Rabu, 30 Juni 2010

Perawi 24 - Ummu Salamah

Ummu Salamah ialah; Sayyidatina Hindun binti Suhai bin Mughirah bin Al-Qurasyiyyah Al-Makhzumiyyah. Ummu Salamah Radiyallahu’anha adalah salah seorang isteri Rasulullah s.a.w yang telah dikahwini baginda pada tahun ke-4 Hijrah. Ummu Salamah Radiyallahu’anha merupakan seorang yang pintar dan berakhlak mulia. Dilahirkan pada tahunke 28 sebelum Hijrah dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 62 Hijrah.

Cara Berdoa

Cara-Cara Berdoa


Mengangkat dua tangan paras bahu


Memulakan dengan ucapan tahmid (memuji Allah)

Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan akam semesta, selawat dan salam kepada semulia-mulia Nabi dan Rasul, begitu juga kepada keluarga dan sahabatnya sekalian”
Mengakhiri dengan selawat dan tahmid.

Menyapu muka dengan dua tapak tangan setelah selesai berdoa.

Selasa, 29 Juni 2010

Kepentingan Berdoa






Kelebihan Berdoa


1. Mententeramkan jiwa dan penenang hati. Allah s.w.t berfirman di dalam Surah Ar-Ra’du, ayat 28 ; “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu, hati boleh menjadi tenteram (tenang).”


2. Sebagai pembuka pintu rahmat. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Ad-Dailami yang bermaksud ; “Doa itu adalah anak kunci pintu rahmat”

3. Doa amat disukai Allah, maka sesiapa yang selalu berdoa ia akan dikasihi Allah.

4. Sebagai pelindung daripada godaan syaitan dan menambah kekuatan iman.

5. Doa merupakan penghubung antara ibubapa dan anak-anak. Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi bermaksud ; “Terdapat tiga doa yang pasti dikabulkan Allah, dan pasti tidak ada syak padanya. Doa orang yang teraniaya, doa orang yang sedang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya”.

6. Doa sebagai penawar untuk berbagai-bagai jenis penyakit, sebagaimana Firman Allah s.w.t di dalam surah Yunus ayat 57; “Wahai Manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu pengajaran daripada tuhan kamu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada.”

Perawi 23 - Uqbah Bin Al-Harith

Uqbah Bin Al-Harith ialah; Uqbah bin Al-Harith bin Amir Al-Quraisyi Al-Makki. Beliau telah memeluk Islam pada hari pembukaan kota Mekah. Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan 3 buah hadis daripada beliau. Beliau telah meninggal dunia pada zaman pemerintahan Khalifah Abdullah bin Al-Zubair.

Biografi Ringkas Imam An-Nawawi

Biografi Ringkas Imam An-Nawawi

Nama sebenar beliau adalah Al-Imam Abu Zakariya Yahya bin Syaraf An-Nawawi. Dilahirkan di Nawa, sebuah desa dari wilayah Damaskus (Syam atau Palestin) pada tahun 618 Hijrah. Pada usia 18 tahun beliau terus menuntut ilmu serta memiliki kecerdasan akal fikiran yang mantap.

Beliau mempelajari ilmu fekah dalam mazhab Imam Syafie dan inilah yang merupakan sebab utama bahawa beliau itu menjadi imam dari semua imam dalam mazhab tersebut bahkan orang-orang yang muncul setelah beliau mensepakati menerima huraian beliau dalam bab fekah. Malah jasa beliau di dalam bidang hadis juga besar kerana usaha beliau didalam menentukan samada sesuatu hadis itu hadis sahih atau hasan.

Beliau juga telah menyusun beberapa kitab fekah seperti Syarah Muhadzab, Arraudhah dan Alminhaj. Manakala dalam bidang hadis pula seperti Syarah Muslim, Al-Adzkar Annwawiyah serta syarah sebahagian dari Shahih Imam Al-Bukhari. Beliau amat terkenal dengan sifat zuhud yang ada pada diri beliau dengan menempuh jalan sebagaimana yang telah dilalui oleh para salaf soleh. Beliau juga tidak pernah berkahwin semasa hidupnya.

Beliau telah meninggal dunia pada tahun 667 Hijrah di Nawa iaitu tempat kelahiran beliau pada usia 48 tahun.

Semoga Allah memberikan kerahmatan yang seluas-luasnya kepada beliau di atas segala jasa-jasa yang telah dicurahkan ke atas jalan Allah. Terlalu banyak manfaat yang kita perolehi dari ilmu pengetahuan yang telah beliau curahkan dan sebagai menghargai jasa beliau marilah kita sama-sama berusaha untuk mempelajari kitab-kitab karangan beliau, mudah-mudahan dengan yang demikian dapat membantu kita di dalam memahami apa itu Islam. Insyallah.

Senin, 28 Juni 2010

Kepentingan Berdoa - Topik Baru


PENGENALAN DOA

Asalamualaikum wbt

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya maka dapat kita bertemu lagi untuk kita sama-sama berkongsi ilmu demi mencari keredhaan-Nya.

Topik yang akan dibincangkan pada kali ini ialah mengenai doa. Kebanyakan daripada kita memang selalu berdoa tetapi tahukah kita mengenai adab-adab dan rahsia doa itu sendiri. Apakah adab-adab berdoa, masa mustajab doa serta tempat-tempat mustajab doa, insyallah akan kita bincangkan dalam topik ini.

Buku yang digunakan bagi menghuraikan hakikat doa pada kali ini ialah buku Bisikan Nurani : Himpunan Doa yang disusun oleh Muhammad Lokman Hakim yang disemak oleh Ustaz Khairudin Bin Ramli dan buku 101 Doa Para Nabi Dan Rasul Dalam Al-Quran oleh Ustaz Zahazan Mohamed.

Sesungguhnya dalam keadaan dunia yang serba mencabar serta penuh dengan dugaan pada masa kini, sewajarnya kita menjadikan doa sebagai perisai serta pelindung daripada segala gangguan syaitan begitu juga jika kita berhajat kepada sesuatu. Doa merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai kepada manusia maka sepatutnya kita menggunakan anugerah yang tidak ternilai ini sebaik-baiknya. Tidak kira walau apa pun keadaan kita samada dalam keadaan gembira atau duka, senang atau susah, sihat atau sakit, hendaklah kita sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t. sebelum ajal menjemput.

Di dalam Surah Al-Baqarah ayat 186; Allah s.w.t berfirman ;
“Dan apabila hamba-hamba-Ku itu bertanya kepada engkau dari hal Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku perkenankan doa orang yang memohon apabila ia memohon kepada-Ku”

Manakala di dalam Surah Al-Mukminun ayat 60; Allah s.w.t berfirman ;
“Serulah Aku, supaya Aku perkenankan seruan itu.”

Sehubungan dengan itu hendaklah kita menjadikan doa itu sebagai amalan kita pada setiap masa dan ketika dan janganlah kita berputus asa untuk berdoa kepada Allah s.w.t. Insyallah.

Perawi 22 - Abdullah Bin Umar

Abdullah Bin Umar ialah; Abdullah bin Umar bin Al-Khattab Al-Adawi. Di lahirkan di Mekah pada tahun ke 10 sebelum Hijrah. Beliau hidup dalam keadaan beragama Islam dan telah berhijrah ke Madinah bersama bapanya. Beliau telah member pengajaran kepada manusia selama 60 tahun dan telah dicalonkan untuk menjadi khalifah setelah berlaku pembunuhan terhadap Sayyidina Uthman tetapi beliau menolak jawatan tersebut. Telah meriwayatkan sebanyak 2,630 buah Hadis. Meninggal di Mekah pada tahun 73 Hijrah dan merupakan orang yang terakhir dikalangan sahabat yang meninggal dunia di Mekah.

Sabtu, 26 Juni 2010

Marhaban Ya Ramadhan






Asalamualaikum wbt


Sekarang kita telah berada di dalam bulan rejab iaitu tanggal 13 Rejab 1431 (26 Jun 2010). Ini bermakna tidak lama sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sesungguhnya bulan yang penuh keberkatan ini sentiasa dinanti-nantikan kedatangannya oleh umat Islam di seluruh dunia dari dulu hinggalah kini.


Tetapi sebelum daripada itu ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian dan yang paling utama kepada yang tidak dapat menyempurnakan puasa penuh pada tahun lepas, sudahkan anda mengganti semua puasa yang terlepas pada tahun lepas ? jika belum maka ini adalah masa yang terbaik kerana dalam sedikit waktu sahaja lagi Ramadhan akan muncul, janganlah tunggu hingga saat-saat akhir baru nak ganti, bukan apa kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan, takut-takut ada pula halangan pada saat akhir nanti.


Dalam posting saya sebelum ini, ada saya muatkan doa yang patut dibaca di dalam bulan Rejab mudah-mudahan dapat kita amalkan dan sama-samalah kita berdoa agar kita dapat dipertemukan dengan Ramadhan pada tahun ini dan mudah-mudahan Ramadhan kita pada tahun ini lebih baik berbanding Ramadhan pada tahun-tahun lepas. Insyallah.


Wasalam.

Perawi 21 - Abu Bakar

Abu Bakar ialah; Abdullah bin Abi Quhafah Uthman bin Amir Al-Yatimi Al-Quraisyi. Abu Bakar r.a merupakan khulafa Ar-Rasyidin yang pertama dan merupakan laki-laki dewasa yang pertama memeluk Islam. Dilahirkan di Mekah pada tahun 51 sebelum Hijrah, dan beliau hidup dikalangan pembesar-pembesar Quraisy. Beliau tidak pernah minum arak di zaman jahilliyahnya, dan bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w menyertai sebahagian besar dari peperangan yang berlaku. Beliau telah banyak mengorbankan diri dan hartanya pada jalan Allah. Dilantik menjadi khalifah pada hari kewafatan Rasulullah pada tahun 11 Hijrah. Pada zaman pemerintahannya, beliau telah memerangi orang-orang yang murtad dan yang tidak mahu membayar zakat. Pada zaman pemerintahannya juga, Kerajaan Islam telah membuka Negara Syam dan sebahagian besar daripada Negara Iraq. Beliau meninggal pada tahun ke 13 Hijrah di Madinah dan telah dikafankan di dalam bilik Sayyidatina Aisyah r.a bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w.

Syarah Hadis 40, Imam Nawawi - Penutup

Asalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, maka dapat kita selesaikan tajuk Syarah Hadis 40 - Imam Nawawi. Walaubagaimanapun ingin saya ingin berpesan bahawa apa yang saya catatkan di sini hanyalah matan hadis dan kepentingan hadis sahaja buat tatapan para pembaca. Sebenarnya masih banyak lagi ilmu yang terkandung di dalam kitab tersebut yang tidak dapat saya catatkan disini kerana terlalu banyak dan perlu merujuk kepada guru-guru hadis untuk menghuraikan sesetengah perkara dari hadis-hadis tersebut.

Apapun saya berharap agar blog ini akan dapat membantu para pembaca sekalian, apabila ingin mencari hadis sebagaimana yang terkandung di dalam kitab Syarah Hadis 40 Imam Nawawi samada untuk dibuat rujukan atau bagi tujuan hafalan.

Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu yang di sampaikan di sini akan menyemarakkan lagi semangat kita di dalam menuntut ilmu dan di dalam mencari keredhaan Allah. Mudah-mudahan dengan yang demikian kita akan sentiasa berada di bawah pimpinan Allah sw.t di dalam meniti arus kehidupan yang mencabar. Saya juga berdoa agar dengan apa yang telah di sampaikan di sini akan dapat memberikan kita manfaat serta dapat di amalkan dan disampaikan kepada saudara-saudara kita yang lain, Insyallah. Amin.

Akhir kata dari saya, sekiranya ada salah dan silap dari saya, saya mohon maaf dan mohon dimaklumkan kepada saya agar dapat diperbetulkan jika terdapat kesalahan ataupun kesilapan.

Sekian, wasalam.

Khutbah Jumaat 25 Jun 2010

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“PERGI TIDAK AKAN KEMBALI”
(25 JUN 2010 / 12 REJAB 1431H)


Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di kesempatan berada pada hari Jumaat dan di atas masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “PERGI TIDAK AKAN KEMBALI”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai seorang Islam yang berpegang kepada al-Quran dan hadith, kita mempercayai bahawa kehidupan, kematian dan kehidupan selepas mati adalah peringkat kewujudan yang wajib dilalui oleh semua manusia. Dalam peringkat kehidupan kita di dunia, jarang umur manusia melebihi 100 tahun tetapi puratanya mencapai umur antara 60 hingga 80 tahun . Umur pendek atau panjang tidak menjadi persoalan kerana akhirnya manusia pasti mati. Bagaimana sihat seseorang, bagaimana megah kuasa dan kayanya, namun manusia pasti mati dan meninggalkan dunia fana ini. Malah para nabi, rasul iaitu manusia yang paling dekat dengan tuhan, bahkan manusia yang menjadi kekasih Allah SWT pun tidak dapat lari dari kematian, menghadapi alam barzakh dan hari penghakiman di padang Mahsyar. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat 78:
Maksudnya:” Di mana sahaja kamu berada, pasti mati mendatangi kamu, sekalipun kamu bersembunyi di atas mahligai atau benteng yang paling kuat”.

Setiap manusia pasti mati kerana mati bermakna manusia kembali kepada asal kejadiannya. Ia berasal dari tanah, maka pastilah ia akan kembali menjadi tanah agar menjadi peringatan kepada manusia. Persoalan mati adalah suatu kejadian yang paling hebat, suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Bila seseorang manusia itu mati, ia dikatakan kiamat kecil berlaku pada diri manusia kerana jasadnya menjadi busuk, dimakan cacing, tulang belulang menjadi hancur lebur kembali menjadi tanah dan roh telah keluar dari badan manusia. Rohlah yang menyebabkan kita hidup, boleh mendengar, melihat, berakal, merasai dan berfikir.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Kubur atau alam barzakh adalah sebagai tempat permulaan alam akhirat. Sebagaimana kesukaran manusia menghadapi keperitan saat nazak kematian, maka jenazah juga sekali lagi menghadapi kesukaran siksaan kubur di alam barzakh. Sebaik sahaja ahli keluarga dan sahabat handai selesai mengkebumikan dan dalam perjalanan pulang ke rumah maka dalam suasana yang gelap gelita dua malaikat iaitu Munkar dan Nakir datang menghampiri dan mendudukkan jenazah. Bagi jenazah yang beriman dan berbekalkan amal soleh serta ketakwaan yang unggul maka alam barzakh adalah suatu kerehatan yang damai. Tetapi bagi jenazah yang ingkar, sarat dengan beban dosa kerana melanggar perintah Allah SWT, maka alam barzakh adalah episod ngeri yang dipenuhi gelombang azab sengsara hingga datangnya hari kiamat. Mereka berkeadaan seperti orang yang lemas dalam air yang meraung meminta pertolongan.
Mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa pada akhir zaman ini, semakin kurang atau amat sedikit dari kalangan manusia yang bercakap tentang kematian, alam berzakh dan Mahsyar, kerana manusia sedang sibuk dengan pembangunan kerjaya dan kelazatan kehidupan dunia. Akhirnya mereka terkejut besar apabila malaikat Izrael datang dengan mencabut nyawanya. Saididna Ali RA pernah berkata, ” bahawa manusia tidur lena, apabila kematian tiba baru dia terjaga dari tidurnya. Demikianlah orang yang tidak mengingati mati itu sentiasa dalam keadaan lalai atau bagaikan orang yang tertidur dia akan terkejut bila kematian datang secara mendadak”.

Kesibukan mencari keseronokan dan kelazatan dunia merupakan penyumbang terbesar kelalaian manusia mengingati mati dan membuat persediaan menghadapi kematian. Sebagai contoh mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagih dadah sanggup melakukan apa saja termasuk mengambil ubat-ubat jalanan yang mengandungi dadah dan bahan-bahan terlarang yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan bagi menambah lagi nikmat keseronokan. Perbuatan ini seolah-olah mengali lubang kubur sendiri.Mereka ini akan menanggung siksaan hidup dengan penyakit-penyakit kronik yang akhirnya membawa kepada kehancuran dan kematian.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Berdasarkan kajian JAKIM terdapat kelompok ajaran sesat tidak menerima hakikat kematian pemimpinnya. Mereka sering mendakwa keajaiban pemimpin yang kadangkala lebih hebat dari Rasulullah SAW dan Khulafa’ al-Rasyidin. Dakwaan terbaru kumpulan ajaran sesat ini ialah pemimpin mereka yang silih berganti tidak akan mati sampai bila-bila, mereka hanya ghaib. Sebelum ini mereka mendakwa pemimpin mereka sering bertemu dan berbincang dengan Rasulullah SAW dalam keadaan sedar untuk menerima arahan baru dari Rasulullah SAW. Ketaksuban kepada pemimpin dengan mendewa serta memujanya menjadi salah satu ciri ajaran sesat. Pendewaan ini berterusan sehingga kematian pemimpin tersebut. Pernah berlaku diluar negara terdapat mayat pemimpin di awet untuk dikekalkan jasadnya seterusnya di dewa dan di puja. Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 185:
Maksudnya: “ Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Maka sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan kesenangan yang memperdayakan.”

Menghadapi kematian pemimpin yang disayangi sememangnya amat perit dan sukar diterima. Kita perlu mencontohi sikap waras Abu Bakar RA ketika berhadapan dengan kewafatan nabi. Beliau memujuk Umar al-Khattab RA yang masih terkejut dengan pemergian nabi SAW seraya berkata: ketahuilah, sesiapa yang menyembah Muhammad SAW, maka sesungguhnya Muhammad telah wafat. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah sentiasa hidup tidak akan mati.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Persoalan tentang perkara ghaib misalnya mengenai kematian, alam barzakh, hari kiamat, syurga, neraka dan sebagainya adalah hak Allah SWT yang sama sekali tidak boleh dicerobohi oleh manusia atau malaikat. Islam menetapkan dasar akidah dan perkara ghaib adalah bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadith-hadith sahih. Dasar akidah yang bersumber qiyas, ilham manusia atau ramalan kosong seperti yang diamalkan oleh penegak ajaran sesat adalah ditolak. Para nabi dan malaikat yang mulia hanya dapat mengetahui sesetengah perkara ghaib setakat yang diizinkan oleh Allah SWT sahaja. Firman Allah SWT dalam surah al-Jinn ayat 26-27:
Maksudnya : ” Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapa pun. Melainkan kepada sesiapa yang di redhai-Nya dari Rasul-Nya maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang mereka malaikat yang menjaganya”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru, insaflah dan sedarlah bahawa kematian merupakan perjalanan hidup yang tidak akan kembali lagi ke dunia yang fana ini. Kita sering bercakap tentang kematian rakan dan sahabat kita yang telah kembali menyahut seruan Ilahi. Bagaimanapun sayang sekali apakah kematian rakan-rakan kita itu telah menimbulkan keinsafan dan kesedaran untuk kita membuat persiapan serta menyediakan bekalan yang mencukupi menghadapi kematian yang pasti itu. Ingatlah dan sedarlah bahawa alam barzakh sentiasa menanti-nanti kehadiran kita dan sentiasa membuka pintunya untuk kita. Tidak kira di mana kita berada atau bila masanya kematian pasti mendatangi dan menjemput diri kita, Cuma persoalannya adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian ini.
Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran ayat 144:
Maksudnya: ” Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul. Apakah kalau ia pula mati atau terbunuh, kamu berbalik ke belakang (murtad)? Dan sesiapa yang berbalik ke belakang maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Kamis, 24 Juni 2010

Doa Di Dalam Bulan Rejab


Ertinya:

" Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan.Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha lembut lagi Maha Mulia. Maha suci Allah, tuhan 7 petala langit dan tuhan yang mempunyai arasy yang agung. Dan tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung"







Selasa, 22 Juni 2010

Hadis 42 – Keluasan Keampunan Allah S.W.T

Hadis 42 – Keluasan Keampunan Allah S.W.T

Daripada Anas r.a, katanya : “ Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : Allah s.w.t telah berfirman : “ Wahai anak Adam ! Sesungguhnya selagimana kamu meminta dan berharap kepada-Ku, maka Aku akan mengampuni segala dosa yang telah kamu lakukan dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai anak Adam ! Sekiranya dosamu setinggi langit, kemudian kamu memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku mengampuni dosamu. Wahai anak Adam ! Jika kamu datang kepadaKu dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian kamu menemui-Ku di akhirat dalam keadaan kamu tidak menyekutukan-Ku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh bumi pula.”

[ Hadis riwayat Tirmizi ]


Kepentingan Hadis

Hendaklah kita sentiasa memohon keampunan di atas segala dosa-dosa yang kita lakukan samada secara sedar ataupun tidak, kita tidak boleh lepas lari daripada melakukan dosa dan kesilapan. Rasulullah sendiri sentiasa beristighfar kepada Allah setiap hari dan ketika, sedangkan baginda telah dijanjikan syurga oleh Allah. Maka sepatutnya kita yang belum tahu dimana kesudahan kita menggunakan kesempatan yang tersisa ini untuk lebih lagi memohon keampunan Allah sebelum ajal datang menjemput.

Janganlah kita bersangka buruk bahawa Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa kita dan kerana itu, kita terus hidup dalam keadaan berdosa kerana itu adalah bisikan syaitan yang ingin menjadikan kita sebagai temannya dineraka kelak . Wallahualam.

Perawi 20 - Zaid bin Tsabit

Zaid bin Tsabit ialah; Zaid bin Tsabit Al-Dhahhak Al-Ansari Al-Khazraji, merupakan seorang jurutulis wahyu Rasulullah s.a.w. Dilahirkan di Madinah pada tahun ke-11 sebelum Hijrah. Beliau tinggal di Mekah, dan ketika hijrah, beliau berumur 11 tahun, merupakan orang yang mendalami bidang keagamaan. Beliau merupakan pemimpin di Madinah dalam member fatwa, qadhi dan perkara yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau juga merupakan salah seorang yang mengumpulkan Al-Quran di zaman Rasulullah s.a.w dari kalangan orang Ansar, dan meninggal pada tahun 45 Hijrah.

Rahmat Allah [ustaz shamsuri] - 6

Senin, 14 Juni 2010

Temuramah Dengan Saudara Halim Mohd

Temuramah Dengan Wartawan TV3 Saudara Halim Mohd




Kapal Rachel Corrie


Tarikh : 12/06/2010
Lokasi : Bandar Bukit Puchong

Asalamualaikum wbt


Sebagaimana seperti yang saya maklumkan sebelum ini, di sini saya ingin berkongsi dengan para pembaca semua, hasil temuramah saya dengan Saudara Halim Mohd wartawan TV3 yang menaiki kapal Rachel Corrie yang di tawan oleh Regim Zionis.

Sebelum daripada itu, saya ingin bercerita sedikit mengenai latarbelakang Saudara Halim Bin Mohd. Beliau bertugas sebagai wartawan penyiaran divisyen berita dan ehwal semasa TV3 dan telah berkhidmat selama 6 tahun dengan TV3. Berusia 29 tahun dan belum berkahwin.

Saya dan rakan-rakan sedang menemuramah Saudara Halim Mohd (berbaju kemeja)

Bercerita mengenai pengalaman awal beliau, di mana mereka telah bertolak dengan pesawat dari Kuala Lumpur menuju ke Cyprus pada 22/05/2010 yang lepas. Walaubagaimanapun telah terkandas di Cyprus sehingga 30/05/2010 (lebih kurang 7 hari) kerana Kerajaan Cyprus tidak membenarkan kapal Rachel Corrie berlabuh di sana dan pada waktu yang sama usaha untuk mendapatkan pelabuhan alternatif telah dijalankan dan Kepulauan Malta telah memberi kebenaran kepada kapal Rachel Corrie untuk berlabuh di pelabuhannya dan pada 31/05/2010 mereka telah bertolak menuju ke Gaza.

Sedikit maklumat kepada para pembaca, Kapal Rachel Corrie adalah kapal kargo yang di miliki oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO - http://www.perdana4peace.org/ ) yang di pengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohammad. Nama Rachel Corrie diberikan sempena nama seorang aktivis Amerika Syarikat yang terbunuh dilanggar jentolak Israel di Palestin (sila rujuk laman http://en.wikipedia.org/wiki/Rachel_Corrie ). Ini merupakan salah satu cara negara kita untuk menyampaikan mesej yang jelas kepada Amerika Syarikat mengenai kekejaman Israel dengan meletakkan nama warganegaranya kepada kapal bantuan ke Gaza.


Majlis Doa Kesyukuran Di Rumah
Bapa Halim Mohd

Bercakap mengenai pelayaran daripada Kepulauan Malta ke Gaza, mengambil masa selama 6 hari pelayaran dan berada 2 hari terlewat dibelakang kapal Mavi Marmara ( akibat masalah semasa berada di Cyprus), apabila berada pada jarak 30 batu nautika daripada Gaza ( Lagi 5 batu nautika baru berada di dalam perairan Gaza), kapal Rachel Corrie telah ditawan oleh Regim Zionis, mereka mengarahkan semua sukarelawan duduk dan jangan melawan, kemudian mereka telah diperiksa di atas kapal dan semua barangan seperti handphone, kemera, kamera video, computer riba, passport dan lain-lain semuanya telah dirampas.

Seterusnya kapal Rachel Corrie telah di tunda ke Pelabuhan Ashdod di Israel dan semua sukarelawan telah dibawa ke pihak Imigresen Israel dan sekali lagi mereka telah di periksa dan di soalsiasat. Antara soalan-soalan yang ditanya oleh Regim Zionis adalah, kenapa Malaysia suka Palestin? Kenapa Tun Mahathir benci Israel ? Kenapa Malaysia tiada hubungan diplomatik dengan Israel? Dan lain-lain. Walaubagaimanapun menurut Saudara Halim sebelum mereka ditahan, mereka telah sepakat untuk tidak menjawab apa-apa kepada soalan-soalan yang diajukan.

Kemudiannya mereka semua telah dibawa ke pusat tahanan dan di tempatkan seramai 12 orang didalam satu bilik, dimana semua sukarelawan Malaysia seramai 6 orang berada di dalam bilik yang sama. Mereka telah diberi air minuman (drinking water) dan juga sandwich semasa di dalam tahanan. Walaubagaimanapun menurut Saudara Halim mereka hanya minum dan menjamah roti sahaja sebab terlalu lapar. Pada keesokan harinya terdengar pengumuman supaya semua rakyat Malaysia bersiap sedia dalam 10 minit untuk dihantar ke Jordan. (bermalam 1 malam di pusat tahanan).

Wakil Ireland yang berada di Israel turut membantu didalam pembebasan rakyat Malaysia dan apabila tiba di Jordan barulah passport mereka dikembalikan. Menurut Saudara Halim semasa mereka tiba di sempadan Jordan, wakil serta kakitangan kedutaan Malaysia telah sedia menanti mereka dan beliau serta rakan-rakan yang lain berasa amat bersyukur kerana telah dibebaskan.

Menurut Saudara Halim, layanan yang diberikan oleh pihak Israel kepada para sukarelawan daripada kapal Rachel Corrie agak istemewa berbanding dengan para sukarelawan yang berada di atas kapal Mavi Marmara, mungkin disebabkan oleh tekanan daripada pihak masyarakat dunia di atas kekejaman mereka kepada para sukarelawan kapal Mavi Marmara menyebabkan mereka berlembut.

Satu lagi cerita yang memeranjatkan yang diperolehi daripada Saudara Halim ialah semasa kejadian serangan diatas kapal Mavi Marmara yang membawa lebih kurang 700 sukarelawan, terdapat juga askar Israel yang cedera dan daripadanya dapat dirampas satu senarai nama siapa yang patut ditangkap atau dibunuh ! Kemungkinan di dalam ramai-ramai sukarelawan yang berada di atas kapal tersebut terdapat juga ejen-ejen Israel dan tempoh masa pelayaran selama 6 hari sudah cukup untuk mengenalpasti siapa yang patut di bunuh. Wallahualam.

Akhir kata daripada Saudara Halim, beliau berasa amat terkilan dan kecewa kerana sebagai wartawan, beliau tidak dapat membuat liputan mengenai kesengsaraan yang di alami oleh rakyat Palestin yang ditindas oleh regim Zionis Laknatullah. Sedangkan temujanji dengan para pemimpin Palestin, lawatan ke hospital-hospital, terowong yang dibom oleh Mesir dan sebagainya yang telah diaturkan lebih awal berkubur begitu sahaja. Lebih menyedihkan lagi apabila kargo bantuan seperti simen, katil, kerusi roda, pensel warna serta lain-lain barangan telah dirampas oleh Israel kerana mendakwa barang-barang tersebut boleh digunakan untuk dibuat senjata…???

Semoga pengalaman yang diceritakan oleh Saudara Halim ini akan menyemarakkan lagi semangat kita untuk terus membantu rakyat Palestin dan terus berdoa agar Yahudi Laknatullah akan mendapat kehancuran. Semoga takbir kita berserta bersama-sama dengan takbir rakyat Palestin.

Allah Hu Akhbar…Allah Hu Akhbar…Allah Hu Akhbar..

Minggu, 13 Juni 2010

Rahmat Allah [ustaz shamsuri] - 5

Hadis 41 - Mengikuti Syariat Allah; Tiang Keimanan

Hadis 41 – Mengikuti Syariat Allah; Tiang Keimanan

Daripada Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin al-Aas r.a daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda ; “Tidak beriman seseorang daripada kalangan kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa yang aku bawa.”

Hadis ini adalah hadis hasan sahih.


Kepentingan Hadis

Setiap muslim wajib menjadikan al-Kitab dan as-Sunnah sebagai neraca kepada semua tindak tanduknya serta berusaha supaya sesuai dengan kehendak kedua-duanya.

Sesiapa yang hatinya membenarkan syariat Allah dan diikrar dengan lisan, tetapi perbuatannya bertentangan dengan syariat tersebut, maka dia termasuk dikalangan orang-orang yang fasik. Sesiapa yang amalannya selari dengan syariat tetapi iktikad dan pemikirannya menyanggahi syariat, maka dia tergolong dikalangan orang-orang yang munafiq. Manakala mereka yang selalu berubah-ubah pendiriannya berdasarkan kepada keadaan, maka mereka adalah orang-orang zindiq yang keluar dari agama.

Diantara tuntutan iman ialah membela dan mempertahankan sunnah Rasulullah s.a.w serta syariat yang dibawanya.

Sabtu, 12 Juni 2010

Kena Tunda Balik Kampung

Asalamualaikum wbt

Semalam saya masih tidak dapat menyiapkan beberapa kerja disebabkan terpaksa melayan kedatangan pelanggan di tempat kerja saya. Jadi saya terpaksa menunda program balik kampung saya ke hari selasa hadapan.

Anak-anak saya dah frust sangat sebab tak dapat balik pagi ni...adalah tu program yang diaorang dah rancang dengan sepupu-sepupu yang lain tu.

Walaubagaimanapun ada juga kebaikan terpaksa tunda program balik kampung saya kerana hari ini saya dapat bertemu dengan rakan-rakan saya yang bereunion di Templer selama 3 hari 2 malam, esok tengahari baru habis dan yang keduanya saya dapat menghadiri majlis kesyukuran di rumah saudara Halim Mohd, wartawan TV3 yang baru pulang dari Gaza dan sempat juga saya menemu ramah beliau(insyallah saya akan muatkan dalam blog hasil temuramah ini)

Bercakap mengenai reunion bersama rakan-rakan seperjuangan, memanglah seronok sangat sebab dapat bertemu dengan rakan-rakan lama, ada yang hampir 14 tahun tak berjumpa, bila bertemu tu memang seronok, berbagai cerita yang keluar. Badan masing-masing pulak ada yang maintain dan yang tak maintain tu ramai le jugak, ada yang dah berjaya dan ada yang dalam proses untuk berjaya. Semuanya dah bekeluarga walaupun ada yang sedikit lewat tapi sekurang-kurangnya sudah berkeluarga. Soalan yang biasa diajukan, sekarang ni dah ada berapa anak? anak yang sulung umur berapa tahun? anak yang bongsu umur berapa tahun? Tapi tak ada pulak yang tanya isteri dah berapa?

Apapun kesempatan bertemu dengan rakan-rakan lama ini memang seronok sangat sebab mereka bagi saya adalah rakan sejati, kerana kami dulu pernah senang dan susah bersama, semangat sepasukan masih kental, malah hubungan kami lebih kepada hubungan kekeluargaan seperti abang dengan adik. Masing-masing saling bantu membantu dan mengambil berat antara satu sama lain. Itulah rakan-rakan saya yang amat saya kasihi.

Cuma yang tak seronoknya bila masa balik tadi, hujan lebat sangat, dari MRR2 ke LDP sesak, Cadangnya nak solat di Masjid Imam Al Ghazali dekat kawasan Manjalara sebab dah lama tak solat disitu tapi alhamdulillah saya sempat solat zuhur berjemaah bersama-sama rakan-rakan saya di hotel kalau tidak entah jam berapa baru saya dapat solat zuhur.

Saya amat bersyukur kerana dipertemukan Allah dengan rakan-rakan saya ini, mudah-mudahan hubungan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat saya dan diberkati Allah sentiasa. Amin

Kamis, 10 Juni 2010

Balik Kampung

Asalamualaikum wbt

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa bermula dari hari sabtu ini hingga khamis depan, insyallah saya akan pulang ke kampung saya (Pulau Pinang) dan isteri (Ipoh). Anak-anak saya dah tak sabar nak balik ke kampung termasuk juga saya, dah lama rasanya tak menjenguk ibu yang tersayang dikampung. Kemungkinan semasa waktu ini saya tidak dapat untuk update blog, kerana rumah mak saya di kampung tidak ada kemudahan internet, tapi seandainya adik atau abang saya dah pasang talian internet, insyallah saya akan cuba updatekan blog seperti biasa, jika tidak kena tunggu sehingga saya pulang.

Mudah-mudahan saya selamat pergi dan kembali. Kepada rakan-rakan saya yang akan bereunion pada esok hingga ahad ini di Rawang, saya memohon berbanyak kemaafan kerana tidak dapat bertemu dengan anda semua pada kali ini, selamat bereunion daripada saya.

Sekian, hingga jumpa lagi, insyallah

Doa Pergi Ke Masjid


Maksudnya:

"Ya Allah, jadikanlah pada hatiku cahaya, pada lidahku (percakapanku) cahaya, pada pendengaranku cahaya, pada penglihatanku cahaya, dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya, dari kananku cahaya, dari hadapanku cahaya dan dari belakangku cahaya, Jadikanlah dalam diriku cahaya, besarkanlah cahaya bagiku dan agungkanlah cahaya bagiku. Jadikanlah bagiku cahaya serta jadikanlah diriku cahaya. Ya Allah, berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah dalam urat sarafku cahaya, dalam dagingku cahaya, dalam darahku cahaya, pada rambutku cahaya dan pada kulitku cahaya".

Perawi 19 - Huzaifah Bin Hisil

Huzaifah ialah; huzaifah bin Hisil bin Jabir Al’Abbasi; Abu Abdullah dan Al-Yaman, digelar Hisil dan beliau merupakan seorang sahabat yang pernah diberitahu oleh Rasulullah s.a.w tentang suatu rahsia yang tidak diketahui oleh orang lain. Ketika Syaidina Umar Al-Khattab menjadi khalifah, beliau telah bertanya :” Adakah amalan yang kulakukan termasuk dalam golongan munafik.” Maka dijawab “ya!” Dan Huzaifah r.a menbacakan hadis ini. Setelah mendengarnya Sayyidina Umar r.a duduk menyendiri memikirkannya, apabila ada kematian. Sekiranya Huzaifah r.a menyembahyangkan mayat tersebut, Syyaidina Umar pun melakukannya, sekiranya tidak, Syyaidina Umar pun tidak melakukannya. Beliau meninggal di Al-Mada’in pada tahun 36 Hijrah.

Rahmat Allah [ustaz shamsuri] - 3

Rabu, 09 Juni 2010

Rahmat Allah [ustaz shamsuri] - 2


Hadis 40 – Dunia Adalah Jambatan Akhirat

Daripada Ibnu Umar r.a beliau berkata : “Rasulullah s.a.w memegang dua bahuku sambil bersabda :”Jadilah kamu didunia ini seolah-olah kamu adalah orang asing atau sebagai orang yang melalui jalan.”

Ibnu Umar telah berkata : “Apabila kamu berada di waktu petang, janganlah kamu menunggu diwaktu pagi. Dan jika kamu berada diwaktu pagi, janganlah kamu menunggu diwaktu petang. Manfaatkanlah kesihatanmu sebelum sakitmu dan hidupmu sebelum datangnya kematianmu.”

[ Hadis Riwayat Bukhari ]


Kepentingan Hadis

Hadis yang mulia ini adalah hadis yang bernilai tinggi, banyak faedahnya, mengumpul banyak kebaikan dan memberikan berbagai pengajaran. Ia merupakan hadis yang dijadikan dalil supaya memendekkan cita-cita di dunia yang fana ini. Bagi seorang mukmin, dia tidak sepatutnya menjadikan dunia ini sebagai watan dan tempat tinggalnya yang tetap serta merasa tenang terhadapnya. Bahkan dia hendaklah merasakan bahawa dirinya tidak lebih daripada seorang pengembara yang singgah di suatu tempat untuk mengambil bekalan dan menyiapkan kenderaan untuk meneruskan perjalanan demi menghadapi hari yang dijanjikan ; dihari yang tidak memberi guna harta dan anak pinak kecuali mereka yang datang kepada Allah s.w.t dengan hati yang sejahtera.

Perawi 18 - Ka’ab

Ka’ab, ialah; Ka’ab bin Malik bin Amru Al-Ansari Al-Khazraji Al-Sulami. Beliau ada bersama-sama ketika Perjanjian Hudaibiyyah, peperangan Uhud serta sebahagian besar dari peperangan yang berlaku kecuali peperangan Badar dan Tabuk. Beliau juga merupakan salah seorang daripada tiga orang yang diterima taubatnya oleh Allah s.w.t sebagaimana firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 118 yang bermaksud : “ Dan diantara tiga orang yang ditangguhkan penerimaan taubatnya hingga apabila bumi menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas, cuma pemikiran mereka yang sempit dan mereka telah mengetahui bahawa tidak ada tempat untuk lari dari seksa Allah, melainkan kepadaNya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka selagi mereka tetap dalam keadaan bertaubat. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang”.

Tiga orang yang dimaksudkan adalah Kaab bin Malik, Mararah bin Ar-Rabi’, dikatakan Ibnu Al-rabi’ah dan hilal bin Umayyah r.a. Ka’ab r.a telah meriwayatkan sebanyak 80 buah hadis. Beliau telah mencederakan 11 orang musyrikin dalam peperangan Uhud dan salah seorang penyair Rasulullah s.a.w yang tiga iaitu Hasan bin Tsabit, Abdullah bin Rawahah dan Ka’ab bin Malik r.a. Beliau meninggal dunia di Madinah pada zaman pemerintahan Mu’awiyyah pada tahun 53 Hijrah, dan ada pendapat mengatakan 50 Hijrah.

Senin, 07 Juni 2010

Rahmat Allah [ustaz shamsuri] - 1

Perawi 17 - Abu Sa'ad

Abu Sa’ad, ialah ; Sa’ad bin Malik bin Sinan Al-Ansari Al-Khazraji, Abu Said Al-Khudri. Ibunya bernama Anisah binti Abi Harithah. Dilahirkan pada tahun ke-10 sebelum Hijrah. Beliau menyertai peperangan bersama Rasulullah s.a.w sebanyak 12 kali dan telah meriwayatkan 1,170 buah hadis. Meninggal dunia pada tahun 74 Hijrah, dan pendapat mengatakan pada tahun 64 Hijrah di Madinah, dan dikafankan di Baqi’.

Minggu, 06 Juni 2010

Majlis Akad Nikah

Asalamualaikum wbt

Saya ingin berkongsi cerita dengan para pembaca di sini. Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana nak memulakan cerita ini. Ini berkaitan dengan pemilihan masjid sebagai lokasi bagi majlis akad nikah yang selalu diadakan oleh pasangan pengantin baru dan baru-baru ini disebuah masjid berhampiran dengan tempat tinggal saya dan baru berlalu semalam (05/06/2010 sabtu).

Saya telah diminta oleh rakan jemaah untuk sama-sama meraikan majlis akad nikah ini yang akan diadakan pada jam 11.00 pagi dan saya juga turut sama membantu dari sudut persiapan majlis. Jika tak silap saya ada lebih kurang 60 ke 70 orang sanak saudara dan rakan taulan yang hadir ke majlis tersebut daripada keluarga kedua-dua pengantin. Selesai majlis akad nikah pihak keluarga pengantin mengadakan keduri di masjid, pada masa tersebut saya terus pulang kerumah kerana masih belum sihat sepenuhnya dan jam pada waktu itu adalah lebih kurang jam 11.45 pagi.

Pada jam 1.00 tengahari saya kembali ke masjid untuk solat zuhur (masuk waktu pada jam 1.15 petang) dan apabila tiba di masjid, kelihatan kereta daripada keluarga pengantin masih memenuhi ruang pakir kereta masjid, Alhamdulillah kata saya dalam hati, zuhur hari ni ramai le orang. Saya terus masuk ke dalam masjid dan menunaikan solat tahiyattul masjid dan pada masa tersebut masih kedengaran suara anak-anak daripada keluarga pengantin bermain-main, tak ada masalah bagi saya.

Tinggal lagi beberapa minit saja lagi nak masuk waktu, kendengaran bunyi injin-injin kereta dihidupkan dan suara riuh rendah makin berkurangan dan apabila saya toleh kebelakang rupa-rupanya keluarga pengantin masing-masing bergerak meninggalkan masjid, saya terpingga-pingga seorang diri kenapa begini jadinya, kenapa tak tunggu dulu untuk solat berjemaah di masjid, sedangkan mereka memang dah ada dimasjid, ada urusan apakah yang lebih penting sehingga tak sanggup tunggu sehingga selesai solat dulu? dan bermacam-macam persoalan menerjah ke fikiran saya pada masa tersebut. Akhirnya sewaktu solat zuhur hanya tinggal muka-muka yang biasa kelihatan sahaja pada hari tersebut.

Ingin saya berpesan, sekiranya ada dikalangan kita atau saudara mara kita yang akan melangsungkan perkahwinan pada masa yang akan datang dan memilih masjid sebagai lokasi untuk majlis akad nikah, cubalah tengok-tengokkan agenda majlis tersebut, sekiranya majlis akad nikah tersebut selesai awal tiada masalah, tetapi sekiranya ianya selesai dengan hampir masuk waktu solat, apalah kiranya agenda untuk solat berjemaah dimasjid tersebut dimasukkan sekali dan di sampaikan kepada pihak pengantin lelaki. Adalah lebih manis dan lebih beradab kita dengan rumah Allah, sekurang-kurangnya itu salah satu tanda kita bersyukur dengan rahmat Allah yang mempertemukan jodoh pengantin dan apatah lagi jika kita itu seorang pengantin.

Sebenarnya tidak ada masalah bagi saya jika kita hendak menggunakan masjid sebagai lokasi untuk majlis akad nikah, kerana salah satu daripada fungsi masjid adalah bertujuan bagi mengikat tali silatulrahim, tetapi jika dirasakan kita tak mampu untuk menjaga adab kita dengan rumah Allah atau kita akan menjadi penyebab kepada lebih banyak fitnah, adalah lebih baik kita buat dirumah sahaja.

Akhirnya kata, bukannya niat saya untuk mengaibkan sesiapa, sekiranya ada daripada kalangan pembaca yang tersinggung dan sebagainya, saya mohon maaf. Saya sekadar menceritakan secebis kisah melalui pengalaman saya dan apa yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini dan moga-moga yang baik itu, dapat kita ambil sebagai nasihat dan teladan kepada diri dan keluarga kita. Wallahualam.

Doa Ketika Hendak Tidur

Sabtu, 05 Juni 2010

Berita Terkini - Rachel Corrie ditawan pihak keselamatan Israel



Berita Harian Online


Rachel Corrie ditawan pihak keselamatan Israel


2010/06/05KUALA LUMPUR: MV Rachel Corrie, yang sedang dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telahditawan oleh Pasukan Pertahanan Isreal kira-kira 2.45 petang (waktu Malaysia) hari ini, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Menurut jurucakap Wisma Putra, kapal itu sedang diiring ke pelabuhan Ashdod di Israel.


Sembilan belas aktivis di kapal itu dilaporkan tidak diapa-apakan, katajurucakap itu.Dalam satu kenyataan di sini, Anifah berkata Malaysia mendesak Israel agarmenentukan keselamatan kesemua sukarelawan di kapal berkenaan. "Malaysia juga menuntut Israel tidak mengambil sebarang tindakan tenterayang drastik dan ganas terhadap penumpang Rachel Corrie yang tidak bersenjataitu," katanya.Anifah berkata semua aktivis di kapal Rachel Corrie perlu diberi bantuanbagi menjamin keselamatan mereka. - Bernama

Female Professor of Neuroscience converts to Islam

Berita Terkini : Bedah siasat mayat sukarelawan Gaza dipenuhi peluru

Berita Harian Online

Bedah siasat mayat sukarelawan Gaza dipenuhi peluru

2010/06/05LONDON: Bedah siasat mayat sembilan warga Turki yang dibunuh tentera Israel ketika menyerang kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menunjukkan peluru berselirat dan kebanyakannya ditembak dari jarak dekat.Akhbar British, The Guardian hari ini memetik Yalcin Buyuk, Naib Pengerusi Majlis Perubatan Forensik Turki yang menjalankan bedah siasat yang diarahkan oleh Kementerian Keadilan, menyebut salah seorang mangsa ditembak bertalu-talu lebih 30 kali.

Seorang mangsa, lelaki berusia 60 tahun pula ditembak empat kali di dahi, dada, pinggul dan belakang badan, manakala seorang warga Amerika kelahiran Turki ditembak dari jarak dekat di muka, belakang kepala, dua kali di kaki dan satu di belakang badan.

Dua lagi lekaki ditembak empat kali, lima mangsa ditembak di belakang badan dan kepala, kata Buyuk.Ketika ini berlaku konflik antara pihak berkuasa Israel dan aktivis yang terbabit mengenai apa yang sebenarnya berlaku ketika dalam serangan pada waktu subuh Isnin lalu terhadap kapal ke Gaza itu.Israel berkata, komandonya hanya melepaskan tembakan selepas mereka diserang dengan pisau, senjata tajam dan kayu.Ketua Yayasan Bantuan Kemanusiaan Islam, KemaBulent Yildirim, berkata ketika serangan berlaku, aktivis hanya menggunakan batang besi sebagai mempertahankan diri. - AFP

DOA KETIKA MENANGGALKAN PAKAIAN DARI BADAN

DOA KETIKA MENANGGALKAN PAKAIAN DARI BADAN


Maksudnya:

Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain dari Dia

Khutbah Jumaat - SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

" SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG
PEMACU ISLAM SECARA WASATIYYAH "
( 4 Jun 2010 / 21 Jamadil Akhir 1431H )


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Sempena dengan hari keputeraan rasmi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 5 Jun; maka tajuk khutbah pada hari ini ialah " Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Pemacu Islam Secara Wasatiyyah " .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Islam adalah agama persekutuan atau dimaksudkan juga sebagai agama rasmi negara. Di dalam Perlembagaan juga dinyatakan bahawa yang di Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi negeri yang tiada raja seperti Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan. Manakala di negeri-negeri lain ketua agama Islam ialah Sultan atau Raja di negeri berkenaan.
Dalam Islam, seseorang pemimpin merupakan wakil bagi sesuatu umat, bahkan boleh pula disebut sebagai ketua khalifah Allah untuk melaksanakan amanah Allah SWT di atas muka bumi ini. Salah satu amanah sebagai khalifah Allah ialah menyebarkan dasar Islam sebagai agama pembawa rahmat kepada manusia. Antara rahmat yang perlu disebar ialah berlaku adil kepada sesama manusia iaitu tidak membenci, tidak berlaku zalim, tidak melakukan penindasan, penipuan dan tidak mengabaikan manusia tanpa memandangkan status seseorang. Usaha mewujudkan keadilan kepada manusia sejagat adalah sebahagian sifat ketakwaan. Firman Allah dalam surah an-Nahli, ayat 90,
Maksudnya: ” Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan kezaliman. Ia mengajar kamu supaya kamu mengambil peringatan.”

Pemerintah yang melaksanakan kebaikan dan berlaku adil untuk rakyat akan mendapat pahala daripada Allah SWT dan begitu juga bagi rakyat yang mentaati akan mendapat ganjaran yang sama. Sabda Rasullullah SAW:
Mafhumnya, : Akan ada selepas aku pemerintah-pemerintah, maka hendaklah kamu taat kepada mereka, kerana pemerintah laksana perisai yang melindungi kamu, Jika mereka memerintah dengan baik, maka kamu dan mereka akan mendapat kebaikan, tetapi jika mereka memerintah dengan cara tidak baik, maka mereka akan menanggung akibatnya,manakala kamu terselamat daripada menanggung akibat perbuatan mereka.” (Riwayat: at-Tabarani).
Dalam beberapa hadith yang lain disebutkan pemerintah yang adil doanya dimakbulkan oleh Allah SWT, kata-katanya begitu tajam, tindakannya menepati, nasihatnya menjadi tauladan dan pedoman. Persoalan besar timbul ialah mengapa doa pemerintah yang adil dimakbulkan Allah SWT?. Pemerintah yang adil merupakan golongan yang terhormat disisi Allah SWT, disayangi rakyat jelata, rakyat sentiasa berdoa supaya pintu-pintu langit dibuka agar rahmat berkekalan dicurahkan oleh Allah SWT ke atas pentadbirannya. Manakala tempatnya di akhirat nanti berada di bawah naungan Arash yang mulia.

Kelemahan dalam melaksanakan amanah dan keadilan ini menjadi punca kemarahan, pemberontakan, permusuhan dan boleh membawa keruntuhan sesuatu bangsa. Sabda Rasulullah SAW:

Mafhumnya: ”Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat bertanya, ’Bagaimana mensia-siakannya?. Rasulullah menjawab; ”Apabila sesuatu jawatan di serahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya” (Riwayat: al-Bukhari).

Negara kita mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan agama. Masing-masing berusaha memperjuangkan hak asasi kaum dan agama mereka. Berdasarkan bukti sejarah dan pemerhatian mimbar bahawa Yang di Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja memain peranan penting dalam menentukan pelaksanaan Islam di negara ini dilakukan secara wasatiyyah. Secara kasarnya ’wasatiyyah’ adalah merujuk kepada pelaksanaan Islam secara berhikmah, berimbang bagi menentukan tidak berlaku kekerasan, kezaliman ke atas hak asasi kaum dan agama lain tetapi pada yang sama Islam terus dihargai atau dimartabatkan.

Banyak negara Islam di dunia hari ini melaksanakan Islam secara wasatiyyah kerana ia mampu memperluaskan penyebaran ajaran Islam, mengelakkan ketakutan di kalangan orang bukan Islam dan mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat. Bagi mengekalkan suasana aman damai ini, marilah kita sebagai rakyat Malaysia hidup penuh mahabbah serta bersatupadu dengan menjunjung institusi Raja berperlembagaan. Elakkan daripada terlibat dengan sebarang tindakan yang boleh mengugat atau mencemar institusi Raja-Raja serta mempertikai kesucian Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13:
Maksudnya: " Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya" .

Bagaimanapun, pada akhir-akhir ini terdapat pihak-pihak tertentu cuba mempertikaikan dan menimbulkan perpecahan kaum dan agama di negara ini. Puak-puak pelampau agama dan kaum membangkitkan isu-isu sensitif tentang status agama Islam, status Yang di pertuan Agong atau Sultan sebagai ketua agama Islam, menindas agama lain, membakar masjid atau rumah ibadat agama lain, membaling kepala lembu atau khinzir dan sebagainya. Mimbar mengingatkan umat Islam dan sahabat -sahabat kita beragama lain supaya bertindak secara wasatiyyah, waras dan jangan melampau batas terhadap jolokan atau probokasi puak-puak tertentu yang mementingkan diri sendiri.Allah SWT berfirman dalam surah al-Maa’idah ayat 77:
Maksudnya: Katakanlah: Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampaui dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan mereka (kini) telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul."


Oleh itu, mimbar ini ingin mengingatkan sekali lagi bahawa jika umat Islam dan rakyat negara ini berterusan berpecahbelah, hilang integriti dan diperalatkan pihak lain, maka lambat laun di negara ini akan bermandi darah seperti yang berlaku di negara jiran kita sekarang ini.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kedaulatan Islam bertunjang kepada kekuatan kepimpinan. Oleh itu, Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam samada dari segi keperibadiannya atau dalam menjalankan bidang kuasa untuk menjaga kesucian agama Islam di negara ini amatlah dikagumi oleh rakyat jelata. Rakyat menjunjung kasih dan merapat sembah atas keperihatinan Baginda dalam memertabatkan agama, Maka, menjadi tanggungjawab rakyat jelata memberikan taat setia yang tidak berbelahbagi kepada Baginda sebagai pemerintah negara. Lebih-lebih lagi kita sebagai umat Islam telah diajar supaya taat dan patuh kepada pemerintah sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59:

Maksudnya: " Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." .


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Akhir sekali, mimbar Jumaat pada hari ini menyeru para jemaah dan rakyat Malaysia untuk sama-sama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah diteguhkan keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan bagi mentadbir negara dan menjalankan tugas dengan sempurna. Kita doakan juga agar negara dikekalkan nikmat kestabilan politik dan keamanan, dijauhkan dari segala perbuatan jahat dan fitnah yang boleh membawa malapetaka dan kehancuran. Tanamkanlah rasa kasih sayang di antara rakyat yang berbilang kaum, kukuhkan perpaduan di kalangan mereka semoga sentiasa hidup aman damai, menikmati keadilan, kemakmuran dan keselamatan sepanjang zaman.



Khutbah Kedua
Bacaan pada 4 Jun 2010


Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah,
Mimbar jumaat ingin mengambil kesempatan pada hari yang mulia ini untuk merakamkan kesedihan apa yang berlaku kepada aktivis keamanan di dalam perjalanan ke Gaza atas misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin terbunuh akibat serangan tidak bertamadun askar rejim Zionis. Mimbar juga mengutuk sekeras-kerasnya keganasan yang telah dilakukan oleh askar rejim Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Sesungguhnya keganasan dan kekejaman rejim Zionis ini sudah menjadi naluri mereka sehingga rakyat Palestin begitu sengsara dalam mengharungi kehidupan di bumi sendiri.

Mimbar mengajak kepada para jemaah dan seluruh umat Islam dan juga menyeru masjid-masjid seluruh negara mengadakan solat sunat hajat dan bacaan qunut nazilah, memohon doa kehadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan kepada rakan seperjuangan kita dengan diberi kekuatan semangat dan kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman rejim Zionis ini. Seluruh umat Islam juga diseru agar sama-sama mendo'akan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin. Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 78:
Maksudnya: “ Orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan menceroboh.”

Kamis, 03 Juni 2010

Topik Baru

Asalamualaikum wbt

Insyallah topik Hadis 40 oleh Imam Nawawi sudah hampir sampai kepenghujungnya. Insyallah dalam bulan Jun ini saya akan bawakan hadis yang lain pula untuk kita sama-sama berkongsi ilmu.

Sementara itu saya rasa segmen munajat perlu kepada perkara-perkara asas didalam bermunajat seperti adab-adab bermunajat dan lain-lain. Sungguhpun nampak asas tetapi ia cukup penting kerana jika dilihat dimana-mana majlis/ kenduri kadangkala orang mengaminkan doa secara sambil lewa malah ada juga yang bercakap-cakap jadi bagaimana Allah hendak memperkenankan doa kita. Jadi kepada yang sudah mempunyai pengetahuan didalam adab-adab berdoa mungkin boleh mengambil segmen ini sebagai ulangkaji, mana tahu mungkin ada perkara yang kita terlepas pandang atau terlupa jadi mudah-mudahan segmen ini akan dapat mengingatkan kita semula.Insyallah.

Musim cuti sekolah juga bakal tiba, jadi kepada para blogger yang akan pulang bercuti ke kampung atau kemana-mana tempat pelancongan di dalam negara kita, saya doakan agar semuanya selamat pergi dan selamat kembali. Kepada yang berkenderaan pastikan kenderaan anda berada didalam keadaan baik dan selamat serta pastikan juga anda bersedia dan mendapatkan rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Tips dari saya, jangan tentukan jam berapa anda perlu sampai ke destinasi , kerana ia akan menyebabkan anda stress dan memandu dalam keadaan tergesa-gesa apatah lagi jika dipertengahan jalan pulak ada "traffic jammed". Insyallah jika kita tidak tetapkan jam berapa yang kita perlu tiba ke destinasi kita tidak akan berasa stress semasa memandu.

Kepada yang akan melangsungkan perkahwinan di dalam musim cuti sekolah ini Selamat Pengantin Baru dan akhir kata selamat bercuti kepada semua.









Perawi 16 - Jabir

Jabir, Ialah; Jabir bin Abdullah, Ibnu Amru bin Haram Al-Khazraji Al-Ansari Al-Sulami. Telah meriwayatkan dari Nabi s.a.w sebanyak 1,540 buah Hadis. Dilahirkan pada tahun yang ke-16 sebelum Hijrah, dan meninggal dunia di Madinah pada tahun 78 Hijrah ketika berumur 94 tahun.

Rabu, 02 Juni 2010

Accident Pula Hari Ni....




Pagi tadi lebih kurang jam 7.30 am saya telah kemalangan dengan sebuah kereta Proton Waja. Kejadian berlaku di lorong "by pass" persimpangan lampu isyarat. Baru semalam bercerita mengenai kisah saya yang hampir-hampir kemalangan rupa-rupanya hari ini memang betul-betul terjadi. Kemalangan berlaku apabila pemandu kereta Proton Waja (wanita) yang saya sangka telah bergerak kehadapan rupa-rupanya memberhentikan keretanya dan saya yang asyik memandang ke arah kanan terperanjat apabila kereta tersebut masih berada dihadapan, brek terus ditekan rapat tetapi oleh kerana jarak yang terlalu rapat, brek kereta gagal menghentikan kereta saya dan pada masa tersebut hand brake pun dah tak sempat nak capai sebab terlalu pantas, apalagi terus sahaja saya langgar bucu kanan kereta tersebut selepas usaha untuk cuba mengelak tidak berjaya sebab ada penunggang motosikal disebelah kanan saya.


Bila saya dan pemandu kereta tersebut turun untuk melihat kesan kemalangan dan berbincang baru saya tahu yang dia pun dah dua hari MC dan masih demam, rupanya ini kes orang demam langgar orang demam. Apa-apa pun Alhamdulillah sebab dia dan saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Tengahari tadi kereta dia dah siap dibaiki tetapi tidak di cat sebab suaminya memang bercadang nak mengecat keretanya cumanya kereta saya dijangka siap pada petang esok.


Jadi moral daripada cerita saya, jangan pandu kereta jika anda demam, duduk rumah baca buku dan makan ubat. Rasanya macam dah ok rupa-rupanya tak ok lagi......dugaan.


Hadis 39 - Penghapusan Dosa Dalam Islam

Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah memaafkan umatku kerana aku jika mereka tersalah, terlupa dan dipaksa”

[ Hadis Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi Dan Lain-lain ]


Kepentingan Hadis

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata di dalam kitab Syarah Hadis Empat Puluh : “ Hadis ini mengandungi beberapa faedah dan perkara yang penting, jika dikumpulkan, ia membentuk satu karangan yang tidak dapat dimuatkan didalam kitab ini.”

Ibnu Hajar al-Haitami berkata : “ Hadis ini mempunyai manfaat yang umum, kerana ketiga-tiga perkara yang disebutkan didalam hadis ini diperbincangkan di dalam seluruh bab fekah. Hadis ini juga mempunyai kedudukan yang besar sehingga dapat dikatakan bahawa ia adalah setengah daripada syariat. Ini kerana perbuatan manusia – termasuk juga perkataan – terdiri daripada unsur kesengajaan dan pilihan yang dinamakan sebagai ’sengaja’ atau bukan daripada unsur tersebut yang disebut sebagai tersalah, terlupa atau dipaksa.

Secara jelasnya, hadis ini menunjukkan bahawa bahagian yang terakhir (iaitu perbuatan yang dilakukan secara tersalah, terlupa atau dipaksa) adalah dimaafkan dan bahagian pertama (perbuatan yang dilakukan dengan sengaja) akan dipertanggungjawabkan. Jadi, hadis ini dianggap sebagai separuh daripada syariat jika dipandang dari sudut mantuqnya dan jika dipandang dari sudut mantuq dan mahfumnya sekaligus, hadis ini dianggap sebagai seluruh syariat.

Perawi 15 - Abi Qatadah

Abi Qatadah, ialah; Al-Harith (Al-Numan/’Amru) bin Rubi’I Al-Ansari Al-Khazraji Al-Sulami, masyhur dengan gelaran Abu Qatadah. Beliau bersama Rasulullah s.a.w menyaksikan peristiwa Uhud. ‘Abdul Malik bin Marwan telah menghantar wakil kepadanya untuk mengetahui pendirian Rasulullah s.a.w dan telah meninggal dunia di Madinah pada tahun 54 Hijrah.

Selasa, 01 Juni 2010

MC lagi hari ni....

Asalamualaikum wbt

Pagi tadi saya terasa sedikit segar, selepas solat subuh saya pun bersiap untuk ke tempat kerja. Alhamdulillah saya selamat sampai ke tempat kerja dan seperti biasa setiap pagi kami ada morning briefing (sambil berdiri) selama lebih kurang setengah jam bagi menentukan kerja-kerja yang perlu disiapkan pada hari ini. Baru 10 minit berdiri tiba-tiba saya rasa macam nak "black out", apa lagi terus saja saya cari tempat untuk bersandar, rakan-rakan sekerja yang lain dah suruh saya pergi berehat di office tapi saya teruskan juga hingga ke akhir briefing dengan bersandar, Alhamdulillah selesai juga.

Masuk ke office saya pakai mask sebab takut berjangkit pula pada rakan-rakan sekerja yang lain, maklumlah sekarang ni kalau bersin ditengah-tengah khalayak ramai masing-masing akan tutup hidung, takut juga orang sekarang pada bersin.

Tapi tak lama juga saya kat office dalam jam 10.00 pagi sakit kepala saya datang lagi macamana saya nak buat kerja apatah lagi kalau nak bawa kereta nak pegi jumpa customer. So saya pun ambil keputusan pergi ke klinik dan dapatlah mc, doktor kata rehatlah dulu dan makan ubat. Saya pun maklumkan pada pejabat yang saya mc lagi hari ni dan terus pulang kerumah. Semasa dalam perjalanan pulang baru saya terperasan yang bila kita demam, tindakbalas kita agak lambat sebagai contoh bila kereta depan brek lebih kurang 1 saat selepas tu baru saya tekan brek, hampir-hampir juga nak accident masa balik tadi. Selepas daripada kejadian tersebut saya dah tak berani lagi nak ikut rapat-rapat dengan kereta di hadapan.

Sampai di rumah terus makan ubat dan Alhamdulillah disepanjang saya terbaring demam selama dua hari dan juga hari ini, sempat juga saya habiskan buku bertajuk Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah yang baru saya beli, insyallah jika ada rezeki kita akan kupas isi buku tersebut.

Cuma disepanjang saya sakit pada kali ini saya banyak berfikir tentang kebesaran Allah pada diri saya. Bagaimana saya yang sebelum ini boleh kesana kemari tiba-tiba terlantar tidak mampu berbuat apa-apa, bagaimana saya yang sebelum ini boleh merasa makanan tapi hingga kehari ini masih tidak mampu merasa sebarang makanan. Barulah saya dapat merasa betapa nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada saya terlalu banyak, hanya sedikit saja yang diambil, mungkin Allah hendak menegur saya supaya selalu bersyukur dengan apa yang ada, teringat saya kepada Surah Ar-Rahman "Nikmat Tuhan manakah lagi yang engkau hendak dustakan" Subhanallah, saya tak mampu untuk berkata-kata lagi.

Berita Terkini - Israel bunuh aktivis misi Gaza


Berita Harian Online (01hb Jun 2010)


Komando Yahudi gempur enam kapal bantuan bawa bekalan kemanusiaan


ASHDOD: Komando Israel menyerbu beberapa kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal semalam menyebabkan 19 orang maut dan 36 lagi cedera, kebanyakannya aktivis Turki sekali gus mencetuskan krisis diplomatik antarabangsa.

Anehnya, Israel menyalahkan aktivis kerana mencetuskan keganasan hingga membawa kematian menyebabkan aktivis memberi keterangan bagaimana ia berlaku di perairan antarabangsa.

Rakaman secara langsung sebuah bot Turki yang boleh dilihat di internet, menunjukkan komando berpakaian hitam Israel turun dari helikopter dan menyerang aktivis.“Ketika keadaan masih gelap, komando Israel turun dari helikopter ke kapal Mavi Marmara dan terus melepaskan tembakan sebaik menjejakkan kaki di dek,” menurut laporan laman web Pergerakan Bebaskan Gaza.Rakaman itu menunjukkan keadaan kacau bilau dengan beberapa bot peronda Israel berada tidak jauh dari situ.Tentera Israel, bagaimanapun, mendakwa askarnya hanya menembak selepas diserang dengan pisau, cotar dan tembakan peluru hidup. “Kesan daripada keadaan itu anggota tentera laut menggunakan kekerasan termasuk melepaskan tembakan,” menurut jawapan tentera Yahudi itu. Apapun, Israel tetap mempersalah aktivis damai terbabit.“Mereka yang memulakan keganasan. Kami berusaha sedaya upaya mengelakkannya. Tetapi askar kami diserang dengan pisau, besi serta ditembak,” kata jurucakap Netanyahu, Mark Regev.Antara yang cedera termasuk komando laut Israel, dua daripada mereka parah dan tiga lagi semakin pulih.


Ketika butir-butir pertumpahan darah itu mula diketahui umum, sebuah bot tentera Israel dilihat mengiringi kapal besar berwarna putih dan sebuah lagi kapal lebih kecil masuk ke pelabuhan Ashdod.Lelaki berpakaian hitam dilihat di dek bot lebih besar dipercayai kapal penumpang. Laporan media menyatakan, seorang pemimpin Arab, Raed Salah juga cedera dalam kejadian itu.Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyifatkan korban serangan di perairan antarabangsa itu sebagai mangsa pembunuhan beramai-ramai Yahudi dan mengumumkan tempoh berkabung tiga hari.“Kita perlu ambil keputusan yang sukar hari ini,” kata seorang pegawainya di televisyen tanpa menjelaskan lebih lanjut.Pihak Berkuasa Palestin (PA) juga menggesa diadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan tindakan umpama lanun, jenayah dan pembunuhan oleh Israel, kata ketua perunding, Saeb Erakat.Selain itu, masyarakat Arab Israel juga menyarankan mogok diadakan sebagai membantah operasi laut Yahudi itu selain melancarkan protes.


Berikutan itu, beratus-ratus orang daripada pelbagai peringkat politik keluar beramai-ramai ke jalan raya di bandar Nazareth bagi membantah serangan berkenaan.Pergerakan Hamas pula meminta PA berhenti berunding dengan Israel kerana melakukan jenayah terkutuk itu, kata pemimpinnya, Ismail Haniyeh. – AFP