Sabtu, 23 April 2011

Solat Jumaat di Masjid Wilayah Bersama-sama Sheikh Abdul Rahman Sudais

Asalamualaikum wbt

Semalam saya sempat solat Jumaat di Masjid Wilayah dan "kebetulan" khatib dan imam bagi Solat Jumaat semalam adalah Sheikh Abdul Rahman Abdul Aziz As-Sudais. Semasa menghampiri Masjid Wilayah jalanraya telah sesak teruk, kelihatan beberapa anggota polis trafik menjaga lalulintas di sana sini. Kawasan perkarangan Masjid langsung tidak boleh dimasuki pada waktu tersebut (1.00 pm) malah jalanraya disekitar masjid turut dijadikan tempat parking kereta oleh para jemaah.

Semasa mendengar khutbah dan solat Jumaat saya rasakan seolah-olah sedang berada di Masjidil Haram ditambah pula dengan suasana jemaah yang ramai dan berbilang bangsa. Di dalam hati saya bersyukur kerana dapat solat berjemaah bersama-sama dengan beliau.

Insyallah, akan saya muatkan gambar yang sempat saya rakam semalam.

2 komentar:

  1. Salam..
    Seronoknya berpeluang solat berjemaah bersama beliau..mesti suasananya seolah2 berada di Mekah..selama ini hanya mendengar suaranya melalui kaset2 saja..semoga satu hari nanti saya b'peluang b'temu dgn beliau..

    BalasHapus
  2. W/salam wbt.

    Cuba tuan dapatkan jadual lawatan Sheikh, manalah tahu mungkin tempat tuan termasuk dalam kawasan lawatan beliau. Setahu saya kunjungan beliau di sini bukan sekadar di Lembah Kelang sahaja, malah kalau tak silap saya beliau telah pun mengunjungi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebelum datang ke Masjid Wilayah.

    BalasHapus