Senin, 11 April 2011

Paderi anti-Islam bakar al-Quran

Berita Harian Online

Paderi anti-Islam bakar al-Quran


2011/03/22

GAINESVILLE: Paderi Amerika Syarikat yang anti-Islam, Terry Jones, memutuskan bahawa al-Quran ‘bersalah menyebabkan jenayah’ tertentu dan mengatur sesi pembakaran kitab suci itu di gerejanya, kelmarin.

Pembakaran itu dilakukan paderi Wayne Sapp di bawah pengawasan Jones yang mencetuskan bantahan terhadap rancangan untuk membakar al-Quran sempena sambutan memperingati serangan 11 September 2001 (9/11). Upacara membakar itu dilakukan selepas sesi penghakiman hanya lapan minit sebelum memutuskan kononnya al-Quran didapati bersalah dan dihukum. Kitab itu direndam dalam minyak tanah selama sejam dan diletakkan dalam dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum Sapp menyalakan api dengan pemetik api barbeku. Kitab itu di bakar selama 10 minit sementara penonton mengambil gambar.

Jones dikutuk hebat banyak pihak termasuk Presiden Barack Obama, Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton dan Setiausaha Pertahanan, Robert Gates berhubung rancangannya membakar kitab suci Islam, September lalu.

Dia tidak meneruskan rancangannya dan berikrar tidak akan melakukannya sebelum menyatakan dia sudah buat keputusan.

Kali ini, Jones berkata, dia sudah memberi dunia Muslim peluang untuk mempertahankan kitab itu tetapi tidak mendapat maklum balas.
Paderi itu merasakan beliau tidak dapat menjalankan perbicaraan sebenar tanpa hukuman sebenar. Upacara itu dibuka pada orang ramai dan hampir 30 orang menyertainya.

Jadwiga Schatz, yang datang untuk menyokong Jones, meluahkan rasa bimbang dengan perkembangan Islam di Eropah.

“Penganut agama itu pada saya seperti raksasa. Saya benci mereka.
“Ini adalah pengalaman sekali seumur hidup,” katanya.
Jones menganggap majlis itu berjaya. – AFP


Ulasan ;

Sememangnya tindakan tidak bertanggungjawab oleh kumpulan ini dengan membakar Al-Quran telah menyebabkan banyak pihak marah terutamanya dari negara-negara Islam dan begitu juga dengan orang-orang Islam di negara kita.

Namun begitu saya melihat dari satu sudut yang lain bahawa Al-Quran ini telah saban hari dibakar bukan oleh orang lain tetapi dari mereka yang mengaku dirinya Islam. Apa yang saya maksudkan di sini ialah kita lihat saja pada hari ini berapa ramai yang tidak solat, puasa, menutup aurat dan berapa ramai pula yang melakukan zina, berjudi, minum arak malah ada juga yang melakukan perkara-perkara khurafat dan syirik, bukankah tindakan seperti ini juga seolah-olah membakar Al-Quran.

Mudah-mudahan Allah sentiasa memelihara kita semua daripada terjerumus kelembah kehinaan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar