Tampilkan postingan dengan label KISAH MASYARAKAT. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label KISAH MASYARAKAT. Tampilkan semua postingan

Selasa, 03 April 2012

Hidayah


Asalamualaikum wbt.

Ingin saya kongsikan sedikit pengalaman saya berjumpa dengan saudara baru secara "kebetulan" sebentar tadi. Nak kata baru pun tidaklah baru sangat,cuma beliau telah memeluk Islam sekitar 4 tahun yang lepas.

Apabila saya ajukan soalan kepadanya bagaimana beliau boleh tertarik untuk memeluk Islam, beliau mula bercerita ; pada mulanya beliau adalah seorang peniaga dan memiliki sebuah keluarga, tetapi entah bagaimana perniagaannya merosot teruk dan menghadapi masalah kewangan yang cukup besar. Ibarat sudah jatuh di timpa tangga, beliau menghadapi satu lagi masalah apabila isterinya pula meminta untuk diceraikan lantaran tidak sanggup lagi hidup bersamanya. Puas beliau memikirkan bagaimana untuk mencari penyelesaian kepada masalah tersebut tetapi semuanya buntu dan sia-sia sahaja tambahan pula isterinya juga tiada di sisinya di waktu beliau sedang terkapai-kapai mencari arah tujuan.

Sudah ramai kawan yang ditemui dan sudah bermacam cadangan yang diberi dan dicubanya namun tidak juga berhasil sehinggalah pada suatu hari apabila beliau bertemu dengan seorang rakan Islamnya lalu beliau pun menceritakan masalah yang sedang dihadapinya kepada rakannya tadi dan rakannya menjawab "sudahkan awak berdoa dan mengadu kepada Allah?", lantas dengan fikiran yang bercelaru beliau menjawab "belum lagi, tetapi bolehkah saya memohon kepada Allah? sebab saya menyembah tokong" rakannya menjawab "kenapa tidak, tetapi awak mesti berdoa dengan bersungguh-sungguh!" jawab rakannya lagi. Di dalam kecelaruan dan ditambah dengan sudah pelbagai usaha yang telah dibuatnya namun masih tiada hasil apa salahnya beliau mencuba lantas beliau menjawab "baiklah saya cuba".

Setelah itu setiap hari beliau pun berdoa dan mengadu dengan bersungguh-sungguh kepada Allah akan masalah yang dihadapinya dan Alhamdulillah, doa beliau telah dimakbulkan Allah. Kemudian datang pula masalah yang lain dan beliau pun teringat akan pesan kawannya dan ditambah pula dengan pengalaman sendiri merasai nikmat "keajaiban doa" maka beliau pun berdoa lagi dan pada kali ini juga Allah mendengar doanya. Setelah dua kali doanya di terima dan dengan pengalaman ketenangan jiwa yang ditempuhinya semasa dan selepas berdoa kepada Allah telah menyebabkan beliau ingin mempelajari Islam dan akhirnya beliau telah menemui jalan yang benar dan sujud kepada Allah, Alhamdulillah.

Saya juga turut mengajukan soalan kepada beliau "Apakah pandangan beliau kepada orang Melayu dan Islam mereka pada masa sekarang?" dalam nada kecewa beliau menjawab kebanyakkan orang Melayu sekarang sudah tidak pentingkan lagi Islam mereka dengan tidak mendalami dan mempelajari agama Islam. Ramai yang ambil mudah tentang bab agama dan ramai yang mengejar dunia semata-mata. Amatlah malang katanya lagi sebab sepatutnya sebagai orang Melayu yang dilahirkan beragama Islam sepatutnya merekalah yang mengembangkan Islam dengan mempertontonkan akhlak yang terpuji kepada bukan Islam tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Lihatlah kisah dirinya, saya terpaksa membayar harga yang cukup mahal untuk mengenali dan memeluk Islam, saya telah kehilangan perniagaan dan juga isteri tercinta dan juga anak-anak untuk menjadi seorang Islam namun mengakui bahawa nikmat Islam itu memang mahal malah apa yang telah beliau hilang sebenarnya tidak dapat membayar nikmat Islam yang dikecapinya sekarang.

Begitulah serba sedikit pengalaman saya berjumpa dengan saudara baru kita. Mudah-mudahan kisah ini dapat di jadikan pengajaran dan sebenarnya saya juga terasa malu mendengar komen beliau tentang sikap orang-orang Melayu sekarang.

Seandainya ada salah dan silap daripada tulisan saya ini, saya mohon maaf.

Saya doakan agar kita semua termasuk isteri-isteri dan anak-anak kita serta seluruh keturunan kita menjadi hamba-hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Amin.

Sekian,
Warkah Nizam

Senin, 27 Juni 2011

Kisah Masyarakat - Ayahku

Gambar Hiasan


Sebagai permulaan kepada topik Kisah Masyarakat, saya akan memuatkan kisah benar dari seorang sahabat yang saya kenali, beliau memohon supaya tidak diletakkan namanya.

Beginilah kisahnya.

- ayah aku memang alim orangnya. ke mana2 sembhyag pun org akan minta dia jadi imam walau pun imam biasa ada bersama.

- aku pulak sebalik nya. keje keje keje mcm org gila (tanya h....m)

- masa apup reunion di PD ayah aku mula sakit2. thats why aku singgah PD kejap je walaupun ayah aku kata okay kalau aku nak bermalam kat sana.

- masa treatment kimo kat HUKM aku tak pernah ikut. aku bz keje.

- masa 2 mggu akhir hayat nya pun aku tetap pergi keje walaupun bos aku suruh aku cuti

- anak buah berkata ada 2 tetamu di pintu datang melawat sedang kan kami semua tak nampak apa2 pun

- pastu arwah tanya pada ku bila 22hb (kalendar islam)? tiada siapa ambil pot kerana kanser telah merebak ke seluruh tubuh arwah. tapi aku jawab juga dan katanya lama lagi ya.. rupa2 nya 22hb itu lah arwah pergi setelah mungkin di beritahu oleh 2 tetamu tadi

- masa meninggal dunia pun aku tak sedih kerana aku berasakan lebih baik utk arwah pergi kerana kanser nya memang amat menyakitkan.

- selepas beberapa lama baru aku perasan aku hanya sempat rapat dgn arwah sejak aku lahir sehingga lah aku darjah 6. Semasa sekolah menengah aku dok hostel, pastu uum, pastu keje.

- sampai sekarang bila aku rasa gembira aku teringat nak telefon arwah tapi tiba2 aku berkata "eh, apa no aku nak dail ni" Allahuakbar, baru ku tersedar ayah ku tiada lagi (dulu2 aku selalu call arwah bila aku nak share apa2)

- sebulan selepas arwah pergi, pernah sekali arwah datang ke mimpi aku dikelilingi jutaan hamba Allah berjubah putih sambil tersenyum tidak berkata apa2. tapi aku sempat kata aku minta maaf atas apa yg aku buat semasa hayat nya di dunia. dan seakan aku terdengar arwah berkata "tak apa, ayah maafkan"

- aku kesal kerana tak dapat spent lebih masa untuk arwah kerana kesibukan duniawi
dan perasaan sesal itu, yg aku tanggung akan berterusan di dalam fikiran aku sampai bila2.

sekadar renungan

Nizam;
Mudah-mudahan dengan apa yang dipaparkan ini, akan mengingatkan kita dan lebih menghargai jasa-jasa dan pengorbanan ibubapa kita yang tidak ternilai ini.

Topik Baru - Kisah Masyarakat

Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, Insyallah topik baru yang akan diperkenalkan di dalam blog ini adalah "KISAH MASYARAKAT". Topik ini akan memuatkan cerita tentang kisah-kisah benar yang berlaku di dalam masyarakat kita. Sehubungan dengan itu, saya dengan ini memberikan peluang kepada semua pembaca untuk membuat posting mengenai pengalaman mereka samada berkongsi kejayaan, kisah suka duka dan sebagainya di bawah topik ini.

Cuma saya pohon, kisah yang akan dipaparkan itu mestilah kisah yang benar-benar berlaku dan ianya mestilah mengandungi pengajaran atau boleh dijadikan panduan untuk para pembaca semua di dalam mendekatkan diri kepada Allah dan sudah semestinya ianya bukannya medan untuk menghentam mana-mana individu ataupun entiti.

Walaubagaimanapun saya berhak untuk tidak mengeluarkan mana-mana cerita atau membuat suntingan pada cerita-cerita yang difikirkan perlu.

Kepada para pembaca yang ingin menyumbang kisah benar anda bolehlah berbuat demikian dengan menghantar e-mail anda ke alamat e-mail saya di nizamblog@gmail.com

Mudah-mudahan cerita yang dihantar itu, kita niatkan untuk kebaikan dan kerana Allah. Maka dengan itu, dengan lafaz "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih", saya dengan ini melancarkan topik "KISAH MASYARAKAT".

Wasalam.

Ahmad Nizam Hashim