Senin, 27 Juni 2011

Kisah Masyarakat - Ayahku

Gambar Hiasan


Sebagai permulaan kepada topik Kisah Masyarakat, saya akan memuatkan kisah benar dari seorang sahabat yang saya kenali, beliau memohon supaya tidak diletakkan namanya.

Beginilah kisahnya.

- ayah aku memang alim orangnya. ke mana2 sembhyag pun org akan minta dia jadi imam walau pun imam biasa ada bersama.

- aku pulak sebalik nya. keje keje keje mcm org gila (tanya h....m)

- masa apup reunion di PD ayah aku mula sakit2. thats why aku singgah PD kejap je walaupun ayah aku kata okay kalau aku nak bermalam kat sana.

- masa treatment kimo kat HUKM aku tak pernah ikut. aku bz keje.

- masa 2 mggu akhir hayat nya pun aku tetap pergi keje walaupun bos aku suruh aku cuti

- anak buah berkata ada 2 tetamu di pintu datang melawat sedang kan kami semua tak nampak apa2 pun

- pastu arwah tanya pada ku bila 22hb (kalendar islam)? tiada siapa ambil pot kerana kanser telah merebak ke seluruh tubuh arwah. tapi aku jawab juga dan katanya lama lagi ya.. rupa2 nya 22hb itu lah arwah pergi setelah mungkin di beritahu oleh 2 tetamu tadi

- masa meninggal dunia pun aku tak sedih kerana aku berasakan lebih baik utk arwah pergi kerana kanser nya memang amat menyakitkan.

- selepas beberapa lama baru aku perasan aku hanya sempat rapat dgn arwah sejak aku lahir sehingga lah aku darjah 6. Semasa sekolah menengah aku dok hostel, pastu uum, pastu keje.

- sampai sekarang bila aku rasa gembira aku teringat nak telefon arwah tapi tiba2 aku berkata "eh, apa no aku nak dail ni" Allahuakbar, baru ku tersedar ayah ku tiada lagi (dulu2 aku selalu call arwah bila aku nak share apa2)

- sebulan selepas arwah pergi, pernah sekali arwah datang ke mimpi aku dikelilingi jutaan hamba Allah berjubah putih sambil tersenyum tidak berkata apa2. tapi aku sempat kata aku minta maaf atas apa yg aku buat semasa hayat nya di dunia. dan seakan aku terdengar arwah berkata "tak apa, ayah maafkan"

- aku kesal kerana tak dapat spent lebih masa untuk arwah kerana kesibukan duniawi
dan perasaan sesal itu, yg aku tanggung akan berterusan di dalam fikiran aku sampai bila2.

sekadar renungan

Nizam;
Mudah-mudahan dengan apa yang dipaparkan ini, akan mengingatkan kita dan lebih menghargai jasa-jasa dan pengorbanan ibubapa kita yang tidak ternilai ini.

Topik Baru - Kisah Masyarakat

Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, Insyallah topik baru yang akan diperkenalkan di dalam blog ini adalah "KISAH MASYARAKAT". Topik ini akan memuatkan cerita tentang kisah-kisah benar yang berlaku di dalam masyarakat kita. Sehubungan dengan itu, saya dengan ini memberikan peluang kepada semua pembaca untuk membuat posting mengenai pengalaman mereka samada berkongsi kejayaan, kisah suka duka dan sebagainya di bawah topik ini.

Cuma saya pohon, kisah yang akan dipaparkan itu mestilah kisah yang benar-benar berlaku dan ianya mestilah mengandungi pengajaran atau boleh dijadikan panduan untuk para pembaca semua di dalam mendekatkan diri kepada Allah dan sudah semestinya ianya bukannya medan untuk menghentam mana-mana individu ataupun entiti.

Walaubagaimanapun saya berhak untuk tidak mengeluarkan mana-mana cerita atau membuat suntingan pada cerita-cerita yang difikirkan perlu.

Kepada para pembaca yang ingin menyumbang kisah benar anda bolehlah berbuat demikian dengan menghantar e-mail anda ke alamat e-mail saya di nizamblog@gmail.com

Mudah-mudahan cerita yang dihantar itu, kita niatkan untuk kebaikan dan kerana Allah. Maka dengan itu, dengan lafaz "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih", saya dengan ini melancarkan topik "KISAH MASYARAKAT".

Wasalam.

Ahmad Nizam Hashim

Jumat, 24 Juni 2011

Ilmuan Islam - ABDUL KADIR AUDAH

ABDUL KADIR AUDAH

Abdul Kadir Audah dilahirkan pada tahun 1906. Selepas menamatkan pengajian tinggi, beliau dilantik menjadi hakim di Jabatan Kehakiman Mesir. Beliau merupakan seorang hakim yang meletakkan hukum Islam di atas hukum-hukum yang lain. Beliau merupakan seorang yang berani menegakkan kebenaran dan menyuarakan kezaliman pemerintah walaupun menghadapi fitnah dan tohmahan.

Abdul Kadir juga seorang yang pakar di dalam perundangan Islam. Buku beliau, At-Tasyri’ al-Jina’I fil Islam Muqarrinan bil Qanun al-Wadhi memberikan impak yang besar kepada masyarakat dalam pemahaman pada syariat Islam dan kelebihannya di atas undang-undang ciptaan manusia. Buku tersebut telah diterjemahkan kedalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris, Perancis, Indonesia dan lain-lain bahasa utama dunia. Buku ini telah menjadi rujukan dan kajian para sarjana Islam serta para ulama.

Abdul Kadir juga merupakan diantara orang kanan imam Hasan al-Banna dan kemudiannya Ustaz Hasan al-Hudaibi, yang menggantikan imam Hasan al-Banna sebagai Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir. Beliau turut terlibat di dalam perancangan strategi Ikhwanul Muslimin semasa perang meletus di Terusan Suez.

Beliau juga seorang tokoh utama gerakan Ikhwanul Muslimin dan berpengaruh dikalangan rakyat Mesir. Buktinya, pada 28hb Februari 1954, satu perhimpunan besar-besaran telah diadakan bagi menuntut Presiden Muhammad Najib membebaskan para tahanan dan menegakkan hukum Islam di Mesir. Bagi menenangkan keadaan, Presiden Muhammad Najib telah meminta bantuan Abdul Kadir selepas cara lain gagal menyuraikan himpunan. Dari atas balkoni Istana Abidin, beliau dengan tenang telah meminta para rakyat yang berhimpun bersurai, serta merta mereka yang berhimpun mematuhi seruan beliau dan bersurai dengan aman.

Peristiwa ini telah menyebabkan rasa tidak senang serta hasad pada Jeneral Jamal Abdul Naseer yang merancang supaya beliau ditangkap pada petang itu juga. Abdul Kadir dimasukkan ke dalam penjara dan diseksa sebelum dihadapkan ke mahkamah. Beliau dan beberapa pendokong Ikhwan yang lain telah dituduh dan didapati bersalah oleh sebuah mahkamah khas. Tuduhan tersebut bertujuan bagi melenyapkan pengaruhnya dalam masyarakat Mesir pada ketika itu.

Beliau telah dihukum gantungbersama-sama lima lagi pejuang Ikhwanul Muslimin pada tanggal 7hb Disember 1954. Hukuman tersebut telah mendapat bantahan daripada para ulama dan para pemimpin negara-negara Islam.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

Kamis, 23 Juni 2011

16. Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

16.3 Kata r.a dan sebangsanya

a) Rumusan r.a adalah singkatan dari ucapan Radhiallahu-anhu, ertinya ‘Semoga Allah meredhainya’. Nya disini dimaksudkan untuk seorang lelaki. Jika ‘anha, maka Nya disitu untuk seorang perempuan, ‘anhumma, untuk dua orang samada lelaki atau perempuan semua atau seorang lelaki dan yang lainnya semua perempuan, sedangkan ‘anhum adalah untuk orang yang jumlahnya lebih daripada dua orang, yakni tiga atau lebih dan diantara keseluruhannya itu biasanya ada lelaki.

b) Jika dituliskan ‘An ibni Umar Radhiallahu’anhuma yang memberi erti “Dari ibnu atau putera Umar, semoga Allah meredhai keduannya, maka yang dimaksudkan keduanya itu adalah putera Umar yang bernama Abdullah serta ayahnya Abdullah iaitu Umar bin Al Khattab.

Rabu, 22 Juni 2011

Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj



Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian, disini saya ingin menjemput muslimin dan muslimat yang berada di sekitar Puchong atau dimana saja, untuk sama-sama menghadirkan diri ke Majlis Sambutan Isra' dan Mikraj yang di anjurkan oleh Masjid Bandar Bukit Puchong.

Butiran majlis sambutan Isra' Mi'raj yang akan diadakan adalah seperti berikut :

Tarikh : 28 Jun 2011 (Selasa)

Penceramah Undangan : YBhg Dato Dr Haron Din

Agenda :
6.30 petang Ketibaan tetamu
7.28 petang Azan dan solat maghrib
8.00 malam Ceramah perdana Isra' & Mi'raj
Oleh : YBhg Dato Dr Haron Din
8.44 malam Azan Isya'
8.50 malam Sambungan ceramah
9.30 malam Solat Isya'
9.45 malam Jamuan makan malam
10.30 malam Bersurai

Mohon disampaikan kepada keluarga dan sahabat handai.

Sekian, wasalam.

Selasa, 21 Juni 2011

Tamadun Dunia



Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Saya ingin bertanya ada tak sesiapa yang mengikuti blog ini ataupun tidak, yang mempunyai pengetahuan mengenai sejarah tamadun dunia dan ingin berkongsi ilmu tersebut. Saya berhajat untuk membuat sedikit penyelidikan mengenai Tamadun Dunia tetapi tidak pasti buku apa yang patut digunakan sebagai sumber rujukan tetapi jika ada sesiapa yang dapat membantu harap hubungi saya di email nizamblog@gmail.com

Insyallah jika ada yang sudi membantu mungkin pada masa hadapan tidak mustahil blog ini akan memuatkan artikel atau rencana mengenai tamadun dunia sebagai renungan dan panduan kita.

Sekian, wasalam.

Ahmad Nizam Hashim

16. Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

16.2 Wa’anhu serta Wa’anha dipermulaan

Kata Wa’anhu, ertinya ialah “Daripadanya” untuk orang lelaki, sedangkan Wa’anha adalah untuk orang perempuan. Maksudnya bahawa hadis yang ada dibelakang itu rawinya adalah sama dengan hadis yang sebelumnya. Misalnya hadis nombor 296, disitu tercantum ‘An Abi Hurairah, jadi rawi hadisnya adalah Abu Hurairah, lalu dalam hadis nombor 297, dicantumkan Wa’anhu, maka ertinya ialah “dan daripadanya”. “Nya” disini tentulah Abu Hurairah. Demikian juga seperti hadis no 631, disitu tercantum Wa’an Aisyah lalu dalam hadis dibawahnya yakni no 632 dan 633 dicantumkan Wa’anha, maka ertinya ialah “Dan daripadanya”. Nya disini tentu sahaja Aisyah.

Namun demikian dalam terjemahan kitab ini tidak dituliskan “Dan daripadanya”, tetapi dilengkapkan saja untuk lebih memudahkan pengertian, maka dalam terjemahannya dituliskan “Dari Abu Hurairah pula” atau “Dari Aisyah juga”