Minggu, 25 Oktober 2009

Gangsterism Di Sekolah

Tips daripada PDRM


Faktor Pelajar Terjerumus


- Pengaruh rakan atau kawan yang terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di luar sekolah.


- Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan kepada diri sendiri ("low self-esteem" )


- Di rekrut secara paksa oleh ahli-ahli kongsi gelap


-Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga.



Langkah Pencegahan


- Setiap pihak perlu memainkan penting didalam membasmi kegiatan gansterism di sekolah.

- Orang ramai perlu bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat.

- Ibubapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki ahli keluarga terlibat di dalam gengsterism disekolah.

- Menggalakkan mangsa-mangsa tampil kehadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada pihak polis.

- Ibubapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan gangsterism yang melibatkan ahli keluarga mereka.

- Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang karektornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan.

- Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.

Ulasan

Gejala gangsterism ini memerlukan kerjasama erat daripada ibubapa, jiran tetangga dan pihak sekolah serta polis. Pihak berkuasa perlu menyediakan satu saluran kepada orangramai untuk menyalurkan maklumat berhubung dengan perkara ini.

Ketiadaan saluran bagi menyalurkan maklumat akan menyebabkan usaha-usaha membenteras kegiatan ini akan terbantut. Ibubapa juga perlu memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak sekiranya mereka dihampiri oleh kumpulan ini bagi menggelakkan anak-anak diperdaya atau menjadi mangsa.







1 komentar:

  1. Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Abang Kamal kerana berjaya memenangi PRK Hulu Selangor. Padan muka Zaid dan Anwar yang berlagak sombong. Semuga BN terus berjaya lagi selepas ini dan ambil balik negeri Selangor, tapi hendaklah berwaspada dengan si mata sepet.

    BalasHapus