Senin, 26 April 2010

Perawi 1 - Ummu Mukminin A'isyah

A’isyah, ialah ; Sayyidatina A’isyah binti Abu Bakar As-Siddiq Radiyallahu’anhuma. Ibunya bernama Ummu Ruman binti ‘Amir bin’Uwaimir bin ‘Abdu Syam. Rasulullah s.a.w memanggil Sayyidatina A’isyah dengan panggilan Ummu Abdullah sempena nama anak saudaranya Abdullah bin Al-Zubair. Beliau memeluk Islam ketika kanak-kanak setelah lapan belas orang memeluk Islam. Beliau telah berkahwin dengan Rasulullah s.a.w di Mekah 2 tahun sebelum Hijrah ketika berumur 6 tahun. Walaubagaimanapun beliau hanya bersama Rasulullah s.a.w selepas perang Badar pada tahun ke-2 Hijrah, ketika berumur 9 tahun. Beliau antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadis, iaitu 2,210 buah hadis.


Semua perkahwinan Rasulullah s.a.w adalah dengan janda kecuali A’isyah Radiyallahu’anha. Rasulullah s.a.w wafat dibilik beliau dan dikafankan dirumah beliau, dan pernah bersama Rasulullah s.a.w ketika turunnya wahyu. Beliau meninggal pada malam selasa 17hb Ramadhan tahun 57 Hijrah. Disembahyangkan oleh Abu Hurairah Radiyallahu’anhu dan dikebumikan di perkuburan Baqi’ pada waktu malam.

2 komentar:

  1. salam, tku dan nampak nya layout kita lebih kurang mungkin ada persamaan

    BalasHapus
  2. sebenarnya saya tidak mahir, saya cuma gunakan template yang sediada saja.

    BalasHapus