Asalamualaikum wbt
Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, untuk makluman saya sedang di dalam proses mengubah suai wajah Blog Warkah Nizam supaya nampak lebih menarik. Oleh yang demikian kemungkinan wajah blog ini akan berubah dari masa kesemasa sehingga saya menjumpai bentuk atau wajah yang difikirkan sesuai.
Sebarang kesulitan amat dikesali.
Sekian, harap maklum.
Ahmad Nizam Hashim
Warkah Nizam
Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu-lah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan qalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (manusia). Surah Al-Alaq ; 1-5 Warkah Nizam
Kamis, 29 Maret 2012
Selasa, 27 Maret 2012
160 sebatan pegang tangan wanita
Sumber : Berita Harian Online
160 sebatan pegang tangan wanita
2012/03/27
RIYADH: Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan.Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.
Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf.
“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz.
Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis. – Agensi
Ulasan ;
Sekiranya di negara kita ini mempunyai undang-undang yang sebegini maka banyak masalah sosial akan dapat di atasi. Mudah-mudahan satu hari nanti negara kita juga dapat mengamalkan undang-undang Islam. Kaum wanita telah diangkat martabat mereka oleh Islam selepas berakhirnya zaman jahiliyyah. Tetapi kini, kaum wantita bukan sahaja tidak dilindungi malah di zalimi dan yang lebih teruk lagi, ada pula wanita yang secara bangga menzalimi diri mereka sendiri seolah-olah mereka sendiri ingin kembali ke zaman jahiliyyah, dimana pada masa tersebut wanita tidak ada nilai langsung. Adakah anda para wanita ingin kembali ke zaman tersebut? Jika tidak, kita semua perlu kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Saya doakan agar kita semua termasuk isteri-isteri dan anak-anak kita serta seluruh keturunan kita daripada termasuk ke dalam golongan mereka-mereka yang menzalimi diri sendiri. Semoga kita semua menjadi hamba Allah yang beriman dan yang bertaqwa. Amin.
Warkah Nizam
Rabu, 21 Maret 2012
Sabtu, 10 Maret 2012
Selasa, 06 Maret 2012
Gambar Ceramah Sempena Hari Keluarga MBBP
Asalamualaikum wbt
Sebagai penutup kepada gambar Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong, saya paparkan kepada para pembaca sekelian suasana ceramah dan forum yang diadakan pada sebelah malam. Untuk makluman para pembaca sekelian pada malam pertama, ceramah telah disampaikan Ustaz Dr. Jamnul Azhar Mulkan dengan tajuk "Keluarga Bahagia" dan pada malam kedua telah diadakan forum dengan tajuk "Rawatan Jiwa" yang dikupas oleh dua orang ahli panel iaitu Dato' Dr. Mat Saad Bin Baki (pakar psikologi di salah sebuah hospital swasta di Lembah Kelang) dan Tuan Guru Dr. Haji Jahid Bin Haji Sidek (Pusat Rawatan Islam Manarah, Rawang).
Insyallah sekiranya ada rezeki saya akan kongsikan disini serba sedikit mengenai kedua-dua majlis ilmu yang telah diadakan ini sempena dengan Hari Keluarga Masjid Bandar Bukit Puchong.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat saya rakam untuk tatapan para pembaca sekelian.
Ustaz Dr Jamlul Azhar Mulkan
Dato' Dr. Mat Saad Bin Baki
Tuan Guru Dr. Haji Jahid Bin Haji Sidek
Antara Muslimat yang hadir
Imam Masjid Bandar Bukit Puchong (Ustaz Huzaifah) sedang membaca doa
Sekian.
Warkah Nizam
Senin, 05 Maret 2012
Langganan:
Postingan (Atom)
