Jumat, 10 Juni 2011

Balik Kampung

Asalamualaikum wbt.

Sebagai makluman kepada para pembaca semua baru-baru ini saya telah pulang ke kampung untuk menziarahi ibu serta mertua saya , juga bagi menghadiri beberapa majlis kahwin serta majlis pertunangan anak saudara saya. Oleh kerana itu saya ,mohon maaf kerana tidak sempat untuk upload artikel-artikel yang baru di dalam blog ini. Insyallah selepas ini saya akan upload artikel seperti biasa.

Buat pengetahuan semua saya telah pulang ke kampung pada hari sabtu (04/06/2011)yang lepas. Bertolak keluar dari rumah pada jam 10.00 pagi dan hanya tiba di Ipoh pada jam 3.00 petang. Lebih kurang 5 jam tempoh perjalanan untuk tiba di Ipoh dan itu memang memenatkan dengan keadaan trafik yang bergerak terlalu perlahan. Sempat juga saya berbual dengan anggota PLUS Ronda, katanya pada hari jumaat sebelum itu kenderaan penuh sesak sehingga jam 2.00 pagi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah saya dan keluarga selamat tiba di kampung saya pada jam 7.30 malam selepas berhenti rehat dan solat di Ipoh.

Sekian, wasalam.

Kamis, 02 Juni 2011

Gimik Hari Belia.MOD

Antara video yang sempat saya rakam pada hari belia tempoh hari. Tumpukan perhatian anda pada kanak-kanak yang berbaju putih serta patung tentera dihadapannya.



Hari Belia 2011 (3)

Sebahagian daripada senjata-senjata berat yang dipamerkan pada hari tersebut ;



Anak saya yang kecil sekali tidak melepaskan peluang menaiki motorsikal MP (dia memang suka naik motor )








Senjata anti pesawat yang dipamerkan


Ini pula pelancar roket buatan Brazil

Hari Belia 2011 (2)

Sebahagian daripada peralatan dan senjata Parti Komunis Malaya yang dipamerkan ;





Rabu, 01 Juni 2011

Hari Belia 2011

Asalamualaikum wbt

Pada hari ahad yang lepas, saya bersama-sama dengan keluarga telah pergi ke Sambutan Hari Belia 2011 di Putrajaya. Tempat utama yang menjadi tumpuan saya dan keluarga adalah di khemah pameran tentera. Di sana anak-anak dan isteri saya mendapat pengalaman baru apabila mereka berpeluang memegang dan mencuba senjata yang dipamerkan. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasa mengangkat senjata dan melihat peralatan ketenteraan di samping berpeluang menaiki kereta perisai dan banyak lagi.

Pujian juga harus diberikan kepada para anggota tentera yang bertugas dikhemah masing-masing yang dilihat cukup mesra melayan kerenah para pengunjung. Bagi saya pengalaman sebegini dapat mendedahkan keluarga saya tentang kehidupan dan tugas para anggota keselamatan di samping cabang-cabang perkhidmatan yang terdapat di dalam angkatan tentera kita dengan lebih dekat lagi. Setidak-tidaknya kita perlu berterimakasih kepada mereka yang telah berkorban untuk kita. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka dan Mudah-mudahan negara kita sentiasa berada dibawah perlindungan Allah.

Dibawah saya sertakan beberapa gambar suasana pada hari tersebut ;


Saya sedang mencuba senjata yang digunakan oleh anggota sniper. Berat senjata ini adalah 30kg dan jarak berkesan sejauh 6,000m.



Memberi penerangan kepada anak-anak saya tentang cara-cara pengendalian senjata.







Kegembiraan jelas terpampang pada wajah anak-anak saya dengan pengalaman baru mereka.
Insyallah akan saya uploadkan lagi gambar untuk tatapan para pembaca.

Sekian.

Senin, 30 Mei 2011

13. Kitab-kitab Hadis Dan Tingkatannya

13.Kitab-kitab Hadis Dan Tingkatannya ;

Kitab-kitab Hadis yang biasa disebut di dalam mengemukakan alasan untuk menentukan sesuatu hukum agama itu terdapat banyak sekali, tetapi yang masyhur di antaranya ialah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Jami’ Tirmizi, Shahih Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Khuzaimah, Al-Muwaththa’ Malik, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah, Sunan Nasa’I, Sunan Baihaqi, Al-Mustadrak Hakim, Musnan Ahmad, Al-Mu’jam Thabrani (terdiri daripada Shaghir, Awsath dan Kabir) dan Shahih Ibnu ‘Awanah.

Dari huraian di atas dapat kita ketahui bahawa di antaranya ada yang disebut Musnad, Sunan atau tidak menggunakan kedua-dua kata tersebut.



Perbezaan di antara Musnad dan Sunan adalah seperti berikut ;

Pertama ; Musnad ertinya yang disandarkan sebagaimana yang telah kita ketahui hurainya pada nombor 7. Apa yang dikatakan sebagai Musnad Ahmad misalnya, ialah Hadis-hadis yang dikumpulkan oleh Imam Ahmad bin Hambal, sedang cara pengumpulannya ialah tiap-tiap Hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat adalah secara berurutan. Misalnya sahabat Ibnu Abbas, lalu Ibnu Umar, Aisyah, Abu Hurairah dan semikian seterusnya.

Oleh kerana itu Kitab Hadis yang bernama Musnad, fasal-fasalnya tidak berurutan seperti kitab Fekah, umpamanya mengenai thaharah dahulu, diikuti dengan bab solat, bab zakat, bab puasa, bab haji, muamalat dan lain-lain, serta diteruskan dengan bab munakahat, jenayah dan lain-lain. Bab-bab di dalam Musnad itu adalah mengenai perihal rawi-rawinya yang diutamakan, maka didalamnya terdapat fasal Aisyah, fasal Abdullah bin Umar, fasal Abu Hurairah, fasal Abdullah bin Abbas dan seterusnya bermula dengan rawi yang terbanyak meriwayatkan Hadis sampai yang paling sedikit.

Kedua ; Sunan adalah kitab-kitab Hadis yang mana bab-bab yang terdapat didalamnya adalah secara berurutan mengikut fasal-fasal yang berhubungan dengan Fekah seperti Thaharah, Mu’amalat, Munakahat, Jinayah (jenayah) dan lain-lain.

Terdapat juga kitab Hadis yang tidak disebut sebagai musnad ataupun sunan, maka cara fasal-fasal disusun adalah berbeza-beza, ada yang menyerupai musnad dan ada pula yang menyerupai sunan.

Sebagai makluman, diantara semua kitab-kitab yang masyhur di atas, yang lazim dinamakan ‘Ummahatu kutubil Hadis’ atau ‘Induk kitab-kitab Hadis’, maka yang boleh dijamin untuk dijadikan pegangan atau pedoman dalam menentukan sesuatu hukum adalah Shahih Bukhari dan kemudian Shahih Muslim (sebagai makluman, penentuan hukum yang paling utama adalah berdasarkan kepada Al-Quran kemudian barulah kepada Hadis, Cuma apabila kita membincangkan mengenai Hadis maka penentuan hukum melalui Al-Quran dan lain-lain tidak dibincangkan di dalam bab ini) sebab didalam kedua-dua kitab ini, semua Hadis-hadis yang terkandung didalamnya sudah diteliti perihal keshahihannya oleh para ahli Hadis. Adapun yang lain-lain adalah bercampur-baur dengan berbagai taraf Hadis.

Kamis, 26 Mei 2011

Semak Arah Qiblat




ISTIWA MATAHARI DI ATAS KAABAH

Assalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca sekalian. Sebagai makluman Fenomena Istiwa Matahari ialah satu fenomena di mana matahari akan berada tegak di atas Kaabah. Justeru itu, pada masa inilah waktu yang paling sesuai buat kita semua untuk menyemak semula arah Qiblat masjid, surau, rumah atau pejabat kita.

Caranya mudah sahaja, ambil sebatang kayu atau apa-apa yang lurus kemudian letakkan di atas kawasan yang rata dan tunggu sehingga tiba masanya fenomena ini berlaku. Bayang yang terhasil daripada kayu pada waktu tersebut menunjukkan arah Qiblat.

Fenomena ini berlaku 2 kali setahun iaitu pada 28hb Mei pada jam 5.16 pm dan pada 16hb Julai pada jam 5.28 pm.

Selamat mencuba...

Wasalam.