanya lepas kita sembuh nanti terpulang kepada kita samada nak buat atau pun tidak pendek kata kita masih punya pilihan. Tapi seandainya Allah ambil nyawa kita sememangnya kita sudah tiada pilihan lagi. Gunakan masa hidupmu sebaik-baiknya sebelum matimu, Wallahualam.
Hadis 38 - Jalan Untuk Bertaqarrub Dan Mendapat Kecintaan Allah
[ Hadis Riwayat Al-Bukhari ]
Kepentingan Hadis
Sesungguhnya Allah s.w.t amat mencintai dan menjaga para wali-Nya. Allah s.w.t amat murka kepada orang-orang yang melakukan kejahatan terhadap mereka. Hadis yang mulia ini menerangkan siapakah sebenarnya wali-wali dan orang-orang yang dicintai Allah samada di dunia ataupun di akhirat. Oleh itu ada pendapat yang mengatakan hadis ini adalah hadis yang paling mulia yang menyebutkan tentang para wali.
Perawi 14 - Abdullah
Perawi 13 - Abbad
Jumat, 28 Mei 2010
Hadis 37 - Keadilan, Kelebihan Dan Kekuasaan Allah S.W.T
Daripada Ibnu Abbas r.a, daripada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang diriwayatkan daripada Tuhannya, katanya ; “Sesungguhnya Allah s.w.t mencatat kebaikan dan keburukan kemudia Dia menjelaskan ; barangsiapa yang bercita-cita untuk melakukan kebaikan, lalu tidak jadi mengamalkannya, maka Allah menulis disisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Jika dia bercita-cita untuk melakukan kebaikan), kemudian dia mengamalkannya, maka baginya sepuluh kebaikan penuh dan digandakan sehingga menjadi tujuh ratus kali ganda, bahkan sehingga tidak terhitung. Barangsiapa yang bercita-cita mahu melakukan keburukan, tetapi tidak jadi melakukannya, maka Allah akan menulisnya sebagai satu kebaikan penuh. Jika dia bercita-cita (untuk melakukan keburukan) dan dia melakukannya, maka Allah akan menulis baginya satu keburukan.”
[ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]
Kepentingan Hadis
Hadis Qudsi ini mengandungi berita gembira dan harapan besar terhadapkelebihan Allah s.w.t serta rahmat-Nya yang melimpah kepada segala sesuatu. Sesungguhnya hadis ini membangkitkan harapan yang cemerlang dalam setiap jiwa dan mendorongnya untuk beramal serta berusaha keras di bawah pengawasan, pengetahuan, kekuasaan, keadilan serta santunan Allah s.w.t.
Perawi 12 - Abu Musa
Doa Masuk Ke Rumah
Berita Terkini - Pemimpin anti-Islam guna 30 bas New York papar iklan sasar Muslim
Pemimpin anti-Islam guna 30 bas New York papar iklan sasar Muslim
Pemimpin anti-Islam guna 30 bas New York papar iklan sasar MuslimNEW YORK: Seorang aktivis Amerika Syarikat yang mengetuai pertubuhan 'Stop Islamization of America' (Henti Islamkan Amerika) melancarkan kempen menggalakkan orang Islam supaya murtad dengan meletakkan iklan di 30 buah bas setiap bulan di Kota New York, menyuruh sesiapa yang berminat menghubungi sebuah laman web tajaannya.
Pamela Geller mendakwa, laman web itu, RefugefromIslam.com memberi penerangan kepada mereka yang mahu keluar dari agama Islam serta menyifatkan langkahnya sejajar dengan kebebasan beragama meskipun beliau dituduh sebenarnya menyembunyikan agenda anti-Muslim.
Iklan itu mula dilihat pada bas pada 14 Mei lalu, menggunakan soalan berbunyi ‘Leaving Islam’ (Mahu keluar daripada Islam?), ‘Fatwa on your head?’ (Anda diancam fatwa?) dan ‘Is your family threatening you?’ (Adakah keluarga mengancam anda?).Geller berkata, iklan pada bas itu berharga AS$8,000 (RM26,400) dan turut disumbangkan pembaca blognya selain laman web lain termasuk Atlas Shrugs.Ada juga iklan berkenaan dilihat pada bas di Miami. Geller juga mengakui, beliau merancang meletakkan iklan sama di bandar lain.“Iklan itu tidak mencetuskan kemarahan orang Islam, ia sejajar dengan kebebasan beragama. Iklan itu tidak menyasarkan orang Islam yang mengikut ajaran agama mereka. Iklan itu tidak berkata ‘keluar’ tetapi ‘mahu keluar’ dengan simbol tanda tanya,” katanya.Pegawai Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) berkata, iklan Geller itu sudah dikaji dan tidak melanggar garis panduan MTA dan belum ada aduan diterima mengenai iklan pada bas berkenaan.Semua iklan diperiksa terlebih dulu, kebanyakannya oleh syarikat yang mengendalikan permohonan iklan MTA tetapi ada yang dihantar kepada MTA untuk kelulusan muktamad, kata jurucakap agensi itu, Aaron Donovan.Bulan lalu, syarikat pengangkutan Miami-Dade Transit menarik iklan itu daripada 10 bas kerana memutuskan ia mungkin mencetuskan kemarahan orang Islam, lapor akhbar The Miami Herald.Tetapi, agensi berkenaan membuat keputusan membenarkannya diguna semula selepas mengkaji iklan itu bersama pejabat Peguam Negeri.Anggota Majlis Perbandaran beragama Islam, Robert Jackson, mempertikai kriteria MTA membenarkan iklan itu serta tidak bersetuju dengan isi kandungannya khususnya Amerika adalah negara yang menyokong kebebasan beragama.“Ini adalah kempen pelampau berhaluan kanan yang menentang agama Islam. Warga New York memahami perkara ini,” katanya.Wakil Majlis Hubungan Amerika-Islam di sini, Faiza Ali, berkata iklan itu menggunakan alasan palsu bahawa seseorang itu dipaksa kekal dalam Islam sedangkan orang Islam percaya pihak yang dipaksa memeluk kepercayaan tertentu bukan penganut sebenar.“Geller bebas berkata apa yang dia suka tetapi anggota masyarakat lain juga bebas mengkritik motif beliau. Geller sudah lama bersikap anti-Muslim dan iklan itu menyembunyikan latar belakang berkenaan,” katanya lagi. – AP
Senin, 24 Mei 2010
Al-Fatihah - Eairrin Bt Hasshim
Ingin saya berkongsi cerita di sini, pagi tadi bila saya terbangun dari tidur ternampak ada message pada handphone saya, bila dibaca rupa-rupanya ada seorang sahabat telah kematian isterinya awal pagi tadi akibat penyakit leukimia dan isterinya juga merupakan sahabat kepada saya dan salah seorang yang mengikuti blog ini. Saya terus terduduk dibirai katil, mengenangkan ujian yang terpaksa dihadapi oleh keluarganya terutamanya anak tunggalnya yang baru berusia 4 tahun. Tanpa saya sendiri sedari semasa solat subuh air mata saya mengalir. Saya sendiri langsung tiada mood untuk ketempat kerja atau memikirkan masalah kerja. Jelas kenangan bersama arwah dan keluarganya dimata saya.
Bagi saya arwah adalah seorang yang ceria, kuat semangat, tabah dan mesra. Walaupun saya sendiri baru mengenalinya tetapi dengan kemesraan dan sifatnya yang periang seolah-olah membuatkan saya telah lama mengenali arwah. Bayangkan semasa sebelum dimasukkan kehospital arwah melayan kunjungan kami dengan penuh ramah dan memasak masakan kegemaranya iaitu nasi lemak untuk kami, sedangkan pada masa tersebut beliau masih sakit dan itulah yang merupakan kali pertama dan terakhir bagi saya merasa masakan arwah.
Begitu juga dengan suami dan ayahnya yang sentiasa mengalu-alukan kunjungan ziarah kami kerumahnya , bagaimana kami sama-sama merancang untuk mengadakan solat hajat sebelum arwah dimasukkan kehospital serta berikhtiar mengubati penyakitnya dengan cara alternatif(Islam). Semuanya itu masih jelas dalam ingatan saya.
Tetapi apabila arwah dimasukkan kehospital, kami sudah tidak dibenarkan menziarahi arwah lagi atas arahan doktor hanya suami dan ayahnya sahaja yang dibenarkan masuk, hatta anak arwah sendiri tidak dibenarkan masuk melawat. Namun solat hajat dan doa untuk kebaikan arwah sentiasa dibuat baik secara sendirian atau pun secara berjemaah. Sekali lagi sebentar tadi saya tersentak apabila semasa berdoa, saya terdoa untuk kesembuhan arwah, kemudian baru saya tersedar yang arwah baru pergi meninggalkan kita.
Pagi tadi saya berpeluang menziarahi jenazah arwah, solat jenazah hingga selesai majlis pengkembumian arwah, kerana inilah sahaja penghormatan terakhir yang dapat saya berikan kepada arwah. Semasa tiba dirumah arwah telah kelihatan ramai orang yang datang menziarahi arwah dan sememangnya dengan sifatnya yang sedemikian tidak mustahil arwah mempunyai ramai kenalan. Alhamdulillah semua urusan jenazah berjalan dengan lancar.
Kali terakhir saya berhubung dengan arwah adalah melalui sms pada 20/05/2010 sebelum arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 3.30 pagi tadi 24/05/2010.
Sms terakhir daripada arwah adalah mengenai video yang saya upload dalam blog ini mengenai banjir di Putra Perdana katanya "Baru tahu putra perdana banjir, lagi.."
Itulah antara kenangan saya bersama arwah dan keluarganya. Arwah yang saya maksudkan disini ialah Saudari Eairrin Binti Hasshim dan suaminya dikenali dengan nama Sham.
Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah s.w.t mengampunkan segala kesalahannya dan ditempatkan bersama-sama dengan hamba-hambaNya yang beriman serta memberi kesabaran kepada keluarganya di dalam mengharungi ujian Mu ini Ya Allah. Amin.....
AL-FATIHAH buat Eairrin...
Nota; Kepada rakan-rakan yang mengikuti blog ini, saya memohon kemaafan seandainya dalam tempoh seminggu dua ini saya kurang atau tidak dapat update blog kerana untuk tenangkan fikiran buat sementara waktu, sebagai makluman dalam bulan mei ini sahaja saya berdepan dengan 3 kematian orang-orang yang mengenali saya. Entahlah terlalu banyak ujian yang menimpa saya di dalam tahun ini, saya berserah kepada Allah
Minggu, 23 Mei 2010
Berita Terkini - Satu Lagi Kematian Akibat H1N1
Utusan Malaysia
22/05/2010 6:18pm
KUALA LUMPUR 22 Mei — Satu lagi kematian dilaporkan akibat jangkitan virus influenza A(H1N1) menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 dalam negara sehingga hari ini ialah 86 orang.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, lelaki berumur 48 tahun tanpa sebarang faktor risiko itu mengalami gejala demam selama tiga hari dan batuk selama seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 6 Mei lepas.
"Lelaki itu mengalami masalah pernafasan akibat pneumonia yang teruk semasa rawatan dan meninggal dunia pada 9 Mei lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu sembilan kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) dilaporkan di tujuh negeri iaitu di Perak, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Selangor.
Dr Mohd Ismail berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara 577 kes dan daripada jumlah itu 76 kes disahkan positif H1N1, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak lapan kes dengan kesemuanya mempunyai faktor risiko. - Bernama
Sabtu, 22 Mei 2010
Berita Terkini - Kerajaan Perlu Dengar Suara Rakyat Berhubung Lesen Judi Bola
2010/05/22 ( Berita Harian )
KEPALA BATAS: Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata, rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.
"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan. "Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di sini, hari ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung, sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.
Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat. Sementara itu, diminta mengulas mengenai cubaan menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam, Abdullah berkata perkara itu perlu dibendung. "Saya harap tak ada orang yang ikut dan percaya dengan kata-kata bekas pengikut kumpulan itu," katanya. Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bekas pengikut kumpulan itu mendakwa pemimpin mereka, Ashaari Muhammad atau Abuya, yang meninggal dunia pada 13 Mei lalu, kononnya cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat. - Bernama
Perawi 11 - Abdullah
Jumat, 21 Mei 2010
Doa Menaiki Kenderaan
Berita Terkini - Lukis nabi cetus perang di Facebook
Warga Pakistan bantah idea kempen kartunis Amerika
SEATTLE: Idea kartunis Amerika Syarikat, Molly Norris, mengisytiharkan 20 Mei (semalam) sebagai ‘Everybody Draw Mohammed Day!’ (Hari Melukis Muhammad) menyebabkan beribu-ribu orang mengambil bahagian selain mencetuskan bantahan lebih ramai lagi menyebabkan Pakistan menyekat laman web Facebook. Norris asalnya mengemukakan cadangan itu sebagai membantah keputusan rancangan Comedy Central menapis episod South Park memaparkan Nabi Muhammad dalam kostum beruang.
Cadangannya bulan lalu kemudian menyebabkan ramai pengguna Facebook mengambil bahagian dengan melukis wajah nabi di laman web itu. Sehingga kelmarin, lebih 41,000 pengguna Facebook menyokong karikatur nabi di laman mereka, manakala 56,000 lagi membantah. Sementara itu, Pakistan mengarahkan pembekal perkhidmatan internet menyekat Facebook kerana menggalakkan pengguna menyiarkan imej Nabi Muhammad Kemarahan disuarakan di Pakistan dan negara lain kerana Islam melarang penyiaran imej Nabi. Kerajaan Pakistan bertindak selepas sekumpulan peguam Muslim memperoleh arahan mahkamah supaya menyekat Facebook sehingga 31 Mei. Petang kelmarin, akses kepada laman berkenaan tidak menentu kerana pembekal perkhidmatan internet mula melaksanakan arahan itu. Di Karachi, kira-kira 2,000 pelajar mengadakan perhimpunan dan mendesak Facebook diharamkan kerana membenarkan karikatur nabi disiarkan. Berpuluh-puluh pelajar berhimpun di kawasan berhampiran sambil memegang papan tanda menggesa jihad terhadap penghina nabi. Beberapa negara lain seperti China sudah mengharamkan Facebook buat selama-lamanya. – AP
Hadis 36 - Himpunan Kebajikan
[Hadis riwayat Imam Muslim]
Kepentingan Hadis
Imam Nawawi di dalam syarah Sahih Muslim berkata : “Hadis ini adalah hadis yang agung, menghimpunkan berbagai ilmu, kaedah dan adab”
Perawi 10 - Asma’
Buku-Buku Pilihan
Kamis, 20 Mei 2010
Khutbah Jumaat - JIHAD DALAM PENDIDIKAN
“ JIHAD DALAM PENDIDIKAN ”
(21 Mei 2010 / 7 Jamadilakhir 1431H)
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.Mimbar pada hari ini akan membincangkan khutbah bertajuk: “JIHAD DALAM PENDIDIKAN”.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Menurut sumber Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi pada hari ini terdapat seramai 5.7 juta orang anak-anak kita sedang belajar di sekolah-sekolah dan seramai 930,000 orang lagi sedang menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta secara formal di seluruh negara. Selain itu terdapat juga orang dewasa dan warga emas sedang belajar secara tidak formal di masjid, surau dan kelas-kelas pengajian lain. Tumpuan besar pelajar-pelajar yang mencari dan dahagakan ilmu sebenarnya selari dengan tuntutan Islam. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl, ayat 43:
Maksudnya: “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu melainkan orang lelaki, yang Kami wahikan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui”.
Rasulullah SAW menyifatkan bidang pendidikan adalah perjuangan fi sabilillah- berjuang di jalan Allah. Rasulullah SAW bersabda,
Mafhumnya: ” Sesiapa yang keluar menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali” (Riwayat: at-Tirmizi).
Pekerjaan sebagai guru, murabbi dan pendakwah diiktiraf amat mulia di sisi agama dan masyarakat kerana mereka mewarisi tugas-tugas Rasul membimbing manusia ke jalan yang benar, pencetus hidayah, membantu mengubah nasib seseorang, mengangkat darjat seseorang, membebaskan seseorang dari kemiskinan dan membentuk tamadun manusia melalui pendidikan dan penyebaran ilmu. Betapa besar peranan guru ini, maka mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan menerangi laluan sama di desa atau di bandar, di darat atau di lautan. Anas bin Malik RA meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda:
Mafhumnya : "Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".(Riwayat: Imam Ahmad)
Ruang lingkup pendidikan ini amat luas. Ia memerlukan perkhidmatan guru, murabbi dan pendakwah yang ramai. Syeikh Dr. Yusof Al-Qaradhawi seorang tokoh ulama’ semasa yang amat berpengaruh menyatakan, “pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, akhlak dan tingkahlaku, ia bertujuan untuk membentuk manusia bagi menghadapi masyarakat yang sering berhadapan dengan kebaikan, kejahatan, kemanisan dan kepahitan”.
Walaubagaimana pun kejayaan dan keberkesanan pencapaian sistem pendidikan sebenarnya berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya, kelengkapan ilmunya dan keluhuran peribadinya. Kesepaduan antara peribadi dan kemahiran keilmuan adalah unsur penting membantu kecemerlangan pendidikan.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah
Berdasarkan bilangan institusi pendidikan dan bilangan pelajarnya ternyata guru mempunyai pengikut yang ramai, sentiasa berkerumun mengelilingi guru-guru serta amat berpengaruh pula dalam mencorakkan nilai-nilai hidup anak-anak kita. Persoalan besar timbul apa akan terjadi jika tidak ada guru sepenuh masa membimbing anak-anak kita dalam mengharungi pancaroba kehidupan ini?. Banyak hadis-hadis sahih menjelaskan Allah SWT sendiri, para Malaikat, penghuni langit dan bumi hatta semut sekalipun berselawat kepada guru atau orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.
Saidina Umar RA pernah berkata “ kematian seribu ahli ibadat adalah sedikit kesannya berbanding kematian seorang alim (ahli ilmu) yang mahir dalam ilmu halal haram dalam syariat Allah”. Iman Shafie amat menghormati gurunya. Beliau pernah berkata: “Malik bin Anas adalah guruku. Seandainya tidak ada Iman Malik dan guruku seperti Ibnu Uyainah, maka hilanglah seluruh ilmu ulama-ulama negeri Hijaz ini. Saidina Ali RA juga pernah berkata “Barangsiapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku”.
Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin memetik nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya supaya menghormati guru, katanya, “ wahai anakku, pergaulilah para guru dan rapatilah mereka dengan kedua lututmu, kerana Allah SWT menghidupkan hati dengan nur (cahaya) hikmat, sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan hujan dari langit”.
Mimbar amat yakin habuan, pangkat dan hadiah tinggi menggunung bukanlah dituntut oleh para guru. Tetapi apa yang penting ialah murud-murid yang dibimbingnya menjadi manusia yang berguna dan mampu mengembalikan maruah agama dan martabat negara. Bagaimanapun kadangkala guru-guru menghadapi cabaran besar dalam membentuk murid yang berjaya dan bertamadun. Berdasarkan pemerhatian mimbar walaupun besar pengorbanan guru tetapi terdapat juga di kalangan ibubapa dan murid yang tidak menghormati guru.
Penghormatan kepada guru semakin longgar dan semakin luntur dalam masyarakat kita. Mimbar ingin mengingatkan para jemaah dan umat Islam sekalian bahawa tidak salah jika kita berkawan rapat dengan guru, tetapi adalah salah jika kita tidak beradab dan kurang ajar kepadanya. Sejahat-jahat guru, selagi mana dia menumpahkan ilmu maka adalah perlu untuk kita menghormatinya. Ingatlah pesan Saiyidina Ali RA yang bermaksud : Kecantikan dan pakaian itu bukanlah penghias diri, sesungguhnya ilmu dan adab itu yang menjadi hiasan diri seseorang. Bukanlah yatim itu seseorang yang kematian bapanya, sesungguhnya yatim yang sebenar apabila ketiadaan ilmu dan adab.
Jika kita hendak menegur seseorang guru hendaklah dilakukan dalam keadaan penuh beradab. Setinggi mana pun kita mencapai kedudukan, ingatlah kepada guru yang membimbing kita. Mimbar tidak nampak ruang dan sebab untuk seseorang murid mendabik dada kepada gurunya. Malah kalau hubungan antara murid dan guru ini baik, maka akan terhasil satu gabungan dan perkongsian ilmu yang cantik. Apa yang nyata tidak rugi jika kita menghormati guru tetapi sebaliknya satu kerugian besar jika kita tidak mengambil peluang menimba ilmu bersama guru.
Guru adalah manusia biasa, mereka juga mempunyai kelemahan. Tetapi kita sebagai anak muridnya perlu berlapang dada dan menerimanya secara waras kerana dia memberikan manfaat yang banyak kepada kita.
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Ibubapa dan guru-guru adalah institusi utama yang amat berpengaruh dalam memberi pendidikan dan membentuk nilai murni di kalangan pelajar. Peranan ibubapa dan guru jika dilakukan dengan ikhlas bukan sahaja dapat melahirkan generasi yang bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara malah memberi pelaburan yang menguntungkan berterusan hingga hari akhirat. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.(Riwayat Muslim)
Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Sempena sambutan Hari Guru pada tahun 2010 yang bertemakan: “Guru Pembina Negara Bangsa”, maka mimbar ingin merumuskan bahawa:
Pertama: Perkhidmatan perguruan dan pendidikan adalah jihad dan amalan mulia kerana mewarisi tugas para rasul dan nabi malah Allah SWT dan para malaikat sentiasa berselawat keatas guru-guru,
Kedua: Penampilan dan akhlak guru menjadi ikutan kepada murid kerana mereka mempunyai pengikut yang ramai dan pengaruh yang kuat,
Ketiga: Ibubapa dan guru perlu berkawan mesra supaya kesinambungan bimbingan dan tarbiah anak-anak dapat menghasilkan kualiti pendidikan yang cemerlang
Keempat: Ibubapa perlu melatih anak-anak supaya menghormati dan beradab dengan guru agar ilmu yang diperolehi itu berkat.
Sebagai muhasabah pentingnya ilmu dalam kehidupan , kita ikuti Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 9:
Maksudnya: “Apakah orang yang taat beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, ia takutkan azab hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya, sama dengan orang musyrik? Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil peringatan hanyalah orang yang berakal”.
Hadis 35 - Persaudaraan Islam Dan Hak Muslim
[Hadis Riwayat Muslim]
Kepentingan Hadis
Rasulullah s.a.w tidak hanya memadai dengan menegaskan kepentingan ukhwwah Islamiah sebagai satu syiar semata-mata, bahkan Baginda melingkunginya dengan perintah dan larangan yang menjadikan ukhuwwah sebagai suatu reality yang dapat dihayati dikalangan individu masyarakat Islam. Hadis ini mengandungi hukum-hukum dan faedah-faedah yang besar untuk mencapai matlamat Islam yang murni dan menjaganya daripada segala kekurangan atau kecacatan supaya kalimah ukhuwwah itu tidak dijadikan sebagai slogan laungan manusia dan khayalan mereka sahaja, sedangan mereka tidak dapat menghayatinya dalam reality kehidupan. Oleh kerana itu Imam Nawawi berkata dalam kitabnya al-Azzkar tentang hadis ini; “Amat besar manfaatnya dan amat banyak faedahnya”.
Kata Ibnu Hajar al-Haitami : “Hadis ini mengandungi banyak faedah, ia menunjukkan kepada keagungan prinsip dan matlamat, bahkan jika diperhatikan maknanya dan difahami maksudnya, ia mengandungi segala hukum Islam yang difahami secara langsung dan tidak langsung. Juga mengandungi segala adab sama ada secara isyarat atau perlaksanaannya.”
Perawi 9 - Al-Bukhari
Rabu, 19 Mei 2010
Berita Terkini - Kes Budak Hilang
Biodata:
Muhamad Adam Haikal Jalil,6 tahun
Kes:
Hilang kira-kira 6 petang, 13 Mac 2010.
ketinggian kira-kira empat kaki (1meter lebih)
berkulit cerah, berambut pendek
parut di dahi dan lenggan kanannya.
baju biru lengan merah,seluar jeans panjang, berselipar
Lokasi terakhir:
Blok 98-03-01 Flat Sri Kota,
56000 Bandar Tun Razak
Kuala Lumpur
Hubungi:
012-2791044 (bapa)
012-2608660 (ibu)
012-21559241/ 012-9316653
019-2227878 (Halijah Hussin)
atau balai polis berhampiran.
Flat Sri KotaBandar Tun RazakKuala Lumpur15 Mac 2010
Lagi kes kanak-kanak hilang.
Kepada pembaca yang mengetahui mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini, sila ambil tindakan segera.
Muhamad Adam Haikal, 6 tahun, dilaporkan hilang setelah dia didapati tidak pulang ke rumah setelah bermain bersama rakannya di kawasan padang permainan berhampiran rumahnya.
Menurut ibunya, Normayanti Abd Manan,30 tahun, kali terakhir suaminya , Jalil Abd Latif 33 tahun, melihat anaknya itu pada jam 4.30 petang Sabtu lalu apabila anaknya naik ke rumah untuk mengambil gasing.
“ Tetapi apabila menyedari pada jam 7 malam Adam tidak pulang suami mulai bimbang dan cuba mencari sekitar kawasan rumah tetapi tidak jumpa,” katanya.
“ Pada hari itu, rumah kami sibuk dengan kenduri kahwin adik ipar saya, ahli keluarga banyak bergotong-royong dibawah untuk persediaan kenduri kahwin tersebut.
Sementara itu, ada sumber mengatakan dipercayai Adam telah mengikut seorang lelaki melayu.
Kata Normayanti, seorang rakan anaknya itu berkata, ada melihat anaknya bermain dibawah blok rumahnya itu.
“ Kami bukan orang senang, tapi jika ada pihak yang mengambil itu mahu membuat anak saya sebagai anak angkatnya saya rela, tetapi bawanya pulang dahulu, tolonglah,” katanya.
Persatuan Penduduk, Rukun Tetangga Sri Kota turut membantu mengesan kanak-kanak ini dan menampalkan foto beliau dikawasan berhampiran.
Hadis 34 - Menghapuskan Kemungkaran Suatu Kewajipan
[Hadis Riwayat Muslim]
Kepentingan Hadis
Hadis ini mengajak kita melakukan yang maaruf dan mencegah perkara-perkara mungkar. Hendaklah kita benci kepada perkara-perkara yang mungkar walaupun dengan hati dan itulah selemah-lemah iman. Jika di renungkan hadis ini sekiranya setiap anggota masyarakat mengamalkan hadis ini nescaya perkara-perkara mungkar tidak akan berleluasa, masalah yang melanda masyarakat kita pada masa kini ialah anggota masyarakat seolah-olah membiarkan perkara-perkara mungkar berlaku tanpa mengambil inisiatif untuk mencegah. Marilah kita sama-sama bertekad untuk mencegah perkara-perkara mungkar dengan cara yang berhikmah. Wallahualam.
Perawi 8 - Mu’awiyyah Bin Abi Sufyan
Berita Terkini - Henti penggunaan ubat semburan hidung 357 Nasal Spray
19/05/2010 3:41pm
KUALA LUMPUR 19 Mei - Orang ramai yang mengalami masalah hidung tersumbat hari ini dinasihati supaya mengelak daripada membeli atau menggunakan produk tradisional ubat semburan hidung “357 Nasal Spray” yang dikeluarkan oleh syarikat Three Five Seven Sdn. Bhd.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Eisah A. Rahman berkata, ini kerana pendaftaran produk itu telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PKBD) berikutan pengesanan racun berjadual, dexamethasone yang terkandung dalam produk tersebut.
"Ubat-ubatan yang mengandungi Dexamethasone hanya boleh dibekalkan dengan preskripsi doktor. Penggunaannya dalam perubatan tradisional tanpa pengawasan doktor boleh mengakibatkan kesan advers serius seperti tekanan darah tinggi, edema iaitu bengkak pada tisu lembut dan sindrom Cushingoid yang menyebabkan muka menjadi tembam dan berat badan meningkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, produk itu telah disahkan dicampur dengan dexamentasone dan orang ramai dinasihati supaya segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada doktor pakar.
Banjir Di Putra Perdana, Puchong, Selangor
18/05/2010 - 9.30pm
Lokasi : Putra Perdana, Puchong, Selangor
Semalam semasa dalam perjalanan ke kelas, saya agak terperanjat apabila melihat deretan kenderaan yang tersangkut di dalam kesesakan lalulintas daripada persimpangan George Kent hingga ke Putra Perdana. Ingatkan ada kemalangan rupa-rupanya banjir di Putra Perdana, kalau tak silap saya dulu kawasan ini agak kerap juga dilanda banjir sebab selalu masuk dalam berita TV3, tapi selepas itu agak lama juga tak dengar berita banjir dikawasan ini cuma baru semalam jadi balik. Apa-apa pun saya selamat sampai ke kelas. Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya bawa motor kalau tak, tak tahulah. Mungkin jam 10.00 malam pun belum tentu boleh sampai.
Buku-Buku Pilihan
Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmatnya kita masih dapat hidup hingga ke saat ini dan yang paling penting dengan redha-Nya, insyallah.
Ingin saya maklumkan disini ialah dalam sedikit waktu lagi saya akan terbitkan column baru di dalam blog ini, iaitu buku-buku pilihan. Column ini bertujuan untuk berkongsi dengan para blogger yang lain mengenai koleksi buku yang saya miliki dan juga buku-buku terbaru yang berada dipasaran yang saya rasa sesuai atau patut dimiliki oleh para blogger yang lain.
Disamping itu juga, saya akan cuba untuk mengupas atau menyampaikan isi-isi penting yang terdapat didalam buku-buku yang berada didalam koleksi saya untuk renungan dan panduan buat kita semua. Mudah-mudahan dengan yang demikian dapat menarik minat kita untuk membaca dan mencari ilmu. Insyallah
Senin, 17 Mei 2010
Berita Terkini - Rakyat Malaysia dinasihat tunda atau batal perjalanan ke Bangkok
Rakyat Malaysia dinasihat tunda atau batal perjalanan ke Bangkok
17/05/2010
"Tetapi sekiranya dirasakan penting untuk ke sana rakyat Malaysia mesti memaklumkan kepada kedutaan kita di sana bagi memudahkan wakil kita yang beroperasi 24 jam memberitahu mereka perkembangan terkini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata, buat masa ini kerajaan juga belum berhasrat membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di sana termasuk pelajar kerana keadaan masih terkawal. - Bernama
Hadis 33 – Asas-Asas Kehakiman Dalam Islam
[ Hadis Riwayat Baihaqi ]
Kepentingan Hadis
Imam Nawawi telah berkata :”Hadis ini adalah salah satu kaedah hukum syarak yang besar.” Sheikhul Islam Ibnu Daqiiq al-‘Lid pula berkata :”Hadis ini adalah salah satu daripada prinsip hukum dan tempat rujukan terbesar ketika berlakunya pertentangan dan perselisihan.”
Selamat Menyambut Hari Guru
Kepada semua guru-guru atau bekas guru Selamat Menyambut Hari Guru. Sesungguhnya tugas mendidik anak bangsa adalah satu amanah yang cukup besar yang dipikul dibahu para pendidik ini.
Mudah-mudahan amanah yang digengam ini akan dilaksanakan dengan penuh ikhlas dan kerana Allah. Insyallah akan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Minggu, 16 Mei 2010
Azan Masjidil Haram
Azan Maghrib di Masjidil Haram...syahdu sungguh, terasa ingin lagi memijakkan kaki ke sana, pengalaman yang tiada bandingannya semasa ke sana.
Nota ;
(Lafaz azan Allah Hu Akhbar dua kali yang pertama di dalam video ini tak sempat saya rakam, jadi jangan salah faham kenapa lafaz azan Allah Hu Akhbar yang dilaungkan dalam video ini hanya ada dua kali saja tidak empat kali...)
Doa Keluar Dari Rumah
Maksudnya:
"Dengan nama Allah aku bertawakkal kepadaNya dan tiada daya serta upaya kecuali dengan keizinan Allah".
Perawi 7 - Abi Mas'ud
Jumat, 14 Mei 2010
Khutbah Jumaat - GENERASI BELIA ULUL ALBAB PENYELAMAT NEGARA
“GENERASI BELIA ULUL ALBAB PENYELAMAT NEGARA”
(14 MEI 2010 / 29 JAMADIL AWWAL 1431H)
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Marilah kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, di samping kita berusaha mempertingkatkan pembangunan dan pendidikan anak-anak dan ahli keluarga agar menyempurnakan kewajipan masing-masing. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:
“GENERASI BELIA ULUL ALBAB PENYELAMAT NEGARA”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Belia adalah aset yang amat berharga. Merekalah tonggak kekuatan generasi serta pewaris kepimpinan masa depan negara. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun. Pada masa ini golongan belia dianggarkan seramai 11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang berjumlah seramai 28 juta orang.
Berdasarkan peratusan yang besar ini dan selari dengan wawasan belia pemacu pembangunan satu ummah dan satu Malaysia, maka amat wajar golongan ini diasuh, dididik dan dibimbing menjadi generasi belia ulul albab. Secara umumnya generasi belia ulul albab adalah merujuk kepada belia yang bertakwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif lagi berupaya menyelamatkan dirinya dari pengaruh hidup budaya berdosa serta mampu menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian.
Kehebatan generasi belia seperti ini menjamin kemakmuran dan kemajuan negara di masa depan, ia selari dengan tema sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini iaitu Belia Kreatif Pemacu Pembangunan Negara. Persoalan besar timbul ialah bagaimana usaha untuk melahirkan generasi belia ulul albab ini?.
Berdasarkan sejarah Islam, penglibatan pendakwah negara berjiwa besar memberi sumbangan sangat beerti dalam membentuk remaja dan belia ulul albab. Soalnya, siapakah sebenarnya pendakwah negara ini?. Rasulullah SAW selain sebagai pemimpin umat, adalah seorang ketua pendakwah negara yang memberi penekanan khusus membimbing belia dengan cara menggesa mereka sentiasa taat beribadah kepada Allah, berakhlak mulia, menjaga kesihatan akal, kebersihan jasmani dalam semua sudut yang membawa kepada kesempurnaan peribadi.
Bimbingan ini akan mencorakkan jati diri yang beramanah dan bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara. Sabda Rasulullah SAW:
Mafhumnya: “ Sesungguhnya Allah sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng”(Riwayat Ahmad.)
Berdasarkan hadith ini, pemuda soleh adalah individu yang menerima amanah paling baik sehingga kelihatan coraknya pada akhlak mereka. Generasi pemuda soleh ini terus lahir seperti Khulafa’ al-Rasyidin, pemimpin tentera, pemimpin kerajaan di zamannya juga bertindak sebagai pendakwah negara. Mereka berdakwah, mentarbiah dan temu-mesra dengan kumpulan sasar serta menjadi contoh teladan kepada masyarakat khususnya para belia.
Sejarah juga telah merakamkan tentang kegigihan tentera Islam sejak kerajaan Umaiyyah, Abasiyah dan Kepimpinan awal kerajaan Othmaniah Turki untuk menawan Kota Konstantinopel (Istanbul) tetapi gagal. Namun satu ketika tampil seorang anak muda iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Kerajaan Othmaniah Turki bangkit menghidupkan cahaya dakwah. Dalam usia 21 tahun baginda berjaya menawan semula kota Konstantinopel daripada Rom. Antara penyebab kejayaan tersebut ialah tertanamnya kekuatan bijak, pintar dan kreatif .
Kota tersebut menjadi laluan dan menjadi pintu masuk penyebaran Islam di Eropah. Antara kata-kata keramat baginda ketika melancarkan percubaan akhir pada hari ke 53 kepungan untuk menawan Kota Konstantiopel ialah, “ Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, ikutilah aku”. Menurut riwayat, baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi. Demikianlah contoh kepimpinan pendakwah negara dimana kekuataan rohani tidak dapat dipisahkan dalam diri mereka sebagai pemimpin.
Justeru itu menjadi tanggungjawab mimbar mengingatkan sidang jumaat dan umat Islam sekalian bahawa corak tingkah laku golongan belia masakini merupakan cerminan masa depan sesebuah negara. Wahai jemaah dan umat Islam sekalian, demi golongan belia yang kita kasihi, jalankan tugas dakwah dengan penuh hikmah. Tugas berdakwah adalah fardhu ‘ain dan tidak boleh diserah kepada golongan tertentu sahaja. Dalam usaha membentuk akhlak murni kumpulan sasar yang besar ini, maka mimbar menyeru semua pemimpin dalam pelbagai peringkat marilah tampil kedepan bertindak sebagai pendakwah negara sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW.
Sidang Jumaat dan umat Islam sekalian,
Jangan di biarkan api mendekati minyak, kerana ia akan menyemarakkan lagi api tersebut. Begitu juga dengan penyebaran budaya yang menyemarakkan gelojak nafsu dan syahwat. Lebih-lebih lagi pada era dunia tanpa batas dan teknologi media elektronik, internet atau CD/VCD yang sangat mudah diperolehi dan murah pula harganya. Ingatlah dan insaflah bahawa hawa nafsu dan syahwat merupakan ujian yang besar untuk manusia, lebih-lebih lagi kepada golongan remaja dan belia. Jika punca dan tempat yang menaikkan nafsu tidak dibendung atau ditutup, maka selagi itulah gejala keruntuhan akhlak dan moral akan terus berleluasa. Penglibatan dengan dadah, berzina, pembuangan bayi, minum arak dan penglibatan dalam gejala sosial lainnya adalah berpunca daripada kegagalan mengawal gelora syahwat dan hawa nafsu.
Kehendak nafsu yang berunsur syahwat sentiasa mencabar setiap peringkat kehidupan ia boleh menjatuhkan kualiti akhlak manusia setaraf dengan binatang. Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah mengingatkan sabdanya,
Mafhumnya: “ Rebutlah lima perkara sebelum kamu di datangi oleh lima perkara lain. Masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sempit, dan masa hidupmu sebelum mati”(Riwayat : al-Hakim dan Ibnu Majah).
Selain itu, Allah SWT berfirman dalam surah Al-Kahfi ayat 13 dan 14:
Maksudnya: “Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sesungguhnya agama Islam berkehendakan supaya setiap umatnya menjadi sebaik-baik manusia yang sempurna keperibadiannya, mulia budi pekertinya dan menjadi teladan yang baik kepada orang lain. Rasulullah SAW pernah menasihatkan kita dalam sabdanya:
Maksudnya: Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain.(Riwayat Al-Tabarani)
Hadith ini menjelaskan bahawa manusia yang baik menurut pandangan Islam ialah orang yang hidup menggunakan sepenuhnya potensi yang ada untuk memajukan keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Mimbar amat yakin generasi belia ulul albab inilah yang menjadi cita-cita negara kita untuk membentuk belia yang kreatif, pencetus dan pembina tamadun Islam yang dihormati dan disegani oleh masyarakat dunia.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar berpesan, marilah kita khususnya golongan belia memastikan kehidupan kita di dunia ini mendapat perlindungan Allah SWT. Ini selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA mafhumnya: Bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah SWT pada hari akhirat iaitu :
Pertama : Pemimpin yang adil
Kedua : Pemuda yang hidup dalam beribadah kepada Allah SWT
Ketiga : Orang yang mengingati Allah SWT ketika bersendirian lalu
menitis airmatanya
Keempat : Orang yang hatinya bergantung kepada masjid
Kelima : Orang yang saling berkasih sayang kerana Allah SWT semata-
mata
Keenam : Lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik tetapi
mengatakan aku takut kepada Allah SWT
Ketujuh : Orang bersedekah dan memyembunyikannya sehingga tangan
kirinya tidak tahu apa yang dibuat oleh tangan kanan.
Mengakhiri khutbah, mimbar menyeru marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan generasi belia negara kita sentiasa diberikan taufik hidayah oleh Allah SWT dan seterusnya berjaya memainkan peranannya yang sebenar dalam memacu pembangunan negara bangsa yang maju dan dihormati lagi dikasihi Allah SWT.
Maksudnya: “(ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat dari sisimu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami". (surah Al-Kahfi ayat; 10)
Kamis, 13 Mei 2010
Doa Melihat Diri Di Cermin
Hadis 32 – Islam Menolak Kemudaratan
[Hadis riwayat Ibnu Majah dan ad-Daaruqutni]
Kepentingan Hadis
Kita telah merakamkan sebelum ini kata-kata Abu Daud yang menyebutkan bahawa hadis ini adalah di antara hadis-hadis yang berligar disekitarnya masalah-masalah fekah.
Perawi 6 - Ibnu Abbas
Rabu, 12 Mei 2010
Nombor Ekor
Asalamualaikum wbt
Kali ini saya nak menceritakan mengenai tawaran hidup mewah yang ditawarkan oleh tok sami. Boleh dikatakan hampir setiap bulan saya akan menerima risalah yang dipos dari wat Siam dari Kedah / Perlis dan saya pun dah tahu macamana nak buat untuk menghentikan perkara ini, akhirnya saya ambil keputusan untuk buat tak tahu saja dengan risalah tersebut dan terus dibuang ke dalam tong sampah.
Antara isi dalam risalah itu ialah mengenai kebolehan tok sami memberikan kesenangan kepada orang ramai dengan memberikan ramalan yang tepat mengenai nombor ekor yang akan naik. Jadi di dalam risalah tersebut juga mengajak orang ramai untuk mengadu kesusahan wang ringgit kepada tok sami dan tok sami akan menyelesaikannya dengan memberikan ramalan nombor ekor yang akan naik. Di dalam risalah tersebut juga ada dimasukkan testimoni daripada beberapa orang yang telah berjaya hidup senang selepas mendapatkan khidmat daripada tok sami dan termasuk juga testimoni daripada orang "MELAYU" yang saya pasti beragama"ISLAM".
Apa yang saya nak sampaikan disini ialah setiap kita tidak dapat lari daripada mengalami masa-masa kesusahan/kepayahan terutamanya berkaitan dengan wang ringgit, sakit dan lain-lain ujian dan sememangnya manusia itu akan berterusan diuji. Cuma mengapa kita perlu mendapatkan khidmat daripada orang lain, seperti tok sami, bomoh dan sebagainya. Bukankah apabila kita menghadapi situasi sebegini perkara pertama yang patut kita lakukan ialah berdoa kepada Allah. Apakah kita tidak yakin dengan Allah atau kita tidak yakin doa kita akan dimakbulkan oleh Allah.
Nabi sendiri berwasiat kepada kita kembalilah kepada Al-Quran dan Al-Sunnah tapi kenapa kita tidak mahu menerima nasihat Nabi, apakah nasihat Nabi itu sudah tidak relevan dengan masa sekarang? Adakah kita rasa kita lebih pandai daripada Nabi?
Apa pun kembalilah kepada Islam, kerana Islam bukan sahaja sekadar agama, malah Islam juga adalah cara hidup. Jadi marilah kita berazam dan berusaha untuk mengenali agama kita supaya kita dapat membezakan mana satu yang benar dan mana satu yang batil. Alangkah ruginya kita sekiranya selama ini perkara-perkara yang kita usahakan itu, rupanya-rupanya menjauhkan kita daripada syurga Allah.(mohon dijauhkan daripada diri dan keluarga kita)
Selasa, 11 Mei 2010
Doa Memakai Pakaian
Hadis 31 – Hakikat Zuhud Dan Kesannya
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]
Kepentingan Hadis
Hadis di atas mengandungi dua wasiat nabi yang besar ;
Pertama ; Zuhud terhadap dunia merupakan sebab seseorang hamba mendapat kecintaan Allah.
Kedua : Zuhud terhadap apa yang dimiliki oleh manusia merupakan sebab mendapat kecintaan dan darjat di sisi mereka.
Sesungguhnya didalam Islam seseorang tidak akan mendapat kebahagian dunia dan akhirat kecuali setelah dia dicintai oleh Allah iaitu setelah dia mengutamakan kehidupan akhirat yang kekal abadi lebih daripada kehidupan dunia yang fana’. Dia juga hendaklah berusaha mendapatkan kecintaan daripada manusia iaitu dengan cara membebaskan dirinya daripada apa yang dimiliki oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan hidup didunia, sebaliknya memenuhi sisa-sisa hidupnya dengan amalan salih kerana itulah yang lebih baik dan kekal di akhirat kelak. Oleh sebab itu Ibnu Hajar al-Haitami telah berkata berkenaan hadis ini ; “Ia merupakan salah satu daripada empat hadis yang menjadi paksi Islam.”
Senin, 10 Mei 2010
Doa Keluar Dari Tandas
Perawi 5 - Abu Hurairah
Minggu, 09 Mei 2010
Selamat Hari Ibu
Asalamualaikum wbt
Saya ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu dan terutamanya kepada ibu saya yang tersayang. Sayangilah ibu kita setiap hari bukan hanya pada sambutan hari ibu sahaja. Kedudukan seorang ibu pada pandangan agama adalah mulia dan tinggi. Janganlah kita cemari dengan menderhaka kepada kedua orang tua kita, terutamanya ibu kita dimana bila kita sakit dialah yang menjaga kita, yang menyusukan kita semasa kita kecil. Alangkah sedihnya hati seorang ibu apabila anak yang dibesarkan dan mempunyai pendidikan tinggi serta bergaji besar lupa pada pengorbanan seorang ibu. Marilah kita semua berazam untuk mengembirakan hati ibu kita, mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan anak-anak yang soleh dan solehah.
Jumat, 07 Mei 2010
Doa Ketika Masuk Tandas
Hadis 30 – Hudud Dan Larangan Allah
[Hadis Riwayat ad-Daaruqutni]
Kepentingan Hadis
Hadis ini adalah di antara jawaami’ al-kalim yang dikhususkan oleh Allah kepada Nabi-Nya s.a.w. Ianya ringkas tetapi padat.
Sebahagian ulama mengatakan ; “Di antara hadis-hadis yang banyak, tidak ada satu hadis pun seperti hadis ini yang menghimpunkan di antara usul dan furu’ agama. Ini disebabkan Nabi s.a.w telah membahagikan hukum-hukum Allah – di dalam hadis ini – kepada empat bahagian iaitu fardhu, haram, hudud (hukuman yang telah ditentukan) dan hukum yang sengaja di diamkan.
Ibnu as-Sam’aani berkata : “Sesiapa yang beramal dengannya, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala dan terselamat daripada seksaan kerana sesiapa yang menunaikan semua perkara yang difardhukan, menjauhi yang diharamkan dan mengambil hudud (hukuman) Allah tanpa menambah atau mengurangkannya, serta tidak mencari-cari hukum yang didiamkan-Nya, maka dia telah menyempurnakan kemuliaan dan menunaikan hak-hak agama. Juga kerana semua perkara yang disyariatkan tidak terkeluar daripada bentuk-bentuk yang dinyatakan oleh hadis ini.”
Rabu, 05 Mei 2010
Pengenalan Doa Harian
Asalamualaikum wbt
Segala puji-pujian bagi Allah tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda.
Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Insyallah dalam bulan ini saya akan memperkenalkan satu lagi topik baru iaitu himpunan doa harian untuk kita sama-sama amalkan dan sampaikan kepada saudara-saudara kita. Mudah-mudahan dengan adanya koleksi doa di dalam blog ini akan memudahkan kita untuk menghafal dan dijadikan amalan seharian kita, Insyallah.
Sebagai makluman doa-doa ini saya ambil daripada laman-laman web yang telah sedia ada dan disusun untuk kemudahan para pengunjung di blog ini.
Doa Bangun Dari Tidur
Jenayah Rogol
ROGOL
cara-cara mengelak dari kejadian rogol:
· Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.
· Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.
· Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.
· Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.
· Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.
· Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.
· Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.
· Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.
· Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.
· Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.
· Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.
· Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.
· Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
mengatasi ancaman rogol:
· Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
· Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
· Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.
· Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
· Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
· Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
Perawi 4 - Abi Bakrah
Senin, 03 Mei 2010
Hadis 29 – Pintu-Pintu Kebaikan dan Laluan Petunjuk
Kemudian beliau berkata: “Mahukan kiranya aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan; Puasa itu seperti benteng (pemelihara), sedekah menghapuskan kesalahan sepertimana air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki ditengah malam, kemudian baginda membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud ; “Mereka mereggangkan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal salih); mereka sentiasa berdoa kepada tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami berikan kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan.” (As-Sajadah:16-17)
Kemudian baginda bersabda lagi; “Mahukan kamu kiranya aku ceritakan kepada kamu tentang kepala segala urusan, tunggak dan kemuncaknya ?” Aku menjawab sudah tentu wahai Rasulullah!” Sabda baginda :”Kepala segala urusan adalah Islam, tunggaknya adalah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.”
Kemudian baginda bersabda lagi: “Mahukah kamu kiranya aku memberitahu kepadamu anak kunci kepada semua perkara tersebut ?” Aku menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah !” Lalu baginda pun memegang lidahnya seraya bersabda : “Kamu mesti menjaga ini !” Aku bertanya: “Wahai Nabi Allah ! Adakah kita akan dibalas (dipersoalkan) dengan apa yang kita pertuturkan ?” Baginda menjawab ; “Celakalah kamu! Tidak ada yang menghumbankan manusia kedalam neraka di atas muka mereka – dalam riwayat yang lain disebut diatas hidung mereka – melainkan hasil tuaian lidah mereka ?”
[Hadis riwayat Tirmizi]
Kepentingan Hadis
Hadis ini menceritakan amalan-amalan salih yang boleh memasukkan seseorang kedalam syurga dan menjauhkan mereka daripada neraka. Ini adalah perkara yang amat agung kerana untuk memasukkan manusia ke dalam syurga dan menyelamatkan mereka daripada neraka, maka Allah s.w.t mengutuskan para rasul-Nya dan menurunkan kitab-kitab-Nya. Oleh kerana itu Nabi s.a.w telah bersabda kepada Muaz ; “Sesungguhnya kamu telah bertanya tentang satu perkara yang agung,” dan baginda s.a.w telah bersabda kepada seorang lelaki lain yang bertanyakan tentang perkara yang sama: “Sekalipun kamu meringkaskan pertanyaan, tetapi sebenarnya kamu telah bertanyakan sesuatu yang besar dan memerlukan jawapan yang panjang.”
Begitulah kasihnya dan sayangnya Nabi kepada umatnya dengan memberikan kepada kita panduan agung di dalam mencari kebahagian di dunia dan di akhirat. Tetapi berapa ramai pula daripada kalangan kita yang kasih dan sayang kepada Nabi, yang mempertahankan baginda apabila baginda dicemuh, yang bersungguh-sungguh cuba mengikuti sunnahnya. Saya menyeru kepada diri saya dan kepada tuan-tuan marilah kita sama-sama berusaha untuk mengenali Nabi kita dan mengasihinya serta berusaha mengamalkan apa yang telah disampaikan kepada kita. Baginda adalah suri teladan yang terbaik.
Sabtu, 01 Mei 2010
Ilmu
Asalamualaikum wbt
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga Baginda.
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bernafas sehingga ke saat ini. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah apabila direnung-renungkan semula apa yang telah saya paparkan dilaman blog ini ialah makin terasa kurangnya ilmu yang ada dan masih terlalu banyak lagi ilmu yang masih belum diteroka. Persoalan yang timbul adakah masih sempat untuk mempelajarinya lagi?
Sebagaimana seperti yang kita sedia maklum, asas kepada agama kita adalah ilmu, Ayat Al-Quran yang mula-mula turun juga menyuruh kita membaca (seperti yang saya catatkan di bahagian bawah tajuk blog saya) justeru itu kita selalu kedengaran ramai daripada kalangan cerdik pandai dan para penyelidik dari barat yang memeluk Islam, kenapa ? Pada pandangan saya mungkin mereka telah berjumpa dengan hakikat ilmu tersebut atau dengan kata lain pemilik sebenar ilmu tersebut.
Masalah "orang kita" pula tidak ramai yang mahu membudayakan ilmu, kebanyakan kita belajar hanya untuk menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk memenuhi tuntutan ilmu tersebut. Maka tidak hairanlah apabila keluar saja dari universiti/kolej dll semua buku-buku akan disimpan didalam kotak. Satu lagi senario ialah kita boleh lihat di kebanyakkan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau boleh dikatakan yang hadir kemajlis tersebut adalah muka-muka yang sama dan bilangannya kadang-kadang boleh dibilang dengan jari. Alasan yang selalu kedengaran ialah "balik-balik bab solat, balik-balik bab puasa, balik-balik bab syurga neraka dll". Tapi pernahkan kita tanya kepada diri kita sendiri adakah kita ni dah betul-betul khatam bab-bab ilmu yang kita remehkan tersebut, cth. ada berapa bacaan dalam rukuk? ada berapa bacaan pula dalam sujud? Apakah rukun solat? bolehkan kita jawab dengan fasih. Hatta orang yang telah khatam sekali pun akan duduk mendengar dengan tekun bab-bab tersebut sebagai adab dengan ilmu. Janganlah sekali-kali kita berbangga dengan ilmu yang dimiliki kerana hakikat sebenar pemilik sebenar ilmu itu adalah Allah s.w.t.
Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan semua marilah kita sama-sama mencari ilmu di kesempatan yang masih ada ini, supaya dengan yang demikian kita dapat membezakan yang mana yang benar dan yang mana yang batil, mudah-mudahan kehidupan kita akan lebih aman dan tenang.
Insyallah lain kali kita sambung lagi dan seandainya ada salah dan silap, saya mohon maaf. Wallahualam.