Bacalah dengan menyebut nama Tuhan mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu-lah yang Maha Mulia. Yang mengajar manusia dengan qalam. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (manusia). Surah Al-Alaq ; 1-5 Warkah Nizam
Selasa, 26 Juli 2011
Senin, 25 Juli 2011
Protokol 1 - Agenda Yahudi Menakluk Dunia

1.11 Di manakah kebernaran bermula dan di mana akhirnya?
1.12 Kuasa kita dalam keadaan sekarang sama sekali tidak boleh diperlihatkan. Ia terus dalam keadaan demikian sehingga sampai ketikanya apabila ia menjadi cukup teguh dan tidak boleh dipandang remeh.
1.13 Dihadapan kita tersedia satu rancangan strategik yang menentukan tahap manakah kita boleh menyeleweng bagi memastikan usaha yang kita laksanakan membuahkan hasil yang dikehendaki.
1.14 Hanya pemerintah yang berkuasa penuh sahaja dapat menjelaskan secara terperinci rancangan-rancangan yang diatur bagi membolehkan rancangan itu disebarkan keseluruh jentera kerajaan. Hasilnya mana-mana negara berjaya melahirkan sebuah kerajaan yang memuaskan apabila mempunyai seorang pemerintah yang berkuasa penuh. Sesebuah tamadun tidak berjaya berdiri tanpa pemerintah yang berkuasa penuh kerana negara itu bukan hidup dengan bimbingan orang ramai, tetapi oleh bimbingan pemerintah sebegini. Kita tidak perlukan perusuh kerana perusuh gemar melakukan kemusnahan apabila berpeluang. Sebaik sahaja tampuk pemerintahan dan kebebasan berada dalam tangan perusuh, keadaan bertukar menjadi huru hara. Oleh itu seseorang pemerintah perlu bijak menggunakan perusuh bagi menguasai negara.
1.15 Perhatikan orang yang meminum arak, mereka terus dikelirukan oleh alkohol. Mereka menggunakan alasan bagi menikmatinya secara melampau atas nama kebebasan. Kita sama sekali tidak boleh mengikut jejak ini. Orang bukan yahudi dikelirukan oleh arak. Golongan belia mereka menjadi semakin dungu tentang perkara-perkara berkaitan sejarah. Ia akibat keruntuhan moral daripada peringkat awal remaja yang disogokkan dengan agen-agen, guru-guru, pengkomplot, wanita-wanita kita ditempat-tempat yang menjadi tumpuan orang bukan yahudi. Saya juga bergantung harap kepada apa yang dinamakan sebagai “wanita teman sosial”. Mereka adalah pengikut setia yang sentiasa bersedia menurut segala kehendak mangsa mereka supaya terlibat dalam rasuah bagi hidup mewah.
Jumat, 22 Juli 2011
17. Pembahagian Hadis
17.4 Hadis Mutawatir
Sekiranya sesuatu hadis itu diriwayatkan oleh ramai orang dan di sampaikan kepada orang yang ramai pula, kemudia orangorang yang menerima itu menyampaikan pula kepada banyak orang juga dan demikian seterusnya sehingga sampai kepada para mudawwin, maka hadis yang sedemikian itu disebut hadis mutawatir. Jadi secara ringkasnya hadis mutawatir itu tentu mempunyai sanad yang banyak sekali dan mustahil sekali andaikata rawi-rawinya sama-sama bersepakat untuk berdusta atas sabda atau apa-apa yang dikerjakan oleh Baginda saw.
Hadis Mutawatir itu ada dua jenis
a. Mutawatir Lafzhi, sekiranya berupa sabda Nabi saw.
b. Mutawatir ‘Amali, sekiranya berupa perbuatan Nabi saw seperti bagaimana cara Nabi saw mengerjakan solat, haji dan sebagainya.
Hadis Mutawatir itu dengan sendirinya lebih dapat diyakini dan lebih kuat untuk dijadikan alasan penentuan hukum berbanding Hadis Shahih, bahkan tidak memerlukan syarat-syarat lazim yang di tetapkan untuk menentukan Hadis Shahih itu.
17.5 Hadis Masyhur
Hadis Masyhur atau Hadis Mustafidh ialah hadis yang diriwayatkan oleh tiga orang atau lebih dan disampaikan pula kepada tiga orang atau lebih dan seterusnya sehingga sampai kepada para mudawwin. Jadi hadis tersebut wajib memiliki 3 macam sanad yang berlainan.
17.6 Hadis Shalih
Hadis Shalih mempunyai nilai yang kurang daripada hadis Hasan, akan tetapi tidak terlampau lemah.
17.7 Hadis Mudha’af
Hadis Mudha’af ialah hadis yang mempunyai matan atau sanad yang lemah, akan tetapi setengah sanadnya menguatkan pada sanad yang setengah lagi.
17.8 Hadis Musnad
Hadis Musnad ialah hadis yang bersambung sanadnya sampai kepada Nabi saw atau sampai kepada sahabat. Mengenai rawi-rawi yang ada didalam hadis Musnad itu, adakalanya memenuhi persyaratan untuk menjadi hadis shahih dan adakalanya tidak, oleh sebab itu hadis Musnad itu kadang-kadang dapat digolongkan sebagai hadis Shahih, Hasan, Dhaif atau Hadis Marfu’.

Rabu, 20 Juli 2011
ILMUAN ISLAM - ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD (ZA’BA)

Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za’ba dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, Negeri Sembilan pada 16hb september 1895. Beliau berasal daripada sebuah keluarga yang berpegang kuat dengan ajaran Islam.
Za’ba memulakan pendidikan secara rasmi agak lewat berbanding kanak-kanak yang lain. Beliau mula memasuki sekolah Melayu Batu Kikir pada usia 12 tahun dan kemudiannya bertukar ke Sekolah Melayu Linggi bagi mendalami pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau menamatkan pengajian senior Cambridge pada tahun 1915. Setelah itu beliau telah menjadi guru sementara pada tahun 1916 di sebuah sekolah di Johor Bahru. Di sinilah beliau mula menulis dan artikel pertama beliau diterbitkan di dalam akhbar Utusan Melayu. Beliau juga mempelbagaikan topik penulisan beliau seperti keagamaan, kesusasteraan, pendidikan dan politik. Malah beliau adalah antara orang Melayu yang berusaha membangunkan bangsa Melayu daripada kemunduran.
Beliau kemudiannya bertugas di Sultan Idris Training College (SITC), dan karya beliau pada masa tersebut lebih kepada memperkayakan Bahasa Melayu dengan mengadaptasi tatabahasa Arab dan Inggeris. Usaha beliau melonjakkan nama beliau sebagai perintis pembangunan tatabahasa bahasa Melayu. Beliau meneruskan karier beliau sebagai pengajar di Universiti London pada tahun 1947 dan bersara daripada perkhidmatan awam pada tahun 1953. Setelah itu beliau telah dilantik menjadi pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, Singapura. Zainal dan rakannya Ungku Aziz telah menubuhkan Persatuan Bahasa Melayu dan seterusnya memperolehi ijazah sarjana dari Universiti London.
Pada peringkat awal pembabitan beliau di dalam bidang penulisan, beliau menghasilkan karya-karya pendek yang dimuatkan didalam majalah-majalah seperti al-Ikhwan, Lembaga Melayu dan Pengaruh. Buku pertama beliau, Umbi Kemajuan telah diterbitkan pada tahun 1932. Semasa pendudukan tentera Jepun, beliau diminta menulis buku bagi kegunaan Malaya dan Sumatera. Salah sebuah karya beliau yang dibukukan, “Perangai bergantung kepada diri sendiri” menghuraikan sikap bangsa Melayu yang terlalu bergantung kepada orang lain. Beliau juga menyeru bangsa Melayu supaya kembali kepada ajaran Islam untuk bangun sebagai satu bangsa yang maju.
Kata beliau; “Tiap-tiap orang diwajibkan beramal dan beribadat sendiri dengan usaha dan tenaganya…tidak pernah disuruh ia mengira dirinya itu perlu bergantung kepada doa orang sahaja ataupun kepada fidyah penebus yang dibuatkan orang sahaja bagi mendapat kejayaan dan keselamatannya di akhirat kelak!”
Dua lagi hasil karya beliau yang terkenal ialah “Falsafah Takdir(1952) dan Asuhan Budi (1957). Buku ini dengan keras mengkritik sikap dan kemunduran bangsa Melayu. Pemikiran beliau turut dikatakan mendahului zamannya, malah kebanyakan hasil tulisan beliau bukan sahaja membicarakan soal masyarakat Melayu dan Islam, tetapi juga soal akhlak, pendidikan dan kemiskinan.
Za’ba telah bergiat aktif didalam aktiviti kemasyarakatan bermula pada tahun 1932 beliau telah dilantik menjadi penasihat Persaudaraan Sahabat Pena Malaya. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Yang di Pertua Persatuan Melayu Selangor pada tahun 1945. Beliau juga terbabit dalam penggubalan Rang Piagam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1946.
Beliau telah dianugerahkan gelaran “Pendeta” pada tahun 1956 di Kongres Bahasa Melayu dan kesusasteraan Ketiga di Johor Bahru. Keikhlasan beliau di dalam memartabatkan bahasa Melayu terserlah apabila beliau menolak gelaran Dato’ di atas jasa beliau selama ini, walaubagaimanapun pada tahun 1962 beliau telah dianugerahkan gelaran Tan Sri dan pada usia 78 tahun Za’ba telah menghebuskan nafasnya yang terakhir pada 23hb Oktober 1973.
Semoga Allah merahmati beliau. Al-Fatihah…

Selasa, 19 Juli 2011
Protokol 1 - Agenda Yahudi Menakluk Dunia
1.6 Usah peduli apabila sesebuah negara menjadi lemah akibat perbalahan dalaman atau pertelingkahan yang mengakibatkannya dikuasai oleh pihak luar. Walau apa jua keadaannya, mereka pasti kalah dan tidak mampu bangun kerana negera sebegini berada dalam kekuasaan kita.
1.7 Apabila ada pihak yang berpendapat gambaran itu adalah tidak bermoral, saya mahu mengemukakan persoalan berikut. Sekiranya setiap negara mempunyai dua musuh dan berhadapan dengan musuh luar, ia tidak dianggap melanggar moral atau tatasusila bagi menggunakan apa jua cara dan pendekatan mengatasi konflik. Sepertimana merahsiakan rancangan serangan dan taktik pertahanan daripada pihak musuh, menyerangnya pada waktu malam atau dalam bilangan yang jauh lebih ramai. Ini kerana, ia mahu mengatasi musuh yang berniat menaklukinya. Adakah ini dipanggil sebagai tidak bermoral dan tidak dibenarkan?
1.8 Setiap keputusan atau resolusi orang ramai bergantung kepada ruang atau pendapat majoriti. Akibat kejahilan tentang selok-belok politik, mereka mengemukakan sesetengah resolusi karut yang membawa keadaan kacau bilau kedalam pentadbiran.
1.9 Politik sama sekali tidak mempunyai persamaan dengan moral. Pemimpin bermoral adalah pemimpin yang lemah dan kurang mahir. Pemimpin sebegini menyebabkan keadaan tidak stabil dalam pentadbirannya. Orang yang mahu menjadi pemimpin perlu memiliki sifat yang licik dan pandai menyakinkan orang lain. Mempunyai ciri-ciri cinta negara yang hebat seperti jujur dan ikhlas adalah lakonan dalam politik. Ini kerana, ia mampu menjatuhkan para pemimpin daripada tampuk pemerintahan lebih berkesan daripada musuh yang terkuat. Ada dikalangan kerajaan bukan yahudi yang memiliki kualiti ini, tetapi kita tidak boleh mengikuti jejak langkah mereka.
1.10 Kebenaran terletak kepada paksaan. Perkataan ‘benar’ atau ‘betul’ adalah pemikiran yang abstrak dan tidak ada apa yang boleh membuktikannya. Bagi kita, perkataan itu tidak lebih dari ungkapan, “Berikan saya apa yang saya mahu sekiranya kamu tidak mahu menerima akibatnya”.
Senin, 18 Juli 2011
17. Pembahagian Hadis
17.3 Hadis Dhaif
Dhaif menurut erti asalnya ialah Lemah. Yang dapat digolongkan hadis dhaif itu ialah hadis yang sanadnya tidak bersambung(ittishal) atau dalam sanadnya itu ada rawi yang dianggap tercela atau cacat.
Maksud tercela atau cacat disini ialah misalnya rawi itu belum baligh, berubah akal, majhul yakni yang tidak dikenali sejarah hidupnya, buruk sekali hafalannya, amat pelupa, kerapkali menyamarkan atau menyembunyikan nama rawi yang lain, pendusta atau dituduh sebagai pendusta, juga rawi yang dianggap orang sebagai fasik tetapi tidak sampai kepada kafir, atau riwayatnya menyalahi riwayat yang dikemukakan orang yang sudah terkenal baiknya, demikian pula yang diantara rawinya itu ada yang suka mengerjakan perbuatan dosa besar atau dosa-dosa kecil berulang-ulang.
Cacatan;
Di dalam kitab Riyadhush Shalihin ini samasekali tidak terdapat hadis-hadis dhaif. Namun demikian perlu juga kita maklumi hal-hal sebagai berikut, iaitu ;
a. Hadis dhaif itu samasekali tidak mempunyai kekuatan untuk digunakan sebagai dalil menetapkan sesuatu hukum, baik wajib, sunat, haram dan lain-lain lagi, tetapi didalam hal-hal yang berkaitan dengan Fadha-ilul A’mal, maka hadis dhaif itu masih dapat digunakan.
b. Meriwayatkan hadis dhaif tidak ada halangannya apabila ada maksud tertentu, misalnya agar diketahui oleh umumnya masyarakat awam. Jadi tujuannya adlah untuk penerangan.
c. Jika sekiranya ada hadis atau beberapa hadis yang ada hubunganmakna serta pengertiannya dengan hadis dhaif itu dari jalan lain dengan sanad yang tidak dhaif atau lemah, maka hadis yang lain itu dapat dijadikan syahid atau mutabi’ dari hadis yang dhaif tadi. Syahid yang dimaksudkan disini adalah saksi sedangkan mutabi’ pula bererti pengikut. Jikalau seseorang mudawwin meriwayatkan sesuatu hadis dari Nabi saw dari suatu jalan, misalnya Anas r.a, lalu ada pula hadis lain yang semakna dengan hadis tersebut di atas jalan sahabat selain Anas r.a, maka hadis yang dari jalan selain Anas r.a itu disebut syahid. Tetapi jikalau jalan itu dari Anas pula, maka hadis yang lain ini disebut mutabi’.
( c ) sebagaimana diterangkan dalam ( a ) bahawa menggunakan hadis dhaif untuk menetapkan sesuatu hukum itu tidak boleh diterima, atau ringkasnya tidak boleh dipakai dan ditolak. Namun begitu tidaklah yang dimaksudkan itu bahawa sabda Nabi saw itu kita tidak suka menggunakan, enggan menerimanya ataupun kita menolak serta mendhaifkan atau melemahkannya. Sama sekali tidak demikian itu pengertiannya, tetapi sebabnya adalah kerana kita tidak yakin bahawa yang dikatakan hadis dhaif itu benar-benar sabda Baginda saw., sebab terdapat dikalangan rawi-rawi itu ada yang dianggap pendusta, pemalsu hadis dan lain-lain. Demikian pula halnya hadis-hadis yang digolongkan sebagai hadis dhaif, semacam hadis ma’lul, mungkar, maudhu dan lain-lain.
d. Seluruh alim ulama dan jumhur ahli hadis sependapat bahawa hadis dhaif itu dapat dipakai untuk hal-hal yang termasuk didalam fadha-ilul A’mal. Fadha-il adalah kata jamak dari kata fadhilah, ertinya keutamaan, sedang a’mal pula jamaknya ialah ‘amal, ertinya perbuatan. Tetapi yang diperselisihkan ialah mengenai ta’rif atau apa yang dimaksudkan dengan kata-kata Fadha-ilul A’mal itu sendiri. Terdapat dua pendapat didalam mendefinasikannya, iaitu ;
I. Hadis dhaif hanya boleh digunakan untuk mengamalkan sesuatu perbuatan, apabila kandungan atau maksudnya telah masuk dalam umum hadis yang sah dan dapat diterima atau umumnya Al-Quran, misalnya hadis dhaif yang menghuraikan perihal pahala solat, puasa, sedekah dan lain-lain. Jadi manakala yang tidak termasuk disitu maka tidak boleh diamalkan. Mereka yang berpendapat sebagaimana yang diatas ini ialah kerana melakukan sesuatu amalan bererti mengerjakan sesuatu hukum, padahal hukum dari sesuatu kelakuan itu tidak boleh dengan menggunakan hadis dhaif, sekalipun hanya hukum sunat atau makruh.
II. Pendapat yang kedua mengenai Fadha-ilul A’mal itu adalah kelakuan-kelakuan yang berupa keutamaan dan hanya sampai ke tingkat sunat sahaja, ertinya bukan merupakan kewajipan. Jadi mengerjakan amalan yang utama bagi mereka ini dibolehkan sekiranya menggunakan hadis dhaif, sekalipun tidak termasuk dalam kandungan umum hadis yang sah atau umum al-Quran.
Kedua golongan itu sekalipun berbeza tetapi demikian itulah hasil ijtihadnya, maka apabila salah misalnya, ijtihadnya tetap memperolehi pahala dan sekiranya benar dua pahala, sedang kalau salah satu pahalanya. Ringkasnya hal-hal seperti di atas tidak perlu diperbesar-besarkan, apa lagi dijadikan bahan perselisihan, sehingga antara segolongan dengan golongan lainnya saling salah menyalahkan dan menyebabkan permusuhan antara kaum muslimin.

Langganan:
Postingan (Atom)