Kamis, 07 Juli 2011

Ilmuan Islam - Muhammad Iqbal




Muhammad Iqbal

Nama penuh beliau adalah Muhammad Iqbal bin Nur Muhammad Bin Rafi. Beliau dilahirkan pada 9hb November 1877 di Sialkot yang kini dikenali dengan nama Pakistan. Bapanya bernama Nur Muhammad dan ibunya bernama Imam Bibi. Kedua ibubapanya sangat kuat berpegang kepada agama. Muhammad Iqbal mendapat mendapat pendidikan awal daripada kedua ibubapanya.

Beliau dibesarkan didalam suasana sistem barat dan kebanyakkan masyarakat disekitarnya dipengaruhi dengan cara pemikiran barat. Walaubagaimanapun kedua ibubapanya telah mendidik beliau dan anak-anak yang lain dengan elemen keagamaan. Unsur-unsur agama banyak diterapkan dalam diri beliau, namun begitu kemajuan dan teknologi yang berkembang pesat turut dipelajarinya.

Beliau telah berkahwin dengan Karim Bibi pada tahun 1892 dan mendapat 3 orang cahayamata. Pada tahun 1916 mereka telah berpisah.

Muhammad Iqbal melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah sarjana muda didalam bidang falsafah, kesusasteraan Inggeris dan Bahasa Arab. Kemudian beliau telah mengukir nama sebagai penulis puisi dan beliau mendapat nama sebagai penyair bahasa Urdu. Pada tahun 1905 beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang Undang-undang di Universiti Cambridge di peringkat sarjana dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang falsafah di Universiti Munich, Jerman.

Pada tahun 1908, beliau telah mendapat kerja didalam bidang undang-undang disamping memberi ceramah di universiti-universiti yang terdapat di India. Teks-teks ceramah beliau dibukukan dan diterbitkan dalam bahasa Inggeris dengan tajuk The Reconstruction of Religious Thought in Islam.

Penglibatan beliau dalam kesusasteraan telah mengangkat namanya sebagai penyair agung. Kebanyakkan puisi beliau adalah didalam bahasa Urdu, Parsi dan bahasa Inggeris. Beliau terkenal kerana puisinya mempunyai bait-bait kata yang indah. Ramai dikalangan penutur bahasa Urdu di Pakistan dan India mengiktiraf beliau sebagai penyair agung. Di antara puisi beliau yang terkenal adalah The Secret of the Self iaitu berkaitan konsep diri, alam semesta dan manusia dan The Mysteries of Selfness pula berkaitan kisah persaudaraan dan ibadah didalam Islam.

Muhammad Iqbal dianggap sebagai bapa pembentukan negara Islam Pakistan. Beliau berjuang menyampaikan dakwahnya melalui tulisan pena-nya sendiri, beliau berusaha membangunkan pemikiran masyarakat demi mencapai ketinggian tamadun Islam. Kebanyakan puisinya datang dari dalam dirinya sendiri dan keikhlasan yang terbuku itu diluahkan melalui puisinya.

Tidak hairanlah masyarakat pada zamannya mengiktiraf kebolehan dan keistimewaan yang ada pada beliau. Beliau mempunyai keazaman yang tinggi didalam mengangkat martabat masyarakatnya dan di terjemahkan di dalam satu sajaknya yang berbunyi “Umat Islam, apabila ingin maju, perlu mampu berpacu dengan waktu. Sekali umat Islam berhenti, bererti dia membiarkan dirinya tergilis dek sang waktu”. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21hb April 1938.

Semoga Allah merahmati beliau, Al-Fatihah.

Rabu, 06 Juli 2011

16. Kata-Kata Yang Seringkali Kita Jumpai Dalam Kitab-Kitab Hadis

16.7: Kata-kata Isnad shahih, Isnad jayid dan Isnad La ba’ sa bih dan lain-lain:


Mengingat tiap-tiap rawi, juga menilik sekumpulan atau sejumlah para rawi yang merupakan isnad sesuatu Hadis itu, maka dapatlah dinilai bagaimana keadaan isnad itu sendiri. Oleh sebab itu adakalanya isnad itu shahih, jayyid (baik dan nilainya di bawah shahih), ada pula isnad hasan (bagus), la ba’ sa bih (tidak mengapa dan maksudnya boleh diterima dan nilainya di bawah hasan) dan ada pula dha ‘if (lemah).

Selasa, 05 Juli 2011

Hari Terbuka MTD - Jun 2011



Suasana di lapang sasar pada hari tersebut.

16.Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

16.6 Kata-Kata Hadisun shahih ‘ala syarthil Bukhari atau ‘ala syarthi Muslimin.

Jikalau kita menemukan kata-kata sebagaimana di atas , maka menurut Mudawwinnya, Hadis itu dianggap sebagai Hadis shahih menurut syarat yang telah ditetapkan oleh Imam Bukhari atau yang ditetapkan oleh Imam Muslim dan tentu sahaja yang mengatakan demikian itu adalah Mudawwin selain Imam Bukhari dan Imam Muslim . Syarat-syarat itu tidak dikemukakan di sini, tetapi secara umumnya saja akan dihuraikan dalam pembicaraaan Hadis shahih.

Mengapa hanya dua imam di atas itu saja disebutkan persyaratannya untuk menentukan shahihnya sesuatu Hadis? Sebab memang dua imam Hadis itulah yang hanya mencantumkan Hadis-hadis shahih dalam kitab mereka. Baik Imam Bukhari atau Imam Muslim sama-sama menetapkan persyaratan keshahihannya sesuatu Hadis. Maka pensyaratan itulah yang dianggap baik dan terjamin telitinya oleh imam-imam Hadis yang lain-lain. Imam Hadis yang lain adakalanya membuat persyaratan shahihnya Hadis itu, tetapi pada umumnya tidak sekeras persyaratan yang dibuat oleh imam Bukhari dan Imam Muslim, bahkan adakalanya amat lunaknya.

Persoalan-persoalan sebagaimana di atas itu dapat dipelajari dalam kitab Musthalahul Hadis yang lengkap serta panjang penghuraiannya.

Senin, 04 Juli 2011

Hari Terbuka MTD - Jun 2011

Asalamualaikum wbt.


Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya ke Hari Terbuka, Maktab Tentera DiRaja yang diadakan di Kem Sungai Besi pada 26hb Jun 2011 (ahad) yang lepas.


Saya dan sahabat saya telah mendapat jemputan daripada seorang kawan yang merupakan seorang bekas pelajar MTD yang mengajak kami ke Hari Terbuka MTD, jadi apalagi kami pun terus setuju kerana di sana ada acara menembak dengan menggunakan M-16, untuk pengetahuan semua, hampir 15 tahun saya tidak menembak dengan M-16, jadi peluang yang ada ini, amat dinanti-nantikan saya. Jika para pembaca masih ingat pada sambutan Hari Belia yang lepas saya telah membawa keluarga saya ke pameran tentera yang di adakan pada hari tersebut di samping memberikan sedikit penerangan kepada anak-anak dan isteri saya tentang pengendalian senjata, tetapi pada kali ini saya pula telah berpeluang untuk menembak dengan senjata M-16, dengan menggunakan peluru hidup.






Pada awal-awal pagi lagi kami telah bertolak ke Kem Sungai Besi, tujuannya satu sahaja, supaya dapat mendaftar awal untuk menembak, sebab jika lewat nanti lambat pula balik sebab kena tunggu giliran. Alhamdulillah, kami adalah antara orang yang terawal tiba ke lapang sasar dan dapat mendaftar awal. Setiap kali menembak, kami dibekalkan dengan 10 butir peluru, jadi bagi saya yang dah lama tak menembak ni, apalagi terus "booking" 4 kali menembak bermakna 40 butir, itupun sebab seorang daripada kawan saya ada urusan kenduri jadi kena balik awal, kalau tidak mahunya sampai ke petang saya di sana.





Walaupun pada permulaannya, tembakan saya tidak memuaskan, tetapi pada kali ke dua dan seterusnya, Alhamdulillah saya telah mendapat semula rentak dan mengenai sasaran. Untuk makluman sasaran yang digunakan ada dua jenis iaitu yang pertama gambar pengganas (lebih kurang 4-5 kaki tinggi dan 2-3 kaki lebar) dan yang keduanya "plate" besi ( lebih kurang 1 kaki setengah tinggi dari paras tanah dan lebar pun lebih kurang 1-2 kaki - kalau tak silap saya lah) , manakala jarak sasaran adalah sejauh 200 meter dari tapak tembakan. Jadi saya memilih untuk menembak plate besi kerana kita dapat lihat ia terbalik apabila terkena peluru, jadi kita boleh nampak samada tembakan kita tepat atau pun tidak dan ianya juga lebih mencabar kerana dedahan target yang lebih kecil berbanding target gambar pengganas. Itulah serba sedikit pengalaman yang hendak saya kongsikan dengan para pembaca sekalian.

Bila dah sampai ke rumah baru saya perasan yang siku saya berdarah dan bahu pun berbekas, tapi tadi semasa dilapang sasar semua benda ni langsung tak perasan (dah lama sangat tak menembak la tu) , Apa pun, saya cukup berpuas hati dengan hasil tembakan saya.




Walaubagaimanapun saya juga ingin berkongsi sedikit maklumat dengan para pembaca, seandainya suatu hari nanti anda pula berpeluang pergi ke lapang sasar "INGAT" pesanan saya, lapang sasar adalah tempat yang sangat merbahaya. Jadi di sana tiada senda gurau atau dengan lain perkataan tempat nak melawak, kerana peluru yang digunakan adalah peluru hidup, kesilapan sedikit boleh mengundang padah...jadi disiplin amat "DI TITIK BERATKAN".




Berikut saya sertakan gambar pada hari tersebut dan insyallah jika ada rezeki saya akan uploakan video yang saya ambil di lapang sasar, sekurang-kurangnya bagi yang tidak mempunyai pengalaman menembak boleh melihat dan mendengar kuasa tembakan M-16.






Sasaran berada dihadapan sejauh 200 meter.





Para petugas sedang mengisi peluru ke dalam kelopak(peluru hidup)


Detail ke tapak tembak gerak..., Dalam kedudukan baring, satu kelopak 10 butir isi peluru...Sasaran dihadapan, Dalam masa sendiri....siap Tembak.
(Dalam hati saya berkata ; Alahai 10 butir jer....)





Awat laa...rasa target ni jauh sangat, dulu-dulu rasanya dekat lagi, ke mata aku yang rabun.(untuk makluman, pada masa ni, saya sedang menembak target orang sebelah, sebab peluru dia dah habis, tapi target tak jatuh-jatuh juga...he..he..he..)





Cuba tengok sikit...Haa, kena...kena...














Jumat, 01 Juli 2011

Sibuk Sikit Minggu Ini

Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, mudah-mudahan anda dan keluarga semuanya berada di dalam keadaan sihat walafiat.

Untuk pengetahuan semua, minggu ini adalah antara minggu yang agak sibuk bagi saya. Bermula dengan hari ahad yang lepas dimana pada sebelah pagi saya telah berpeluang pergi ke hari terbuka MTD dan sempat merasa menembak dengan senjata M-16 setelah hampir 15 tahun tidak menembak dengan M-16 kemudian pada sebelah malamnya pula ada majlis khatam surah Yassin dan keesokkannya pula sibuk dengan persiapan Majlis Isra & Mikraj. Insyallah nanti jika ada rezeki saya akan uploadkan di sini gambar semasa di hari terbuka MTD serta majlis khatam surah yassin.

Jadi saya memohon maaf kepada para pembaca yang mengikuti blog saya kerana didalam sehari dua ini tiada catatan yang baru. Insyallah selepas ini saya akan cuba upload artikel seperti biasa sebelum tibanya Ramadhan. Sebab bila masuk saja bulan Ramadhan, saya khuatir tidak sempat lagi untuk menulis kerana pada kebiasaannya, saya gemar menulis pada sebelah malam jadi agak sukar untuk "tune up" dengan solat terawih dan program tadarrus al-quran nanti.

Apa-apa pun saya mohon maaf sekali lagi diatas kelemahan saya.

Wasalam.

Ahmad Nizam Hashim

16.Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

9.1 Kata-kata Wa Hadza Lafzhu Riwayati


Seperti yang telah sedia maklum, bahawa rawi sesuatu hadis itu adakalanya menggunakan kata-katanya sendiri, jadi tidak tepat sebagaimana seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan perbuatan atau taqrir Nabi s.a.w. sebab perbuatan atau taqrir memang bukan berupa sabda dan ini amat banyak perbezaannya antara seorang perawi dengan seorang perawi yang lain. Namun demikian isi dan maknanya adalah sama. Oleh sebab itulah maka timbul perkataan Wa hadza lafzhu riwayati Muslimin atau Wa hadza lafzhu Bukhari atau Wallafzhu Littirmidzi, yang ertinya “Ini adalah lafaz menurut riwayat Imam Muslim” atau “Ini adalah lafaznya Imam Bukhari” atau “Lafaz sebagaimana di atas adalah menurut Imam Tirmidzi” atau yang serupa dengan itu dan ini adalah dibenarkan sebab tidak mengubah makna atau tujuan sesuatu hadis.