Selasa, 28 Juni 2011

16.Kata-kata yang seringkali kita jumpai di dalam kitab-kitab hadis.

16.4 Kata-kata Wa Fi Riwayati…..Ziyadatun atau Wa zada

Seringkali kita temui didalam kitab ini atau kitab hadis yang lain kata-kata ‘Wafi riwayati Muslimin atau Wa fi riwayati Bukhari atau Wa zada Abu Dawud, yang ertinya ‘Dalam riwayat Imam Muslim ada tambahan’ atau ‘Dalam riwayat Imam Bukhari ada tambahan’ atau ‘Dan Imam Abu Dawud menambahkan’ atau kata-kata lain yang sebangsa dengan itu.

Maksudnya ialah bahawa sesuatu hadis yang pengertian atau tujuannya sama, kemudian diterima dan ditadwinkan oleh dua imam Mudawwin atau lebih, adakalanya antara yang diterima oleh Mudawwin A dengan Mudawwin B atau C itu ada yang berbeza tentang panjang pendeknya, Misalnya pada hadis nombor 250. Jelaslah bahawa hadis itu adalah Muttafaq’alaihi yakni disepakati oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim perihak keshahihannya, tetapi yang diterima oleh Imam Bukhari dari orang yang diatasnya hanya sampai ke ayat Aw yaquulu khairan. Jadi rawi yang menyampaikan kepada Imam Bukhari berhenti setakat itu sahaja. Tetapi yang diterima oleh Imam Muslim dari rawi yang diatasnya terdapat tambahan, iaitu ucapannya Ummu Kalsom yang berbunyi ‘Walam asma’hu sampai ke perkataan zawjaha.

Oleh kerana itu kalau ada kata-kata yang merupakan ziyadatun atau zada sebagaimana diatas, janglah dikira bahawa kata-kata itu dibuat-buat oleh Imam Muslim, Imam Bukhari ataupun Abu Dawud dan lain-lain, tetapi ianya adalah kerana hadis yang diterima itu dari rawi yang diatasnya berlainan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar