14. Syarat-Syarat Yang Wajib Di Miliki Oleh Rawi
Tidak sebarang rawi boleh dianggap benar, sekiranya ianya tidak memiliki sifat-sifat sebagaimana seperti yang digariskan di bawah ini. Manakala bagi rawi yang memiliki sifat-sifat ini maka hadis yang diriwayatkan sudah tentu dianggap shahih, jika rawi-rawi yang lainnya yang merupakan rangkaian sanad itu mepunyai sifat sedemikian. Maka dengan meneliti adanya rangkaian rawi-rawi itulah dapat ditentukan tingkat atau darjat hadis yang diriwayatkan.
Ciri-ciri rawi yang dapat mengeluarkan hadis bermutu tinggi dan dapat dianggap shahih hadisnya mempunyai cir-ciri seperti berikut;
a. Bulugh
Yakni sudah baligh menurut ketentuan agama. Maksudnya sudah baligh ketika meriwayatkan hadis yang berkaitan, sekalipun waktu menerimanya masih kecil atau belum mencapai usia baligh.
b. Islam
Inipun dipandang diwaktu menyampaikan hadis, yakni sudak memeluk Islam, sekalipun waktu menerimanya belum beragama Islam.
c. ‘Adalah
Yakni orang Islam dan akil baligh (berakal) dan tidak mempunyai penyakit gila, lagipula sudah baligh dan juga tidak pernah mengerjakan dosa-dosa besar serta tidak sentiasa mengerjakan dosa-dosa yang kecil.
d. Dhabath
Yakni dapat menangkap apa yang diterima atau yang didengar, juga baik hafalannya dan bukan pula seorang yang pelupa, sehingga dimanapun saat atau tempatnya, jikalau diperlukan, maka ia dapat mengulang kembali dan menyebutkan hadis yang diterima olehnya itu dengan baik dan lancar.
e. Ittishal
Yakni bersambung, ertinya rawi yang menerima hadis itu bertemu sendiri dengan rawi yang diatasnya, jadi seperti rawi G bertemu rawi F, rawi F bertemu dengan rawi E dan demikianlah seterusnya hingga ke rawi A yang bertemu sendiri dengan Nabi Muhammad s.a.w
f. Ghair syadz
Yakni tidak ganjil, maksudnya Hadis yang diriwayatkan olehnya itu tidak tidak berlawanan dengan hadis yang lebih kuat daripadanya dan tidak pula berlawanan dengan ayat-ayat Al-Quran.
Demikianlah beberapa syarat yang perlu dimiliki oleh setiap rawi hadis.
Selain syarat-syarat seperti yang yang dijelaskan dipermulaan, untuk memberi nilai bahawa hadis itu nyata-nyata hadis shahih, masih diperlukan syarat-syarat yang lain dan ini akan dihuraikan didalam bab yang menceritakan tentang hadis shahih itu selepas ini. Insyallah.
Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu-lah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan qalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (manusia). Surah Al-Alaq ; 1-5 Warkah Nizam
Jumat, 10 Juni 2011
Balik Kampung
Asalamualaikum wbt.
Sebagai makluman kepada para pembaca semua baru-baru ini saya telah pulang ke kampung untuk menziarahi ibu serta mertua saya , juga bagi menghadiri beberapa majlis kahwin serta majlis pertunangan anak saudara saya. Oleh kerana itu saya ,mohon maaf kerana tidak sempat untuk upload artikel-artikel yang baru di dalam blog ini. Insyallah selepas ini saya akan upload artikel seperti biasa.
Buat pengetahuan semua saya telah pulang ke kampung pada hari sabtu (04/06/2011)yang lepas. Bertolak keluar dari rumah pada jam 10.00 pagi dan hanya tiba di Ipoh pada jam 3.00 petang. Lebih kurang 5 jam tempoh perjalanan untuk tiba di Ipoh dan itu memang memenatkan dengan keadaan trafik yang bergerak terlalu perlahan. Sempat juga saya berbual dengan anggota PLUS Ronda, katanya pada hari jumaat sebelum itu kenderaan penuh sesak sehingga jam 2.00 pagi. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah saya dan keluarga selamat tiba di kampung saya pada jam 7.30 malam selepas berhenti rehat dan solat di Ipoh.
Sekian, wasalam.

Kamis, 02 Juni 2011
Gimik Hari Belia.MOD
Antara video yang sempat saya rakam pada hari belia tempoh hari. Tumpukan perhatian anda pada kanak-kanak yang berbaju putih serta patung tentera dihadapannya.
Hari Belia 2011 (3)
Rabu, 01 Juni 2011
Hari Belia 2011
Asalamualaikum wbt
Pada hari ahad yang lepas, saya bersama-sama dengan keluarga telah pergi ke Sambutan Hari Belia 2011 di Putrajaya. Tempat utama yang menjadi tumpuan saya dan keluarga adalah di khemah pameran tentera. Di sana anak-anak dan isteri saya mendapat pengalaman baru apabila mereka berpeluang memegang dan mencuba senjata yang dipamerkan. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasa mengangkat senjata dan melihat peralatan ketenteraan di samping berpeluang menaiki kereta perisai dan banyak lagi.
Pujian juga harus diberikan kepada para anggota tentera yang bertugas dikhemah masing-masing yang dilihat cukup mesra melayan kerenah para pengunjung. Bagi saya pengalaman sebegini dapat mendedahkan keluarga saya tentang kehidupan dan tugas para anggota keselamatan di samping cabang-cabang perkhidmatan yang terdapat di dalam angkatan tentera kita dengan lebih dekat lagi. Setidak-tidaknya kita perlu berterimakasih kepada mereka yang telah berkorban untuk kita. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka dan Mudah-mudahan negara kita sentiasa berada dibawah perlindungan Allah.
Dibawah saya sertakan beberapa gambar suasana pada hari tersebut ;

Saya sedang mencuba senjata yang digunakan oleh anggota sniper. Berat senjata ini adalah 30kg dan jarak berkesan sejauh 6,000m.

Memberi penerangan kepada anak-anak saya tentang cara-cara pengendalian senjata.

Kegembiraan jelas terpampang pada wajah anak-anak saya dengan pengalaman baru mereka.
Insyallah akan saya uploadkan lagi gambar untuk tatapan para pembaca.
Sekian.

Senin, 30 Mei 2011
13. Kitab-kitab Hadis Dan Tingkatannya
13.Kitab-kitab Hadis Dan Tingkatannya ;
Kitab-kitab Hadis yang biasa disebut di dalam mengemukakan alasan untuk menentukan sesuatu hukum agama itu terdapat banyak sekali, tetapi yang masyhur di antaranya ialah Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Jami’ Tirmizi, Shahih Ibnu Hibban, Shahih Ibnu Khuzaimah, Al-Muwaththa’ Malik, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah, Sunan Nasa’I, Sunan Baihaqi, Al-Mustadrak Hakim, Musnan Ahmad, Al-Mu’jam Thabrani (terdiri daripada Shaghir, Awsath dan Kabir) dan Shahih Ibnu ‘Awanah.
Dari huraian di atas dapat kita ketahui bahawa di antaranya ada yang disebut Musnad, Sunan atau tidak menggunakan kedua-dua kata tersebut.
Perbezaan di antara Musnad dan Sunan adalah seperti berikut ;
Pertama ; Musnad ertinya yang disandarkan sebagaimana yang telah kita ketahui hurainya pada nombor 7. Apa yang dikatakan sebagai Musnad Ahmad misalnya, ialah Hadis-hadis yang dikumpulkan oleh Imam Ahmad bin Hambal, sedang cara pengumpulannya ialah tiap-tiap Hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat adalah secara berurutan. Misalnya sahabat Ibnu Abbas, lalu Ibnu Umar, Aisyah, Abu Hurairah dan semikian seterusnya.
Oleh kerana itu Kitab Hadis yang bernama Musnad, fasal-fasalnya tidak berurutan seperti kitab Fekah, umpamanya mengenai thaharah dahulu, diikuti dengan bab solat, bab zakat, bab puasa, bab haji, muamalat dan lain-lain, serta diteruskan dengan bab munakahat, jenayah dan lain-lain. Bab-bab di dalam Musnad itu adalah mengenai perihal rawi-rawinya yang diutamakan, maka didalamnya terdapat fasal Aisyah, fasal Abdullah bin Umar, fasal Abu Hurairah, fasal Abdullah bin Abbas dan seterusnya bermula dengan rawi yang terbanyak meriwayatkan Hadis sampai yang paling sedikit.
Kedua ; Sunan adalah kitab-kitab Hadis yang mana bab-bab yang terdapat didalamnya adalah secara berurutan mengikut fasal-fasal yang berhubungan dengan Fekah seperti Thaharah, Mu’amalat, Munakahat, Jinayah (jenayah) dan lain-lain.
Terdapat juga kitab Hadis yang tidak disebut sebagai musnad ataupun sunan, maka cara fasal-fasal disusun adalah berbeza-beza, ada yang menyerupai musnad dan ada pula yang menyerupai sunan.
Sebagai makluman, diantara semua kitab-kitab yang masyhur di atas, yang lazim dinamakan ‘Ummahatu kutubil Hadis’ atau ‘Induk kitab-kitab Hadis’, maka yang boleh dijamin untuk dijadikan pegangan atau pedoman dalam menentukan sesuatu hukum adalah Shahih Bukhari dan kemudian Shahih Muslim (sebagai makluman, penentuan hukum yang paling utama adalah berdasarkan kepada Al-Quran kemudian barulah kepada Hadis, Cuma apabila kita membincangkan mengenai Hadis maka penentuan hukum melalui Al-Quran dan lain-lain tidak dibincangkan di dalam bab ini) sebab didalam kedua-dua kitab ini, semua Hadis-hadis yang terkandung didalamnya sudah diteliti perihal keshahihannya oleh para ahli Hadis. Adapun yang lain-lain adalah bercampur-baur dengan berbagai taraf Hadis.

Langganan:
Postingan (Atom)