Selasa, 12 Juli 2011

Ilmuan Islam - HAMKA / Abdul Malik Abdul Karim




ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM

Abdul Malik Bin Abdul Karim atau lebih dikenali dengan nama HAMKA, dilahirkan pada 17hb Februari 1908 di kampung Molek, Meninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Bapa beliau bernama Syeikh Abdul Karim bin Amrullah. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Haji Rasul, selepas pulang dari Mekah pada tahun 1906, bapanya menjadi pelopor kepada Gerakan Islah yang berpusat di Minangkabau.

Hamka mendapat pendidikan secara formal di Sekolah Dasar Meninjau, Indonesia hingga darjah dua. Pada tahun 1918, ketika beliau berumur 10 tahun, bapanya menubuhkan Pusat Pengajian yang diberi nama Sumatera Thawalib di Padang Panjang. Abdul Malik mendapat pelajaran agama dan bahasa Arab disitu dan masjid-masjid berdekatan. Antara guru yang pernah mengajarnya adalah Syeikh Ahmad Rasyid, Syeikh Ibrahim Musa, R.M Surjoparonto, Ki Bagus Hadikusumo dan Sutan Mansur.

Abdul Malik seorang yang suka menimba ilmu, beliau banyak menghabiskan masanya dengan membuat penyelidikan dalam beberapa bidang seperti falsafah, sejarah, politik, kesusasteraan dan sosiologi.

Beliau berupaya memahami bahasa Arab dengan baik. Tidak hairan sekiranya beliau dapat mempelajari sendiri dan mendalami karya-karya ulama terkenal dari Timur Tengah. Antara karya yang dibacanya adalah daripada pengarang terkenal seperti Abbas al-Aqqad, Zaki Mubarak, Mustafa al-Manfaluti dan lain-lain. Beliau juga mempelajari dan mendalami karya-karya yang ditulis oleh sarjana Perancis, Jerman dan Inggeris.

Abdul Malik atau HAMKA berkerja sebagai guru agama bermula pada tahun 1927. Beliau bekerja di sekolah yang terdapat di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan. Kemudian pada tahun 1929, beliau bertugas di Padang Panjang. Pada tahun 1957 hingga tahun 1958 beliau telah ditawar bekerja sebagai pensyarah di Universiti Islam, Jakarta. Komitmennya yang tinggi sebagai seorang pensyarah dan minat yang mendalam dalam penyelidikan menjadikan beliau dilantik sebagai Reaktor Perguruan Tinggi Islam di Jakarta. Beliau juga ditawarkan menjadi profesor di Universiti Mustapo, Jakarta.

Sumbangan besar beliau dalam bidang agama menyebabkan beliau dilantik menjadi Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia dari tahun 1951 hingga 1960. Namun jawatan itu terpaksa dilepaskan kerana Sukarno menyuruhnya memilih supaya bergiat dalam politik ataupun menjadi pegawai kerajaan.

Abdul Malik suka membaca dan mencari ilmu-ilmu baru. Beliau sering bertukar-tukar pendapat dengan tokoh-tokoh terkenal dan idea-idea baru yang diperolehinya itu digunakan dengan baik dalam usaha menjadi seorang pemidato yang hebat.

Hamka juga turut bergiat aktif didalam pertubuhan Muhammadiah, sebuah gerakan Islam di Indonesia sejak tahun 1925. Pada tahun 1946, beliau telah dilantik menjadi Ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat. Pada tahun 1953 pula beliau telah diberi kepercayaan menjadi penasihat pimpinan pusat Muhammadiah.

Sejak dari tahun 1925 juga, Hamka telah menceburkan diri didalam bidang politik. Beliau menyertai parti Sarekat Islam. Tugas beliau ialah membantu parti tersebut menentang penjajah British yang datang ke Indonesia melalui pidatonya yang bersemangat. Pada tahun 1947, beliau telah dilantik menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia.

Kemudian beliau menjadi anggota perundangan parti Masyumi. Pada Pilihan Raya Umum Indonesia tahun 1955, beliau telah bertindak sebagai pemidato utama didalam pilihan raya itu. Pada tahun 1960, parti Masyumi diharamkan oleh kerajaan Indonesia. Dari tahun 1977 sehingga tahun 1981, beliau dilantik menjadi ketua Umum Majlis Ulama Indonesia oleh Menteri Agama Indonesia.

Hamka telah ditangkap dan dipenjarakan oleh Presiden Sukarno kerana dituduh pro-Malaysia. Tangkapan beliau itu tidak mematahkan semangatnya supaya terus berjuang menegakkan keadilan. Beliau menggunakan masa yang ada sebai-baiknya semasa di dalam penjara dengan menulis Tafsir al-Azhar. Selepas beliau dilepaskan dari penjara, beliau menjaddi anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia.

Hamka memang mempunyai bakat didalam bidang penulisan. Beliau banyak terlibat didalam menghasilkan karya-karya ilmiah dan kreatif. Karya beliau yang terkenal adalah tafsir al-Azhar. Tafsir ini ditulis didalam lima jilid dan karya kreatif seperti novel dan cerpen menjadi antara bahan pengajian dan teks sastera di Malaysia dan Singapura. Antara novelnya yang terkenal adalah Di Bawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Merantau ke Deli.

Beliau juga terlibat sebagai wartawan kepada beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Beliau juga menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat pada tahun 1928 dan pada tahun 1932 pula beliau telah menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Selain itu, beliau juga terlibat dalam penerbitan majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam. Kesemua karyanya berjumlah 118 buah.

Sumbangan besarnya didalam bidang pendidikan dan penyelidikan telah diiktiraf oleh beberapa buah institusi pengajian tinggi. Beliau telah dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti al-Azhar pada tahun 1958. Kemudian pada tahun 1974 beliau juga telah dianugerahkan Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan pihak pemerintah Indonesia telah memberinya gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno.

Sumbangan dan pengorbanan yang diberikan oleh Abdul Malik dihargai dan disanjungi di seluruh pelusuk Nusantara termasuk Malaysia dan Singapura. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 24hb Julai 1981.

Semoga rohnya dirahmati Allah. A-Fatihah.




ISTIWA MATAHARI DI ATAS KAABAH - kali kedua




ISTIWA MATAHARI DI ATAS KAABAH

Assalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian. Kali ini saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca sekalian. Sebagai makluman Fenomena Istiwa Matahari ialah satu fenomena di mana matahari akan berada tegak di atas Kaabah. Justeru itu, pada masa inilah waktu yang paling sesuai buat kita semua untuk menyemak semula arah Qiblat masjid, surau, rumah atau pejabat kita.

Caranya mudah sahaja, ambil sebatang kayu atau apa-apa yang lurus kemudian letakkan di atas kawasan yang rata dan tunggu sehingga tiba masanya fenomena ini berlaku. Bayang yang terhasil daripada kayu pada waktu tersebut menunjukkan arah Qiblat.

Fenomena ini berlaku 2 kali setahun iaitu pada 28hb Mei pada jam 5.16 pm dan pada 16hb Julai pada jam 5.28 pm. Jadi kepada mereka-mereka yang terlepas untuk menyemak arah qiblat pada bulan mei yang lalu boleh mencubanya pada kali ini.

Selamat mencuba...

Wasalam.

Senin, 11 Juli 2011

PROTOKOL YAHUDI - Pengenalan





PROTOKOL YAHUDI - Pengenalan

Protokol yahudi di dalam bahasa Ingerris diterbitkan hasil usaha dan terjemahan oleh Victor E.Marsden. Ianya berasal daripada bahasa hebrew. Protokol ini bermaksud keputusan mesyuarat. Mesyuarat yang dimaksudkan disini merujuk kepada Mesyuarat Tokoh Zionis atau The Elders of Zion yang diadakan pada tahun 1896 di Basle, Switzerland. Protokol ini telah dibentangkan oleh Theodore Herzl bagi tindakan seluruh bangsa yahudi di dunia. Ia telah diterbit dan diedarkan oleh Prof. Sergyei Nilus dari Russia pada tahun 1905 dan satu salinan protokol ini yang bertarikh 10 Ogos 1906 telah disimpan di sebuah muzium di London.

Semasa pemerintahan regim Kerensky di Russia, semua salinan yang wujud di Russia telah dimusnahkan dan sesiapa yang memilikinya boleh dikenakan hukuman mati serta merta. Fakta yang terpapar di dalam protokol ini disahkan asli. Walau bagaimanapun semua jenis terbitan yahudi menafikan keaslian salinan ini dan mendakwa ia adalah ciptaan Prof. Nilus bagi kepentingan diri sendiri.

Protokol yahudi mendedahkan rancangan yang disusun bagi mendirikan sebuah negara yahudi yang telah diusahakan sejak berkurun lamanya. Protokol ini disunting sendiri oleh para cendiakawan zionis. Protokol ini juga menggariskan bagaimana yahudi merancang kemusnahan agama, bangsa dan negara-negara sasaran mereka bagi memastikan perancangan mereka mencapai matlamat.

Dakwaan protokol yang diterjemahkan oleh Victor E.Marsden ini palsu tidak dapat disokong oleh sebarang hujah yang kukuh. Kebenaran makin nyata apabila diari Herzl telah diterjemahkan dan sebahagian artikel yang terdapat didalam diari itu telah diterbitkan dan disiarkan oleh jewish chronicle pada 14 Julai 1922. Di dalam diarinya, Herzl memaklumkan tentang lawatan pertama beliau ke England dan perbualan dengan Colonel Goldsmith (beliau adalah pegawai angkatan tentera British yang beragama kristian dan penyokong setia yahudi.

Antara lain, diari itu turut mencatatkan pendapat Goldsmith tentang cara yang paling baik bagi melemahkan kuasa pemerintahan Inggeris. Antaranya ialah dengan menggenakan cukai yang tinggi. Pendapat Goldsmith ini telah diterima baik oleh Herzl dengan menjadikannya sebagai sebahagian daripada protokol itu.

Minggu, 10 Juli 2011

17. Pembahagian Hadis


17. Pembahagian Hadis
Dengan memerhatikan matan hadis, menyelidiki setiap perawi serta meneliti sanad, yakni rangkaian rawi-rawi mulai penerima pertama hingga yang terakhir sekali, maka para alim-ulama ahli hadis telah membahagi-bahagikan martabat sesuatu hadis menjadi 57 bahagian sebagaimana yang diterangkan dibawah ;


17.1 Hadis Shahih

Shahih, ertinya ialah benar dan oleh sebab itu tidak terdapat keraguan padanya bahawa hadis itu benar-benar sabda Nabi s.a.w, maka hadis tersebut mempunyai kekuatan untuk dijadikan amalan serta memberi keyakinan didalam penetapan sesuatu hukum.

Syarat-syarat hadis shahih terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu ;

a. Sifat para perawinya adalah sebagaimana yang telah dijelaskan dalam nombor 14 (sila rujuk semula).

b. Tiap-tiap rawi dalam sanadnya itu bukan terdiri daripada kalangan orang-orang yang terkenal sebagai pendusta atau dituduh sebagai pendusta, tidak banyak salah, kurang teliti, dianggap sebagai manusia fasik, bukan juga dari kalangan orang yang ragu-ragu, bukan ahli bida’ah, juga bukan orang yang kurang kuat hafalannya dan bukan pula orang yang seringkali menyalahi rawi yang dianggap lebih kuat dari dirinya sendiri, demikian pula rawi tersebut wajib dikenali, paling sedikit dua orang ahli hadis dizamannya atau dengan kata yang lain bukannya rawi yang majhul (tidak dikenali) sejarah hidupnya. (sila rujuk no. 15)

c. Hadis yang dapat dinilai sebagai hadis shahih itu tidak ada cacat pada ‘illatnya sedikit pun, sebab jika demikian atau ber’illat,maka hadis tersebut termasuk hadis Ma’lul, Mu’tal, Mu’allal. (akan dijelaskan kelak)

Hadis Shahih pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Shahih Lidzatih dan Shahih Lighairih.

Shahih Lidzatih ialah yang keshahihannya itu memang dari dirinya sendiri, yakni tanpa ada bantuan dari keterangan hadis-hadis yang lain.

Shahih Lighairih pula ialah keshahihannya itu dibantu oleh hadis-hadis yang lain yang mempunyai taraf atau darjat sebagai hadis hasan. Maksudnya ialah jikalau ditilik dari sanadnya hadis itu sebenarnya hanyalah bertaraf hasan, tetapi oleh sebab terdapat keterangan-keterangan yang lain yang menguatkannya, maka dari darjat hasan dapat meningkat menjadi hadis shahih, tetapi keshahihannya adalah lighairih (sebab ada keterangan yang lain).




Sabtu, 09 Juli 2011

Topik Baru - Agenda Yahudi Menakluk Dunia


AGENDA YAHUDI MENAKLUK DUNIA


Asalamualaikum wbt.

Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Topik baru yang akan saya perkenalkan di dalam blog ini ialah mengenai agenda yahudi menakluk dunia, yang di petik daripada buku “Agenda Yahudi Menakluk Dunia, rahsia disebalik rahsia” dan pengarang buku ini adalah Sabaruddin Hussein keluaran PTS.

Di dalam topik ini, saya akan menyampaikan maklumat yang terkandung di dalam buku ini mengenai 24 protokol yahudi didalam mencapai matlamat mereka untuk menakluk dunia kepada para pembaca sekalian untuk dijadikan iktibar dan sempadan. Namun ingin saya ingatkan disini bahawa tujuan pendedahan ini bukan untuk kita ikuti tetapi supaya kita lebih berwaspada dengan tipu daya zionis dan merenung kembali persekitaran kita ataupun diri kita sendiri, supaya dengan yang demikian kita bukanlah penyokong zionis tanpa kita sedari.

Secara peribadi saya beranggapan 24 protokol ini mungkin tepat dan mungkin juga tidak tepat, jadi saya menasihati para pembaca sekalian supaya tidak menerima bulat-bulat dengan apa yang akan di sampaikan, namun demikian daripada tiada langsung sekurang-kurangnya ada juga maklumat yang boleh kita gunakan bak kata pepatah Melayu “Tiada rotan akar pun berguna”.

Firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud “Orang yahudi dan nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga kamu menuruti agama mereka”

Sekiranya para pembaca sekalian ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, bolehlah membeli buku ini sendiri atau sekiranya ingin memohon bantuan saya, bolehlah menghubungi saya di email nizamblog@gmail.com.

Mudah-mudahan pendedahan ini akan menjadikan kita lebih bersedia di dalam menghadapi permainan Zionis yang penuh dengan tipu muslihat didalam menguasai dunia ini. Sekiranya ada salah dan silap dari saya, saya mohon ampun dan maaf. Dengan lafaz “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”, saya dengan ini melancarkan topik “Agenda Yahudi Menakluk Dunia” di dalam blog ini dan semoga dapat pula kita sampaikan kepada saudara mara atau sahabat handai kita yang lain dan mudah-mudahan ianya menjadi amal kebajikan kita. Wallahualam.





Jumat, 08 Juli 2011

16. Kata-kata Yang Seringkali Kita Jumpai Dalam Kitab Hadis

16.8 Kata-kata Bi-isnasin shahih ‘ala syarthil Bukhari atau ‘ala syarthi Muslimin

Apabila kita menemukan kata-kata yang semacam di atas , maka menurut Mudawwinnya, Hadis yang diriwayatkan itu dengan menggunakan isnad shahih menurut syarat yang ditetapkan oleh Imam Bukhari atau Imam Muslim. Harap diperbandingkan sendiri dengan yang keenam.

Nota; Insyallah selepas ini kita akan masuk ke dalam bab yang terakhir iaitu pembahagian hadis atau jenis-jenis hadis.

Ijazah Kaedah Bacaan Yasin Thariq Jazariy

Saya bersama guru saya Ustaz Dahim



Asalamualaikum wbt


Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Pada kali ini saya ingin berkongsi cerita mengenai aktiviti yang dijalankan dimasjid saya, dimana pada 26hb Jun 2011 yang lepas telah berlangsung Majlis Pengijazahan kaedah membaca Surah Yasin secara berjemaah menurut Riwayat Hafsh Qiraat 'Ashim Thariq Al-Jazariy di masjid saya.



Dimana pada malam tersebut saya dan lebih kurang 20 orang rakan jemaah yang lain telah diijazahkan kaedah bacaan Yasin Thariq Jazariy oleh guru kami Ustaz Dahim Jalal Al-Jawiy. Alhamdulillah, dapat juga saya menamatkan pengajian tersebut di bawah pimpinan Ustaz. Kumpulan kami adalah generasi yang ke 45, dimana sanadnya melalui Saiyidina Ali dan terus ke Rasulullah s.a.w. Antara pesan guru saya pada malam tersebut ialah, "niat hendak belajar bukan kerana sanad, tetapi kerana ilmu, walaubagaimanapun ilmu yang benar itu adalah yang bersanad", ujar beliau lagi, dan bukanlah niat saya menceritakan kisah ini disini untuk bermegah-megah dengan ijazah yang diterima tetapi sebagai pendorong kepada diri saya dan juga kepada para pembaca semua untuk sentiasa mencari ilmu di dalam mendekatkan diri kita dengan Allah swt. Mudah-mudahan Allah sentiasa meletakkan kita semua di atas jalanNya.



Jazakallah kepada semua guru-guru saya, semoga Allah merahmati dan memberkati anda.