Senin, 09 Agustus 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak


Asalamualaikum wbt
Sidang pembaca yang saya hormati. Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak kepada semua pembaca yang mengikuti blog ini. Marilah kita sama-sama berazam untuk menjadikan Ramadhan kita pada kali ini lebih berkualiti berbanding Ramadhan yang lepas-lepas. Mudah-mudahan segala amal kita di terima Allah s.w.t
Saya juga ingin memaklumkan kepada para pembaca sekalian bahawa posting artikel saya di dalam bulan Ramadhan ini mungkin akan berkurangan berbanding sebelum ini ,di sebabkan oleh faktor masa dan kelemahan saya sendiri. Walaubagaimanapun saya akan berusaha agar tetap akan ada posting di dalam Ramadhan ini. Insyallah.
Akhir kata daripada saya ,sekali lagi saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarrak dan seandainya ada salah dan silap daripada saya, saya mohon ampun dan maaf. Mudah-mudahan kita akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Insyallah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar