Kamis, 05 Juli 2012

Masjid Bandar Bukit Puchong


Asalamualaikum wbt.

Baru-baru ini saya ada membuat posting mengenai laman blog dan juga Fanpage Masjid Bandar Bukit Puchong sekiranya ada sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan Masjid Bandar Bukit Puchong maka bolehlah rujuk kepada URL tersebut.

Ada yang bertanya, adakah saya mempunyai masalah dengan pihak masjid kerana membuat posting berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang Masjid Bandar Bukit Puchong adakan.  Jawapannya, tidak ada sama sekali malah pihak Masjid Bandar Bukit Puchong memberikan galakan dan sokongan lagi kepada saya di dalam menghebahkan aktiviti-aktiviti yang pihak masjid jalankan. 

Posting saya mengenai aktiviti MBBP tidaklah secara menyeluruh kerana saya hanya mengambil program-program yang tertentu sahaja untuk di masukkan kedalam Blog Warkah Nizam ini, sebenarnya ada banyak lagi program yang telah dan akan diadakan oleh pihak MBBP.  Cumanya jika saya membuat liputan penuh segala aktiviti MBBP takut-takut Warkah Nizam akan bertukar pula menjadi Blog Warkah Masjid Bandar Bukit Puchong..:-)

Lagipun masih ada lagi topik di dalam blog saya yang masih belum dihabiskan seperti topik Apa itu Hadis dan Agenda Yahudi Menakluk Dunia, mudah-mudahan dapat diselesaikan di dalam waktu yang terdekat ini.

Berbalik kepada isu di atas, saya berharap agar dengan penjelasan saya ini akan dapat menjawab persoalan yang telah di ajukan.

Sekian, harap maklum.

Jom ke Masjid

Warkah Nizam


Rabu, 04 Juli 2012

Kelab Menembak Kajang

Asalamualaikum wbt

Pada kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya dan isteri ke lapang sasar Kelab Menembak Kajang pada hari ahad dua minggu yang lepas.  Sebenarnya sudah hampir 10 tahun juga saya tidak ke sana, cuma baru-baru ini terasa untuk menembak semula, manakala  bagi isteri saya pula, ini adalah pengalaman pertamanya menembak.

Apabila pertama kali menembak sudah tentu banyak perkara-perkara yang berkaitan dengan teknikal dan cara menembak yang betul perlu diketahui dan yang lebih penting aspek keselamatan mesti dititikberatkan.  Pada mulanya saya agak khuatir isteri saya takut untuk mencuba , tetapi apabila tiba di lapang sasar saya nampak beliau begitu bersemangat dan teruja untuk belajar dan menembak, maka saya pun sampaikan kepadanya ilmu yang saya ketahui tentang teknik menembak.  Pada hari tersebut saya telah menjadi jurulatih kepada isteri saya dan semasa didalam perjalanan pulang isteri saya sempat bertanya "Abang, bila nak datang menembak lagi?, nak ikut boleh ?" Hmmm....

Dahulunya saya memang cukup berminat dengan aktiviti-aktiviti lasak cuma bila usia semakin meningkat, maka kenalah saya memilih aktiviti yang sesuai dengan usia saya dan salah satunya ialah aktiviti menembak.

Berikut adalah gambar suasana di Lapang Sasar Kelab Menembak Kajang yang sempat di ambil ;



Suasana Lapang Sasar Kelab Menembak Kajang


Ini bukanlah acara mengupas bawang, tetapi acara memasukkan peluru pistol kedalam kelopak.



Isteri saya sedang "aiming" sasaran


Dalam masa sendiri, Siap Tembak !!! (jarak lebih kurang 10 meter)


Inilah hasil bidikan  "first timer", boleh digilap lagi.


Old Timer In Action .....hehehe

Ini pula hasil bidikan "old timer" yang dah sepuluh tahun tak pegang pistol.


Sekian sahaja untuk kali ini, insyallah jika ada rezeki saya akan ceritakan pula pengalaman saya menembak pada Hari Terbuka MTD pada hari ahad yang lepas di Kem Sungai Besi.

Wasalam.

Warkah Nizam



MASJID BANDAR BUKIT PUCHONG (MBBP)


Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, untuk makluman anda sekalian, masjid di tempat saya iaitu Masjid Bandar Bukit Puchong mempunyai laman Blog & Fanpage-nya sendiri.  Sekiranya anda ingin mengikuti perkembangan aktiviti masjid ataupun berhubung dengan pihak masjid, anda bolehlah melawat URL berikut :

Blog Masjid Bandar Bukit Puchong ; http://masjid-bbp.blogspot.com/

Fanpage Masjid Bandar Bukit Puchong : http://www.facebook.com/MASJIDBBP

Sekian, harap maklum.

Warkah Nizam

Selasa, 03 Juli 2012

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak 1433H



Asalamualaikum wbt.

Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, samada kita sedar atau pun tidak, kita sekarang telah pun berada dipertengahan bulan Sya'ban 1433H dan ini bermakna tidak lama sahaja lagi kita akan masuk kedalam bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarrak, insyallah.


Sebagaimana dalam satu hadis Nabi saw, pada awal ramadhan itu rahmat, dipertengahannya keampunan dan diakhirnya dilepaskan daripada azab api neraka, tidakkah kita teringin mendapatkannya? Malah didalamnya terdapat pula satu malam yang lebih baik daripda seribu bulan itulah malam Lailatul Qadar dan mudah-mudahan kita semua akan dipertemukan dengannya. Maka atas alasan apakah lagi jika kita bersikap sambil lewa di dalam beribadah di dalam bulan Ramadhan. Apakah amalan kita sudah cukup dan sempurna?

Fenomena biasa yang kita dapat lihat pada mana-mana masjid atau surau di Malaysia ialah, Masjid dan surau akan penuh sesak pada malam pertama Ramadhan dan jemaah akan semakin berkurangan dari hari ke hari, kenapa ya?  Satu persoalan yang kita semua perlu tanya pada diri kita, yakinkah kita bahawa kita akan mendapat peluang bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang , jika kita mempunyai hasrat untuk beribadah pada Ramadhan yang akan datang, malah tiada sesiapa pun yang boleh memberi jaminan bahawa dia akan dapat dipertemukan dengan Ramadhan pada kali ini!!! Maka jika demikian, maka berusahalah untuk melipatgandakan amalan kita, itupun jika kita masih diberi kesempatan untuk berada didalam bulan Ramadhan pada kali ini.

Saya yakin kebanyakkan masjid dan surau akan mengadakan banyak aktiviti seperti tazkirah,qiamulail, tadarrus al-quran dan lain-lain lagi, maka saya menyeru kepada diri saya, keluarga dan anda semua, sama-samalah kita mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh pihak masjid dan surau ditempat tinggal anda. Janganlah kita lepaskan Ramadhan ini begitu sahaja malah tanamkan azam agar Ramadhan kita pada kali ini adalah Ramadhan yang lebih baik berbanding dengan Ramadhan kita pada tahun yang lepas-lepas. Insyallah.

Yang tidak kurang penting ialah elakkanlah pembaziran, belilah makanan secara ala kadar dan jangan mengikut hawa nafsu dan yang terbaik elakkan makan secara berlebihan kerana itu akan menyebabkan kita akan berasa malas untuk beribadah, sekurang-kurangnya apabila berpuasa ini dengan dahaga dan lapar dapat juga kita ingat kepada fakir miskin yang sepanjang tahun hidup didalam keadaan serba kekurangan mudah-mudahan kita semua dapat bermuhasabah diri dan bersyukur diatas segala nikamat yang telah Allah kurniakan kepada kita. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan segala nikmat Mu Ya Allah.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua pembaca yang saya kasihi dan memohon maaf seandainya ada apa-apa salah dan silap dari saya.  Saya juga doakan agar kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik, dikurniakan kesihatan yang baik  dan semoga kita dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Amin.

Sejak akhir-akhir ini, saya amat jarang update blog , disebabkan jadual saya yang padat dan juga diatas kelemahan saya sendiri dan saya sekali lagi memohon maaf untuk itu.

Sekian, Wasalam

Warkah Nizam






Sabtu, 23 Juni 2012

Forum Isra' & Mikraj MBBP

Asalamualaikum wbt

Berikut adalah suasana forum Isra' & Mikraj yang telah diadakan di Masjid Bandar Bukit Puchong baru-baru ini.  Bersama-sama ini saya sertakan beberapa keping gambar forum ehsan daripada sahabat saya kerana saya berada dikampung pada waktu tersebut bagi membantu menguruskan perkahwinan anak saudara saya.




Sekian, wasalam.

Warkah Nizam.

Minggu, 10 Juni 2012

Forum Isra' Dan Mikraj Anjuran MBBP



Asalamualaikum wbt

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Masjid Bandar Bukit Puchong akan mengadakan satu lagi Forum seperti berikut ;

Ahli panel terdiri daripada  ;
1. Ustaz Abdul Halim Din
2. Ustaz Riduan Mohd Nor

Tajuk Forum : Israk & Mikraj
Tarikh : 16hb Jun 2012
Hari : Sabtu
Masa ; Selepas solat Maghrib
Tempat ; Masjid Bandar Bukit Puchong

Semua muslimin & muslimat di jemput hadir ke forum ini dan mohon di sampaikan kepada yang lain.

Sekian, harap maklum.

Warkah Nizam


Senin, 04 Juni 2012

Gambar Ceramah Oleh Ustaz Dato' Ismail Kamus

Asalamualaikum wbt

Bersama-sama ini saya sertakan gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa ceramah oleh Ustaz Ismail Kamus pada 03hb Jun 2012 di Masjid Bandar Bukit Puchong.

Ustaz Ismail Kamus bersama-sama dengan Penghulu Bt 14, Tn Hj Shariff


 Ustaz sedang menyampaikan ceramah




Antara jemaah yang hadir mendengar ceramah

Para jemaah tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Ustaz Ismail Kamus 

Saya juga tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Ustaz Ismail Kamus


Warkah Nizam