Asalamualaikum wbt
Pada hari ahad yang lepas, saya bersama-sama dengan keluarga telah pergi ke Sambutan Hari Belia 2011 di Putrajaya. Tempat utama yang menjadi tumpuan saya dan keluarga adalah di khemah pameran tentera. Di sana anak-anak dan isteri saya mendapat pengalaman baru apabila mereka berpeluang memegang dan mencuba senjata yang dipamerkan. Sekurang-kurangnya mereka dapat merasa mengangkat senjata dan melihat peralatan ketenteraan di samping berpeluang menaiki kereta perisai dan banyak lagi.
Pujian juga harus diberikan kepada para anggota tentera yang bertugas dikhemah masing-masing yang dilihat cukup mesra melayan kerenah para pengunjung. Bagi saya pengalaman sebegini dapat mendedahkan keluarga saya tentang kehidupan dan tugas para anggota keselamatan di samping cabang-cabang perkhidmatan yang terdapat di dalam angkatan tentera kita dengan lebih dekat lagi. Setidak-tidaknya kita perlu berterimakasih kepada mereka yang telah berkorban untuk kita. Semoga Allah membalas jasa-jasa mereka dan Mudah-mudahan negara kita sentiasa berada dibawah perlindungan Allah.
Dibawah saya sertakan beberapa gambar suasana pada hari tersebut ;
Saya sedang mencuba senjata yang digunakan oleh anggota sniper. Berat senjata ini adalah 30kg dan jarak berkesan sejauh 6,000m.
Memberi penerangan kepada anak-anak saya tentang cara-cara pengendalian senjata.
Kegembiraan jelas terpampang pada wajah anak-anak saya dengan pengalaman baru mereka.
Insyallah akan saya uploadkan lagi gambar untuk tatapan para pembaca.
Sekian.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar