Senin, 31 Mei 2010

Demam

Asalamualikum wbt

Dah dua hari dah saya terbaring sebab demam, batuk, selsema, sakit tekak dll. Hajat nak buat ulangkaji bagi tajuk yang seterusnya tak kesampaian begitu juga dengan nak ambil gambar buku bagi di uploadkan kedalam blog ini juga tak kesampaian. Kepada mereka yang berhajat tu saya mohon maaf dan harap bersabar, insyallah saya akan uploadkan gambar-gambar buku serta sedikit ulasan mengenai buku-buku tersebut. Kasihan pada anak saya yang kecil sekali yang baru berusia 1 tahun 5 bulan, sememangnya dia cukup manja dengan saya, apabila terdengar saya terbatuk dia akan menjerit-jerit memanggil ayah..ayah.. tapi buat sementara waktu saya terpaksa menjauhkan diri daripadanya sebab takut berjangkit.

Alhamdulillah, malam ni saya terasa sedikit segar dan bolehlah saya uploadkan satu dua artikel yang ada dalam simpanan saya. Insyallah bila sembuh sepenuhnya nanti saya akan teruskan usaha-usaha untuk berkongsi ilmu ini bersama-sama dengan para blogger yang lain.

Kadang-kadang bila Allah beri kita sakit barulah kita terasa ada banyak benda lagi yang kita tak sempat nak buat. Cumanya lepas kita sembuh nanti terpulang kepada kita samada nak buat atau pun tidak pendek kata kita masih punya pilihan. Tapi seandainya Allah ambil nyawa kita sememangnya kita sudah tiada pilihan lagi. Gunakan masa hidupmu sebaik-baiknya sebelum matimu, Wallahualam.

Hadis 38 - Jalan Untuk Bertaqarrub Dan Mendapat Kecintaan Allah

Daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata : “Rasulullah s.a.w bersabda :” Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman :”Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya. Tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu amalan yang lebih Aku sukai selain daripada apa yang telah Aku fardhukan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya yang dia mendengar dengannya, penglihatannya yang dia melihat dengannya, tangannya yang dia mengambil sesuatu tindakan dengannya dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Jika dia memohon sesuatu daripada-Ku, Aku akan memberinya dan jika dia memohon perlindungan daripada-Ku, maka Aku akan melindunginya.”

[ Hadis Riwayat Al-Bukhari ]


Kepentingan Hadis

Sesungguhnya Allah s.w.t amat mencintai dan menjaga para wali-Nya. Allah s.w.t amat murka kepada orang-orang yang melakukan kejahatan terhadap mereka. Hadis yang mulia ini menerangkan siapakah sebenarnya wali-wali dan orang-orang yang dicintai Allah samada di dunia ataupun di akhirat. Oleh itu ada pendapat yang mengatakan hadis ini adalah hadis yang paling mulia yang menyebutkan tentang para wali.

Perawi 14 - Abdullah

Abdullah bin Zaid Al-Ansari Al-Khazraji Al-Haritsi. Beliau telah menyaksikan perjanjian Hudaibiyah bersama-sama 70 orang yang lain, juga pada peperangan Badar, Uhud dan Khandaq. Meninggal dunia di Madinah pada tahun 33 Hijrah ketika berumur 64 tahun.

Perawi 13 - Abbad

Abbad, ialah ; Abbad bin Tamim bin Zaid bin Asim Al-Ansari dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w yang kanak-kanak.

Jumat, 28 Mei 2010

99 Asma'ul Husna

Hadis 37 - Keadilan, Kelebihan Dan Kekuasaan Allah S.W.T

Hadis 37 – Keadilan, Kelebihan Dan Kekuasaan Allah S.W.T

Daripada Ibnu Abbas r.a, daripada Rasulullah s.a.w. tentang apa yang diriwayatkan daripada Tuhannya, katanya ; “Sesungguhnya Allah s.w.t mencatat kebaikan dan keburukan kemudia Dia menjelaskan ; barangsiapa yang bercita-cita untuk melakukan kebaikan, lalu tidak jadi mengamalkannya, maka Allah menulis disisi-Nya sebagai satu kebaikan penuh. Jika dia bercita-cita untuk melakukan kebaikan), kemudian dia mengamalkannya, maka baginya sepuluh kebaikan penuh dan digandakan sehingga menjadi tujuh ratus kali ganda, bahkan sehingga tidak terhitung. Barangsiapa yang bercita-cita mahu melakukan keburukan, tetapi tidak jadi melakukannya, maka Allah akan menulisnya sebagai satu kebaikan penuh. Jika dia bercita-cita (untuk melakukan keburukan) dan dia melakukannya, maka Allah akan menulis baginya satu keburukan.”

[ Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ]


Kepentingan Hadis

Hadis Qudsi ini mengandungi berita gembira dan harapan besar terhadapkelebihan Allah s.w.t serta rahmat-Nya yang melimpah kepada segala sesuatu. Sesungguhnya hadis ini membangkitkan harapan yang cemerlang dalam setiap jiwa dan mendorongnya untuk beramal serta berusaha keras di bawah pengawasan, pengetahuan, kekuasaan, keadilan serta santunan Allah s.w.t.

Perawi 12 - Abu Musa

Abu Musa, ialah ; Abdullah bin Qais bin Salim, dan berakhir keturunannya pada Yu’rab bin Qathan, diberi gelaran Abu Musa Al-Asy’ari. Ibunya bernama Taibah binti Wahab, telah memeluk Islam dan meninggal dunia di Madinah. Beliau dilahirkan pada tahun ke-21 sebelum Hijrah, di Yaman. Bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Mekah dan memeluk Islam di sana. Beliau telah berhijrah ke Habsyah dan pergi kepada Rasulullah s.aw selepas pembukaan Khaibar dan meninggal dunia di Kufah pada tahun 44 Hijrah.