Daripada Ibnu Umar r.a beliau berkata : “Rasulullah s.a.w memegang dua bahuku sambil bersabda :”Jadilah kamu didunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan.”
Ibnu Umar telah berkata : “Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu diwaktu pagi. Dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu menunggu diwaktu petang. Manfaatkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu.”
[ Hadis Riwayat Bukhari ]
Kepentingan Hadis
Hadis yang mulia ini adalah hadis yang bernilai tinggi, banyak faedahnya, mengumpul banyak kebaikan dan memberikan berbagai pengajaran. Ia merupakan hadis yang dijadikan dalil supaya memendekkan cita-cita di dunia yang fana ini. Bagi seorang mukmin, dia tidak sepatutnya menjadikan dunia ini sebagai watan dan tempat tinggalnya yang tetap serta merasa tenang terhadapnya. Bahkan dia hendaklah merasakan bahawa dirinya tidak lebih daripada seorang pengembara yang singgah di suatu tempat untuk mengambil bekalan dan menyiapkan kenderaan untuk meneruskan perjalanan demi menghadapi hari yang dijanjikan ; dihari yang tidak memberi guna harta dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah s.w.t dengan hati yang sejahtera.
Pendapat Ulama’ Berkaitan Hadith Ini
BalasHapusAntara ulama’ yang menilai hadith ini adalah:
Imam al-Sakhawi mengatakan bahawa beliau tidak menemuinya. [Lihat: al-Maqasid al-Hasanah, 351]
Imam al-Zurqani menyatakan bahawa beliau tidak mengetahuinya (hadith ini). [Lihat: Mukhtasar al-Maqasid, 467]
Imam al-Iraqi mengatakan bahawa beliau tidak menjumpai hadith ini marfu’ (sampai) kepada Rasulullah SAW. [Lihat: al-Mughni an Haml al-Asfar, 4/24]
Imam al-Saghani menghukum hadith ini palsu. [Lihat: al-Maudhu’at, 64]
Syeikh Mulla Ali Qari dalam menyatakan bahawa hadith ini adalah palsu, walaubagaimanapun makna hadith ini adalah betul. [Lihat: al-Asrar al-Marfu’ah, 345]
Tarjih
Setelah melihat pendapat para ulama’ berkaitan hadith ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa hadith ini tidak diketahui akan asalnya tetapi maknanya adalah sahih kerana ia bertepatan dengan firman Allah SWT di atas.
Sumber: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/1077-irsyad-al-hadith-siri-ke-98-dunia-adalah-ladang-bagi-akhirat
Yang dimaksudkan adalah Hadith dibawah ini: (bukan di atas spt yg Tuan nyatakan itu. Maaf kerana tercicir bahagian ini)
BalasHapusلدُّنْيَا مَزْرَعَةُ الآخِرَةِ
Maksudnya: “Dunia ini adalah lading (tempat bercucuk tanam) bagi akhirat”.