Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu-lah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan qalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (manusia). Surah Al-Alaq ; 1-5 Warkah Nizam
Kamis, 27 September 2012
Minggu, 23 September 2012
Hikmah-Hikmah Mengerjakan Ibadah Haji
Asalamualaikum wbt,
Kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian, semoga anda semuanya sentiasa berada dibawah rahmat dan redha Allah swt.
Pada kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu mengenai ibadah haji dengan para pembaca sekalian. Mudah-mudahan ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua. Insyallah.
Makna Haji
dari sudut syarak adalah ;
“Mengunjungi
Baitullah di Makkah untuk melakukan beberapa amal ibadah pada bulan haji dengan
rukun dan syarat tertentu sebagai perlaksanaan rukun Islam yang kelima”
Terdapat
beberapa dalil daripada Al-Quran & Al-Hadis mengenai ibadah Haji ini dan
salah satunya ialah seperti berikut di mana Firman Allah
swt ;
“Dan serulah
kepada manusia supaya mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepada
Engkau dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus, mereka datang dari
segenap ceruk penjuru atau pelusuk yang jauh dari seluruh dunia”
[Surah Al-Hajj
ayat 27]
Terdapat
beberapa hikmah mengenai ibadah haji ini dan di antaranya adalah seperti
berikut ;
1. Seperti
yang telah kita sedia maklum, ibadah haji yang dilaksanakan di Makkah pada
suatu tempoh waktu yang di hadkan di dalam Bulan Haji dapat menemukan umat
Islam dari pelbagai tempat, berlainan bangsa, warna kulit, budaya serta bahasa.
Perhimpunan
ini juga adalah untuk memenuhi undangan sebagai tetamu Allah dan menghidupkan
satu suasana persaudaraan sesama Islam berserta tekad dan keimanan yang
teguh kepada Allah swt.
2. Dengan
berpakaian serba putih dan berkain ihram menunjukkan persamaan di antara satu
sama lain tanpa mengira pangkat, kedudukan atau kekayaan apabila seseorang itu
datang menunaikan ibadah Haji.
3. Apabila
kita mengunjungi Baitullah atau rumah Allah ini, kita akan dapat menyaksikan
sendiri bagaimana kesan perjuangan para Rasul terutamanya Nabi Ibrahim a.s,
Nabi Ismail a.s dan juga Rasulullah saw di dalam menegakkan syariat Allah.
4. Di samping
itu umat Islam juga berpeluang untuk menghayati sendiri kesan-kesan tempat
bersejarah seperti Gua Thur, Gua Hira’, Bukit Uhud serta menziarahi makam Nabi
dan para Sahabat.
5. Berwukuf di Padang Arafah juga disifatkan oleh sesetengah
ulama sebagai satu lambang perhimpunan manusia pada hari akhirat nanti. Dimana semuanya menunggu pengadilan daripada
Allah swt di atas segala pekerjaan yang dilakukan semasa di dunia.
6. Ibadah
Haji ini juga akan dapat menyemai rasa keinsafan di kalangan umat Islam bahawa
mereka pasti akan kembali menemui Allah suatu hari nanti dengan tidak membawa
bersama-sama mereka harta, pangkat dan anak pinak kecuali amal soleh mereka.
Wallahualam.
Warkah Nizam
nizamblog@gmail.com
Minggu, 16 September 2012
Selamat Berangkat Kepada Bakal-Bakal Haji
Asalamualaikum wbt
Masa begitu pantas berlalu, sedar tak sedar bakal-bakal haji kita akan mula berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji bermula esok. Sememangnya saat inilah yang dinanti-nantikan oleh setiap orang Islam yang beriman untuk mengerjakan haji.
Sememangnya untuk mengerjakan ibadah haji ini memerlukan keimanan, kesabaran dan pengorbanan yang tinggi. Ini adalah kerana ibadah haji merupakan kemuncak kepada pengabdian diri seorang hamba kepada Penciptanya. Mereka yang terpilih untuk ke sana, baik untuk mengerjakan umrah atau haji merupakan para tetamu Allah yang terpilih. Insyallah. Berapa ramai orang yang kita lihat secara zahirnya mampu untuk ke sana samada untuk mengerjakan umrah atau haji, tetapi hingga ke saat ini masih belum sampai lagi. Justeru itu kepada yang telah sampai atau yang bakal ke sana, bersyukurlah kepada Allah dengan mengerjakan secara besungguh-sungguh ibadah semasa anda di sana. Bukanlah pangkat haji atau hajjah yang penting, tetapi yang lebih penting ialah ibadah umrah atau haji kita diterima Allah swt. Berbahagialah kepada mereka yang dijemput Allah untuk menunaikan ibadah haji pada kali ini.
Kepada bakal-bakal haji, saya doakan anda semua selamat pergi dan kembali, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan dengan kesihatan yang baik, sentiasa berada dibawah perlindungan Allah swt dan yang lebih penting mudah-mudahan anda semua akan dikurniakan dengan haji yang mabrur. Amin.
Lazimnya di Malaysia, setiap bakal haji akan mengadakan majlis bacaan Yaasin, doa selamat, solat hajat dan kenduri sebelum mereka berangkat menunaikan ibadah haji. Oleh yang demikian, masjid ditempat saya (Masjid Bandar Bukit Puchong) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan majlis tersebut bagi meraikan bakal-bakal haji dengan harapan dapat mengurangkan perbelanjaan para bakal haji untuk mengadakan kenduri kendara dan supaya tumpuan mereka kepada persiapan ke Tanah Suci tidak terganggu. Mudah-mudahan ianya akan dapat diteruskan lagi dimasa-masa hadapan dan diperkembangkan pula kepada masjid-masjid dan surau-surau yang lain pula.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar Majlis Meraikan Bakal Haji dan Jamuan Eidul Fitri Masjid Bandar Bukit Puchong baru-baru ini, dimana saya merupakan pengarah kepada program pada kali ini. ;
Majlis bacaan Yaasin, tahlil dan doa selamat
Saya sedang menyampaikan ucapan alu-aluan
Majlis penyampaian cenderahati kepada bakal-bakal haji
Antara bakal-bakal haji yang bergambar kenangan dengan Ketua Kampung & Nazir MBBP
Suasana di sekitar jamuan sebagai acara penutup
Sekian,
Warkah Nizam
nizamblog@gmail.com
p/s- dah dua hari saya diserang demam panas.
Minggu, 02 September 2012
Berita Terkini - Ibadah Haji
PUTRAJAYA: Kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota 28,000 orang untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.
Bagaimanapun, katanya permohonan untuk mendapatkan kuota tambahan akan diteruskan berikutan masih ramai jemaah Malaysia yang belum berpeluang menunaikan haji ekoran kuota yang terhad setiap tahun.
Sehingga kini seramai 936,000 rakyat Malaysia termasuk 4,000 daripadanya berusia lebih 75 tahun sudah berdaftar untuk menunaikan haji, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Masjid Putra, di sini malam tadi.
Sebelum ini isu kuota haji untuk jemaah Malaysia menunaikan haji tahun ini menjadi kebimbangan banyak pihak dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lalu.
Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.
Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.
"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Oktober.
Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.
Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.
"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.
Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu. - BERNAMA
Berikutan tindakan itu, kerajaan Arab Saudi menghantar nota diplomatik kepada Wisma Putra untuk melahirkan rasa kecewa dengan tindakan berkenaan.
Sehubungan itu Jamil Khir menasihati jemaah haji Malaysia supaya menjaga tingkah laku dan ketertiban sepanjang berada di tanah suci serta tidak mengadakan sebarang program atau perhimpunan yang tidak dibenarkan.
"Maka ini akan menjadi satu kekuatan untuk kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melihat Malaysia sebagai negara keutamaan apabila mereka ingin memberikan kuota tambahan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata penerbangan pertama untuk ke tanah suci tahun ini akan bermula pada 17 Sept melibatkan 400 jemaah dan penerbangan terakhir pada 29 Oktober.
Katanya kerajaan juga akan mengekalkan kos haji untuk 28,000 jemaah muassasah iaitu pada kadar RM9,980 seperti tahun lepas, manakala jemaah kali kedua atau seterusnya perlu membayar tambang mengikut kos sebenar tanpa subsidi.
Mengenai Kursus Perdana Haji yang dianjurkan serentak di seluruh negara, Jamil Khir berkata ia diharap akan memberikan gambaran dan panduan lengkap kepada bakal jemaah untuk melaksanakan ibadah kelak.
"Kursus ini adalah sebahagian daripada apa yang dirancangkan supaya Malaysia kekal menjadi negara ikon, contoh dan penanda aras kepada negara-negara dunia yang melihat Malaysia begitu tertib, berdisiplin dalam pengaturan dan penyusunan jemaah haji," katanya.
Katanya Tabung Haji juga sudah melancarkan e-Book supaya dapat dijadikan panduan untuk jemaah Malaysia merujuk mengenai sebarang masalah berkaitan ibadah itu. - BERNAMA
Ulasan saya ;
Memohon supaya pihak Kerajaan Malaysia dapat berbincang dengan Kerajaan Arab Saudi bagi meningkatkan lagi jumlah quota jemaah haji daripada Malaysia, bertujuan bagi mengurangkan masa menunggu untuk menunaikan ibadah haji bagi seseorang bakal haji.
Mengakui hakikat bahawa semua umat Islam daripada seluruh dunia ingin mengerjakan ibadah haji, adalah diharapkan agar pihak Tabung Haji atau Kerajaan Malaysia sendiri dapat mencadangkan agar satu mekanisme yang lebih adil di dalam menentukan jumlah kuota jemaah haji daripada mana-mana negara.
Adalah diharapkan agar dengan pembesaran kompleks Masjidil Haram yang sedang giat dilaksanakan sekarang ini, dapat sedikit sebanyak menambah bilangan kuota jemaah haji daripada seluruh dunia.
Jumat, 31 Agustus 2012
Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal
Asalamualaikum wbt
Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, bertemu kita lagi di halaman ini setelah hampir seminggu kita semua bercuti sempena dengan Hari Raya Fitrah dan pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai puasa sunat enam hari di dalam Bulan Syawal.
Alhamdulillah,
setinggi-tinggi kesyukuran di panjatkan kepada Allah swt, kerana dengan
izin-Nya, maka kita telah berjaya menunaikan kewajipan berpuasa di dalam bulan
Ramadhan dan mudah-mudahan kita di pertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan
datang, Amin
Sebagaimana
seperti yang telah kita sedia maklum, sekarang ini kita telah pun berada di
dalam bulan Syawal dan seperti biasa budaya masyarakat kita apabila setiap kali
tibanya Syawal ialah budaya ziarah-menziarahi saudara mara, sahabat handai atau
menghadiri majlis rumah terbuka sambil bermaaf-maafan di antara satu sama lain.
Mudah-mudahan budaya ini dapat diteruskan di dalam bulan-bulan yang lain dan
begitu juga dengan budaya bermaaf-maafan bukan dikhususkan hanya di dalam bulan
Syawal sahaja.
Bersempena
dengan bulan Syawal yang mulia ini dan yang masih berbaki hampir setengah bulan
sahaja lagi marilah kita sama-sama mengambil peluang untuk menunaikan ibadah
puasa sunat di dalam bulan Syawal. Sebagaimana di dalam beberapa hadis Nabi saw
yang bermaksud ;
“Barang siapa yang
berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal,
maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun.”
(Hadis riwayat Muslim)
Di dalam satu hadis yang
lain, Baginda Nabi saw turut bersabda yang bermaksud ;
"Barangsiapa
berpuasa enam hari selepas hari raya Aidilfitri maka adalah dia mencukupi
setahun. Barangsiapa mengerjakan satu kebajikan maka baginya sepuluh kali
ganda."
(Riwayat Ibn Majah, al-Baihaqi, Ahmad dan lain-lain)
Bersandarkan kepada hadis-hadis
di atas, sekiranya kita mengerjakan
puasa sunat sebanyak enam hari di dalam
bulan Syawal maka telah diibaratkan oleh Rasulullah saw bagaikan kita berpuasa
sepanjang tahun. Ini kerana sebulan puasa di dalam bulan Ramadan itu menyamai dengan
berpuasa sepuluh bulan atau 300 hari dan
puasa enam di dalam bulan Syawal pula menyamai dengan dua bulan atau 60 hari .
Jika dicampurkan kesemuanya sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia
setahun kita berpuasa. Begitulah
pemurahnya Allah kepada para hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang telah kita
ketahui antara hikmah berpuasa di dalam bulan Ramadhan, puasa sunat enam hari
didalam bulan Syawal juga turut mempunyai hikmah tersebut di samping daripada
sudut kesihatan dimana setelah sebulan berpuasa dan apabila tiba Hari raya
tiba-tiba perut kita terpaksa mencernakan pelbagai makanan yang kita makan oleh
itu dengan puasa sunat ini dapat memberi kelegaan semula kepada perut kita.
Puasa di dalam bulan
Ramadhan adalah kefardhuan, manakala puasa di dalam bulan Syawal pula adalah
sunat. Justeru itu dengan berpuasa sunat
ini dapat membantu kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah kerana kita
melakukan ibadah ini bukan semata-mata kerana kewajipan tetapi kerana rasa diri
kita sebagai hamba kepada Allah yang ingin mencari jalan mendekatkan diri
kepada-Nya. Wallahualam.
Warkah Nizam
nizamblog@gmail.com
Jumat, 17 Agustus 2012
Selamat Menyambut Hari Raya Fitrah 1433H/2012M
Asalamualaikum wbt
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah swt kerana dengan izin-Nya maka dapat kita menjalani ibadah puasa pada kali ini dan mudah-mudahan ramadhan pada kali ini dapat mendidik jiwa kita dan keluarga kita supaya menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa dengan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang dan mudah-mudahan segala amal kita serta puasa kita diterima Allah swt. Amatlah malang sekiranya kita hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja maka sia-sialah sahaja puasa kita maka peluang yang masih ada beberapa hari sahaja lagi ini hendaklah kita manfaatkan sebaik-baiknya.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Fitrah dan Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca yang saya kasihi, tidak kira dimana jua anda berada. Mudah-mudahan kita semua kembali kepada keadaan suci dan bersih sesuai dengan fitrah kejadian kita. Kepada yang berada diperantauan sudah tentu perasaan rindu kepada kampung halaman dan sanak saudara itu akan datang tetapi janganlah kita biarkan sambutan hari kemenangan kita melawan hawa nafsu diselubungi suasana sedih maka bergembiralah wahai saudara-saudara ku di pagi Syawal nanti.
Walaubagaimanapun di samping kita bergembira menyambut Syawal ini janganlah kita lupakan kepada mereka-mereka yang kurang bernasib baik seperti anak-anak yatim, fakir miskin, mereka-mereka yang kematian orang yang tersayang serta saudara-saudara kita yang berada di negara-negara yang sedang bergolak, mudah-mudahan Allah mencurahkan rahmat-Nya kepada mereka. Amin.
Fenomena biasa di Malaysia apabila setiap kali tibanya Syawal ialah budaya kunjung-mengunjungi serta majlis rumah terbuka. Ingin saya berpesan kepada ibubapa, supaya setiapkali anda ingin mengunjungi saudara-mara anda maka bawalah sekali anak-anak anda bertemu dengan saudara-mara mereka kerana merekalah yang akan menyambung warisan ziarah-menziarahi ini didalam menyambung silaturrahim kerana Allah swt dan di dalam keghairahan kita memenuhi jemputan rumah terbuka pula, janganlah sehingga membazir atau makan sehingga terlalu kenyang, jagalah adab-adab kita semasa berada di dalam majlis dan makanlah secara sederhana.
Kepada anda yang akan pulang kekampung halaman masing-masing berhati-hatilah semasa memandu, pastikan anda dan kenderaan anda berada di dalam keadaan baik dan saya doakan kita semua selamat sampai kedestinasi masing-masing dan sentiasa berada dibawah perlindungan Allah swt . Amin.
Akhir qalam, saya sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Fitrah dan Maaf Zahir dan Batin daripada saya dan keluarga kepada anda semua.
Sekian, wasalam.
Warkah Nizam
Senin, 30 Juli 2012
Hikmah Ibadah Puasa
Asalamualaikum wbt
Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, pada kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai ibadah puasa yang kita sedang lalui sekarang ini tidak kira dimana sahaja kita berada. Sebagaimana seperti
yang kita sedia maklum bahawa setiap ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah
swt mempunyai pelbagai hikmah dan kelebihan kepada hamba-Nya sendiri.
Sememangnya hikmah dan kelebihan itu ada di dalam setiap ibadat kita samada
yang tersurat ataupun yang tersirat sebagaimana seperti yang diterangkan di
dalam Al-Quran atau pun hadis Nabi saw.
Pada kali
ini kita akan melihat kelebihan ibadah puasa seperti yang telah disyariatkan
dan bersesuaian pula dengan bulan Ramadhan yang sedang kita lalui. Terdapat pelbagai hikmah berpuasa dan di
antara hikmah berpuasa ini adalah seperti berikut ;
1.
Merapatkan diri kepada Allah swt
Puasa
adalah satu ibadah yang memerlukan seseorang itu meninggalkan keinginan jiwa
terhadap makanan dan minuman serta apa-apa yang dilarang semasa berpuasa
semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah swt. Keutamaan di dalam melaksanakan perintah
Allah daripada kehendak jiwa atau nafsu seseorang hamba itu dapat menyuburkan
perasaan tunduk serta merapatkan diri kepada Allah. Inilah ‘ketaqwaan’ yang menjadi antara hasil
ibadah puasa kepada diri seorang hamba.
Sebagaimana
firman Allah swt di dalam surah Al-Baqarah, ayat 183 ;
Maksudnya ;
“Wahai
orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke
atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa”
2.
Membersihkan Jiwa
Orang yang
selalu didalam kekenyangan seringkali kita dapati mereka itu leka dan lalai di
dalam kehidupan seharian kerana kekenyangan yang berlebihan menjadikan manusia
itu malas. Malah mereka yang selalu
menuruti nafsu makan akan menyebabkan sifat-sifat negatif yang ada menguasai
diri mereka. Justeru ibadah puasa yang disyariatkan ini dapat membantu manusia
di dalam mengawal nafsu mereka di samping membersihkan jiwa dan menyuburkan
sifat-sifat positif yang ada dengan penentangan terhadap tuntutan nafsu. Di dalam
satu hadis qudsi Allah berfirman ;
Maksudnya;
“Dia
(hamba-Ku) meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya demi kerana-Ku”
Hadis
riwayat Al-Bukhari.
3.
Mendidik Sifat Berkasih Sayang
Seringkali
orang yang kaya lupa kepada yang miskin atau orang yang senang lupa kepada
orang yang susah. Oleh itu dengan
berpuasa dapat mendidik seorang muslim itu agar mengingati saudaranya yang
hidup didalam keadaan serba kekurangan. Di mana dalam bulan Ramadhan semua umat
Islam akan sama-sama berlapar tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Hasil
daripada didikan berpuasa ini akan menimbulkan sifat berkasih sayang yang ada
dalam diri seseorang manusia dan diteruskan pula dengan amalan bersedekah dan
amal kebajikan yang lain.
Nabi bersabda di dalam satu hadis yang bermaksud ;
“Perbandingan orang-orang yang beriman dalam berkasih
sayang, berbelas ihsan dan saling mengasihani seumpama satu badan, apabila
sakit satu anggotanya maka seluruh badan akan berjaga malam dan demam.”
Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim
4.
Mendidik Jiwa Agar Sentiasa Bersyukur
Ibadah
puasa dapat mendidik kita agar menghargai nikmat yang telah kita kecapi dimana
apabila tiba bulan Ramadhan barulah kita merasai dengan sebenar-benarnya nikmat
makan minum serta lain-lain nikmat yang kita tidak hiraukan sebelum ini
sebagaimana firman Allah di dalam Surah Ibrahim, ayat 34 yang bermaksud ;
“Dan Dia
telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dan segala apa yang kamu mohonkan
kepadaNya. Jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu
membilangnya. Sesungguhnya manusia itu
sangat zalim dan sangat meningkari nikmat”
5.
Mendidik Jiwa Untuk Menahan Nafsu
Rasulullah
saw bersabda dalam satu hadis mengenai kelebihan dan kesan puasa pada diri
seorang muslim yang bermaksud ;
“Sesiapa
yang diantara kamu mampu berkahwin maka kahwinlah. Sesungguhnya ia lebih menjaga pandangan dan
lebih menyucikan kehormatan. Sesiapa
yang tidak mampu, maka berpuasalah.
Sesungguhnya puasa itu sebagai penahan nafsu dirinya.”
Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim
Akhir kalam daripada saya, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat. Mudah-mudahan madrasah ramadhan pada kali ini akan menjadikan kita hamba-hamba Allah yang lebih bertaqwa. Amin.
Warkah Nizam
nizamblog@gmail.com
Langganan:
Postingan (Atom)






