Jumat, 08 Oktober 2010

Majlis Meraikan Bakal Haji

Majlis jamuan makan bagi meraikan bakal-bakal haji



Asalamualaikum wbt

Untuk makluman para pembaca sekalian, pada 01hb Oktober 2010 yang lepas, masjid di qariah saya telah mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat untuk bakal-bakal haji yang akan menunaikan fardhu haji di tanah suci pada tahun ini.
Pada malam tersebut pihak masjid telah menjemput semua bakal-bakal haji ke hadapan untuk diperkenalkan kepada para jemaah dan yang lebih penting lagi, mereka juga saling kenal mengenali di antara satu sama lain, sekurang-kurangnya semasa berada di tanah suci nanti mereka tidaklah berasa keseorangan kerana bersama mereka ada rakan jemaah dari qariah yang sama. Manakala bagi para jemaah pula dengan adanya majlis yang sebegini mudah-mudahan akan dapat menyuntikkan azam para jemaah untuk ke tanah suci bagi mengerjakan ibadah haji pada masa-masa yang akan datang.
Alhamdulillah, pada tahun ini terdapat lebih kurang 14 orang bakal haji yang terdiri dari muslimin dan muslimat dari qariah saya yang akan berangkat pergi ke tanah suci bagi mengerjakan haji. Apapun sama-samalah kita doakan agar Allah memelihara keselamatan mereka dan dipermudahkan segala urusan mereka di sana serta mendapat haji yang mabrur dan semoga mereka selamat pergi dan selamat kembali,Amin.

1 komentar:

  1. Jika ada bakal-bakal haji yang masih kekurangan perbelanjaan sila daftar di www.bakalhaji.com untuk diusahakan bersama,lnsyaAllah kalau rezeki anda 'ada' musim depan boleh pergi

    BalasHapus