Rabu, 05 Mei 2010

Pengenalan Doa Harian




Asalamualaikum wbt

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga baginda.

Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Insyallah dalam bulan ini saya akan memperkenalkan satu lagi topik baru iaitu himpunan doa harian untuk kita sama-sama amalkan dan sampaikan kepada saudara-saudara kita. Mudah-mudahan dengan adanya koleksi doa di dalam blog ini akan memudahkan kita untuk menghafal dan dijadikan amalan seharian kita, Insyallah.

Sebagai makluman doa-doa ini saya ambil daripada laman-laman web yang telah sedia ada dan disusun untuk kemudahan para pengunjung di blog ini.

Doa Bangun Dari Tidur

Doa ketika bangun dari tidur




Maksudnya:

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami dan kepadaNya kami akan kembali.

Jenayah Rogol

Tips Cegah Jenayah Daripada PDRM

ROGOL

cara-cara mengelak dari kejadian rogol:

· Mengawasi ahli keluarga yang kurang siuman atau kebodohan supaya tidak terbiar dan terdedah kepada bahaya rogol.

· Memberi pendidikan kepada kanak-kanak mengenai kepentingan menjaga tubuh badan mereka daripada dicerobohi.

· Memberi pendidikan agama dan moral tentang dan kemudaratan perbuatan persetubuhan haram.

· Mengawasi dan memantau pergaulan anak-anak dan memastikan mereka tidak melebihi batas.

· Jangan mempercayai janji-janji oleh bomoh atau singseh. Telah terbukti persetubuhan bukan satu cara untuk berubat tetapi satu penipuan.

· Tidak mudah mempercayai janji untuk berkahwin dengan menyerah kehormatan diri.

· Tidak mudah menurut pelawaan orang-orang yang tidak atau baru dikenali untuk makan, minum, bersiar-siar atau pergi ke bilik/rumah mereka.

· Terlebih dahulu minta dan semak kad kuasa orang yang mengaku sebagai penjawat awam seperti polis atau pegawai pencegah maksiat sebelum mengikut arahan mereka.

· Elakkan dari berjalan bersendirian di tempat-tempat gelap, sunyi atau terpencil. Jika perlu pergi juga, pastikan anda berteman.

· Membawa alat penggera peribadi amat disyorkan.

· Sentiasa berwaspada dengan makanan dan minuman yang diberikan oleh orang yang tidak atau baru dikenali. Mungkin ia mengandungi dadah, bahan pelali atau perangsang nafsu.

· Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam seperti tandas, stesen bas, lif dan sebagainya.

· Ketika hendak gunakan kenderaan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.


mengatasi ancaman rogol:

· Undang-undang membenarkan hak untuk mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.

· Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.

· Jangan lakukan tindakan yang terburu-buru.

· Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan. Anda boleh gunakan tangan atau kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.

· Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.

· Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

Perawi 4 - Abi Bakrah

Abi Bakrah, ialh ; Nafi bin Al-Harith bin Kaladah bin Amru. Ibunya bernama Sumayyah, juga ibu kepada Al-Harith bin Kalah dan Ziyad bin Abih. Beliau digelar Abi Bakrah kerana beliau adalah orang yang melindungi Nabindi Bakrah dan telah memeluk Islam. Beliau telah meriwayatkan 132 buah hadis dan adalah di antara kalangan orang-orang salihin, dan beliau tidak menyertai Perang Jamal yang mana peperangan tersebut tidak berlaku pertumpahan darah dari kedua-dua pihak. Beliau telah meninggal di Basrah pada tahun 51 Hijrah.

Senin, 03 Mei 2010

Hadis 29 – Pintu-Pintu Kebaikan dan Laluan Petunjuk

Daripada Muaz bin Jabal katanya : “Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w ; “Ceritakan kepadaku suatu amalan yang akan memasukkan aku kedalam syurga dan menjauhkan ku daripada neraka.” Baginda s.a.w menjawab;”Sesungguhnya kamu telah bertanya sesuatu yang agung. Sesungguhnya ia adalah mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah s.w.t: Kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan dan menunaikan haji.”

Kemudian beliau berkata: “Mahukan kiranya aku tunjukkan pintu-pintu kebaikan; Puasa itu seperti benteng (pemelihara), sedekah menghapuskan kesalahan sepertimana air memadamkan api dan sembahyang seorang lelaki ditengah malam, kemudian baginda membaca firman Allah s.w.t yang bermaksud ; “Mereka mereggangkan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal salih); mereka sentiasa berdoa kepada tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami berikan kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (daripada segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan.” (As-Sajadah:16-17)

Kemudian baginda bersabda lagi; “Mahukan kamu kiranya aku ceritakan kepada kamu tentang kepala segala urusan, tunggak dan kemuncaknya ?” Aku menjawab sudah tentu wahai Rasulullah!” Sabda baginda :”Kepala segala urusan adalah Islam, tunggaknya adalah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad.”

Kemudian baginda bersabda lagi: “Mahukah kamu kiranya aku memberitahu kepadamu anak kunci kepada semua perkara tersebut ?” Aku menjawab : “Sudah tentu wahai Rasulullah !” Lalu baginda pun memegang lidahnya seraya bersabda : “Kamu mesti menjaga ini !” Aku bertanya: “Wahai Nabi Allah ! Adakah kita akan dibalas (dipersoalkan) dengan apa yang kita pertuturkan ?” Baginda menjawab ; “Celakalah kamu! Tidak ada yang menghumbankan manusia kedalam neraka di atas muka mereka – dalam riwayat yang lain disebut diatas hidung mereka – melainkan hasil tuaian lidah mereka ?”

[Hadis riwayat Tirmizi]


Kepentingan Hadis

Hadis ini menceritakan amalan-amalan salih yang boleh memasukkan seseorang kedalam syurga dan menjauhkan mereka daripada neraka. Ini adalah perkara yang amat agung kerana untuk memasukkan manusia ke dalam syurga dan menyelamatkan mereka daripada neraka, maka Allah s.w.t mengutuskan para rasul-Nya dan menurunkan kitab-kitab-Nya. Oleh kerana itu Nabi s.a.w telah bersabda kepada Muaz ; “Sesungguhnya kamu telah bertanya tentang satu perkara yang agung,” dan baginda s.a.w telah bersabda kepada seorang lelaki lain yang bertanyakan tentang perkara yang sama: “Sekalipun kamu meringkaskan pertanyaan, tetapi sebenarnya kamu telah bertanyakan sesuatu yang besar dan memerlukan jawapan yang panjang.”

Begitulah kasihnya dan sayangnya Nabi kepada umatnya dengan memberikan kepada kita panduan agung di dalam mencari kebahagian di dunia dan di akhirat. Tetapi berapa ramai pula daripada kalangan kita yang kasih dan sayang kepada Nabi, yang mempertahankan baginda apabila baginda dicemuh, yang bersungguh-sungguh cuba mengikuti sunnahnya. Saya menyeru kepada diri saya dan kepada tuan-tuan marilah kita sama-sama berusaha untuk mengenali Nabi kita dan mengasihinya serta berusaha mengamalkan apa yang telah disampaikan kepada kita. Baginda adalah suri teladan yang terbaik.

Sabtu, 01 Mei 2010

Ilmu




Asalamualaikum wbt

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat serta salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga Baginda.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bernafas sehingga ke saat ini. Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah apabila direnung-renungkan semula apa yang telah saya paparkan dilaman blog ini ialah makin terasa kurangnya ilmu yang ada dan masih terlalu banyak lagi ilmu yang masih belum diteroka. Persoalan yang timbul adakah masih sempat untuk mempelajarinya lagi?

Sebagaimana seperti yang kita sedia maklum, asas kepada agama kita adalah ilmu, Ayat Al-Quran yang mula-mula turun juga menyuruh kita membaca (seperti yang saya catatkan di bahagian bawah tajuk blog saya) justeru itu kita selalu kedengaran ramai daripada kalangan cerdik pandai dan para penyelidik dari barat yang memeluk Islam, kenapa ? Pada pandangan saya mungkin mereka telah berjumpa dengan hakikat ilmu tersebut atau dengan kata lain pemilik sebenar ilmu tersebut.

Masalah "orang kita" pula tidak ramai yang mahu membudayakan ilmu, kebanyakan kita belajar hanya untuk menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk memenuhi tuntutan ilmu tersebut. Maka tidak hairanlah apabila keluar saja dari universiti/kolej dll semua buku-buku akan disimpan didalam kotak. Satu lagi senario ialah kita boleh lihat di kebanyakkan majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau boleh dikatakan yang hadir kemajlis tersebut adalah muka-muka yang sama dan bilangannya kadang-kadang boleh dibilang dengan jari. Alasan yang selalu kedengaran ialah "balik-balik bab solat, balik-balik bab puasa, balik-balik bab syurga neraka dll". Tapi pernahkan kita tanya kepada diri kita sendiri adakah kita ni dah betul-betul khatam bab-bab ilmu yang kita remehkan tersebut, cth. ada berapa bacaan dalam rukuk? ada berapa bacaan pula dalam sujud? Apakah rukun solat? bolehkan kita jawab dengan fasih. Hatta orang yang telah khatam sekali pun akan duduk mendengar dengan tekun bab-bab tersebut sebagai adab dengan ilmu. Janganlah sekali-kali kita berbangga dengan ilmu yang dimiliki kerana hakikat sebenar pemilik sebenar ilmu itu adalah Allah s.w.t.

Oleh itu saya menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan semua marilah kita sama-sama mencari ilmu di kesempatan yang masih ada ini, supaya dengan yang demikian kita dapat membezakan yang mana yang benar dan yang mana yang batil, mudah-mudahan kehidupan kita akan lebih aman dan tenang.

Insyallah lain kali kita sambung lagi dan seandainya ada salah dan silap, saya mohon maaf. Wallahualam.

Perawi 3 - Ubadah Bin Al-Samit

Ubadah Bin Al-Samit, ialah ; Ubadah bin Al-Samit bin Qis bin Asram bin Fihr Al-Khazraji Al-Ansari. Beliau telah bersama-sama Rasulullah s.a.w dalam perjanjian Aqabah pertama, Aqabah kedua dan Bai’ah Al-Ridzwan serta menyertai peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Beliau mahir dalam selok-belok Al-Quran. Ketika pembukaan negeri Syria, Saidina Umar Al Khattab telah mengutuskan beliau, Muadz dan Abu Darda’ Radiyallahu’anhuma ke sana untuk mengajar Al-Quran. Beliau telah meriwayatkan 181 buah hadis. Al-Auza’1 telah berkata : “Ubadah r.a adalah pemimpin Palestin yang pertama.” Beliau meninggal dunia di Baitul Maqdis dan ada pendapat meriwayatkan di Ramallah pada tahun 34 Hijrah ketika berumur 72 tahun.