Minggu, 12 Juni 2011

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak




Asalamualaikum wbt

Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, semoga anda dan keluarga sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah sentiasa. Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah kerana tanpa kita sedar,kita masih boleh bernafas sehingga ke hari ini dan insyallah mudah-mudahan, diberikan Allah peluang kepada kita untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada kali ini.

Seperti yang telah kita sedia maklum, kita telah pun berada di dalam bulan Rejab dan insyallah tidak lama lagi kita akan menyambut Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Tetapi pada kali ini saya tidak berhasrat untuk mengulas tentang bulan Rejab, Syaaban atau Ramadhan, cuma ingin mengingatkan diri sendiri dan para pembaca sekalian terutamanya yang telah pun menjadi suami atau bapa. Sudahkan kita bertanya pada anak-anak kita terutamanya yang perempuan atau kepada isteri-isteri kita tentang puasa yang mereka terlepas pada tahun lepas, sudahkah diganti kesemuanya ataupun belum? jika masih belum maka inilah masa yang sesuai untuk mengantikannya.

Perkara ini nampaknya seperti remeh, tetapi tahukah kita bahawa terdapat didalam masyarakat kita pada hari ini, ramai yang terpaksa membayar fidyah kerana sudah lama tidak menggantikan puasa yang tertinggal baik lelaki ataupun perempuan. Semoga dengan penekanan ataupun peringatan kepada ahli keluarga kita mengenai perkara ini akan menjadikan keluarga kita lebih peka kepada isu ini dan mudah-mudahan apabila berakhir Ramadhan mereka akan cepat-cepat menggantikan puasa yang terlepas daripada menunggu ke saat-saat akhir. Bukanlah apa, orang kita selalu beranggapan lagi 5 bulan atau 6 bulan sebelum Ramadhan baru nak mula ganti puasa, pernahkan terlintas dihati kita, bagaimana jika kita dijemput Allah sebelum daripada itu.Wallahualam.

Mudah-mudahan kita dimasukkan Allah ke dalam golongan mereka yang beriman dan bertaqwa..Amin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar